Followers

Pages

Monday, June 28, 2010

awak cun lah!


Teringat masa aku masuk hospital hari tu.
Kalau aku lelaki mungkin aku rasa bahagia dikelilingi nurse-nurse cun.
Memang ramai sangat nurse.
Termasuklah yang tengah buat praktikal.

Ada macam-macam jenis nurse aku jumpa.
Aku tak kisah la yang cun ke yang tak cun asalkan buat kerja dengan baik.
Mula-mula sampai wad, aku disambut oleh seorang nurse kecil molek.
Macam kanak-kanak.
Muka pun kanak-kanak, cara jalan dengan kasut sekolah putih sparko tu.
Orang pantai timur.
Dia nak ambik berat dan tinggi aku.
Tapi tak serius.
Tergelak-gelak dengan sorang kawan dia.
Aku tak kisah sebab aku takla tenat sangat masa tu.

Esoknya,
Dia ada lagi.
Rupanya dia kerja syif pagi.
Aku nak pergi mandi, so kena la bukak saluran masuk air kat tangan tu kan.
Then, aku panggil dia mintak tolong bukak kan.
Dia try bukak tapi tak berjaya.
Menggigil tangan dia try nak bukak.
Aku cakap eh takpela tak boleh takpe.
Aku risau jarum tu terpatah ke or terbukak.
Aku jugak yang sakit kena cucuk balik kan.
So, aku panggil nurse lain.
Senang je aku tengok nurse lain bukak.
Lega~

Rupanya baru aku tau dia tengah praktikal so tak banyak sangat skill yang dia tau.
Baru nak belajar.
Aku tak kisah sebab dia baik selalu senyum jer. :))

Ada satu malam,
Adik aku juga terpaksa dimasukkan ke wad sebab denggi.
Wad yang sama.
Malam tu ada nurse india yang kerja.
Bukan nurse praktikal.

Sorang doktor beri rawatan pada adik.
Doktor tu pun tau la yang aku dan adik ialah adik beradik.
Ibunda ada jaga kami malam tu.
Doktor tu pun berkata kepada nurse india tadi...

"boleh ke mintak pesakit ni tukar katil?sebelah dengan kakak dia?"

agaknya doktor tu kesian kat ibunda yang kena ulang alik sekejap ke katil aku sekejap ke katil adik.

nurse tu dengan belagaknya boleh plak kata..

"tak boleh! bukannya berbatu pon"

mak ai belagak gila kau nurse. kitorang pun tak hadap nak duduk sebelah-sebelah tu kan cadangan doktor?
dia pulak mulut takde insuran mentang-mentang kau kerja situ.
Dah la muka masam mencuka tak berseri langsung.
Aku tengok pon jadi makin sakit.
sakit mata!

Ade lagi sorang nurse paling aku suka.
Muka cun mata cun.
Peramah gila memang patut dipuji.
Aku tengah baca majalah remaja yang cover lelaki-lelaki belaka tu.
edisi jun ke hape tah.
Boleh plak tiba-tiba dia datang gosip-gosip ngan aku.
Pilih lelaki mana paling hensem kat majalah tu la.
hahahaha.
Tak cukup dengan tu,
Tengah aku leka baca novel lama Ahadiat Akashah pemberian boyfie, dia datang jugak nak bergosip pasal Lagenda Budak Setan.
Hadoii..aku layankan jer.hehehe
Bila time amik blood pressure ngan temperature paling aku suka.
Wajah dia ceria je aku yang tengah sakit ni pun jadi tak sakit.
ha nurse macam ni lah yang kita nak.
Ikhlas bekerja.

Kepada nurse-nurse di luar sana,
khidmat anda sangat diperlukan oleh pesakit-pesakit di hospital.
Senyum-senyumlah ketika bekerja ye!
:)



Thursday, June 24, 2010

cekgu jahat!



Setelah beberapa minggu aku habis mengajar di sekolah pd,
anak murid mula menghubungi.

CIKGU APA KHABAR?
CIKGU, CIKGU ADA BAGI KERJA SEKOLAH TAK HARITU?SAYA LUPA LA.
CIKGU PAKAI HENFON APE?

banyak lagi sms merapu dari anak-anak murid.
budak-budak.
biasa lah tu.

TAPI,
lama kelamaan cikgu liyana ni pun tau naik angin murid-muridku sayang.

kau bayangkan...

Pagi-pagi aku dah dapat sms :

ASSALAMUALAIKUM CIKGU. SAYA ******.SAYA NAK UCAPKAN SELAMAT PAGI.


mula-mula aku boleh terima lagi. ucapan selamat pagi aku balas dengan ucapan selamat pagi juga terima kasih.

masuk tengah hari macam tu jugak.


