Followers

Pages

Saturday, April 30, 2011

zaza yang gorgeous kena mandi

































Oh. Ini bukan Zaza. Ini penumpang Zaza. :p









Yeay! Zaza dah kilat-kilat dan wangiiiii macam bayi.


:p




Thursday, April 28, 2011

kupu-kupu kahwin (episod 2)










Sesi bergambar masih lagi diteruskan.
ngheeeee









Sepupu sepapat memang menjadi orang kuat masa kenduri ni. Ada yang serve lauk, angkat pinggan tetamu yang dah habes makan, refill air, lap meja, basuh pinggan mangkuk, bagi bunga telur, potong kek, bungkus lauk dan segala bagai lah. Tak terlist rasanya. hee
Kebanyakan sepupu lelaki aku pakai baju basahan sahaja. Baju basahan tu bermaksud baju untuk siap sedia kotor. hehe. Bukan kotor mana pun sebenarnya kan. Tapi kalau dah kejap kau ke sana buat itu, kejap kau ke sini buat ini, memang sayang lah kalau kau pakai baju giordano ke kan. Begitu lah...


 






Hamboi bukan main riang hati si pengantin baru kita tu. Pengantin ialah di sebelah kanan ye uols. Jangan terpedaya dengan seri muka yang di sebelah kiri tu. Dia masih budak-budak.


:p


 





Pergi kenduri kahwin kat kampung je pun tapi kemain nak guna mata coklat. Baru semua orang ingat I lah pengantin. Kann? hehehe...




 




Gambar nak posisi yang sama je. hehehe...




 




Ha tengok budak fotogedik ni. Kemain lagi bila depan kamera. Ikut jejak siapa lah ni...aku tak pernah ajar pun tau.



kekekeke....



 





Sumpah I tak pernah ajar ok!








Inilah nenek aku. Nenek pun nak feeling artis tau...



'no camera pleasee...'


:p



 





Yang ni kupu-kupu juga.










Bila dah takde kerja.....











Layan ajee. hehe..
Yang si Kaleesya tu pun tak boleh blah. Siiibuk je semua tempat dia nak interframe tau.









Aktiviti bergosip serah pada I. Tengok mimik muka pun dah tau tengah mengumpat sana sini. Hahahaha...:p


(Bukan ohh. Tu tengah excited bercerita tu. Semua benda kalau boleh nak diceritakan. Abang dengan encik kupu-kupu muka terpaksa je layan aku. kekeke...)




 





Budak ni kan dia akan jadi sporting gila dengan orang yang dia kenal je. Boleh peluk-peluk, boleh cium-cium, boleh buat muka. Dapat dengan tah mana-mana orang...memang tak la dia nak sporting camtu.









Kan? hehe...









Kan lagi kan?









Lagi kan?







Ok ok dah dah.











Pasangan pengantin yang pertama. Kahwin dengan cikgu jugak kupu-kupu aku ni.



 





Pasangan pengantin yang kedua. Isteri dia juga seorang cikgu.
Jom lah semua yang cikgu-cikgu masuk jadi ahli keluarga aku meh? hahaha...










Last picture. (p/s : tengok si budak kecik tu..hehe..)




SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SEPUPU-SEPUPU KU,
ABDUL MALIK & ABDUL FATAH.
SEMOGA BAHAGIA SEHINGGA KE SYURGAAA.




Sekian sahaja untuk episod kupu-kupu kahwin.
Bye uols.







 

Wednesday, April 27, 2011

lasak vs lembut




Assalamualaikum.

Nama aku Liana. Bermaksud kelembutan.
Tapi dalam lembut-lembut tu entah mana datangnya minat aku banyak menjurus kepada aktiviti lasak. Zaman awal remaja dulu sibuk lah dengan kawadnya, mendaki gunung sana sini, main bola tampar paling tak boleh blah padahal dulu masa kecik-kecik aku tak heran langsung bila makcik-makcik berek turun main bola tampar setiap petang. Mungkin aku tak berapa nak masuk dengan golongan yang bertahun lebih usia dari aku. heeee :p


Apabila makin meningkat dewasa ni, dah mula tak minat sangat aktiviti lasak. Mula nak jaga kulit lah taknak hitam, taknak kena calar dengan kayu-kayu kat hutan, taknak gatal-gatal kena gigit dengan serangga hutan lah. KONON nak cantik lah kann. hehe..


