Followers

Pages

Saturday, February 27, 2010

sampah!


 

Sungguh durjana kau manusia.
Damn! 




Wednesday, February 24, 2010

Terima Kasih ALEX!

Khamis minggu lepas.

Aku sampai rumah sewa dengan penat yang sangat macamlah aku yang drive kan hahaha.
Tapi serius, memang penat.
Dengan perasaan yang masih hot pasal bus kesatuan ngokngek lembap tu lagi.
So, malam tu memang nawaitu nak tido awal la sebab esoknye aku ada kelas pagi.
Dalam kul 11 macam tu, Tiba-tiba aku dapat sms dari lecturer aku memberitahu bahawa dia nak datang observe aku esok.

Haaaaa?

Rasa nak tertanggal jantung paru-paru juga limpa aku semua.
Kelas aku mengajar esok pukul 7.30 pagi sampai 10.40 pagi.
Aku bukan risau nak mengajar. Sebab bahan aku nak mengajar esok tu memang dah lama siap.
Yang aku risaukan sangat tu, Buku persediaan mengajar aku tertinggal kat bengkel!
Bukan tertinggal sebenarnya tapi memang sengaja tinggalkan hahahaha.
Itulah balasannya. (gaya nabil)

So, aku memang berdebar gila malam tu sebab sebelum masuk mengajar memang kena tulis dalam buku tu apa aktiviti la, apa nak ajar la, semua kejadah tu la.
Tapi aku tak tulis langsung.
Satu perkataan pun takde.
Macam mana tu?

Syarat-syarat gagal latihan mengajar :
1) …..bla……bla……
2) …..bla……bla…..
3) Tidak menulis rekod pada buku persediaan mengajar.

Haaaa yang ketiga tu weh sila baca yang ketiga tuuuuuu. Adoiyaiiiii la.

Memang tak tenang aku malam tu.
So, aku hanya mampu berdoa aku sempat tulis buku tu sebelum masuk mengajar esok.

Esoknya,
aku pergi sekolah sangat awal dari biasa.
Langit pun gelap lagi. 7.10 camtu dah sampai bengkel.
Sejuk.
Tangan aku jangan cakap la lagi la sejuk.
Dengan pantasnya, aku pun tulis dalam buku rekod tu.
Tulis, tulis dan tulis lagi….sampai cramp tangan aku sebab tulis laju sangat + bengkel tu sejuk weh.
Akhirnya sempat…Alhamdulillah.

Aku pun mengajar dengan yakinnya macam biasa.
Tengah mengajar, tiba-tiba sorang student aku buat hal.
Alex namanya. (nama sebenar dirahsiakan, kasi nama omputih baru grand sikit nama student aku)

Alex ni ok sebenarnya, selalu bagi respon kalau aku tanya,aktif dan takde pun nak tido-tido dalam kelas aku.

Tapi.

Tah mana silapnya, tiba-tiba hari tu dia mengada-ngada.
Aku tukar tempat duduk dia sebab dia berborak dan main-main tak bagi perhatian masa aku tengah membebel kat depan.
Lepas aku tukar sit dia terus dia senyap, muka plak memang masam gila lah.

Lalu, aku pun bertanya.

“Alex, awak faham tak apa yang saya ajar? Cuba awak ulang proses yang saya cakap tadi. “

Alex bangun.

Senyap.

Lama.

Senyap lagi.

Dia tak pernah macam tu selalunya dia pasti bagi respon even salah sekalipun.

“ Alex, saya tanya awak ni.”, tanyaku lagi.

 “ye”, Alex menjawab malas juga langsung tak pandang aku.

Memang la budak ni marah ngan aku.

“Awak marah saya ke Alex? Pandang saya”, aku tak tau kenapa aku tak nak kalah padahal lecturer aku ada kat belakang.

Dia senyap lagi.

“Takpe lah Alex. Awak boleh duduk….Kelas, saya menegur awak semua bukan saya suka-suka. Saya tegur untuk kebaikan awak jugak. Awak semua student saya,saya ada tanggungjawab untuk mendidik dan marah mana yang patut. Awak sebagai student sepatutnya tau fikir tanggungjawab awak terhadap saya yang tengah mengajar kat depan…bla…blaaa”

Tah ape aku membebel sampai kelas tu jadi senyap sunyi sepi.
Pembelajaran diteruskan sampai 10.40 pagi.

Korang nak tau apa hasilnya?

Haaa lecturer aku tu kata aku pandai menerapkan nilai-nilai murni hahahahhaa.

Amende yang aku buat tah sampai dia kata camtu.

Lalu….

Seorang guru berjumpa dengan pelajarnya bernama Alex untuk mengucapkan terima kasih. Hahahaha.


