Followers

Pages

Friday, August 28, 2009

kau aku


Sekali lagi bulan ogos membawa kelahiran insan baru.
Aku pun tak pasti kenapa ramai makhluk berkaitan yang nak dilahirkan pada bulan ogos??
Haha padahal berapa ketul je dah bising kata ramai kan..
Today is her birthday…sapa her tu??heeeee.
Kawan baik sejak kecil….
Badan tak kecil mana pun cuma usia yang cukup kecil..
Aku rindu kau...
Zaman gelora remaja kita bersama...
Kau banyak cerita,aku berkandaganda mahu cerita...haha...
Semua pun kita bersama...
Semua pun kita bercerita...
Kau makin jauh tak sama seperti dulu tapi makin dekat sama di hati...

Yanti...
Aku yakin kau pasti baca coretan ini..
Semoga aku dapat sampaikan dan kau tahu aku sangat menghargai persahabatan kita...
Aku rindukan zaman itu...
Aku rindukan kau....
Zaman kau mengetahui segala tentang cinta pertama aku yang budus itu...hehe...
Zaman kita menjadi sangat mahu mencuba trend remaja terkini...itu kasut stripe merah and oren..heeee.
Zaman kita pergi tuisyen pastu merayau pergi terminal...
Zaman kita jalan kaki dari berek ke terminal untuk pergi sekolah....
Zaman kita dikritik hebat oleh pihak makcik-makcik berek yang kecoh becok heboh...
Zaman ambik lesen motor and masuk hostel....
Ahhhhh segalanya....aku rindu....

Kini kau semakin jauh and aku tak dapat bercerita pada kau setiap ketika seperti dulu...
Kita leka dengan hala tuju masing-masing...
Tapi kau tetap di hati...
Tetap ada di sini sampai mati... *sambil pegang hati
Aku janji...
Kau bertunang nanti aku sanggup jadi mak andam tanpa bayaran supaya kau kelihatan cantik di hari bahagia....haha padahal macam lah tahu sangat make-up orang.

gamba lama ini adalah sangat malu la wehh.hehee
yantyanna foreva.

Selamat hari lahir yang ke 22....
Semoga panjang umur and dimurahkan rezeki...
Dah abis baca sila call aku...mesti call free kan sebab bonus harijadi??ha jangan tipuu.
Aku tunggu......heeee.
Bye.


MUTIARA MAHAL :

"Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain"

Monday, August 24, 2009

cuti universiti tak cukup indah lahhh.

 
Cuti pun dah berakhir.assignment pulak dah makin belambak menanti aku untuk berikan kasih sayang yang tak cukup heh..malas sungguh..cuti seminggu kat rumah rasa macam cuti hujung minggu je..hadoii even tak berapa puas tapi okay lah kan dari tak cuti langsung.. (masih tegar untuk berlakon..cehh)
Tapi yang paling tak menarik indah cantik menawan ialah cuti universiti dah berakhir tapi cuti sekolah baru nak mula?memang sungguh mencemburui..ishh tiada puas hati lah hati ni...siapa lah yang mengawalselia bab-bab cuti ni…hmm jaga kau. (eh tak tak..heeee)
Di hari kepulangan…encik kamalshazni hantar sampai terminal….

wajah menunggu encik tu pergi bayar bil.heheh
Dan sesampainya di rumah batu sewa mewah aku lihat si comel elok terletak atas meja..cik shida bagi untuk birthday aku yang dah lepas tu…hoho tenkiu kamu~
Si comel yang sungguh comel macam pemberinya..awwwww

20 Ogos lepas ialah ulangtahun kelahiran kakanda.ye kami dua beradik memang anak merdeka ohh lahir di bulan kemerdekaan.heheh..so ibunda pun merancang mahu beli kek sambut sikit-sikit je memandangkan abang pun dah tua kan. (even 24 ko tetap tua dari aku okay.) kalau sambut meriah siap ada belon warna warni dengan reben-reben kerinting lah bagai macam budak lah pulak kan.aku yang adik ni pun tak sambut macam tu..hamboiii..heeee~
Pagi tu aku and ibunda pun keluar lah mahu beli barang rumah sikit.dan bila tiba masa mahu beli kek ibunda kata nak belikan kek kat secret recipe.apa??secret recipe????ish mana keadilannya di situ..birthday aku tiada kek pun dari ibunda… (heheh jeles jeles)
Kesimpulannya ibunda pun kata takpelah kek tu kira share lah aku and abang…..yesssss!
Amboii bermaharajalela ya kau duduk memenuhi ruang.