ASSALAMUALAIKUM CIKGU. SAYA ******.SAYA NAK UCAPKAN SELAMAT TENGAH HARI.

petang pun macam tu. malam pun macam tu. SETIAP HARI!
siapa tahan?
boyfriend aku pun aku tak layan nak ucap selamat setiap ketika tau.
kalau aku tak reply, mesti sms yang sama dihantar berulang kali sampai aku balas.
mana aku tak meluat?
sampai aku terpaksa sound...

TERIMA KASIH SEBAB SENTIASA INGAT CIKGU. TAPI, KALAU TAKDE HAL PENTING TAK PAYAH SMS CIKGU YE. CIKGU SIBUK. BANYAK KERJA.

sms aku tu dibalas dengan...

MAAFKAN SAYA CIKGU.

aku tak reply sebab nanti panjang plak citenye. tapi, tak cukup. sms maafkan saya bertalu-talu dihantar.

CIKGU MARAHKAN SAYA KE? SAYA TAK SENGAJA BUAT CIKGU MARAH.

Hadoi..ikotkan hati memang rasa nak maki je tapi aku masih rasional boleh berfikir.

sampai bila diorang nak stop aku tak tau la.
*sigh



MEMANG INDAH TAPI KADANG-KADANG MELUAT GAK.



Tuesday, June 22, 2010

nyamuk terkutuk!



Ahad lepas,
Aku dah plan ngan kawan lama aku,zira nak pergi kenduri kawen nurul kat jelebu.
Siap dah beli hadiah untuk pengantin.
Tiba-tiba malam tu,aku tak sedap badan.
seram sejuk je rasa.
Masa tu aku dah rasa confirm demam kesian nurul aku tak dapat datang kenduri dia.
Ape pun, SELAMAT PENGANTIN BARU DARLINGG.
kau memang kawan aku yang paling cun!



Hari berikutnya,demam aku dah okay.
Tapi adik aku kata badan aku panas.
Aku tak macam orang sakit pun, still aktif buat itu buat ini.
Masuk hari ketiga, ibunda suruh aku check darah.
Masa tu suhu badan aku dah 38 darjah celcius ambik kau panas tak panas.
Buat pertama kalinya,
Darah aku diambil. Mak ai sakitnya bukan main terasa sampai ke tulang hitam.
Masa dah dapat result, doktor cakap aku kena tahan wad sebab platelet darah aku low.
Tapi esok datang balik untuk ambik darah lagi.
Balik rumah sila minum air 100 plus banyak-banyak.
Baik!

Lalu keesokannya,
Platelet darah aku makin low.badan makin lemah.
Lalu doktor pun cucuk tangan aku untuk masukkan air.
Sakitnya tak tercakap.memang sakit sangat!


Then, aku pun dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban.
Naik ambulans dari Klinik Kesihatan macam orang dah tenat sangat dah hahaha.

Masuk wad,
Setiap hari doktor ambik darah 4 kali. Tiap kali ambik darah, aku rasa menyampah gila nak pandang muka doktor tu. sakit.
Air plak dah 11 botol masuk dalam badan aku ni.
Naik gebu tangan aku.heee

Ade satu malam,
Doktor cina lelaki yang bertugas.
Aku rasa dia dah penat sangat.
Muka dia pun muka tak terurus aku tengok.
Dia nak ambik darah aku.

Macam biasa, bila doktor nak ambik darah memang aku pandang tempat lain.
Doktor tu dah cucuk lengan aku. Sakit.
Tapi dia tak blah-blah jugak. pelik.
Tiba-tiba aku rasa tusukan jarum kat lengan aku buat kali kedua. Sakit lagi.
Tapi doktor tu still tak blah-blah.

Aku mula menoleh pada doktor tu.
Doktor tu mula berkata....
"maaf ye nurliana,saya terpaksa cucuk dekat kaki. Dekat tangan dah tak keluar darah"
Aku dah pelik masa tu, kaki nak cucuk kat mane?
Tiba-tiba doktor tu tarik seluar aku.
Aku pun... 

"eh, nak cucuk kat mane ni??"

"kat sini.." doktor tu tunjuk celah kangkang aku.

" saya taknak! cucuk kat tangan jugak taknak kat situ!" 

"okay2,saya cuba lagi sekali"

Buat kali ketiga jarum itu ditusuk ke lengan aku. SAKIT!
tiga kali tau tak?
memang ngeri lah doktor ni. takut aku.
nasib baik kali ketiga okay. ;(


PALING MENAKUTKAN BILA SUHU BADAN AKU MENCECAH 40 DARJAH CELCIUS!
nurse kata kalau suhu badan kita panas sangat, hati mudah rosak.
mendengarkan itu,
dengan gigihnya aku minum air sampai termuntah-muntah.
buang air jangan cakap la. tak sampai 5 minit buang air, terasa nak buang lagi.
dengan tangan kena masuk air abis berdarah-darah.