Eh merapu sangat dah aku ni. Aku nak cerita pasal aku pergi Kem Motivasi Pengawas sebenarnya. Tiba-tiba merepek pulak kelembutan lah kecantikan lah bagai kan. haha..


Pada awalnya, nama aku, Una dengan Kay takde pun untuk pergi kem tu. Bagus sangat lah. Memang kitorang taknak pergi pun sebab dah la banyak kerja lain nak buat masa tu. Last-last kejaiban berlaku. Tiga-tiga sekali kena pergi sebab ramai cikgu yang tak dapat pergi. Sakit lah, itu lah, ini lah. Nyampah ok!







Aktiviti pertama dan terakhir (hehehe) yang kitorang join ialah night trekking. Ikut rasa hati aku ni memang kirim salam lah aku nak join. Sebab dah ramai yang telah ditugaskan untuk follow murid-murid tu masuk hutan. Dan kebanyakannya memang lelaki lah kan. Aktiviti tu start pukul 12 tengah malam. So, before tu kitorang rehat-rehat dulu kat bilik yang amat selesa. Rehat punya rehat terus ketiga-tiga pun zzzzzzzz dengan nyenyaknya. :p


Sedar-sedar je ada sorang cikgu lelaki sekolah aku call..

"weh..ko tido ke??"

Aku betul-betulkan suara sikit. Cover line weh. kekeke :p

"Eh taklah. Manade tido. Kitorang duduk-duduk je ni.." (punyalah nak menipu kan..hehe)

"Ko nak join night trekking tak?"

"Nak la"

"Ha cepatlah siap. Semua orang tengah tunggu korang je ni tau?"


Hambik. Terus kelam kabut kitorang bangun. Siap-siap segala bagai. Muka memang jelas gila baru bangun tidur. Hahaha..Sampai je kat tempat berkumpul, murid-murid semua tengah sibuk spray-spray kaki, keluarkan stokin, memang semua nampak bersedia betul lah nak masuk hutan tu. Tapi aku dengan kawan-kawan macam takde perasaan je. Dengan tak bawak air langsung, tak bawak towel kecik, aku pulak slumber je pakai stokin pendek. Bukan sengaja tau uols, tapi i memang tak ingat langsung nak bawak stokin panjang. Nak kata i geli dengan pacat memang lah geli tapi tabah je hati ni pakai stokin pendek. heee


Habis je pengembaraan selama lebih kurang 3 jam, aku dengan kawan-kawan memang layu di tasik madu betul lah. Dahaga yang amat ok! hehehe..Aku memang rasa nak laju-laju masuk bilik dan mandi, tapi kena stay pulak tengokkan murid perempuan yang kena gigit pacat. Bertabah lagi aku di situ.


Masuk bilik, bukak-bukak kasut, aku tengok dah berdarah dah stokin aku. Cehh aku pun kena gigit pacat rupanya. Hampeh. Tapi nasib baik dah sampai bilik baru perasan. Kalau kat tengah hutan aku dah perasan, mau jatuh kredibiliti i sebagai seorang cikgu sebab geli dengan pacat kan. kekeke...








Ni aktiviti pada pagi esoknya.










Teringat pulak zaman PLKN aku dulu. huhuhu..










Seronok tapi i dah tak berapa nak ada nafsu join aktiviti ni. Biar lah anak-anak muridku yang muda remaja tu yang merasainya pula. I retired sudaa..hehe...









TAKMO LASAK-LASAK DAH LEPASNI. LASAK SIKIT TAKPE. I NAK CONTROL AYU JE SEKARANG NI. KATA CIKGU AYU KANN?





kekekekeke....




* Dulu kan..aku pernah kena gigit pacat. Masa pacat tu tengah sedap hisap darah aku, aku tarik dia. So bekas gigitan pacat tu berbekas lama. Mula-mula bulat kecik warna merah lama-lama makin besar. Pastu bertukar jadi warna coklat-coklat. Gatal gila memang takleh dibendung. Terus aku pergi klinik. Doktor kata, pacat yang gigit aku tu ialah pacat tua. Masa aku cabut dia dari kaki aku, gigi dia tertinggal sebab tu jadi kudis. Hampeh betul pacat tua tu. Doktor pun bagi air untuk cuci. Dan sekarang dah kembali normal.


