Followers

Pages

Sunday, September 29, 2013

Dalam hati ada taman :)



Assalamualaikum.


Tarikh 26 Mei 2013 pun dipilih untuk kami mengikat tali pertunangan. Majlisnya ialah petang lepas asar. Persediaan kat rumah aku memang dari pagi. Dengan nak memasaknya, nak pasang mini pelamin, nak touch up hantaran, nak susun kerusi meja. 
Lepas zohor aku dah mula bersiap ok. Gila awal kenn. Sebabnya Kay pun sampai awal. Lepas zohor tu ada buat bacaan doa selamat sikit dan makan tengah hari untuk keluarga terdekat. 
Bila mula nak petang tu kan mula lah aku nak berdebar haha. Kek untuk hantaran belah lelaki ada kat aku. Nak tunggu rombongan sampai baru boleh nak pass kan kek. Afzan kata diorang berkumpul dulu kat Tesco. So kat situ Pami pass kan kek kepada rombongan.








Taraaaa.
Rombongan pun dah sampai.









Hai encik tunang :)










Qaleesya, Naim dan Wanie.











Abah wakilkan Pak Long untuk cakap cakap semua tu. Bincang tu bincang ni apa tah lama jugak. Aku yang kat dalam bilik ni dah macam apa berdebar tak tentu pasal haha. Terasa macam orang dulu dulu pulak :p
Tahu tahu je diorang dah panggil pergi depan. Malu sangat nak keluar mula mula tu. Sebab keluar je semua mata pun memandang kita kan. Alahai malunya malunyaa *lempanggg 











Menunggu emak Afzan nak sarungkan cincin. Alalalalaaa time ni tak tahu nak buat muka macam mana tahu tak :p











Menyarung cincin merisik.










Dan cincin bertunang. Alhamdulillah cincin muat. Eh










Salam, peluk dan cium bakal mak mertuaku :)









Sweet kan. Hehe :)









Kakar ipar dan adik Afzan.









Kakar ipar dan adik Afzan. Juga.










Abang dan kakakku yang gorgeous :)









Puteri puteri kesayanganku :)










Yanty, si sahabat lama. Thanks yanty sudi datang, sudi lepak lama lama. Thanks sangat :)










Sepupuku Anis. Sama tak muka weols? Bezanya Anis kurus, dan i ialah tembam. Okbye (tetiba sentap sendiri)
Thanks Anis sudi datang. Jangan lupa temujanji kita ya cik pengapit. hee









Jeng jeng jenggg. Dan inilah tunang saya, Encik Khairul Afzan yang malu malu kucing hehe.
Mana tak malu, semua pun mengusik masa nak ambil ambil gambar tu. Dengan aku aku naik malu kot. hahaha..
Tapi i steady jer :p









Alhamdulillah kami telah pun bertunang :)

Ya Allah Ya Tuhan kami, seandainya telah Kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkan kemesraan di antara kami berdua agar kebahagiaan itu abadi. Wahai Tuhan yang maha pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera sepertimana yang Engkau kehendaki.
Amin ya Rabbal Alamin....



Doakan kami...









Saturday, September 28, 2013

Resdung?? vitamin shaklee boleh membantu anda :)





TANDA-TANDA RESDUNG


1. Hidung tersumbat
2. Keluar lendir daripada hidung dan tekak
3. Bahagian muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
4. Sering sakit tekak
5. Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
6. Alahan pada hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
7. Hidung berair
8. Rasa sakit di sekitar pipi dan bahagian atas gigi yang biasanya disebabkan jangkitan pada Maxillary sinus.
9. Sakit di bahagian dahi, di atas kening yang berkemungkinan disebabkan jangkitan dan keradangan di bahagian frontal sinus.
10. Sakit di bahagian belakang mata, di atas kepala kerana jangkitan pada bahagian Sphenoid sinus.
11. Sakit di sekitar atau belakang mata disebabkan jangkitan pada bahagian Ethmoid sinus.
12. Rasa sakit dan tekanan pada bahagian muka diikuti dengan keadaan hidung yang sentiasa berair adalah simptom paling utama bagi penyakit sinusitis.
13. Kelesuan
14. Banyak lendir dalam hidung dan tekak yang berwarna kuning pekat atau kehijauan.
15. Kurang deria rasa atau bau.
16. Pening kepala