Nah sekarang lihat aksi geli ni pulak..heeee~
Tapi yang menimbulkan keraguan ialah adakah si tukang tulis kek itu tiada dengar atau tiada faham.padahal sudah bagitau tulis nama aku sekali tapi sampai kat rumah nama aku takde pun..cis sungguh menimbulkan kesakitan di hati hoh.tapi takpela..bukan apa sangat pun.tak letak nama je kann.demi kakanda tercinta.. (sedapkan hati sendiri)
Kek chocolate indulgence kakanda.

Ye si baju hitam itulah kakanda aku ok.kek itu adalah sangat sedap enak lazat yummy lah sampai tidur pun termimpi-mimpi.. (haha tipu tipu) Anyway,selamat hari lahir yang ke 24 kakanda..semoga kau cepat kawen..kehkehkeh....
Baiklah.demi kerana aku adalah adik yang baik hati lagi menawan kalbu maka aku juga menyediakan hadiah untuk kakanda..tapi tak dapat mewah la heh i tak cukup budget..hohoo

Cukuplah ini sebagai tanda aku mengingati.huuuu
oh ya lupa mahu mengupdate tentang shibi..selepas selesai je aku post entri pasal dia,dia pun telah pergi jauh meninggalkan alam nyata..sedih memang sedih takyah cakap lah kan.tapi nak bermurung sedih resah gelisah je apa kejadahnya kan.aku redha jela.cuma masih tiada niat mahu membeli hamster baru.mungkin lama sikit..kata orang kubur shibi pun masih merah kan..haha (kau ingat shibi tu manusia??) baiklah.tiba-tiba tempat shibi ada gantinya.ayahanda bawa pulang seekor baby burung.ayahanda kata burung tu terjatuh kat office.mungkin dia mengada-ngada mahu terbang tapi tak sedar diri yang dia masih lagi baby.burung itu ialah burung murai ok.comel boleh tahan tapi bising bukan main..nama pun murai kann...

Itulah dia si baby murai..di sebelah itu interframe lebih.

Sekarang cuba uol nilai unsur-unsur ini adalah kategori kasih sayang ceria gembira atau sepak terajang??betapa kakandaku sangat gedik....

Kakanda : burung ape tu bah?
Ayahanda : burung murai....
Kakanda : burung ape tu bah?
Ayahanda : burung murai.......

Uol rasa ayahanda aku wajib bagi pelempang sekali ke dua kali kalau soalan tu diulang lagi??hehe..kakanda kakanda.....layan jela...


MUTIARA MAHAL :

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"

Wednesday, August 19, 2009

lembut vs kasar.





kasarkah jika aku sebegitu?


Baiklah.sekarang sila baca…..

Anda yang mengenali saya,kurang mengenali saya,sedikit mengenali saya,tidak mengenali saya,pura-pura mengenali saya…kenapalah entri ni diwujudkan?jawapannya ialah supaya anda dapat mengenali saya.. hehe sudikah? Hurm mungkin ada yang mengenali saya sebagai seorang yang lembut lembik ayu gedik dan seumpamanya.juga mungkin ada yang mengenali saya sebagai seorang yang kasar lasak kuat gagah hehehe dan seumpamanya…juga mungkin pemalu?pendiam?penyayang?pentingkan diri?or apa-apa sahaja.terpulanglah kepada anda.tetapi semua tu saya yakin pasti ada kat semua orang pun. Cuma berapakah kuantiti sifat-sifat itu ada dalam diri setiap individu. Ada masa-masanya kita perlu kasar,perlu lembut juga sensitif dan segala macam jenis perangai lah kan. Termasuklah saya juga manusia biasa seperti anda.saya ok jika anda ok.anda juga akan ok jika saya ok kan? Macam tu lah.Cuma ada masa-masanya sesetengah dari kita tak peka perasaan orang lain.juga mungkin lupa menghormati orang lain.menjaga maruah orang lain....