SEKSA.

Bila aku dah sihat,
dah tak demam,
maka makcik-makcik ni pun datang melawat aku. :)


forever.

Kini aku kembali sihat dan kuat.

DAMN U NYAMUK!



Monday, June 7, 2010

saya biasa saja


Saya manusia biasa.
Terkadang rindukan zaman lampau.
Terkadang rindukan orang sekeliling yeng pernah menjadi penting dalam hidup saya.

Saya manusia biasa.
Juga ada rasa tak pernah rasa cukup.
Juga ada rasa tak sempurna jika tak sama dengan orang lain.

Saya manusia biasa.
Teringin menjadi sempurna di mata semua.
Teringin menjadi sejuk di hati setiap yang mengenali.

Saya juga boleh menangis.
Saya juga boleh ketawa.
Saya juga boleh menangis dalam ketawa.
Saya juga boleh ketawa dalam menangis.

Saya ada kehidupan sendiri.
Saya tak kacau kehidupan orang lain.
Saya tak mahu menyalahkan jika ada kesilapan.

END.

* LAGENDA BUDAK SETAN sangat romantik dan penuh rasa cinta. :)) ( ini hanya selingan)



Sunday, June 6, 2010

final goodbye



4 JUN 2010~~
Aku pergi ke sekolah macam biasa.
Hari itu hari jumaat. Hujan.
Seperti biasa ada perhimpunan.
Ada bacaan Yasin macam selalu tapi bacaan Yasin kali ini lain sikit.
tenang je rasa. hujan mungkin.

Selesai bacaan Yasin,
Ketua kelas 3 Maju datang menghampiriku....


"cikgu, saya risau jamuan tak jadi la cikgu...."


"kenapa?"


"diorang la..ramai tak bawak makanan..cikgu-cikgu ramai dah jemput. macam mane ni cikgu..."

aku sedikit kecewa.

"hmmm takpela,,awak pergi jumpa cikgu-cikgu yang awak dah jemput, cakap maaf jamuan tak jadi"


"ok cikgu..."


Aku pun naik ke bilik guru dan selesaikan tugas-tugas akhir aku kat sekolah tu.
Jam dah menunjukkan pukul 10.
Aku mula bersiap-siap untuk naik ke kelas 3 Maju.

Sampai je tingkat tiga aku terkejut.
SURPRISE!!!
ceh siap ada surprise surprise bagai tau hahaha.
Makanan tak bawak apenye.
Punyala banyak.


NI BELUM SEMUA LAGI NI. ISH2


OKAY. MATA DAH START BERKACA.....
siap ada ucapan di blackboard.
selamat jalan cikgu Liyana?
adakah mereka ingat aku nak balik kampung?
* baiklah. cikgu tetap terima


ADA KEK PERPISAHAN. :'(
ADA TULIS BON VOYAGE. maknanya apa? sila google translate sendirian berhad.


SELAMAT HARI JADIII...haha bukan bukan.


PERSEMBAHAN SHUFFLE TAPI DAH MACAM TARIAN TRADISIONAL.
saya sungguh terhibur. ;)


yang ni paling aku sebak tapi control macho tak menangis. haha
budak pandai dalam kelas, paling rajin bertanya, paling tinggi markah matematik, paling caring, paling pandai mengambil hati. :))

lagu DI MANA KAN KU CARI GANTI.

ambik kau siapa tak sebak siap kalau lirik dia serupa denganmuu.....tunjuk-tunjuk aku pulak. hadoi.


BUNGA!
3 maju tahu guru kelas mereka gilakan bunga.
see? mereka sungguh memahami siap gubahkan bunga bagi terus bukan untuk hiasan kelas.
sob...sob....*lap hingus





aku sangat menghargai dan tak percaya budak darjah 3 berumur 9 tahun boleh handle majlis perpisahan macam ni. ada pengerusi majlis, ada ucapan wakil kelas, ada persembahan, ada sesi potong kek, ada sesi beri hadiah.

sumpah aku sangat terharu.
masa aku praktikal kat Kuantan dulu, di hari akhir students langsung buat tak peduli.
dah besar kan. form 4.
pelajar vokasional pulak tu.

pengalaman mengajar di SKPP sangat manis untuk aku ceritakan.
dan sentiasa dalam ingatan.



BYE SEMUA.

cikgu dah tak macho sebab menangis juga akhirnya. :'(





selamat pengantin baru



Aku baru balik dari kenduri kahwin kawan aku.
Musim cuti sekolah ni la selalunya musim mengawan tiba hahaha
setiap minggu ada je jemputan kenduri kahwin.