Hujung minggu kami ke Cherating melepaskan tension. Tension la sangat kan hahaha. :p


* bagus jugak budak tu buat perangai camtu, markah pencerapan aku tak pasal-pasal jadi boleh blah. Heeeee. :P


Thursday, February 18, 2010

rough day


Satu pagi yang indah permai…
Aku dengan semangat yang biasa-biasa melangkah ke Terminal 1 Seremban untuk naik bus balik ke Kuantan.
Tiket bas yang ayahanda belikan aku tengok berulang kali.
9.00 a.m
Seremban - Kuantan
Platform 35
Ekspres Kesatuan.

Ekspres Kesatuan? Jenama apa tah tak femes langsung dengar pun pelik je. Tapi takpe cool babeh semua bus sama je kot.

Dalam 8.30 a.m camtu aku dah sampai depan platform 35.
Memang bus dah ready parking cantik je kat situ.

“Dik, nak pegi mana ni?”, tanya pakcik kedai betul-betul depan platform 35.

“ Pegi Kuantan, pakcik”, jawabku.

Ha ni la bus pegi Kuantan”,pakcik berkata sambil tunjuk bus depan kedai dia tu.

Tapi bus tak bukak lagi, tempat letak beg kat bawah tu je dah sedia bukak. Aku pun pergi letak beg aku kasi dalam sana. Kemudian pergi kedai pakcik tadi beli air kotak susu strawberry ngan twiggies coklat. Buat alas perut maklumlah aku langsung tak makan apa-apa lagi ni.

Jam dah pukul 8.55 a.m.
Tapi tiada tanda-tanda driver bus panaskan enjin pun?
Aku dah mula risau sikit tapi masih cool babeh macam tak perlu risaukan apa-apa.
Orang yang nak naik bus tu mula ramai.

9.05 a.m.
Aik tak jalan-jalan lagi kata bus pukul 9?
Macam mana nak jalan penumpang pun tak naik lagi.
Masa tu la konduktor bus sebok nak check tiket penumpang.

“Sengal gila dah lewat 5 minit baru nak check tiket”, kataku dalam hati.
Tapi takpe aku masih cool babeh lagi.
Tengah konduktor bus check-check tiket, penumpang still tak naik bus lagi.
Tah driver kedua dia agaknya sebok pulak nak menyapu dalam bus tu.

“Awal-awal taknak plak dia sapu, ni dah 9.15 a.m kau baru sebok nak menyapu kejadahnya”, kataku dalam hati lagi.
Masa tu tanda-tanda protes mula bersemai dalam diri aku.

Dalam keadaan persemaian emosi aku tu, tiba-tiba…
Bus tu dengan slow motion berundur ke belakang tapi yang tengah menyapu tu tak perasan.
Berderau darah aku.
Orang ramai kat situ mula bising.

“woi, bus woi!! Bus tu reverse tu!!!!”

Orang yang tengah menyapu dalam bus tu dengan pantas duduk kat tempat driver.
Tapi takde apa-apa effect pun.
Break tak makan agaknya.
Hati aku mula berdebar-debar. Gila! Dah la beg aku ada kat bus tu. Laptop aku pun ada sekali dalam beg tu.
Bus masih slow motion bergerak ke belakang.
Bergerak lagi….
Dan dushhhhhhh!!!
Berlanggar dengan bahagian hadapan bus belakang.
Sengal!
Memang sengal.
Nasib baik takde apa-apa sangat tapi orang awam dah mula ramai la menyaksikan kejadian bodoh tu.

Lalu, aku dengan yakinnya pergi ke bus tu dan ambil beg aku dengan muka selamba.

“ish takleh jadi ni, taknak aku naik bus ni gi Kuantan. Mati jugak aku tengah jalan nanti”, monologku lagi.

Lalu aku pantas menelefon ibunda bagitau apa dah jadi.
Ibunda cakap bagitau ayahanda.
Lalu aku call ayahanda dan ayahanda suggest balik dengan kawan yang aku tumpang masa balik aritu.
David!
Aku call David tapi tiada jawapan.
Call lagi tiada jawapan.
Call banyak kali tetap tiada jawapan.
Aku mula cemas.
Bus aku tu dah mula parking ke tempat asal tapi aku takde hati nak naik.
Cuak.
Dah la lembap.
Aku try call David lagi.
Hampa.
Tapi aku masih berharap.
Jam dah pukul 9.30 a.m.
Kalau aku tak naik bus ni, pastu David plak dah gerak, mampus aku camne nak balik Kuantan.
Dengan penuh harapan aku call David buat kali tah ke berapa tah.
Masih tiada jawapan.

“Eeee dia ni tido mati ke dah mati?”, aku mula give up.

Lalu melangkah menaiki bus juga dengan muka yang sangat ketat, dahi berkerut juga mulut muncung boleh sangkut hanger.