Hal ini melibatkan mereka-mereka di sekeliling saya.mereka yang sama-sama berjuang mendapatkan segulung ijazah,mereka yang sama-sama hadapi pahit getir menyiapkan assignment untuk memenuhi permintaan universiti,mereka yang sama-sama merasai keindahan bermasyarakat di Parit Raja,mereka yang sama-sama mendapatkan ilmu di sebuah kelas yang sama. saya sangat kesal akan pertuturan yang mungkin dianggap gurauan semata tetapi sedikit mengganggu perasaan.harap diperbetulkan.di mata anda mungkin saya nampak sungguh jinak tetapi jauh di sudut hati saya adalah seorang pendendam yang sangat tegar kepada mereka yang cari pasal tanpa saya pernah sentuh sedikit pun hal mereka.
pemakaian seorang wanita.ya saya juga seorang islam yang tahu halal haram baik buruk.tapi tak perlu anda bersatu padu sejantina mengkritik para wanita ini sehingga tanpa anda sedari mereka akan berasa sangat berhati-hati untuk berkawan dengan anda juga menyampah meluat mual jelik jijik dengan anda..jangan rosakkan persahabatan kita kerana kecabulan pertuturan anda.tolonglah.kita sudah lewat meniti alam remaja dan sedang berdepan alam dewasa.matang lah kalian.tolonglah matang.berfikiran terbuka menghadapi masyarakat yang tidak semua seperti kehidupan anda.kita semua berbeza.kehidupan seharian kita tak sama.kefahaman kita juga ada bezanya.fahamilah.dalamilah.fikirkanlah...

Juga jika kita kurang ilmu jadi janganlah pandai-pandai bersuara.berlagak macam anda tahu semua benda walhal dari mana sahajalah anda dapat tahu anggota polis FRU berasal dari sekolah henry gurney?tolonglah.jangan berfikiran sempit.kita ada pelajaran.kita cukup dididik jadi jangan rosakkan itu..saya hormat anda jadi anda jangan calarkannya.statement yang anda keluarkan itu even tidak ditujukan khas untuk saya tetapi hati ini sedikit terguris kerana ayahanda adalah seorang anggota polis FRU.saya tahu asal usulnya dari mana datangnya bagaimana dia menjadi anggota di bahagian tersebut.tolonglah jaga mulut anda...

Saya mohon maaf kerana berbahasa kasar walau saya seberapa daya cuba elakkan.saya tiada niat mahu mencari musuh,tiada niat mahu mencari kesalahan anda jauh lagi mencacatkan persahabatan kita.tetapi memandangkan bulan Ramadhan yang mulia bakal menemui kita,maka saya terpaksa meluahkan ini supaya ia tak sentiasa tersimpan di sudut hati.walaupun saya tiada berapa pasti anda-anda yang saya maksudkan adakah membaca coretan tak seberapa indah ini tetapi dengan seikhlas-ikhlas hati saya ingin memohon maaf jika teguran ini menyakitkan anda kerana saya terlebih dahulu merasai sakit itu.sama-samalah kita bertawakal semoga Dia mengampunkan kita yang hanya insan biasa yang sering lupa.....amin........
Maaf, gambar adalah tiada kena mengena. heeee~


p/s : maaf kerana hanya minta maaf di sini kerana aku adalah sangat tak berani okay.heeee~




MUTIARA MAHAL :

"Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal"

Saturday, August 15, 2009

birthdayana 4 + pemergiannya.