Time kenduri kahwin macam ni la aku rasa gathering yang terbaek.
Kita akan jumpa kawan lama, jiran lama, orang kampung, ex lama, dan semua yang lama-lama belaka.

Biasalah kalau dah lama tak jumpa,
perubahan fizikal memang nampak lah kan.

yang kurus dah jadi gemok,
yang gemok dah jadi kurus,
yang hitam dah jadi putih,
yang rendah dah jadi tinggi,
yang kampung dah jadi bandar,
yang muka pecah dah jadi macam artis mintak saennn.
macam-macam la.

Seronok la macam ni.
meriah.
Harap kenduri aku nanti lebih meriah.


pape pon..pengantin tadi memang cantik! ~SELAMAT PENGANTIN BARU~


*Jangan malas datang kenduri orang, nanti kenduri kau siapa nak datang?


Saturday, June 5, 2010

unforgettable



Cikgu! cikgu!
Cikgu ambiklah gambar dengan saya.
Saya dah jadi robot ni.
Cepatlah cikgu.
Pleaseee.

haa jangan tak tau budak-budak pun pandai please please please kamu jangan nakal tauu. ;p


SUNGGUH MEMAKSA AKU BERGAMBAR DENGAN DIA TAPI DIA TIDO. 
BAIKLAH.


RP di hari akhir. tulis jugak padahal tak mengajar pun. 
ada aku kesah teeet.



dan yang paling tak dapat aku lupakan.............................



taraaaa!!!

pemandangan indah ini. setiap hari aku nampak pantai dan rasa angin pantai. :)


bye pantai.



anugerah terindah



Masa mula-mula menjejakkan kaki ke 3 Maju, kelas tu aku tengok macam hampeh je.
Tak ceria langsung.
Jadi aku terpanggil untuk membantu menaikkan kelas itu sebab aku tengok murid-murid kelas tu semua bagus-bagus semuanya.

Dengan kuasa sebagai seorang guru kelas,
maka aku memaksa mereka membayar seorang seringgit untuk tujuan keceriaan kelas.
Tu pun ada yang berat nak bayar..sekolah rendah kann.
Seringgit tu pun dah besar nilainye bagi diorang.

Nak beli keropok lekor la, nugget la, hotdog la.

tak cukup duit la cikgu.....

Aku tak kisah.

Maka Cikgu Liyana memulakan agenda.....


dimulakan dengan kertas di pintu ini. mula-mula takde welcome's chart pon.
sekarang dah ada. :)




lepastu bunga ala-ala tirai ni. even nampak macam rumah orang india tapi takpe cun jugak aku rase haha.
lagi, benda rambu ramba purple tu. mula-mula panjang siap ada bunyi ting ting ting lagi kalau ditiup angin pantai Port Dickson. sekarang dah putus. tinggal pendek tu je. bunyi langsung takde. hampeh.


BUNGA! :)



LIHAT. betapa gigihnya aku memanjat meja guru untuk tampal nama-nama serta hari jadi setiap murid.
:)


ni aku letak kat pintu masuk juga. nama setiap murid. masa mula-mula tampal, budak-budak ni dah macam pertandingan mencari nama tersembunyi pulak. semua berebut cari nama sendiri. hehe. comell. :)


kelas jadi tak cantik sebab belakang kelas tu. bukan dinding batu tu tapi dinding yang boleh buka untuk dijadikan dewan. memang buruk gila. kosong pulak tu.


maka, aku tambah kata-kata semangat ni. siap ade riben lagi heee ;p


juga ini. tak cantik sangat tapi better dari dulu. :)


3 Maju di bawah jagaan aku. :)

HASILNYA.....



2 MINGGU MENANG UNTUK KELAS PALING CERIA. :))



aku rasa cukuplah jasa aku selama 2 bulan untuk kelas ni. puas.





Friday, June 4, 2010

inilah manusia kategori tiada otak




Perkosa depan suami, anak

Saya SANGAT bencikan cerita-cerita sebegini.
Kenapa sangat berhati binatang manusia sekarang.

Penjenayah tu layak diberi hukuman seksa yang teramat.

)#$%^&*()!!!!!!   *mencarut



Thursday, June 3, 2010

perpisahan terasing



kelas pendidikan moral yang terakhir.


Hari esok hari akhir aku mengajar kat Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, Port Dickson.
Nak kata sedih tak la sedih sangat.
Nak kata gembira pun tak jugak.
Biasa saja neutral gitu hahahaa

Tadi selepas aku habis mengajar tahun 3 Jaya,
Dan mahu pulang ke bilik guru harus melalui kelasku iaitu 3 Maju.

Aku jumpa ni.

 

JUGA KERTAS YANG TELAH DIFOTOSTAT INI.





terharu lagi.




* mereka selalu buat macam ni macam mana ai tak terharu. ;)




Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com