Followers

Pages

Monday, May 31, 2010

sedia menangis untuk kamu




matanya lirik-lirik selalu
rupanya manis-manis ayu


Mood untuk menulis ada tapi gangguan deria mata tiba-tiba menyerang lagi.
Aku bersyukur dikurniakan mata yang tak besar, tak kecik, yang sedang-sedang saja kata orang.
Tapi mata aku sangat senang dijangkiti kuman.
Dalam sebulan paling kurang mesti sekali mata aku jadi bengkak-bengkak.

Zaman belajar kat U dulu lagi la.
Padahal dah gi PKU..elok mata kanan, kena pulak mata kiri.
Dah puas aku menjaga.
Eye more, eye drop dan segala eye telah aku guna sebagai langkah penjagaan mata.
Termasuklah permata hijrah dengan harapan rabun akan hilang dan tak perlu pakai lens lagi.

kenapa agaknya entahla.

Dengan mata sedikit bengkak maka anak murid juga rajin menjaga tepi kain.

"cikgu menangis ke cikgu?"

"ye. cikgu sedih nak tinggalkan awak semua"

~seorang yang pandai menjaga hati di situ.

sekian.


Sunday, May 30, 2010

adakah manusia sekarang ada ekor?


Salam hujung minggu.
Tadi aku window shopping, blog-walking dan fesbuking.
Banyak video-video manusia berperangai binatang aku jumpa.

Kucing dikerat kaki kerana mencuri ikan.
Harimau didera untuk mendapatkan wang.
Gajah dipukul kerana penat dan tidak mahu berlatih untuk persembahan sarkas.

Manusia sekarang kebanyakannya semakin bodoh.

Yang ni lagi satu.
'Seekor' manusia pijak bayi.

Nilai kasih sayang sesama manusia semakin kurang...
apatah lagi terhadap binatang.




MENYAMPAH GILA NGAN POMPUAN NI.

otak macam otak udang. otak udang sedap la jugak kan boleh dimakan.


damn!


Wednesday, May 26, 2010

saya risaukan awak


Hari ini ialah hari rajin.

Bukan sahaja rajin di waktu siang malah malam juga rajin menaip entri rajin ini.

Jam 5.30 pagi, L'amour ku berbunyi menandakan masa tidur dah cukup 6 jam. Aku bangun, mandi, dan bersiap-siap. Eye-shadow, eye-liner, eye-contact ehh contact lens tidak dilupakan. (rajin sampai begitu terperinci menerangkan persiapan diri)

Aku memandu di pagi dingin itu. Abang ku malas nak drive pagi katanya. Mengantuk.

Jam 6.30 pagi kami dah bertolak.

Seperti biasa, hiburan kami di sepanjang perjalanan ialah Hot.fm dan pemandangan indah flora fauna.
Panggilan hangit yang kedengaran di corong radio savvy begitu menceriakan pagiku. Gelak sungguh-sungguh hingga pudar lipstik di bibir. Membazir.

Perjalanan ke sekolah memang sangat mencabar. Sebab paling utama ialah jauh. Ambil masa satu jam kau bayangkan. Juga, banyak lori-lori besar yang menghalang perjalanan terutama di double line yang dilarang memotong. Tapi untuk yang tidak skema apa ada hal dengan double line itu kan? heeee

Ada satu laluan perjalanan kami di mana merupakan laluan kediaman tetap sekeluarga lembu-lembu kampung yang giant-giant. Kerajinan aku bermula apabila memerhatikan lembu-lembu itu berjalan sungguh sopan santun di tengah-tengah jalan. Lalu kelajuan kereta menjadi 40km/j sahaja. Tangan aku rajin nak menghon lembu-lembu itu tetapi otak aku masih fresh untuk berfikir. Sabar lebih baik.

Mataku tiba-tiba tertumpu pada seekor lembu yang tiada sivik dengan membuang air besar di tengah-tengah jalan itu. Sambil berjalan pulak tu. Sungguh hebat.

Jam 7.30 lebih-lebih sikit kami pun sampai. Loceng telah berbunyi menandakan kami lambat lagi pagi itu. Cis semuanya salah lembu! Aku tandatangan kehadiranku supaya gaji pada hari itu tidak terlepas pandang. RM40.70 juga ialah duit ok.

Aku masuk kelas dengan senyuman. Lipstik dah la dah hilang tadi lupa pulak nak touch up. Self-confidence sedikit terganggu. Masuk-masuk kelas tahun tiga, murid dah bising gila. Baru lepas peperiksaan. Merdeka lah katakan dengan harapan aku akan kata  

"baiklah murid-murid, awak boleh buat kerja sendiri kerana peperiksaan telah habis".

Lalu murid-murid pun.."yeayyyyyyyyy!" terus bersedia nak main lawan pemadam.