RESDUNG YANG TIDAK DIRAWAT AKAN MEREBAK MENJADI BARAH
ANTARA KESAN-KESAN RESDUNG IALAH :


1.Hilang deria bau.
2. Pelupa/daya mengingat lemah
3.Lubang hidung bengkak dan tersumbat
4. Jangkitan nanah di sekeliling mata
5. Jangkitan otak (meningitis)
6. Sakit tekak yang kronik
7. Jangkitan tulang muka
8. Memburukkan keadaan lelah
9. Berdengkur yang kronik
10. Jangkitan telingan dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
11. Alahan hidung atau hidung sensitif
12. Selsema yang melarat

Vitamin yang dicadangkan untuk resdung adalah:
1. Vitamin B
2. Vitamin C
3. Alfalfa



Pertanyaan atau order boleh diemailkan ke : shaklee_lyana@yahoo.com dan letakkan subject email : 'pembaca blog yana lyana' dan saya kan berikan harga kasih sayang untuk anda
atau
pm saya di SINI
:)



Wednesday, September 25, 2013

wordless wednesday : Rindunya 1




Wednesday, September 18, 2013

Supplement Shaklee Tidak Menggemukkan !!









Vitamin Shaklee Menggemukkan? Betul ke?

Sejauh mana kebenaran tanggapan ini? Mari fahami dan kenali vitamin semulajadi Shaklee anda!
Saya menerima beberapa aduan tentang masalah ini iaitu makin berselera sejak mengambil vitamin Shaklee, dan berat badan makin naik. Keadaan ini tentunya merisaukan sesiapa saja.. terutama para wanita yang mengambil berat hal kecantikan tubuh badan. Namun, kebanyakan yang tidak tahu perkara sebenar membuat kesimpulan mudah.

SHAKLEE MENGGEMUKKAN!!!???

Hakikatnya, vitamin tidak menggemukkan! Ini kerana vitamin tidak mengandungi kalori, kalori adalah penyebab kegemukan. Tetapi mungkin anda hairan bagaimana ramai yang makin gemuk selepas mengambil Shaklee.

Di sini sebenarnya ada 2 perkara berbeza:-

(1) Corak pemakanan dan aktiviti berubah tanpa disedari
(2) Kerana kesan langsung pengambilan vitamin

OK kita lihat perkara no (1) dulu. Yang nombor satu ni sama lah seperti berkata “Semalam saya kena hujan, lepas tu saya ambil Shaklee, hari ni demam. Ni sebab Shaklee la agaknya ni sampai demam saya dibuatnya”. Kan? Dah nyata terang dia main hujan, tapi nak juga kaitkan dengan Shaklee.
Mungkin juga kebetulan orang yang mengambil Shaklee ni, tiba2 dia banyak makan coklat, junk food, air manis… Tapi ini tidak disedarinya kerana selera makan kita satu benda yang tidak boleh diukur. Jadi dia ‘terpaksa’ cari kambing hitam untuk cover masalah mentekedarah beliau.
Ataupun, selama ni tiap2 minggu bersukan, tapi sejak akhir2 ni lebih suka tidur.
Jika anda terbabit dengan kegiatan seumpama ini, sila ubah cara hidup anda.
Untuk perkara ke- (2), jangan risau.. Kerana ia bukan side effect. sebaliknya memang normal.
OK begini konsepnya. Bila kita mengambil vitamin, ia tidak sama macam makan makanan biasa. Vitamin adalah dalam bentuk dos yang pekat, lalu badan kita perlu mencairkan nutrien ini untuk memudahkan pengangkutan dan penyerapan.

