Followers

Pages

Sunday, February 17, 2013

Resipi : Puding Tembikai Comel




Assalamualaikum.

Harini nak share resipi pencuci mulut yang comel. Mula mula nampak terus rasa geram sebab comel sangat :)








Chakkk! Comel tak kitew ? hehe..
Pencuci mulut yang ada rupa tembikai ni dinamakan puding tembikai comel. Walaupun namanya begitu tetapi tiada unsur tembikai pun dalam proses penghasilannya. Boleh? Boleh kan aje. Kita yang buat dia. So jom checkitout resepi simple ni :)



Bahan- bahan : 

* 1 packet agar-agar
* 2 keping roti putih gardenia
* 6 cawan air
* 1 setengah cawan gula pasir
* Setengah tin susu pekat manis
* 2 sudu besar buttercup
* 1 sudu kecik esen vanilla
* cincau dipotong dadu kecil
* sedikit pewarna hijau dan merah

Cara membuatnya :

1. Masak agar-agar bersama gula dan air sehingga larut
2. Rendam roti dan susu cair. carik carikkan. Blend roti, susu cair dan susu pekat hingga halus.
3. Masukkan bahan yang dah diblend ke dalam periuk ( lepas agar agar dan gula tadi larut) , masukkan esen vanilla dan buttercup. Kacau sehingga pekat dan mendidih.
4. Ambil sedikit adunan (1 cawan) dan warnakan hijau. Tuang dalam loyang dan biarkan keras sedikit.
5. Ambil sedikit adunan asal dan tuang atas lapisan hijau.
6. Lastly, ambil lebihan adunan dan warnakan merah dan tuang atas lapisan putih.
7. Taburkan cincau supaya jadi ala ala biji tembikai gitu!
8. Simpan dalam peti sejuk. Siap! :)










Bila dah sejuk, boleh keluarkan dari loyang dan hasilnya jadi begini.












Boleh potong ikut suka.











Potong ala-ala buah tembikai pun cantik!
Rasa dia seperti lengkong roti yang berlemak. Tiada sedikit pun rasa tembikai. Haha kiut kan ? :p
Selamat mencuba! :)





2 butterflies concerned.:

Asyifa Mustaffa said...

Sayang nak mkn...!

Al Kisah said...

wow style..

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com