JANGAN HARAP MURID-MURID!

Cikgu ialah rajin hari ini. Kita tetap akan belajar seperti biasa memandangkan markah peperiksaan sangat mendukacitakan. Dah la markah cukup-cukup makan malah ada yang gagal sifir lima pun tak hafal ada hati nak main judi. Cikgu sangat rajin untuk memberi ceramah motivasi pada hari ini. Tajuk ceramah : Kepentingan Menghafal Sifir.

Marah betul aku rasa. Aku dah bagi soalan bocor dah .Ala-ala universiti tau siap ada soalan-soalan bocor bagai. Bukan setakat soalan bocor, soalan yang 100% sama pun aku dah bagi. Ada jugak yang salah. Nak marah beriya pun tak guna markah dah key in. Nak marah beriya pun tak guna muka aku gak yang cepat berkedut nanti. Kalau tak marah nanti diorang tak tau. Kalau pukul takut terlebih pukul tanpa sedar. Nak marah kang tersasul pulak mulut ni termencarut ke apa.

Tapi aku masih boleh senyum.
Aku kan muda lagi. Relak sudah.

Jam dah pukul 2.05 petang dan boleh pulang. Tapi aku lupa harini aku ada meeting pukul 2.30 petang. Hawau betol. Aku tak makan langsung dari pagi. Bajet dah sampai rumah nanti baru nak terus lunch.

PERUT TELAH BERBUNYI IRAMA POP TRADISIONAL.

Jam dah pukul 5.30 petang baru meeting habis.
Aku rasa rupa aku dah macam buruh kasar baru lepas menuai padi! (buruh menuai padi kah?)

Lalu aku sampai ke rumah sejam selepas itu.
Sekian diary rajin juga PENAT pada hari ini.

* macam takde motif je entri ni.



Tuesday, May 25, 2010

awak pandai berlakon?



semasa saya darjah dua dulu,
adakah guru saya risau jika markah peperiksaan saya macam saya ialah murid baru belajar sehari?

saya risau sekarang ni.
mungkin teknik juga strategi pengajaran saya kurang cun dan tidak mencapai tahap pemahaman medula oblongata murid?

tapi kenapa mereka sangat pandai mengaburi saya dengan dapat menjawab soalan semasa dalam kelas?
sungguh pandai mereka berdramatik.

saya tak patut marah sebenarnya.
sebab saya memang tak marah pun.
cuma runsing.

RASA NAK SEKEH KEPALA LUTUT PUN ADA.




Saturday, May 22, 2010

heartless





dayus dan pondan.

SUAMI BEGINI LAYAK DILUDAH.

ptuihh!




Tuesday, May 18, 2010

aku dan dia



DULU DIA PEGANG ROTAN AKU KATA DIA GARANG.
BILA DIA LAMBAT MASUK KELAS AKU KATA DIA MALAS.
BILA DIA BERI NASIHAT AKU KATA DIA BUANG TABIAT.
BILA DIA MARAH-MARAH AKU KATA DIA CEPAT NAIK DARAH.
KINI......
AKU ADALAH DIA.....

hidup kita memang seperti putaran roda.

i get it!


HARI GURU 2010.




sebak.




Sunday, May 16, 2010

rindu kamu sayang kamu








RINDUU~

wahhhh.
tiba-tiba jadi sangat rindu dengan volleyball.
dah lama tak main.
confirm pancit kalau pergi main sekarang.

YUNIE,  AIN SHIDA,  TIKAH,  dan lain-lain....

sedang berjuang untuk uthm sekarang ni kat Arau.
jelesnya saya!
huhuhu...

apa boleh buat...aku kerja.
kumpul duit bnyak-banyak untuk kawen. <------------ ayat hana..teeeet.

GOOD LUCK UTHM SPIKERS...
saya sayang kamu semua. :'(



 
  

Friday, May 14, 2010

kau hancurkan hatiku



one and three one to jaga
polis mati pencuri jaga



Pagi itu,
aku bangun pagi jam 5.30 seperti biasa..
dah settle mandi dan pakai baju..adik pula bangun dan gosok baju..

tiba-tiba

abang aku bangun tanpa dikejut pun..