Okay seperti yang telah dimaklumkan entri birthdayana ada sambungan kan.ha ni diaa.hehe..setibanya aku di seremban,ibunda menjemput and kitorang pun pergi makan-makan dulu sebelum balik rumah.sampai di rumah adik-adik dah ada kat bilik and tanpa tunggu-tunggu lagi mereka terus nahh akak,,,happy birthday..even dah lambat kann.heeee~okay okay aku memang tunggu part ni sebab mase birthday aku haritu adik call and bagitau ada hadiah untuk kakak jadi cepat-cepatlah pulang.baiklah sekarang aku dah pulang and sedia tahu ada hadiah menanti heh hehe.

Gelas yang ade tulis happy belated birthday.

Rantai tu adik bagi adalah supaya dia pun boleh guna sama.heh

Adik memang tau ohh aku minat pakai-pakai accessory macam rantai tu sebab tu dia beli agaknya.and juga dia boleh pinjam-pinjam pulak kan sebab kitorang selalu je mengamalkan konsep barang ku barang mu jua.hehe baiklah.anyway tenkiu yer adik…..:) Juga tidak ketinggalan dari adik lelaki aku encik naim.mereka berdua tu agaknya bersama-sama bekerjasama lah tu pergi beli hadiah untuk aku. *huuu mata berkaca

Sesuai kan dengan I yang suka sangat dengan butterfly?heheh

Baiklah.tentu semua pun tertanya-tanya apakah gerangan benda yang encik naim bagi tu kan?hee ok.memperkenalkan......benda itu ialah diary ok.rasa macam budak sekolah pulak kan ada diary-diary.i dah lama tinggalkan hoh amalan menulis diary..adoiiii
Tapi tiada mengapa sebab aku pun suka kumpul benda-benda comel macam tu.tu bukan setakat diary yang siap ada kunci wohh tapi ada frame gambar jugak and bekas untuk simpan pen-pen pensel-pensel and whatsoever lah kan.so comel.okay encik naim,saye simpan elok-elok diary tu sampai rase tak sanggup nak conteng apa-apa heh dalam tu.....hehe..





Sekarang bermulalah episod sedih dalam hidup aku......

Shibi


Hamster tu adalah haiwan peliharaan aku sejak lima tahun yang lalu.lima tahun adalah tempoh yang agak lama bagi seekor hamster.actually aku pun tak berapa pasti berapakah jangka hayat sebenar haiwan itu.tapi aku rasa shibi telah berjaya hidup dalam tempoh yang agak lama.masa mula-mula aku beli shibi,dia hanyalah sebesar bola golf.kecil kan?bukan setakat kecil tapi shibi ialah sangat comel dan aku pun sangatlah geram kat dia rasa macam nak genggam-genggam cubit-cubit je telinga dia kan.hehe..Mula-mula aku beli shibi ada pasangannya tetapi oleh kerana pasangan dia sangatlah gedik dan aktif sampai berjaya melarikan diri.aku pun tak pasti sama ada pasangan shibi tu sudah mati dimakan kucing,sudah lemas dalam longkang atau sudah join team-team tikus liar.aku pun tak tau lah ke mana menghilangnya dia.

Shibi tu sendiri dah banyak kali hilang sebenarnya.mula-mula hilang dia berjaya keluar dari cage dia and aku jumpa dia kat bilik tengah tersepit kat belakang almari.maklumlah masa tu shibi baby lagi.tak reti bawa diri lah tu sebab tu bising je bila tersepit belakang almari..hoho geram geramm...secondly,shibi hilang bersama-sama dengan pasangan dia.tapi shibi pulang ke pangkal jalan sebab lapar agaknya.hehe comelnyeeee....dia tiba-tiba muncul ada je kat ruang tamu padahal dah berpuluh kali kitorang cari kat ruang tamu tu..memang betul lah dia lapar sebab lepas dia pulang and aku masukkan dalam cage dia terus minum air and makan koci.alololo tu la lari lagi..i kan dah bagi makan cukup u nak lari cari apa lagi kat luar tu..ish ish....nasib baik u comel ok. Last sekali shibi hilang waktu malam.masa tu aku tak perasan.abang aku encik fahmi yang perasan shibi dah takde dalam cage dia.aku and adik-adik dah tidur dah masa tu.encik fahmi pun mengembaralah seorang diri mencari makhluk degil itu.last-last jumpa kat toilet tah apa dia wat tah.hehe..mungkin sebab kat cage dia aku tak sediakan toilet ade flush tu sebab tu dia lari sampai ke toilet rumah??haha..mungkin-mungkin.....

