Followers

Pages

Monday, June 6, 2011

Hari Cikgu Liana ~ edisi 3



EDISI 1


EDISI 2


(kot lah uols dah terlupa pasal hari cikgu liana ni kan...kelik link di atas..lama gila edisi ni tak habes-habes...heee)








Dan inilah cikgu yang tiba-tiba merangkul anugerah guru paling anggun bergaya. :p
 Seminggu sebelum sambutan hari guru, pengawas ada edarkan kertas undian kepada setiap tingkatan. Para pelajar boleh mengundi mana-mana guru mengikut kategori. Kategori yang dipertandingkan ialah guru paling garang, guru paling berdedikasi, guru paling sporting, guru paling kelakar, guru paling anggun bergaya, guru paling kreatif, guru paling popular dan guru paling penyayang. So di hari akhir pada minggu tersebut, kertas undian tadi dikutip semula oleh pengawas, diorang analisis semua dan dapat pemenang lalu diumumkan pada sambutan hari guru 16 Mei itu. Begitulah ceritanya.....:)











Barisan guru yang masih bergelar cik. :)










Habes sukaneka, semua berkumpul semula di dalam dewan. Masa untuk persembahan pula uols.
Kebanyakan persembahan ialah dari pelajar dan semuanya diuruskan oleh mereka sendiri. Satu je yang harus dipuji para pelajar sekolah aku ni, bab persembahan macam ni diorang memang superb. Entah bila diorang berlatih tiadalah ku tahu. Tiba-tiba je dah berderet-deret list yang nak buat persembahan siap kena tapis lagi mana yang rasa tak best tau.









Guru-guru ada buat pertandingan karaoke pada minggu sebelum sambutan hari guru ni. Buat kat dalam makmal komputer je sebab selesa ada air-cond segala kan. Dengan ustaz ustazah semua nyanyi sama ok. hehehe...










Persembahan pembukaan kita ialah tarian singa ni. Tapi singanya dah ilek lah kan. Tadi dah sambut guru dengan singa takkan persembahan nak singa lagi. So diorang just main gendang-gendang tu. Tapi meletop ok. Ternganga jugak lah i ni melihatkan mereka tu. hehe..Dia punya bunyi tu sampai ke jantung terasa tau. Hebak hebakk. :p 










Lepastu ini. Menari-nari lagu chinese modern. Tak berapa meletop pun. Biasa biasa sahaja. Macam tengah aerobik pun ada. :p











Lepastu ialah tarian tradisional india. Budak-budak lelaki india yang terlopong melihatkan ini. Terpesona la tu. hehehe....











Kemudian nyanyian solo dari artis kita. Pelajar ni memang minat muzik. Dia yang mewakili sekolah aku sekaligus mewakili daerah Tampin untuk Pesta Muzik haritu. Suara sedap ohh. Dafi pun kalah kott. kekekeke. :p











Next ialah persembahan ni. Alamak terlupa sudah nama alat ni. *__*
Ini menarik. Serius!











Kebolehan pelajar ni mengimbang dan mengawal alat tu memang harus dipuji. Siap lambung-lambung pastu sambut balik. Ada terkantoi sikit-sikit but still memukau penonton. Wahh over tau puji ..haha..
Hebakk...











Sayembara puisi pula oleh pelajar melayu + seorang pelajar india.
Ini puitis! :)










Ha ini ialah golongan yang berangan nak jadi model. Aku pun tak pasti apa motif persembahan ni. Macam model memperagakan baju pun hado. Budak-budak lelaki memang bersorak lah kan melihatkan ini. Hadoyai









Sekolah aku memang terdiri dari pelbagai bangsa. Ramai anak-anak tentera kat sini merupakan Sabahan dan Sarawakian. 
Agak 1 Malaysia lah di situ kan.









Tarian ni sumpah mempesona. Penuh dengan kelembutan. Suka sangat tengok diorang menari. Dengan baju diorang yang cantik dan ada bunyi tu. Tambah pula penari-penari tu memang cun semuanya dan agak hot kat sekolah. Lagi lah tak berkelip mata i memandang. hahaha...
Terbaik!




p/s : kebanyakan mereka ialah ahli pandu puteri uols...tetttt. :p










Ini ialah Cikgu Pow. Dialah yang menjuarai pertandingan karaoke antara guru. Walaupun dia cina tapi suaranya begitu gemersik uols. Dia nyanyi lagu Aku Cinta Padamu. Dia kata lagu tu je yang dia tahu. Kalau takde lagu tu dia nak nyanyi lagu cina. hahaha...
Yang tengah bagi bunga tu ialah gangster sekolah haha. Muka dia siap ada parut panjang lagi uols. Memang nampak kegangsterannya. huhu...










