Assalamualaikum.
Entri ni betul-betul dah basi. Tahun lepas punya cerita tapi baru hegeh-hegeh nak update sini. Iols busy amat uols. Bukak je sekolah ada je kerja nak buat. Pergi sekolah pagi, balik sekolah petang pastu pergi training budak volleyball balik lewat petang, malam pulak buat persiapan diri iron baju, kemas bilik, buat keje sekolah sikit-sikit segala pastu tidur. Tak sempat langsung nak jenguk blog ni.
Tapi tak menghapdate pun aku tengok ada je visitor masuk sini. Terima kasih sangat. :')
16 Disember lepas, Apis sepupu aku tu bertunang. Bertunang dengan orang Rembau, so tempat berkumpul pastilah di rumah aku sebab itu je yang dekat kan. hee
On the way ke Rembau. Adik pegang hantaran buah-buahan. Dalam perjalanan tu boleh pulak buah-buah tu terbarai-barai. Memula buah mangga je jatuh. Pastu bila kereta tengah laju pastu ambik corner sikit, mula lah semua buah pun nak terbang. Sabo aje lah. Buruk terus susunan buah-buahan tu. kekeke... Ampunnn maksu.
I membawa sireh junjung. So, mesti menjadi ketua rombongan. Wah gitu kan.
Berdebor jugak takot kang aku yang kena menjawab pantun segala tu. Rembau kan kuat jugak adat-adat ni kan. Nasib baik diorang tak bagi pantun tau.
Ruhil membawa hantaran coklat dan muffin.
Tauke hantaran. :)
Maksu membawa hantaran kain pasang.
Rombongan cik kiah. hehe..
Banyak jugak tanya nya pihak perempuan tu. Bincang itu ini dah settle.
Nenek mewakilkan makteh untuk menyarungkan cincin.
Tahniah Apiz dan Syikin. Semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin.
Aminnn....
Budak sesat yang makin sombong. :p
Okbye.
P/s : Doakan kebahagiaan saya.
2 butterflies concerned.:
hi,nana singgah malam smbil folo cni..comel sungguh tuan empunya blog ni.manis je orgnnyer =)
Hi Yana, I enjoyed looking thru the well taken gambars here. Very beautiful, and colourful.
Love the bajus everyone wearing.
You have a nice day, and keep a song in your heart.
Lee.
Post a Comment