Lain kali, kalau pacat dah gigit kaki uols dan tengah hisap darah, biarkan je. Dia hisap darah kotor. Elok jugak tu. Jangan sesuka hati cabut apabila dia tengah gigit. Ok?



Bye.
:)


Tuesday, April 26, 2011

terima kasih, murid




Assalamualaikum.


Hari-hari yang aku lalui di sini semuanya tak best. Murid-murid mengajar aku erti kepahitan.






Tapi kemanisan tetap ada kerana ada yang tahu menghargai.
:')




Friday, April 22, 2011

kerja saya sebagai setiausaha kelab guru & staf sekolah



Assalamualaikum


Selain sibuk dengan mengajar, aktiviti sukan dan aktiviti ko-kurikulum, aku juga terpaksa menyibukkan diri dengan kelab guru dan staf sekolah. Oleh kerana aku dan rakan-rakan serumah ialah ahli-ahli kelab itu, maka tugas-tugas haruslah kitorang yang pikul. Fine lah..kita kan orang baru. *konon-konon protes 







Inilah housemate aku. (p/s : ini ialah dua minggu lepas. muka i ialah sunburned. sekian)

Tugas kami ialah merancang aktiviti untuk semua guru dan staf. Menyediakan apa yang diminta dan apa-apa lagi lah. Salah satu antaranya ialah menyediakan hadiah hari jadi untuk setiap guru. Kitorang tak tahu nak beli apa. Nak bagi frame macam bosan je sebab dah biasa sangat. Nak bagi towel pastu pergi sulam tulisan selamat hari lahir kat kedai lagiii lah dah biasa. Tak tahu ohh nak beli apa. Lalu kitorang pun merayau lah ke Melaka sana mencari hadiah yang at least bila diorang dapat diorang macam...wow! beli kat mana ni? ha begitu...hehe..









Dan inilah kedainya. Very the jelita tau semua barang-barang dalam tu. Mampu buat i pengsan sebab semuanya cantik sampi rasa tak sampai hati kalau tak beli. Waahhh over tau. hee...










Kitorang shopping hadiah hari jadi dan hadiah hari guru untuk semua guru kat sekolah aku tu. Beratus-ratus jugak lah habis di situ. Maka, kitorang pun dapat lah free gift yang sweet ni. :)









Kay.







Una.






I. :)






Taraa! Inilah hadiah untuk hari jadi setiap guru. Kitorang just tambah ucapan 'Selamat Hari Lahir dari Kelab Guru & Staf SMKG 2011' dengan print out dan liminated sahaja. Tak kuasa ohh nak tulis satu-satu.








Untuk Pengetua haruslah special sikit. Sikit je tak banyak. Kita tambah riben je.
Ha pasni kalau i masuk bilik dia kalau dia tak gantung gift ni siap lah. :p









Penuh lah rumah kitorang dengan hadiah-hadiah ni. Hadiah hari guru i tak ambik gambar lagi. Korang nak tengok tak? Sila komen nak dulu kat entri ni baru i tunjuk kat next entri. hihihi :p



 





Mine.
Mesti cop yang jelita-jelita dulu untuk diri sendiri walaupun hari jadi aku ialah lambat lagi. :p Sekarang dah letak kat dinding, siap sangkut pewangi bilik lagi tau.



Petang tadi dah berjaya beli hadiah untuk dijual kepada student pulak. Hari Guru ialah bulan depan so kena get ready untuk ambik order. Satu je yang tak best bila handle benda-benda macam ni. Nanti aku yang beli, aku yang jual, last-last aku yang dapat. Tak surprise langsung tau bila tiba hari guru nanti. Macam syok sendiri je. huhuhu...








YANG PASTI TUGAS SAYA BUKAN SEMATA-MATA MENGAJAR DI SEKOLAH.
SIAPA KATA KERJA CIKGU SENANG?





I la yang kata tu. dulu k. dulu...




hehehehe :p






Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com