Assalamualaikum.
Nah entri part 1...
Buah-buahan ukiran yang 'sesuatu'
Meja untuk vip siap.
Tanglung. *tetiba
Macam yang aku cerita dalam entri part 1, pagi tu kan cepat cepat pergi homestay takut terlewat kan. Sampai sana, lama jugak tunggu mak andamnya. Baru mula nak make up, family aku pun sampai. Memang suruh diorang datang homestay sebab nanti nak bergerak sekali je. So beramai-ramai lah mereka datang homestay tunggu pengantin siap.
Masa ni kan boleh pulak aku tak tahu nak buat tudung macam mana. Kan butik Qisya sengal tu bagi shawl tetiba color gold? Boleh? Bengang je dengan butik tu. Tah apa apa tah. Ada ke baju purple pastu bagi shawl gold. Masa tu serabut jugaklah aku dengan mak andam tu nak gayakan tudung macam mana kan. Last-last uols...aku pakai tudung awning tu je. Masukkan dalam baju. Dah siap.
Taraaaa.
Beginilah rupa pengantin perempuan setelah beberapa kali tukar style tudung hehe. Nasib baik make up belah Melaka ni cantik. Tak payah pesan apa-apa pun, siap make up aku terus tengok cermin dan WOW! ok dah. Takdelah aku membebel-bebel macam make up masa nikah haritu.
Ibunda :)
Pikah, Pami dan Emak. Masa ni rombongan nak bergerak dah.
Tengok muka Pikah dengan muka mak. Sama kan? hehe.. :)
Naim :)
Tudung aku pun dah mula senget benget dah tu haha
Abah dan emak :)
Sila fokus pada bunga telur tuu...
Bunga telur aku buat. Gigih ok!
Sebahagian ahli keluarga.
Apiz n Ikin, si pengantin baru. Esoknya majlis belah Apiz kat Kajang. Thanks sempat jugak datang kenduri sepupu ko yang gojes ni. Eh
Kumpulan kompang. Baju purple tu ialah adik iparku, Ayep.
Cak! Pak pak kebung kebung. Pengantin dah sampai...
Okay cukup tak? hehe..
Gambar banyak sangat sebab ni aku combine camera sana sini. Ni pun dah pilih pilih ni. Tak letak sini sayang pulak gambar tu bukan aku pergi cuci banyak banyak pun kan. Maafkan lah ye andai banyak nau gambar pengantin tiba ni. hee
Hehehe. Nak jugak kennn gambar kain meleret ni :p
Kain ni jugaklah Afzan selalu terpijak. Masa salam salam tetamu n kawan kawan, kejap kejap dia pijak, kejap lagi dia pijak. Nak terjungkang aku kat situ. Nasib la butik Qisya..dapat balik baju pengantin ni mesti bengang je sebab kotor kotor kat kain pastu macam ada tertetas kat bahagian kain :p Dah tu, bila terpijak dan aku nak melangkah pulak kan, tak ke boleh menyebabkan koyak di situ. Tu pun nasib baik pengantin..jalan pun slow..maka tak koyak lah..tetas aje sikit. Takpe kan. Eh
Anis, cik pengapit.
Rombongan pengantin perempuan.
Adam, adik dan Qaleef.
Doorgift.
Kitorang pun berarak masuk.
:)
Takde pelamin maka ko bersanding lah di situ hehe.
Masa ni dengar persembahan kompang. Kompang pun kemain lah lamanya.
Tu dia pasangan pengapit kita. Pengapit lelaki ialah adik ipar, pengapit perempuan ialah sepupu. Thanks sudi jadi pengapit kami :)
Cak! hehe..
Habis persembahan kompang, terus ke meja makan.
Doa.
Dan mula makan...
Makan beradab.
Emak dan Pakngah duduk sekali dengan kami :)
Pakteh n abah juga :)
Kambing golek *tetiba
Ateh yang menyesat :p
Dan sepanjang kami makan, persembahan caklempong pun berlangsung........
To be continue....
0 butterflies concerned.:
Post a Comment