Betapa shibi manja dengan i makan pun nak bersuap.huuuu~
Lame jugak shibi hidup tanpa sakit-sakit sebab aku bagi dia makan oat.hehe..badan shibi slim ok.kurang kolestrol..actually shibi makan apa sahaja yang kita bagi.cakap lah segala jenis makanan yang manusia makan shibi pasti pernah makan.termasuklah ais krim and nasi ok.pernah masa family aku pergi bercuti,kitorang bawa shibi sekali.haha uol bayangkanla cage dia yang besar tu aku angkut sekali masuk dalam kereta.kereta weh kereta.bukan van or lori ok.sebab memikirkan nanti kesian shibi takde sape kat rumah nak tengok-tengokkan dia,nak bagi dia makan,nak bagi dia minum.begitu juga kalau kitorang sekeluarga pulang ke rumah nenda kat johor.pernah jugak angkut shibi sekali.ibunda memang bising jangan cakap lah kan.kenapalah nak angkut sekali hamster tu kereta dah la sempit cage dia kalau besar buku tulis takpe lagi ni dah besar macam manusia dah..heh heh tipu lah tu kan takla besar manusia tapi besar jugak sebenarnya.Tapi betapa aku nekad dan tekad nak bawa shibi jugak jadi akulah yang memangku cage dia tu sepanjang perjalanan ke johor..shibi,kalaulah kau boleh bercakap pasti kau dah berterima kasih kat aku sebab banyak berkorban..ceh perasan..hehe..aku bukan saje-saje nak angkut dia balik rumah nenda sekali tapi aku tak sanggup nak tinggalkan dia kat umah yang tiada orang..kesian.....
Inilah bukti! Hehe...
Dan masa cuti sem hari tu shibi sakit.aku rasa masa tu dah sampai masanya shibi nak tinggalkan aku.dia tak larat nak makan.kalau aku bagi makanan dia ambil tapi pastu dia letak tepi tak makan pun.masa tu aku sangat tawakal sebab nampak macam dah nazak sangat dah.tapi sampai ke malam shibi tak mati-mati jugak.sampailah ibunda cakap agaknya shibi ni sakit perut.cuba bagi dia minum susu.okay aku pun bagi la dia susu anlene tu.and tak lama lepas tu shibi dah ok!Berlari-lari macam biasa and kembali comel....:)
Comelnye kamu........................


Tapi masa aku pulang semalam adik bagitau shibi sakit.aku tengok shibi....ye memang dia sakit.bulu dah banyak gugur,mata dah tak boleh nak bukak,lepastu bahagian bawah mulut dia penuh dengan air.aku sangat sedih.tak sanggup nak tengok shibi tak boleh nak makan,tak larat nak jalan,tak larat nak naik kat rumah dia kat tingkat atas tu..keadaan shibi makin teruk....pagi tadi aku jenguk shibi and bawak dia kat atas para bahagian dapur tu.ya Allah sangatlah kesian.shibi dah buta.berjalan pun tak larat.sedih.sangat sedih.aku tak tau nak gambarkan bagaimana perasaan aku ketika tu.aku nak shibi mati masa tu jugak! aku lagi sanggup tengok dia mati dari tengok dia terseksa macam tu.menangis menangis menangis.yeah i’m crying....aku terpaksa alihkan shibi ke bekas lain sebab masa aku ambil dia dari cage pagi tadi ada semut kat badan dia.kesian.mungkin shibi sendiri tak larat nak gerakkan badan untuk halau semut-semut tu.