"na, ko nampak tak henset aku?"

mane la aku tau kan..henset dia..aku ingatkan dia main-main.
aku try call guna henset aku.
dapat dihubungi tapi direject.
sape yang reject?

masa tu dah cemas sikit.

abang kata wallet dia beralih tempat.
duit 3 ringgit dalam wallet tu hilang.

abah dan mak pun bangun bila kitorang dah start bising-bising.

henset mak dan abah juga hilang!
duit juga hilang tapi wallet ada.
cincin emas mak juga.
jam tangan seiko abang juga!

berdebar-debar dah masa tu.

nasib baik laptop sekolah tak kena kebas.

maka,
hari itu terpaksalah seorang cikgu ponteng sekolah kerana menguruskan semua yang tak kurus lagi.
rugi gaji untuk hari itu!




tengah hari.
polis datang ke rumah menyiasat kes itu.

terbeliak mata indon depan rumah aku tengok polis datang.

takot la tuuuuuuuw.

trajedi 13 Mei yang malang~



kau pencuri,,
seharusnya tangan kau kudung..
kenapa kau tak kebas laptop,tv,pc ngan ps sekali?
sengal.


Thursday, May 6, 2010

awak pukul diri sendiri?



Di sekolah.
aku bertugas minggu ni.
jadi banyak tugas yang dipikul oleh guru bertugas.
aku pun kena menjalankan tugas.

Selepas rehat murid-murid diarahkan beratur.
Untuk apa aku tak pasti.
Cuma aku diarahkan untuk mengawal mereka dan suruh mereka baca doa selepas makan beramai-ramai.
sungguh comel ok. (^-^)

Tiba-tiba....

datang sorang murid.


"cikgu, hazimah tak sempat rehat sebab dia pukul diri sendiri kat dalam kelas..."


aku dah rasa pelik je.
amende budak ni cakap.
ade pulak orang pukul diri sendiri kan.
hahahaha.

tapi aku terpaksa layan.

aku naik ke kelas untuk tengok budak yang pukul diri sendiri tu.
dia tengah menangis.
aku tanya kenapa pukul diri sendiri.
dia tak jawab.

aku tanya macam mana awak pukul diri sendiri.
teringin jugak nak tau macam mane kann.
hehehe

tak nak jawab jugak.
aku tanya kawan dia tadi.
setakat pukul-pukul manja kat kepala, kat lengan je pon.
hadoiiiii.

Tadi.
aku masuk kelas.
murid-murid tersangat nakal hari ni.
tak buat kerja lepastu main-main.
lari kejar sana kejar sini.

Aku warning siapa bercakap walau sepatah aku cubit.
aku cubit sungguh.
tapi cubit manja je.
tak berani.
diorang darjah dua.
lagipun aku bukan ahli kelab nutp.
siapa nak back up aku nanti.
kalau parent diorang datang.

Bila dah kena cubit.
semua senyap dan buat kerja yang aku tulis kat blackboard.

Dalam senyap-senyap tu.
aku dengar sorang murid cakap dengan kawan sebelah.
bajet nak bisik je tapi dia tak sedar dia cakap kuat sampai aku pun dengar.


"cikgu liyana tu selalunye baik je kan..harini garang gile..kene rasuk ke ape..."


aku yang dengar rasa nak tergelak.
hehehehe.
hingga aku tersenyum tanpa sedar.
kantoi di situ.
baru nak serius jadi garang.
hahahaha

kalah betul aku dengan budak kecik nih..heeee :p




TIBA-TIBA AKU RINDUKAN AMALI BATA DAN MURID-MURID BESAR.




SAYA GURU MALAYSIA.
* tiba-tiba semangat itu membara

cehhhhhhh!







Sunday, May 2, 2010

kenapa awak pandang saya? saya malu....



Kehilangan baby sangat dirasai aku sekeluarga.
Bersungguh-sungguh abah cari kucing baru supaya rumah tak sunyi sepi juga bermuram durja.
Aku siap search kat internet lagi mana la tau dapat kucing serupa macam baby.

Lalu akhirnya,,,
abah berjaya menemui kucing jantan sebijik macam baby.
:)

Kasih sayang sangat banyak dicurahkan.
Siap abah suruh abang bawak baby baru pergi cucuk vitamin dan vaksin di verterinar.

Di verterinar,
Semua orang pandang aku.
Aku pelik.
Mungkin aku cantik hari itu.
hahahaha
Rupanya bukan.
Diorang pandang baby yang kemas aku dukung.

Kenapa diorang pandang ye?

Sorang uncle kat situ bertanya...

"ini kucing gred apa?kucing siam ke?"

cehh aku mane la tau gred-gred ni..yang aku tau aku datang situ nak kasi vaksin kat baby.
Aku tengok sekeliling.
Ramai jugak yang bawa kucing ke verterinar tu.
Tapi semua kucing yang ada besar-besar, gebu-gebu, cantik-cantik.
Semua ada gred.

Sebab tu agaknya semua pandang pelik je.
Budak ni kucing tepi jalan pun nak bawak kasi cucuk vaksin..
hahaha ade aku kesah?


sama kan macam baby? :)

* bezanya kucing baru ni ekor panjang macam monyet..hehe..tapi nama dia tetap baby!



Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com