Followers

Pages

Saturday, June 18, 2011

See' U village steamboat, Seremban 2



Assalamualaikum.


Time to steamboat lagi. Jom kita sambung episod makan-makan di steamboat. Petang tadi aku dan adik keluar beli barang sikit. Kalau keluar dah hampir-hampir nak petang tu memang tak sah lah kalau tak pergi minum petang. hehe..Selalu kalau pergi Tesco mesti kitorang beli kek lapis sarawak perisa coklat cadbury. Tapi tadi hilang ingatan pulak sampai tak teringat langsung nak pergi beli. Sampai rumah baru ingatan pulih. dush!









Dan kami makan-makan di sini. Tak pernah singgah pun sebelum ni. Saje nak try-try uols.












So i ambik hidangan untuk 2 orang. Meja dia dah siapkan setiap seat ada satu bekas steamboat tu. Kalau ambik hidangan untuk seorang, maka yang seorang lagi takde bekas steamboat dan akan terpaksa ambik makanan dari bekas steamboat dari yang seorang lagi. Begitu...








Adik yang selalu boring duduk rumah sensorang. hehe..Kesian dia. Daftar ke Taylor's College tu lambat gila lagi. Bulan 7 tu haa. Bercinta lah kau nak tunggu dik..heee







Dan aku pula ialah selalu boring duduk di Gemas sana. hahaha...
Kalau tiada apa-apa kepentingan, tiada aktiviti sekolah, haruslah aku laju je balik ke Seremban. Selalunya hari Jumaat tu lepas habes sekolah pukul 12 tengah hari memang aku dah menuju je balik terus. Dengan berbaju kurung tu jugak lah aku balik. Tapi kalau Una nak balik rumah kakak dia kat Labu sana, maka aku balik rumah sewa dulu, tukar-tukar baju segala dan baru bergerak balik. :)









Ok dah sampai. Inilah set yang kitorang order. Yes! yang penting ada bebola. hee.








Air soya cincau - Adik.
Soya aku ok lagi tapi cincau ialah tak ok. Aku tak minum cincau dari dulu lagi sebab aku bayangkan cincau tu macam berudu. hahaha.. sengal je kan. Tapi serius ohh tekak aku memang tak boleh terima. :p









Air plum soda - aku.
Sangat sedap. Masam-masam manis masin gitu. Terasa sampai sekarang kesedapannya uols.
Sllrpppppp! hehe...









Aku pilih sup tomyam dan adik pilih sup ayam. Tom yam adalah better uols. :)









Jadi bermakan-makan lah kitee. Pelahap gila panas-panas pun masuk mulut. Terus melecur lidah. hahaha...









Oh ya boleh pilih nak mi apa juga. Ada japanese noodle, yee mee dan mee hoon. Kitorang pilih japanese noodle. Alahai macam mi maggie je pun. :p









Adik beradik kerang ke apa tah. Seketul je dia bagi. Masuk dalam bekas steamboat terus tah ke mana isinya. Tinggal cengkerang dia tu je. 










Sup habes boleh refill uols. Makan lah kau sampai muntah. :p









Dan berhenti makan apabila maggie saya sudah kembang! hahaha...(opss i bukan fan alex ok?)
Tak larat sudah nak makan lagi.









Dah kenyang dah kitorang pun pulang. Konon-konon balik rumah nak main badminton sebab terasa sangat gemok makan banyak tadi. Tapi bila dah sampai rumah memang tak la kan. Harus lah lepak-lepak, main-main dengan Abi, gosip-gosip je yang lebih. 


HAHAHA :D





Ok dah. Bye uols.
Have a nice weekend!
:)



Thursday, June 16, 2011

surat menyampah buatmu








Ke hadapan bapa budak yang tiada otak,


                    Aku harapkan kau dapat berhentikan anak kau dari sekolah dan kau sekolahkan lah anak kau sendiri. Kau ajar lah dia mengira, membaca, menulis, menembak orang pun kau boleh ajar sekali. Baru senang anak kau nak tembak kau bila dia besar nanti. Baru femes kau kat Malaysia ni bila kau mati dibelasah anak kau sendiri. Tak gitu?