 Macam nilah kot contoh muka ketat.
Dah duduk dalam bus aku hantar sms kepada my heart and my sugar,

“Akak naik bus je, kawan akak tu tak dapat dihubungi”

Bus pun bergerak.
Dalam setengah jam lepas tu,
Lagu I Remember nyanyian Mocca berkumandang.
Maksudnya ada orang call henfon aku la tu.
David.

“ ha kenapa….”, dengan suara baru bangun tido mamat tu bertanya.

Aku?
………..
Rasa nak lempang tapi jauh.
Sabo je la.

Bus tu memang lembap, aku sampai Kuantan dalam pukul 4.30 p.m macam tu. Lembap gila dah la lapa rasa nak makan je bus tu ngan driver-driver lembap tu sekali. Sumpah aku tak nak naik dah bus jenama tu.



Wednesday, February 17, 2010

through my eyes



Tadi.
Baby keluar pergi mana tah cari lipas agaknya.
Bila balik je terus meow meow.
Dan terus ke dapur.
Tiba-tiba.
Ayahanda pun ikut baby ke dapur.
Lama sikit lepas tu abah ke depan balik sambung tengok tv.
Kemudian lama lagi sikit,
Baby pulak ke depan dengan menjilat-jilat bibir.
Ohh baru lepas makan.

Ibunda pun berbisik padaku.
Pagi-pagi masa semua takde kat rumah.
Before ayahanda pergi kerja,
Mesti ayahanda pergi dapur gorengkan ikan.
Untuk baby.

Lagi,
Bila ayahanda balik kerja waktu petang,
Pasti ayahanda layan kerenah baby yang memang suka manja dengan manusia.
Malam before ayahanda tidur pun,
Baby masuk bilik nak main-main ngan ayahanda.

Terkejut aku dengar.

Sayangnya ayahanda kat kucing aku tu.
Layan baby dah macam anak sendiri.
Terharu.
:')




Monday, February 15, 2010

konflik paling i benci!




Aku paling benci bahagian ni.
Sumpah tersangat benci.

Aku rasa aku harus menjadi aku tanpa perlu hipokrit plastik tegar semua tu.
Mula-mula lapor diri di sekolah memang teruja tahap teratas la.
Tapi makin down dan down mengikut masa.
Semakin lama jangka masa praktikal, semakin berkurang tahap keterujaan.
Lebih kurang macam tu lah hipotesisnya.


Kau bayangkan bila kau ikhlas buat kerja tanpa banyak dolak dalih serta berpenat lelah seperti dibayar gaji padahal tak, orang tak nampak.
Tapi.
Tiba-tiba kau dengar cerita ada mama juwie yang kecoh sebarkan cerita kau buat kerja berkira, ha yang itu semua orang nampak.
Tapi disebabkan posisi kau tersangatlah kerdil maka kau tiada hak untuk menegakkan benang yang kering.
Ok fine takpe boleh sabar lagi.

Dan bila.
Tiba-tiba ada pulak mamat hensem kat situ menjadi murah hati nak belanja lunch.
Kau pun memang tengah lapar busy tahap takde masa nak pergi beli makanan maka terima offer itu.
Nasi ayam je pun bukan chicken chop ke beef steak watsoeva tu.
Tiba-tiba kecoh satu dunia kau mula nak berbaik-baik ada makna dengan mamat tersebut.
Dasar Mak Senah takde keje lain selain jaga tepi kain orang.

Dan lagi.
Bila profile facebook kau ada yang buka ketika waktu sekolah.
Orang yang buka tu pulak memang kawan sendiri yang sengal tak boleh blah.
Kecoh satu bengkel mengupas dan menilai identiti seorang guru bernama aku.
Bajet semua cikgu memang skema pakai baju kurung juga kalau keluar pakai seluar slack juga blouse.
Memang bukan aku lah kan.
Boleh ke kalau kau tak rasa marah kat kawan kau tu?

Juga apabila.
Orang yang bijak mengambil kesempatan memilih kau sebagai mangsa.
Mengambil kesempatan di sini bermaksud,
Eh kau kan cikgu muda pandai teknologi kreatif lagi inovatif.
Buatkan la slide power point untuk tajuk sekian sekian yang memang takde dalam list pengajaran diri kau sendiri.
Maka kau tak berani nak kata tak boleh.
Dengan fokusnya kau siapkan jugak satu modul untuk tajuk yang diminta.

Tambahan lagi.
Ada pulak kau dengar cerita dari sumber yang boleh dipercayai.
Ada pihak yang tak sukakan kau.
Cemburu dengan kewujudan kau kat situ.
Mencari sebab untuk buat cerita pasal kau even trajedi ringan seperti nasi ayam sekalipun.
Bila kau dah kenal orang tu,
Surely lah kau pun hairan kenapa lah dia ni anti sangat ngan kau kan.
Tapi disebabkan kau ni orangnya lantak la ade aku kesah, maka kau buat tak tau je.
Sebab kau tau dia cemburu kau kan lagi cantik dari dia.
Itulah hakikat sebenarnya.