Shibi semakin tak larat.
Dan sehingga entri ini ditulis shibi masih menunggu masanya untuk pergi meninggalkan aku selama-lamanya.....telatah comelmu akan ku ingat sampai bila-bila...

Cage shibi yang bakal sunyi......
i'm going to miss you...semoga shibi aman menemui zaman tenangnya……


shibi...tunggu i di syurga... (boley tak?)

MUTIARA MAHAL :

"Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket"

Thursday, August 13, 2009

pulang.

Seremban.....esok i datang jenguk u...u tunggu i ok.

Hurm dah menjelang hari akhir pada minggu ni.tapi aku masih kat campus.terima je la kan.nama pun student...lab lab lab...asik nak kene gi lab je.. terpaksa.terseksa.terpenat.terkotor.terpeluh and semua ter pun ada mase wat ujikaji kat lab bahan tu.baiklah demi sem akhirku di UTHM ni,aku korbankan jugak mase cuti aku selama 3 hari.3 hari je??itu pun nak berkira kan..heheh..sepatutnya aku dah pulang ke seremban kelmarin tapi disebabkan ada tugas yang masih belum selesai makanya terpaksalah kepulangan aku ditangguhkan.memang sangat pasrah..huu~

ujian kiub

bukan aku saje-saje nak mengeluh-ngeluh,membebel-bebel and macam tak ikhlas je buat ujikaji tu kan tapi memang sangat penat lambat leceh panas takde aircond dan sebagainya lah.adehhh tak larat wehh.tapi aku masih gagah jugak la buat ujian kiub tu.timbang-timbang simen,timbang-timbang agregat,timbang-timbang kertas ye projek i ialah masukkan kertas dalam konkrit ok. timbang-timbang air dan masukkan dalam mixer.then ujian-ujian pun dijalankan la.macam senang kan?macam je tapi leceh heh.sungguh macam buruh diserahkerahkan tenaga and dapat gaji RM 500 sebulan untuk sara hidup.ish ish.


lihatlah betapa comotnya si buruh *sigh


disebabkan virus H1N1 semakin menular jadi aku juga harus menjaga kesihatan dengan memakai mask tu sebab kat lab tu macam ramai je orang.makhluk-makhluk dari luar negara pun sebok nak wat ujian jugak kat lab tu.hadoiii jadi terpaksa melayan mereka kalau ada yang datang dekat....

dia : helo,are u PSM student?
aku : yeah... malasnya nak layan aku dah la bz neh.
dia : what is that? sambil tunjuk kertas-kertas aku.
aku : hurm..paper...dia macam nak tanye lagi.aku pun terus pergi untuk menimbang kertas yang seterusnya.

haha adakah kurang ajar?sori la encik luar negara.i bz u pun sebok nak menyebok kenapenye??ha kan dah mesti dia kata aku sombong.baiklah.i memang sombong ok.ko jangan sebok tegur lagi pasni. *nasihat kepada encik luar negara.
semalam aku dan rakan-rakan pergi kilang kuih sebab ade tugasan subjek pengurusan.kene pergi kilang untuk menjaga tepi kain pengurus kilang tu tentang hal ehwal kilangnya.kilang tu terletak di simpang renggam.boleh tahan tak berapa jauh la.tak jauh tak dekat.suam-suam kuku la..heheh sila panggg aku sekali
setibanya di sana kitorang pon pergilah menemuramah pengurus kilang tu.tanya tu tanya ni.nasib baik akak tu very sporting.muda remaja even dah 30an ok.selepas makan-makan kuih raya walaupun belum raya,kitorang pun melawat kilang tu tapi takla besar mana pun.tengok makcik-makcik buat kuih kat bilik khas.bau butter tak hilang hilang.sedap heh.then beli-beli sikit apa yang patut,ambil gamba kenangan and dapat cenderahati cenderahati = kerepek maka kami pun beredar dengan perut yang sangat lapar.bukan kenyang pon hoh makan biskut.semua pun bising sebab lapar.jadi kitorang pun singgah la untuk makan demi memenuhi permintaan ramai.heheh.

muka excited si madu tiga sebelum bertolak.heee~

Esok adalah hari kepulangan aku ke seremban.nampaknya mereka yang berada di rumah semakin tidak sabar dengan kepulangan aku.hehe...ye ye baiklah.saye nak balik la ni.