OLEH SEBAB ITULAH KITA PERLU BANYAK MINUM AIR BILA AMBIL VITAMIN
Jadi, bila kita tak cukup minum, sel2 tubuh kita akan ‘dahaga’ lalu ia menghantar isyarat ke otak. Akan tetapi, isyarat dari sel yang kehausan itu diterima oleh otak sebagai lapar. Maka otak menghantar pesanan kepada sistem kita untuk cari makanan, lapar ni..



Sedangkan kita tak perlu makan pun, cuma sel tubuh kita yang haus.
Lalu kita pun cari makanan dan makan sampai kenyang. Masa inilah tubuh kita menerima protein, karbohidrat dan lemak berlebihan.

Maka jika anda berada dalam situasi no (2), anda mungkin asyik rasa lapar, nak selalu makan dan mungkin boleh gemuk.

Justeru, bila anda mengambil vitamin:-

(1) Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari
(2) Kawal pemakanan,
(3) Jangan ikut sangat nafsu







Pertanyaan dan order di SINI atau emailkan ke
  shaklee_lyana@yahoo.com 
:)




Sunday, September 15, 2013

Patriotik ke?


Assalamualaikum.

Seperti tahun lalu, tahun ini pertandingan kelas paling patriotik masih lagi diadakan sempena bulan kemerdekaan. Kelas 4 zamrud aku tu awal awal tahun je rajin, awal awal tahun je dapat kelas terbersih terceria. Masuk bulan bulan akhir ni assalamualaikum je lah. Takde tempat langsung dah haha. Tapi belum sampai tahap kelas terkotor ok.

Macam tahun lepas, bila ada je pertandingan kelas paling patriotik, aku memang semangat lebih. Ingat lagi 5 zamrud tahun lepas? Tak ingat boleh refer SINI.
Untuk tahun ni aku tak harap lebih pun sebab persaingan dari kelas lain banyak sangat. Diorang siap beli bendera kecil untuk letak kat setiap meja pelajar lagi. Amboi semangat.
Tapi dalam pada tak harap lebih tu, aku bakarkan jugak semangat pelajar 4 zamrud ni. Sikit sikit aku pujuk aku ajak diorang hias kelas sampai satu tahap tu semangat diorang lebih berkobar kobar dari cikgunya ni! wow! eh..









Dan akhirnya kemenangan di tangan kami. Alhamdulillah :)










Jalur gemilang yang penuh di tepi tingkap.











Bendera 1 Malaysia digantung bahagian atas. Macam party. hee












Last minute, jalur gemilang yang besar digantung di sudut belakang kelas.











Semangat kemain lagi. Siap pergi pinjam hammer kat bengkel sebab nak paku bendera luar kelas.











Tulisan cantik ni of course tulisan cikgunya. eh











The best part ever. Aku rasa tingkap ni ialah punca. Dari jauh pun boleh nampak. Balut cermin tu satu satu guna kertas berwarna. Sila ambil peduli ya bahawa lukisan bulan dan bintang itu cikgunya yang lukis. (tumpang glamour)
Aku just bagitahu aku nak kelas ni macam ni macam ni dan alhamdulillah pelajar 4 zamrud semuanya pun rajin. Walaupun mereka selalu disebut sebut tentang kedegilan diorang tapi sebenarnya keistimewaan diorang kat sini. Mereka ni kreatif, sukakan kerja kerja fizikal macam ni. Aku cakap je terus benda tu ada. Kelas paling akhir paling jahat (kata orang ramai padahal tak pun) ni buruk baik pun, anak murid aku juga. Orang mengata sana sini pun, tak banyak tapi surely ada sikit terkesan kat hati aku sebagai guru tingkatan diorang. Dah nasib aku pegang kelas macam ni dari mula posting lagi kan. 










Dan alhamdulillah kemenangan itu milik kelas paling 'jahat' ini jua. Tahniah 4 zamrudku. Walau kamu semua dikata macam macam, cikgu faham hati kamu semua. Teruskan perjuangan.
Usaha yang gigih pasti mencapai kejayaan. Setiap manusia sama, yang penting usaha kita. Tahniah :)







Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com