Followers

Pages

Friday, February 11, 2011

diary sebabak yang sebak



Assalamualaikum.

Amboi lamanya tak update. Ada yang rindu kitee tak? hee
Minggu ni ialah minggu bekerja yang lek lek saja. :) Sebab jadual baru dah keluar dan aku dah tak perlu nak pening-pening kepala fikir apa nak ajar untuk subjek sains. Sekarang aku hanya mengajar subjek Landskap dan Kemahiran Hidup ( Sains Pertanian ) sahaja. Oh dan satu lagi, tiba-tiba kena ajar PJK. hee tapi takpe, subjek tu untuk main-main je kan. :p Rasa macam dah kurang beban di kepala hotak ni. hehehe...




Lama dah tak letak gambar camwhore sendiri macam ni. hihi malu lahh. 

Sepanjang minggu ini, topik hangat di sekolah ialah banjir. Bukan sahaja anak-anak murid yang menjadi mangsa banjir, bahkan ibu-ibu murid juga bapa-bapa murid pun terlibat sama. Kesian ok. Diorang datang sekolah sehelai sepinggang je dah takde harta. Bila aku suruh masing-masing bukak buku untuk salin nota, mangsa-mangsa banjir senyap je.

"Dia mangsa banjir cikgu" kawan-kawan lain tolong menjawab.

Kesian.
Tak sampai hati nak marah sebab buku semua dah hanyut dibawa arus banjir.
*___*





Rumah sewa dah ada langsir cantik! :)
Depan rumah weols ada tanah, maka haruslah bercucuk tanam di situ untuk menambah pendapatan. Hahaha pendapatan lah sangat kann. hee :p

KERETA AKU MASIH BELUM SAMPAI.

Sepatutnya, akak penjual kereta tu cakap kereta aku boleh dapat bulan Januari haritu. Pastu tah hape kejadah la tangguh punya tangguh punya tangguh. Aku sabar aje walaupun hati dah agak mendidih. Pastu masuk bulan Februari. Aku pura-pura sabar lagi.
Hari Selasa haritu, ketika aku tengah menunggu masa untuk masuk kelas sambil-sambil buat rancangan pelajaran untuk esok, akak penjual kereta call.

"Yana, alhamdulillah kereta ko dah sampai dik..."

Hanya tuhan yang tahu betapa lapangnya perasaan aku ketika itu sampai tak berhenti senyum ok. Masuk kelas nak mengajar pun semangat je. :)) Aku pun rasa aku harus balik minggu ini untuk ambik kereta aku tu. Sebelum tu, ada beberapa kali jugak akak penjual kereta tu hubungi aku untuk confirmkan pasal berapa kena bayar, dia nak salinan lesen dan ic segala bagai tu. Bila aku tanya Sabtu boleh ambik ke kak, sebab aku bajet nak ambik hari Jumaat memang tak sempatlah sebab aku gerak pun dah tengah hari dari Gemas kan. Akak tu cakap boleh. So aku on je lah.

Siang tadi lepas sekolah habes pukul 12 tengah hari, aku terus nak balik. Nak naik train pergi ke Bahau dan dari Bahau, naik bas terus ke Seremban. Dah la train yang aku naik tu takde aircond. Hampeh betol. Panas gila ok. Siap berpeluh-peluh. Dengan pakai baju kurung. Hadoi. Menguji kesabaran betul. Sampai je rumah dah petang dalam 5.30 macam tu. Lalu mak aku pun call akak penjual kereta tu, nak tanya macam mana nak ambik kereta. Tiba-tiba akak tu cakap kereta tak sampai lagi. Ada kat Tanjung Malim lagi. Sungguh kambing!

Aku memang tak puas hati. Aku pulak yang call akak tu. Tanya dia bila aku boleh dapat kereta aku. Dia pun terangkan tah haram jadah apa tah malas aku nak dengar. Aku bukan nak dengar proses penjualan kereta. Aku just nak tahu bila kereta aku boleh dapat. Kenapa haritu cakap kereta dah ada tapi tiba-tiba cakap belum sampai. Ha marah ni. Marahh. Aku dah balik Seremban ni. Minggu depan nak balik tak boleh sebab ada hari ganti sekolah. Dia cakap paling lewat pun dia cuba minggu depan. Aku cakap habes tu saya nak balik Gemas camne ni kak?
Susah-susah sangat biar akak hantar ko balik Gemas!

Hamboiiiii. Dia pulak marah aku. Gggrrrrrrrr...

Aku kalau marah-marah macam ni terus menangis. Hati tisu betul lah. Benci tau.
:'(




BENCI AKAK PENJUAL KERETA!





1 butterflies concerned.:

WanN said...

nape muke kss nampak blur? ahha~

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com