Seremban here i come.......


MUTIARA MAHAL :

"Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan"

Tuesday, August 11, 2009

birthdayana 3

ye bertemu lagi dalam sambungan entri birthdayana..sejak bile entri ni ade sambungan??heheh...sempena birthday aku yang dah lepas maka terdetik la di hati mahu share ape yang aku dapat sempena hari jadi baru-baru ni..heheh jangan kate i ade niat mahu menunjuk ok..share share je..sharing is caring kann..kepada yang tiada minat boley keluar i tak pakse uol bace ye..heeee~

ni kek birthday aku tahun lepas...*tibe-tibe cite pasal kek tahun lepas kann

haha tu gamba kek mase aku duduk kolej kediaman perwira..bersame housemate-housemate lame..saje letak gamba tu biar mereka tau i simpan lagi gamba kek pemberian mereka...hehe (ade kaitan ke?)...hurm mase tu antara mereka yang terlibat ialah ex-rumate aku cik niza..sekarang dier dah grad and dah berkerjaya..tapi topik utamanya di sini ialah cik niza masih mengingati hari jadi aku.huhu sungguh terharu..dalam diam-diam dier sampaikan hadiah melalui classmate aku..so aku hanya dapat hadiah pemberian dier tapi tak sempat jumpe dier...huu sedih sedihh..

lihat lihatt ex-rumate i memang memahami bagi bunge pink..hoho

mase mule-mule dapat bunge tu aku dah membebel ala mane nak letak aku bukan ade kete pon..siap tanye pendapat masyarakat sekeliling kalau letak kat skuter aku ok tak?haha mungkin mereka yang aku tanya tu rase nak bagi penampar je kan kat pipi ni..hehe...next,dua minggu sebelum birthday aku dah dapat hadiah dah dari cik hana..haha memang tak sabar gamaknya minah tu..mule-mule dier ajak gi ayer hitam coz dier nak belikan something untuk kawan dier grad nanti pastu dah sampai sane boleh pulak...

yana,ko pilih la mane ko berkenan aku beli untuk hadiah birthday ko...

hee hana hana...baeklah.aku yang memang tiada malu ni pon pilih la..i tak pilih yang mahal ok.kesian pulak makcik tu nanti..heheh..


yes..terima kasih cik hana..aku dah berjaya membawa makhluk itu ke alam mimpiku dah..heeee~

Seminggu sebelum birthday aku and housemate ade gi jalan-jalan kat BP mall..mase tu ade pc fair konon-konon saje jalan nak cuci mate la..pastu rumate aku tibe-tibe menghilangkan diri..pastu muncul and....nah untuk kamu..saye bagi sekarang sebab malas nak pegang...haha cik munirah cik munirah...pangggg kang..hehe..anyway tenkiu ye..sungguh comel dan makin menambah la koleksi hiasan-hiasan comel i kat bilik kite..heheh..

cik munirah mahu berlucah-lucah ye bagi i bende ni??hehe.

Mase housemate-housemate aku celebrate birthday aku *sila rujuk entri birthdayana 1 aku bukan hanya dapat kek coklat tapii jeng jeng jengg heheh aku dapat jugak hadiah kecik dari seorang kawan lelaki..mungkin name dier terpaksa dirahsiakan sebab aku rase dier pon akan membebel kalau aku cite pasal dier..haha..baeklah.on the future mungkin aku akan ceritakan kalau ade permintaan ramai.. haha prasan prasan

