Followers

Pages

Thursday, June 24, 2010

cekgu jahat!



Setelah beberapa minggu aku habis mengajar di sekolah pd,
anak murid mula menghubungi.

CIKGU APA KHABAR?
CIKGU, CIKGU ADA BAGI KERJA SEKOLAH TAK HARITU?SAYA LUPA LA.
CIKGU PAKAI HENFON APE?

banyak lagi sms merapu dari anak-anak murid.
budak-budak.
biasa lah tu.

TAPI,
lama kelamaan cikgu liyana ni pun tau naik angin murid-muridku sayang.

kau bayangkan...

Pagi-pagi aku dah dapat sms :

ASSALAMUALAIKUM CIKGU. SAYA ******.SAYA NAK UCAPKAN SELAMAT PAGI.


mula-mula aku boleh terima lagi. ucapan selamat pagi aku balas dengan ucapan selamat pagi juga terima kasih.

masuk tengah hari macam tu jugak.


ASSALAMUALAIKUM CIKGU. SAYA ******.SAYA NAK UCAPKAN SELAMAT TENGAH HARI.

petang pun macam tu. malam pun macam tu. SETIAP HARI!
siapa tahan?
boyfriend aku pun aku tak layan nak ucap selamat setiap ketika tau.
kalau aku tak reply, mesti sms yang sama dihantar berulang kali sampai aku balas.
mana aku tak meluat?
sampai aku terpaksa sound...

TERIMA KASIH SEBAB SENTIASA INGAT CIKGU. TAPI, KALAU TAKDE HAL PENTING TAK PAYAH SMS CIKGU YE. CIKGU SIBUK. BANYAK KERJA.

sms aku tu dibalas dengan...

MAAFKAN SAYA CIKGU.

aku tak reply sebab nanti panjang plak citenye. tapi, tak cukup. sms maafkan saya bertalu-talu dihantar.

CIKGU MARAHKAN SAYA KE? SAYA TAK SENGAJA BUAT CIKGU MARAH.

Hadoi..ikotkan hati memang rasa nak maki je tapi aku masih rasional boleh berfikir.

sampai bila diorang nak stop aku tak tau la.
*sigh



MEMANG INDAH TAPI KADANG-KADANG MELUAT GAK.



4 butterflies concerned.:

Fay Nana (Cik Fana) said...

bertuahnya dapat anak murid sayang cikgu! :D

zaza said...

hehe.. so annoying lah..
but sweet jgk kadg2..

sang kamen said...

budak2 lah yana oi...

naniE said...

hehe..cikgu nya comey, mistilah anak-anak murid sayang..be a good teacher..hihi..

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com