4 JUN 2010~~
Aku pergi ke sekolah macam biasa.
Hari itu hari jumaat. Hujan.
Seperti biasa ada perhimpunan.
Ada bacaan Yasin macam selalu tapi bacaan Yasin kali ini lain sikit.
tenang je rasa. hujan mungkin.
Selesai bacaan Yasin,
Ketua kelas 3 Maju datang menghampiriku....
"cikgu, saya risau jamuan tak jadi la cikgu...."
"kenapa?"
"diorang la..ramai tak bawak makanan..cikgu-cikgu ramai dah jemput. macam mane ni cikgu..."
aku sedikit kecewa.
"hmmm takpela,,awak pergi jumpa cikgu-cikgu yang awak dah jemput, cakap maaf jamuan tak jadi"
"ok cikgu..."
Aku pun naik ke bilik guru dan selesaikan tugas-tugas akhir aku kat sekolah tu.
Jam dah menunjukkan pukul 10.
Aku mula bersiap-siap untuk naik ke kelas 3 Maju.
Sampai je tingkat tiga aku terkejut.
SURPRISE!!!
ceh siap ada surprise surprise bagai tau hahaha.
Makanan tak bawak apenye.
Punyala banyak.
NI BELUM SEMUA LAGI NI. ISH2
OKAY. MATA DAH START BERKACA.....
siap ada ucapan di blackboard.
selamat jalan cikgu Liyana?
adakah mereka ingat aku nak balik kampung?
* baiklah. cikgu tetap terima
ADA KEK PERPISAHAN. :'(
ADA TULIS BON VOYAGE. maknanya apa? sila google translate sendirian berhad.
SELAMAT HARI JADIII...haha bukan bukan.
PERSEMBAHAN SHUFFLE TAPI DAH MACAM TARIAN TRADISIONAL.
saya sungguh terhibur. ;)
yang ni paling aku sebak tapi control macho tak menangis. haha
budak pandai dalam kelas, paling rajin bertanya, paling tinggi markah matematik, paling caring, paling pandai mengambil hati. :))
lagu DI MANA KAN KU CARI GANTI.
ambik kau siapa tak sebak siap kalau lirik dia serupa denganmuu.....tunjuk-tunjuk aku pulak. hadoi.
BUNGA!
3 maju tahu guru kelas mereka gilakan bunga.
see? mereka sungguh memahami siap gubahkan bunga bagi terus bukan untuk hiasan kelas.
sob...sob....*lap hingus
aku sangat menghargai dan tak percaya budak darjah 3 berumur 9 tahun boleh handle majlis perpisahan macam ni. ada pengerusi majlis, ada ucapan wakil kelas, ada persembahan, ada sesi potong kek, ada sesi beri hadiah.
sumpah aku sangat terharu.
masa aku praktikal kat Kuantan dulu, di hari akhir students langsung buat tak peduli.
dah besar kan. form 4.
pelajar vokasional pulak tu.
pelajar vokasional pulak tu.
pengalaman mengajar di SKPP sangat manis untuk aku ceritakan.
dan sentiasa dalam ingatan.
BYE SEMUA.
cikgu dah tak macho sebab menangis juga akhirnya. :'(
3 butterflies concerned.:
nice moment =')
haha
akhirnya cikgu nana menangis juga.
terharu kan?
=)
adliemusa : sangat! :)
farah : :))
Post a Comment