Lastly ialah persembahan guru-guru. Nyanyi lagu Kalau berpacaran. hehehe...
Part yang jadi setan tu dinyanyikan oleh guru yang merangkul anugerah guru paling garang. haha...Pelajar kat bawah tergelak-gelak dah. heeee :p




Then, tamat sudah. Semua pun berjamuan di kantin. :)










Inilah hadiah yang aku dapat untuk sambutan hari guru tahun 2011. :')










Ni kat rumah sewa. Hadiah-hadiah yang boleh dijadikan hiasan kitorang combine aje kat meja kecik ni.









Ni pun kitorang jadikan hiasan kat dinding rumah sewa. :)
Semoga menjadi kenangan yang abadi.






Sekian :)








Sunday, June 5, 2011

"GiveAway EdY : Jangan Main-main!"




Assalamualaikum.




Dulu masa kecik-kecik....aku, abang dan adik-adik suka sangat main game yang tak perlu keluar rumah tu. Saidina, sahibba, congkak, monopoly, uno card, uno bangunan, one happy family at home semua tu lah toksah cakap. Dah lali sangat dah duk mengadap time cuti sekolah. hehe..Tu cerita dulu ok. Dulu....



Tapi sekarang rasa rindu pulak nak main balik..hahaha..
Harini terjah Blog The Beauty In Ugly milik Encik Edy lalu tersangkut sudah mahu join contest beliau sebab hadiah dia agak mengimbau noltalgia gitu. heee  :)








Uols mahu join juga? Kelik banner di atas untuk mengetahui syarat-syaratnya. Alaa syarat apa sangat pun. Mudah sangat nak join. Kamon kamonnn benda senang je ni. :p
Saya mahu tag AZIRA! :)



Hadiahnya ialah :


Tempat Pertama
1 x Tumblin'  Monkeys


Tempat Kedua
1 x Brain Puzzles


Tempat Ketiga
3 x Uno Card
 
 
Saguhati
10 x souvenir dari luar negara
 
 





Tarikh tutup : 14 Jun 2011 jam 11.59 pagi.




Semoga Berjaya!




Friday, June 3, 2011

Baden Baden Bundle



Assalamualaikum.


Hari apa entah dalam minggu ni aku dengan adik takde kerja sangat, kitorang terjah Baden Baden Bundle lagi. Pergi Port Dickson sana semata-mata nak pergi situ ok. Meh lempang kitorang sekali meh. haha...
Masa pilih-pilih dress kat sana, kebetulan diorang baru nak keluarkan baju dalam plastik. Aku dengan adik memang muka tebal gila ok. Siap tunggu kat bahagian dress tu. Lepas je diorang buka plastik dan gantung dress, terus laju-laju kitorang serbu. Siap berpeluh-peluh lagi pilih dress. hahahaa...buruk perangai :p







Rm 50 dah dapat 10 helai dress cun! Wahhhhh



keywords di blogspot





keywords di nuffnang


Nampaknya ramai pengunjung yang masuk blog aku sebab nak cari kedai bundle perempuan. hehehe..
Uols try la cari kat Baden Baden Bundle tu. Sana banyak pilihan. Cantik-cantik pulak tu.








Kalau rasa Port Dickson tu jauh dengan tempat uols, Baden Baden Bundle buka cawangan di Dataran Pahlawan sudah. Apa kata terjah sana je. Tapi masa aku datang haritu tak buka lagi cuma dah ada bungkusan-bungkusan baju je. Mungkin sekarang dah buka kan. Tiadalah ku pasti. heee






Selamat bershopping. :)




terkenang anak murid 3 Maju








Video ni ialah sempena sambutan hari guru di sekolah abang aku a.k.a sekolah ganti yang aku jadi guru kelas 3 Maju tu dulu. Si tukang nyanyi ialah Qadar. Si tukang main gendang ialah ustat sempoi. Si tukang main gitar ialah abang. Poyo je. :p
Kelakar pulak bila tengok balik. Murid yang tak tahu membaca mengeja semua tiba-tiba dia lah yang paling excited nyanyi sama siap hafal ok. hahaha...




Layannnn....
:)




Wednesday, June 1, 2011

honeymoon lagi





Siang tadi i jalan-jalan ke Melaka uols. :)




Menara Taming Sari, Melaka



Photographer handsome teman i ke sana. Nanti i kasi cerita ok?
Haha banyak gila berjanji kann. :p





Bye. :)




Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com