Assalamualaikum.
Hari sabtu lepas entah macam mana ibu jari kanan aku tersepit pintu kereta atas kecuaian aku sendiri. Masa tersepit tu sakit dia jangan cakaplah..memang tak terkata. Siap tak berasa ok seluruh tangan kanan aku masa tu sebab terlalu sakit kat ibu jari. Nak menitik air mata tau.
Ini keadaan kuku ibu jari aku selepas tersepit pintu kereta. Dia terbit darah dalam kuku. Masa tu tak tahu nak buat apa. Bila mengadu kat mak, mak kata kena letak minyak panas. Ok aku ikutkan aje. Orang sakit memang selalunya menurut perintah kan.
Makin lama tak boleh blah pulak sakit dia tu. Berdenyut-denyut. Keadaan jari aku macam gambar kat atas ni. Semakin banyak color hitam (darah) tu. Pastu aku pun search kat internet pasal tips kalau tersepit pintu kereta. Tak banyak membantu tapi ada lah jugak info berguna untuk dipraktikkan. Rupanya kalau jari tersepit pintu sehingga kuku kita tu keluar tanda hitam yang sebenarnya darah kat dalam kuku tu, kita haruslah RENDAM JARI KITA DENGAN AIS.
So uols boleh bayangkan rasanya bila aku letak minyak panas pada awal kejadian tadi? Fuh rasa nak meletup ibu jari aku masa tu tau. Dengan sakitnya, dengan panasnya. Memang sangat sakit. Masa tu kan, mulalah keluar ayat-ayat menginsafi diri...ni baru sakit kat hujung jari yang jauh dari jantung dah menggelupur sakit.
Hahaha..boleh camtu? :p
Serius ok sakit dia lain macam. Berdenyut-denyut. Ala-ala luka di dalam tak siapa yang tahu. Haaa....
Sebab dari luaran nampak macam takde apa pun kan tapi percayalah, memang sakit. Malam tu aku tak boleh tidur sampai menangis. Jari semakin berdenyut. Last-last, mak suruh makan panadol. Alhamdulillah lega dan boleh tidur. Bangun pagi esoknya, sakit pun kurang. Aku bajet oh dah elok lah ni. Yeay... :)
Hari Isnin. Kuku ibu jari aku berkeadaan seperti ini. Omg semakin banyak darah dalam kuku tu!
Dan semakin sakit! Tak boleh terlanggar langsung, confirm akan menjerit sakit. Jari semakin bengkak dan kulit sekeliling jari semakin tegang dan pedih. Dahsyat bukan? :(
So aku taknak tangguh dah. Mesti pergi klinik. Mesti!
Habis je sekolah pukul 2.40 petang, terus aku menuju ke klinik berhampiran. Aku jumpa doktor dan bagitau aku nak ubat tahan sakit je. Doktor menggeleng. Dia kata NO, saya takkan bagi ubat sahaja, saya akan cucuk kuku awak dan keluarkan darah dalam tu.
Aku pun terkesima dengan harapan tolonglah cakap itu hanya gurauan wahai doktor.
Terus ok dia suruh nurse sediakan alat apa benda tah. Pastu dia suruh aku masuk bilik rawatan untuk pembedahan kecil tu. Nervous sangat ok bila aku nampak doktor tu pegang besi apa tah ala-ala alat pematri tu. Gulp!
Lampu meja difokuskan di jari aku. Doktor tu kata, tahan sikit ye..tak sakit sangat.
Tak sakit sangat dia kata?? Padahal sakit sangat ok. :(
Aku tak berani pandang pun tapi jeling-jeling jugak la kan. :p Alat yang dia pegang tu dia cucuh kat kuku aku. Panas ok pastu berasap dan berbau hangit. Bunyi macam sangat kejam kan? :(
Berdebar sangat. Lepas je doktor tu berjaya buat lubang, terus memancut darah dari kuku aku. Darah dah berwarna hitam dah. Banyak pulak tu. Doktor kata kalau aku biarkan beberapa hari lagi, darah akan beku dan makin susah nak keluarkan, maka kuku harus dicabut! Fuh nasib baik aku pergi klinik selepas 2 hari bukan 2 minggu.
Nampak lubang kat kuku aku tu? Selepas darah berjaya dikeluarkan, automatik terus tak sakit langsung. Magic kan? :p
Alhamdulillah. Sekarang kena makan ubat tahan sakit dan tahan bengkak aje. Juga tunggu kuku kat bahagian lubang tu panjang dan boleh dipotong. Yeay kuku menjadi cantik semula. :)
p/s : Sila berhati-hati dengan pintu kereta ye. Jangan jadi seperti saya.
Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah kerana memberi saya rasa sakit yang sebegini.....