Followers

Pages

Monday, February 21, 2011

saya makin tua



Assalamualaikum.
Makin hari aku rasa aku makin tua sebab hari-hari dibebani kerja yang sangat sangat SANGAT banyak. Teruk kan perangai sebab asik mengeluh je. heee. :p





Walaupun makin tua, tetap mahu camwhore setiap hari. Pastu check kot-kot ada tambahan kedut kat muka.
*__*







Ini ialah bahagian belakang kelas 4 Cantik yang sangat cantik. Aku terpaksa ambik tahu pasal kelas ni yang memang tak macam kelas sebab aku ialah guru tingkatan. Kelas ni masa mula-mula anak murid aku masuk dah sedia ada sebegini. Sedih kan? Memang sangat sedih + sakit hati ok. Mentang-mentang aku pegang kelas paling akhir, dia bagi bilik darjah yang asal ada ni je. Pastu bising kenapa kelas tak ceria. Aku sangat kecik hati ok sebab anak-anak murid aku dianaktirikan sebegini. :(


* (dia = pihak atasan)
  






Lalu, aku rasa lebih baik jika kelas ini dicat. Diorang sangat liat untuk bayar duit kelas sebanyak RM5 untuk beli cat dan kelengkapan lain untuk menceriakan kelas. Sangat kedekut. Lalu aku ringankan beban mereka dengan mengenakan syarat setiap orang hanya perlu bayar RM1 sahaja dan bakinya aku akan tanggung. Itu pun ada yang taknak bayar dengan alasan 'saya mangsa banjir cikgu'


OK FINE BIAR CIKGU BAYARKAN.


Aku pilih color hijau sebab langsir color hijau. Konon-konon untuk matching kan lah pastu memandangkan kelas tu ialah kelas Landskap, so ala-ala tema kehijauan alam sekitar lah kan. So, bila semua dah setuju, aku tetapkan untuk cat kelas pada hari jumaat petang. Mereka setuju.







Tapi bila hari jumaat petang telah tiba, seketul dua ketul tiga ketul empat ketul sahaja yang muncul.
*SEDIH*
Aku pun malas nak emosi sangat, terus je aku yang tolong cat sekali. Ada 4 orang sahaja anak murid aku yang datang. :( Bila dah separuh kelas dicat, ada dua orang murid ni bising nak balik. Aku cakap nanti lah dulu, tak settle lagi. Diorang betah cakap aku. Diorang kata ala cikgu cukupla tu. Takyah cat semua. Dah ok dah ni.

Aku pun terpaksa melepaskan mereka pergi dengan keadaan kelas yang separuh siap. Lepas je aku bagi air upah, terus diorang balik ok!
*NANGIS DALAM HATI MASA TU*





Last-last tinggal dua orang murid sahaja yang sudi menolong aku.


Hari Isnin (semalam), ada seorang murid ni buat aku jadi makin tua. Kita namakan dia Ariel ok. Ariel ni dah la tak datang tolong cat kelas. Pastu dengan suka hati dia je kutuk-kutuk.....


"cikgu...kenapa cat warna hijau cikgu? buruk gila lah...kan dah pilih warna purple"


Aku terus bengang masa tu.


" PURPLE KE HIJAU KE HITAM KE TAKYAH CAT KE, AWAK DATANG TOLONG CAT KE?? DAH LA SAYA YANG SPONSOR CAT, SAYA YANG SPONSOR TENAGA...AWAK NAK SPONSOR KUTUKAN?? TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK. TU MEMANG KELAS SAYA, SAYA YANG NAK BELAJAR SITU, SUKA HATI SAYA NAK CAT COLOR APA. ADA MASALAH?? "


Ha ambik kauuuuu.

Terus senyap si Ariel tu. Terkesima tengok muka aku yang tengah marah macam mak tiri. Diorang ingat aku tak pandai marah agaknya. gggggrrrrrrrrrr!



* Sakit hati ok menghadap budak felda kurang ajar macam ni. :(




9 butterflies concerned.:

D`zorton said...

Respek la kat cikgu... memang bersemangat & penyabar... jangan putus asa ok...

Anonymous said...

sabar cikgu nana. itu cabaran kamu! jom tengok cita gemilang jom.

Unknown said...

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah!
kulit makin santek lah..
ape rahsianye?
but mata makin bengkak!
chekgu sangat kuat study ke budak2 buat chekgu menanges tak berlagu?
kasi babap je bontot2 diorang tuh..
uhuk2x..

tke cre dear..

sawn said...

aiiiii... lani entri ada kaitan dengan tua.. aku suka tengokkk aiiii...

H A N S said...

OMG!!! cikgu liyana mmg tgh marah..tp skali skala mmg kna ajar budak2 camtu, klu x mau dipijak kpala kita..sabar byk2 k :)

Nabiel said...

lame tk sggh blog ckgu nie~hehehe
alaaa..sabo ckgu~
biase la bdk2 zaman skrng..
ssh nk respek ckgu depa~huhhu
nk rotan dn cubit dh xbleh skrng...

4feet8 said...

budak-budak nak membesar, memang macamtu..pengalaman yang mengajar mereka..dan sudah tentu, cikgu..

Anonymous said...

perangai budak-budak sekarang dah semakin teruk. tak tahu menghormati guru. dulu akulah guru yang paling baik hati dan penyayang. tapi disebabkan sikap kurang ajar mereka, kini aku adalah seorang guru yang paling ganas.. ha..ha..ha.. gurau je, masih lagi baik hati cuma sedikit tegas..

Fahmi said...

buang la taik lalat tuu..baru cntaikk..

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com