Memang semuanya buat aku meluat je berada di sana.
Cuma pelajar-pelajar pulak yang makin pandai menambat hati untuk aku terus kuat.
Dapat pulak ada sorang budak tu muka memang saling tak tumpah lah macam muka adik.
Sumpah sama.
Fizikal memang sama 98%.
Tiap kali aku pandang dia memang macam aku pandang adik lah.
Juga pelajar-pelajar lain yang memang dari azalinya sukakan cikgu praktikal.
Maka aku sentiasa rasa dihargai oleh pelajar-pelajar.
Cukup untuk buat aku bertahan.
Nasib baik.

Muka diorang tak nafi memang muka gatal tapi okay sebenarnya. :)


* Oh baru aku faham erti sebenar konflik rakan sekerja. Haih macam-macam perangai!


oh manisnyaaa



opening picture yang kalau kau rasa meluat sila terus baca yang 
seterusnya jangan tenung wajah ai.




.14 FEBRUARY.

Aku memang tak percaya valentine valentine nih.
Hari kekasih la hari kasih sayang lah bagai.
Tapi banyak plak yang sebok sangat nak jadi pada tarikh ni.
Kawan masa aku belajar kat matrik dulu kahwin la..sungguh sweet ok kau pilih tarikh ni. :)
Kawan blogger aku punya birthday la. Aku memang dah jadi orang pertama yang wish kan weh? hahaha

juga...

kisah cinta antara seorang aku dan seorang dia yang paling menggetar jiwa. (cehh ayat nak curik ayat movie je sila muntah sekarang.)
malas nak story hal-hal rumah tangga ni kat medan terbuka.
cukup kalau aku cakap i fall in love again...
more and more and more lagi.
awww menyampah mak baca nokk bahahahaha.

okay okay cukup adegan geli tu.

Bila aku jejakkan kaki ke rumah semalam,
tekejot aku tengok baby dah besar.
kau bayangkan lah aku ambik dia dari dia kecik takde gigi pun lagi sampai laa ni dah pandai merayau malam-malam memang berjiwa remaja. Nasib baek takde persatuan mat kucing rempit, kalau tak mesti baby dah join dah hahaha.

Juga masa cuti ini ialah masa untuk menempek depan laptop menelaah arena internet sepuasnya.
Rumah sewa kat Kuantan tu memang la takde internet kan nak meminjam member punya broadband macam tak sedap pulak paham-paham sendiri sudah.

Masa ini juga ialah masa untuk relax dari segala keskemaan profesion guru itu.
Juga masa untuk refill kasih sayang yang dah empty sekian lama. Lemah sungguh aku rasa charger-charger aku jauh-jauh belaka. heeeee.



* kawan-kawan, join la GENG BLOGGER. aku baru join macam ada wawasan je benda alah tu. hehehehe.



Saturday, February 13, 2010

february breaking


Ke hadapan encik belog yang sangat dirindui..
Bukan sengaja saya tinggalkan kamu okay? (pujuk)


Rindu gila dah lama tak berbelog, dan banyak cerita yang berkubur di alam realiti.
Tak sempat aku nak tempek kat sini. hahhhh rugi rugi.

Tak pernah aku rasa aku tunggu sangat cuti macam cuti tahun baru cina tahun ni. Homesick sampai tak boleh nak diluahkan rasa rindu tu. ahhh yang pergi biar pergi yang penting sekarang aku berada di Seremban even tak seindah Kuantan.

Dengan julung-julung kalinya aku pulang dari Kuantan ke Seremban dengan sahabat lama yang belajar kat Uniten Muadzam. Zaman sekolah dulu belagak, sombong tak nak tegur, jual mahal konon last-last kena mintak tolong mamat tu jugak akhirnya cehh. David, kalau kau tengah baca sekarang ni, jangan sekadar senyum-senyum kambing sahaja, sila sms aku cepat ucap terima kasih sebab promote kau kat sini. :p

Aku diajar untuk menelan dan terus menelan apa sahaja yang berlaku ketika aku praktikal. Tempat orang jangan kita buat macam tempat sendiri. Ok fine aku boleh laksanakan itu CUMA aku tak faham spesies yang senang sangat nak menilai orang lain.

Tak faham lah makcik biah makcik bedah pakcik leman oii.
Sibuk sangat nak menilai orang lain macam diri sendiri baik suci murni juga sempurna bagai kenape nye.
Menyampah gila orang macam ni. Aku hanya bertabah dan terusssss tabah. Bahek!





*  Kamon lah jangan mudah menilai buku melalui kulitnya. Tak payah jaga hal orang lain, jaga tepi kain sendiri sudahh.





Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com