Followers

Pages

Tuesday, January 1, 2013

Welcome 2013!



Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah masuk tahun baru dah harini. Dan entri pertama di tahun baru ialah entri membebel dariku. Boleh? kekeke...


Esok bermula sesi persekolahan untuk tahun ni. Tahun ni seperti biasa aku pegang kelas hujung lagi. Tingkatan 4 Cantik pulak. Nanti tahun depan bawak lagi tingkatan 5 Cantik dan begitu lah seterusnya. Entah merasa ke tidak aku pegang kelas depan. Merasa dalam mimpi je lah kot.
Paling berdebar tahun ni aku mengajar Kemahiran hidup tingkatan 3. Selama dua tahun aku jadi cikgu, mengajar kh form 1 form 2 aje. Kali ni memang mendapat lah mengadap form 3 pulak. Aku sendiri yang kena study lebih nampaknya. PMR dah la berapa bulan je dari sekarang kan. Takuit!


Untuk pengetahuan uols, haritu aku accident sikit. Zaza menggatal pergi cium bontot myvi. Masa tu hujan amat lebat dan jalan amat jam. Tak tahu macam mana boleh accident. Bila orang tanya dan aku jawab brek tak makan jalan pulak licin, mulalah orang kata eh salahkan brek pulak. Baiklah baiklah. Memang salah saya tak jaga jarak yang selamat. Sangat menyesali diri sebab duit bonus lesap macam tu je nak repair si Zaza tu. Malas nak claim insurans sebab macam rugi je lagi pulak prosesnya sangat siput kan. Nak nak dah nak mula sekolah ni, susahlah kalau Zaza takde. Now, Zaza dah kembali vogue. Doakan Zaza tak accident lagi ye uols.


Azam tahun baru?
Aku rasa tak pernah kot nak berazam-azam segala ni. Setiap hari pun boleh cipta azam baru. Cuma di tahun 2013 ini semoga Allah memberikan aku kebahagiaan, kegembiraan, kesenangan, kejayaan, dan kesihatan yang baik. Semoga tiada kedukaan dan kekecewaan untuk tahun ini. Aminnn...









Selamat Tahun Baru 2013 uols! Semoga segala impian menjadi kenyataan. :)
Jangan lupa doakan kebahagiaan saya!





11 butterflies concerned.:

luqman zakaria said...

selamat bertugas cikgu!

aku HaniAsyira said...

selamat memulakan tugak lah nampak yea.. bersemangat cikgu!! =)

Liza said...

Selamat menjalankan tugas di thn 2013!!

Rara Nasiha said...

ehh kenapa asik pegang kelas last je? memang mula-mula kena macam tu ke apa? Mudah-mudahan apa yang awak impikan utk 2013 terlaksana :)

nadia said...

gooo cikgu gooooooooooooo! :)
somellll sangatttt sekgu ni. :)))

NIA SI DRUMSTICK said...

gud luck in 2013 ..

NIA SI DRUMSTICK said...

gud luck in 2013 cikgu..hehe

BENA said...

belajar rajin rajin :)

adza irdawati said...

selamat tahun baruuuuuuuuuuuuuuu

Al Kisah said...

salam tahun baru..

yana lyana said...

thanks uols semua :)

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com