Assalamualaikum.
Uols suka pakai jam tangan? Boleh hidup tanpa jam tangan tak?
Oh aku tak boleh. Rasa susah sangat hidup kalau takde jam tangan even kita boleh tengok jam dekat handphone kan tapi still rasa tak best. Seumur hidup aku, dah berpuluh jam aku miliki. Tapi semuanya cap ayam jelah. Setakat sepuluh dua puluh tiga puluh ringgit gitu je yang mampu aku beli. Zaman sekolah dulu lagi lah banyak. Kejap jam merah kejap jam pink kejap jam putih. Selalu sangat tukar jam. Maklumlah murah kan uols. hehe..
Jam paling mahal pernah aku beli ialah jam Roscani. Awal tahun haritu aku beli. Suka sangat design jam tu sebab nampak elegan je bila pakai. Awww. Dengan tali jam tu yang ala-ala gelang datin gitu. Memang sangat jatuh cinta dengan jam tu.
Ni lah jam roscani aku tu. Tapi gambar ni ihsan google je. hee
Cantik tak uols? Mana tak cantiknye kalau harga dia pun cantik. :p
Punyalah sayang tau. Pakai untuk pergi sekolah untuk mengajar dan aktiviti yang agak rasmi je. (termasuk dating..opss) Kalau pergi training volleyball memang haram lah aku nak pakai. Pakai jam tali getah Q&Q aje. Punyalah sayang katanya kan.
Tapi jodoh aku dengan jam ni tak lama uols. Tah mana hilangnya jam ni aku pun tak tahu. Seingat aku, aku letak dalam handbag. Tapi bila cari balik, tak jumpa uols. Puas dah aku cari. Merata alam tapi tak jumpa-jumpa jugak. Mungkin tercicir kat mana-mana tapi aku tak sedar. Sedih ok. :(
Tinggal kenangan. huhuhu.. :'(
Sekian kisah sedih saya di hari Jumaat.
3 butterflies concerned.:
jam aku pon penah hilang.
sedih. dah la dibeli oleh ayah aku. sedih.
sampai sekarang ralat jam tu hilang..
sedih kan?
rase raaaaaalattt sangat!
huhuhu..
ada jam roscani my wife punya..sama mcm ni...dia nak jual...
Post a Comment