Ahad lepas,
Aku dah plan ngan kawan lama aku,zira nak pergi kenduri kawen nurul kat jelebu.
Siap dah beli hadiah untuk pengantin.
Tiba-tiba malam tu,aku tak sedap badan.
seram sejuk je rasa.
Masa tu aku dah rasa confirm demam kesian nurul aku tak dapat datang kenduri dia.
Ape pun, SELAMAT PENGANTIN BARU DARLINGG.
kau memang kawan aku yang paling cun!
Hari berikutnya,demam aku dah okay.
Tapi adik aku kata badan aku panas.
Aku tak macam orang sakit pun, still aktif buat itu buat ini.
Masuk hari ketiga, ibunda suruh aku check darah.
Masa tu suhu badan aku dah 38 darjah celcius ambik kau panas tak panas.
Buat pertama kalinya,
Darah aku diambil. Mak ai sakitnya bukan main terasa sampai ke tulang hitam.
Masa dah dapat result, doktor cakap aku kena tahan wad sebab platelet darah aku low.
Tapi esok datang balik untuk ambik darah lagi.
Balik rumah sila minum air 100 plus banyak-banyak.
Baik!
Lalu keesokannya,
Platelet darah aku makin low.badan makin lemah.
Lalu doktor pun cucuk tangan aku untuk masukkan air.
Sakitnya tak tercakap.memang sakit sangat!
Then, aku pun dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban.
Naik ambulans dari Klinik Kesihatan macam orang dah tenat sangat dah hahaha.
Masuk wad,
Setiap hari doktor ambik darah 4 kali. Tiap kali ambik darah, aku rasa menyampah gila nak pandang muka doktor tu. sakit.
Air plak dah 11 botol masuk dalam badan aku ni.
Naik gebu tangan aku.heee
Ade satu malam,
Doktor cina lelaki yang bertugas.
Aku rasa dia dah penat sangat.
Muka dia pun muka tak terurus aku tengok.
Dia nak ambik darah aku.
Macam biasa, bila doktor nak ambik darah memang aku pandang tempat lain.
Doktor tu dah cucuk lengan aku. Sakit.
Tapi dia tak blah-blah jugak. pelik.
Tiba-tiba aku rasa tusukan jarum kat lengan aku buat kali kedua. Sakit lagi.
Tapi doktor tu still tak blah-blah.
Aku mula menoleh pada doktor tu.
Doktor tu mula berkata....
"maaf ye nurliana,saya terpaksa cucuk dekat kaki. Dekat tangan dah tak keluar darah"
Aku dah pelik masa tu, kaki nak cucuk kat mane?
Tiba-tiba doktor tu tarik seluar aku.
Aku pun...
"eh, nak cucuk kat mane ni??"
"eh, nak cucuk kat mane ni??"
"kat sini.." doktor tu tunjuk celah kangkang aku.
" saya taknak! cucuk kat tangan jugak taknak kat situ!"
"okay2,saya cuba lagi sekali"
Buat kali ketiga jarum itu ditusuk ke lengan aku. SAKIT!
tiga kali tau tak?
memang ngeri lah doktor ni. takut aku.
nasib baik kali ketiga okay. ;(
PALING MENAKUTKAN BILA SUHU BADAN AKU MENCECAH 40 DARJAH CELCIUS!
nurse kata kalau suhu badan kita panas sangat, hati mudah rosak.
mendengarkan itu,
dengan gigihnya aku minum air sampai termuntah-muntah.
buang air jangan cakap la. tak sampai 5 minit buang air, terasa nak buang lagi.
dengan tangan kena masuk air abis berdarah-darah.
SEKSA.
Bila aku dah sihat,
dah tak demam,
maka makcik-makcik ni pun datang melawat aku. :)
forever.
Kini aku kembali sihat dan kuat.
DAMN U NYAMUK!
5 butterflies concerned.:
okeh!
now dah tau nape ngeri giler.
kahkah.
amik kesempatan plak doc nie.
cet!
tp bacaan suhu tu mmg sgt tinggi okeh.
siyes tinggi.
bukat takat hati leh rosak.
kalo x control mahu kene sawan dwatnyer.
haish!
pergi belasah air kelapa banyak2 sampai kembung!
hahaha ngeri betol doktor tu... sampai kat celah kankang pun mau cocok... ketawa kejap.. :) apa pun smga sht selalu... :)
nasib dah baik.. =)
tapi doc tu mcm ngeri je.
=p
get well soon ya!
Post a Comment