Followers

Pages

Monday, March 5, 2012

Hari Peringatan Pandu Puteri Sedunia 2012



Assalamualaikum.

26 Februari haritu, aku ditugaskan untuk menghantar 5 orang pelajar Pandu Puteri ke Padang MPS Seremban. Disebabkan 26 Februari tu jatuh pada hari ahad, maka aku macam agak liat nak pergi hantar diorang ni. Sebabnya aku dah memang ada kat Seremban kan. Diorang pulak kat Gemas. Satu keje pulak aku nak ulang alik Gemas-Seremban tu naik bas. Naik bas ok uols. Tak kuasa tau. hehe...


Tapiii, nasib baik aku tak perlu nak bersama pelajar ni sepanjang perjalanan. Aku kena berada di Padang MPS tu dengan pelajar-pelajar aku sehingga majlis tu selesai dan aku boleh balik ke rumah aku, pelajar-pelajar aku boleh pulang ke Gemas naik bus semula. Bus tu memang semua pun pelajar pandu puteri lah uols bersama juga cikgu-cikgu yang memang asal usulnya dari Gemas. Bukan bus awam tau. I tak seselfish itu. huhuhu....






Banner yang memenuhi sepanjang laluan mengelilingi Padang MPS.






Tugas aku ialah menjaga booth. Fuh nasib baik. Tak perlu nak berarak satu padang tu panas panas peluh peluh semua. :p
Baju i pakai tu ialah baju pinjam je uols. Tu lah uniform pandu puteri. Dan sekarang aku dah memiliki baju tersebut. Tinggal nak pergi tempah je. Baju pinjam tu asalnya baju kurung tapi bila aku pakai tetiba menjadi baju kurung kedah pulak uols. Singkat ok. hahaha..
Nak tak nak terpaksa jugak aku pakai sebab kalau takde baju lagilah malu. Tudung pulak tetiba kena pakai style nak pergi mengaji tu. Sadis betul.
Tudung sebenarnya ialah color biru cantik yang licin tu uols. Tapi disebabkan memang takde, so kena pakai tudung hitam plain tu je. Memang masa tu feeling Mak Jah betul tau. 
Selekeh sangat. +__+


Dah duduk di booth, so kena pantau pelajar-pelajar aku menjual barang. Kesemua barang yang dijual ialah hasil tangan aktiviti pelajar semasa perjumpaan kokurikulum. 
Jom cekidauttt....








Tin yang dah dihias dengan tanah liat. Color pink + purple macam tu nampak sweet sangat. :)







Tin yang dah dibentukkan menjadi tanglung. Bila dikumpulkan banyak-banyak, sangkut kat luar rumah. Memang nampak cantik bila dia berpusing-pusing lagi-lagi kalau ada angin.








Tempat sangkut kat pintu yang diperbuat dari barang terbuang seperti surat khabar dan kertas-kertas.









Gelang tangan yang diperbuat dari kain perca yang dimasukkan ke dalam tiub plastik. Masa kecik-kecik dulu i pernah buat. :)









Bakul yang diperbuat dari surat khabar.









Keychain manik yang paling laris. Habis dijual uols. Pelik jugak. hehe... :p










Tin yang dah dihias dan pasu besar yang dianyam menggunakan surat khabar.









Tempat letak tisu. Juga diperbuat dari surat khabar.









Dan ketika ini, tetamu vip kita dah sampai. Tengah melawat booth. Masing-masing berkebaya ok walaupun......
Dan i berasa sedikit terancam. Eh? (sangat takde motif tau)







Pelajar-pelajar sekolah rendah lah yang paling semangat nak membeli. Tak paham sangat tau. Mesti mak diorang marah sebab diorang beli benda-benda macam tu. Paling aku tak boleh terima tin yang dihias tu pun ade yang nak beli. Memang nampak betul lah sekolah rendah nye. hehe...
Asalnya tin yang dihias tu just nak dipamerkan je. Macam bukti aktiviti pelajar gitu lah kan tapi ada jugak yang nak beli. So jual ajelah. Rezeki jangan ditolak kann. hehehe....







Inilah pelajar-pelajar aku yang berjaya menjual hampir keseluruhan barang-barang. Tahniah semua. :)
Diorang ni ialah renjer puteri. So penglibatan ke peringkat kebangsaan macam ni memang diorang perlukan sangat. Markah tinggi katanya kan.








Sekarang  i dah ada tudung pandu puteri yang gojes ni. Tak sabar nak pakai di setiap hari rabu. Mesti nampak macam tetamu vip tadi tu kan? eh... :p








Dan sebagai penutup, gambar cikgu dengan pelajar-pelajarnya. Macam sebaya je kan kitorang? (perasan sangat makcik ni)
Ok uols. Tu je cerita pandu puteri i. Dulu kini selamanya, memang aktif sangat persatuan ni tau. Tak terlayan rasanya. Ikutkan, sabtu ahad baru-baru ni ada perkhemahan tau. Tapi malas nak layan, malas nak hantar budak sebab minggu ni dah start ujian bulanan satu. Orang nak ujian, dia sebok nak berkhemah-khemah segala. Tak kuasa! hehe...


Okbye uols. Thank you sudi baca :)


9 butterflies concerned.:

Unknown said...

ooo..pandu puteri international punya organization ek?baru tau

Anonymous said...

Mana nak beli tudung pandu puteri yg cantik tu

shu said...

Beli mana tudung tu...

shu said...

Beli mana tudung tu...

Anonymous said...

Salam.. Boleh saya tahu di mana nak beli tudung pandu puteri?

Unknown said...

Di mana ye saya boleh dptkn tudung biru pandu puteri ni?

Unknown said...

boleh tahu mana.nak dpt tudung tu

Unknown said...

Mana nak beli tudung tu ye

Anonymous said...

Assalam sis mana nak dapatkan tudung pandu piteri tu ya

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com