                    Kemain lagi siap acu pistol macam lah anak kau cedera parah kena denda kat sekolah. Manja sangat anak kau tu eh siap tak boleh diusik pulak. Baru kena ketuk sikit je tu belum kena penampar lagi kan? Macam mana nak jadi orang nanti tu. Ish ish ish...Kau tahu tak anak kau kat sekolah perangai pelik-pelik. Siapa yang tahan nak melayan kerenah dia tu? Siapa yang sanggup korbankan duit korbankan masa korbankan tenaga untuk bagi anak kau pandai ha? Mesti kau jawab diri kau kan. Ok fine.



                   Cikgu. Kerja yang kau pandang senang tapi kau tak tahu susahnya kat mana. Kerja yang paling glamour. Selalu kena ancam, selalu kena kecam dengan orang-orang macam kau lah. Kita nak ajar anak kau bagi pandai tapi nak tegur salah, tak tegur salah, nak pukul salah, nak marah salah, bagi kerja rumah banyak salah, bagi kerja sikit salah,semua pun salah. APA PON TAK BOLEYYY!



                    Senang cerita kan bapak budak yang tiada otak, baik kau yang jadi cikgu. Cer kau laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan tu dengan cara kau sendiri. Tengok sikit betapa menjadi orang tak anak murid kau tu nanti ok?



I hate u. Ptuihhhhh! Bye.




Wednesday, June 15, 2011

pujaan hati






Tuesday, June 14, 2011

lisa suriyana dah freehair...omg!!





Assalamualaikum.




Ingat lagi tak entri KORANG ADA? ni?




Sejarah berulang lagi uols. Kenapa muka aku difotostat dengan banyak copy pulak ni. Hampir pengsan tadi melihatkan profile facebook gadis ini.













Betul ke apa yang aku pandang ni uols? Jangan tanya mana satu ialah aku eh.
Aku lempang kang...




kekeke...:p





Monday, June 13, 2011

Selamat Menjadi Puan, rakan motorku - siri kedua




:)









Masuk je rumah, pengantin dah bersanding dah uols. Kitorang ni mula lah gosip-gosip. Muka pengantin lain la, Ili nampak kurus la, make up cantik la, barang hantaran semua nak dikaji. Dapat beg jenama apa, jam jenama apa, kasut jenama apa..semua nak busy body tau. Rasa nak lempang sorang-sorang sebab kecoh sangat. hahaha...:p










Gambar Ili sensorang ni je yang paling ok. Yang lain semua tak jadi. Pengantin tak duduk diam. hehehe :p
Ili nampak orennnn sangat! :)











Pastu apa lagi. Makan lah kitaa.
Lapar gila kot sebab perjalanan yang agak jauh. Aku dengan Kss tak breakfast pun. Lagi lah pulak kan. hehehe. Sanggup tak nak singgah breakfast ke apa sebab nak makan nasik pengantin punya pasal. hahaha...:p
Ada nasi minyak dengan nasi putih. Ada lauk ikan patin masak tempoyak dan lauk-lauk lain juga uols. Ala-ala masakan kampung gitu.









Zhu di hujung sana. Dapat posting ke Sarawak. OMG! terkezut daku masa dia bagitau haritu. Semoga kamu tabah di sana ye. Selalu-selalu lah update blog cerita pasal kamu di Sarawak nanti ok?hehe..:)









Mat Art.
The one and only jejaka idaman malaya kelas aku yang ikut serta. Very the sporting ok dia ni. Tiada kisah pun dia sorang je lelaki. huhuhu...









Ruby.
:)








Nard.
Telah berjaya membuat facebook baru. hehe. Go go Nard! hee :)










Alololo....hehe...










Epho.
:)










Hana.
Pakai honda city sudah minah ni. Mula-mula ingatkan datin mana lah yang datang kan. kekeke...









Kemba saya yang cumil.
:)








Dan aku.
Apa jadah la tiba-tiba background gambar aku macam aku pergi kenduri tempat lain pulak kan. Macam horror gila rumah belakang tu. hehe...
Aku duduk kat belah hujung meja tu yang feeling anak tiri tu. Duduk pulak kat sebelah orang basuh-basuh pinggan tu ha. Anak tiri betol ni ha. hahaha...




to be continue.....



Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com