mug katak yang kiut miut..nanti aku simpan sampai tua ok encik A?? ngheee~
kali ni sila rujuk pulak entri lepas..kan aku ade cerita aku bagi kemba a.k.a cik ema selendang kan..kann?haha betapa kami kemba sejati cik ema juge beri aku selendang!!
heheh baeklah.selendang itu adalah sama coraknya dengan selendang rumate aku beli malam tadi..apakah?!? hehe..takpe takpe..aku tak kesah pon sebab selendang tu cantik..kaler pink..memang memenuhi citarasa..juge ade lagi hadiah tambahan..kemba bagi keychain baju kecik yang boley letak kat handphone tu..alololo comel sungguh and betapa sweetnye kemba i tu sebab bende tu adalah pair.so aku ade satu dier pon ade satu...berkesinambunganlah di situ.heeeee tenkiu kamu~

selendang pink yang cantik..paper bag tu pon cantik...yessss!




pink tu henset aku manakala hitam henset cik ema ok.

tengokk macam pasangan bercinta ye kami..hehe..encik vanemi jangan risau haaa...aku dah ade encik kss a.k.a kamalshazni..and yang penting i normal ok..tiada les les..heeee~
terima kasih banyak-banyak ye kepada yang menceburkan diri sempena hari lahir aku yang ke 22 kali ni..jasa uol aku kenang sampai ke mati........


p/s : mungkin entri birthdayana ade sambungan lagi sebab dah cuti...i pulang ke kampung halaman macam ada tanda-tanda dapat birthday present lagi jer...lalalalaaa~

MUTIARA MAHAL :

"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"

Saturday, August 8, 2009

kekasih dunia akhirat.





Tu diaaa..tajuk entri dah geli-geli jer kan.ni bukan cite pasal encik kamalshazni..heee~
adek aku..mungkin di ketika ini aku rase sangat rindu kat dier.dier la satu-satunye adek perempuan yang aku ade selain nanti adek-adek ipar yang bakal aku perolehi..cehcehh gatal.
mase dier kecik aku tak rase sangat betapa beshnye hubungan antara kakak and adek ngan dier.taktau la kenapa.mungkin sebab aku pon masih tidak berapa matang..

sekarang bila masing-masing dah besa,dah pandai bergaya,dah pandai bercinta-cinta,dah pandai mengumpat-ngumpat,,,barula aku rase besh giler ade adek macam cik nurazira.hehehh.aku selalu bercerita kat dier.pasal member-member la,pasal belajar la,pasal admirer baru la (ehem ehemm),pasal encik kamalshazni la...semua pon aku cerita.takde pon yang tak cerita.same to her..aku dengar jugak kalau dier ade bende nak membebel kat aku..heee~

mungkin disebabkan diri aku yang kelihatan cantik di mata adek (perasan) ,,jadi aku perasan adek seperti banyak mengcopy paste diri aku ke diri dier..heheh... ayat macam nih boley jadi cikgu ka??

contohnya dari segi pemakaian..baju ke tudung ke kasut ke.semua pon nak lebih kurang aku..heh so sweet of u dear.aku tak kesah pon..kekaseh kann bukan orang laen..hihi



tengok tengokk kan aku dah cakap..macam kemba pon ade kan?heheh..

Dalam kehidupan ada pahit and manisnye..same to us..aku pernah berhadapan dengan saat-saat getir dengan adek..aku pernah menampar pipi dier di atas sebab-sebab tertentu.akak mintak maaf dik..tu untuk kebaikan..i love u...

Dan sejurus ketika itu aku menangis..mungkin sebab aku terlalu risau dan sayangkan dier..aku tampar sekuat hati..sorry once again dear...huuu~
aku risau jugak hubungan aku and adek jadi hambar selepas tu.takut adek menyimpan dendam atau adek menjauhkan diri tapi tak..hubungan aku and adek makin rapat..kalau dier belajar pon pasti semangat bila ade aku.. (ceh perasan lagi) hehe tapi betul..aku nampak semua tu..semoga adek menjadi insan yang berguna..



sengaja letak gamba adek yang gedik nih..hehe..kadang-kadang dier memang akan jadi sangat sengal tapi i sukee...heheee~


adek...kakak rindu kamu.....


MUTIARA MAHAL :


"Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya"

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com