Followers

Pages

Tuesday, December 31, 2013

Mandai Goreng : Makanan Orang Banjar


Assalamualaikum.

Mandai goreng ialah makanan popular orang banjar. Aku mula pandai makan mandai ni sebab mak yang selalu goreng kat rumah. Mula-mula pelik jugak..makanan apa ni? Macam sotong tapi bukan, macam obor-obor pun ada hehe. 
Mandai ialah kulit buah cempedak yang dijerukkan dan digoreng.








Kulit cempedak tu dipotong kecil-kecil, dibasuh, dan direndamkan dalam air garam. Macam kita nak buat jeruk biasa tuu. Dalam masa 3-7 hari macam tu, mandai ni dah boleh digoreng dah. Basuh dulu dan hiris nipis-nipis.










Macam makan ikan pekasam jugak, mandai tadi digoreng bersama cili padi hiris dan bawang merah hiris nipis.










Masuk kuali.










Goreng sehingga garing.











Setelah garing, masukkan cili dan bawang tadi. Agak agak dah layu dan mesra gitu, bolehlah diangkat.









Siap dan boleh dimakan bersama nasi. Tekak aku ni kalau pandangkan mandai ni terliur je sentiasa. Meratah macam tu je pun sedap. Ada orang tak suka sebab bau dia agak kuat lagi-lagi kalau masa goreng tu. Yelah cempedak kan..memang bau kuat. Guna kulit nangka pun boleh tapi mak kata kulit cempedak lagi sedap banyak sebab jerami cempedak lebih banyak dari nangka.



Uols juga haruslah cuba. Tak cuba rugi sangat! hehe..bye :)





1 butterflies concerned.:

Al Kisah said...

apaa.. kulit cempedak yang dijerukkan pastu digoreng.. perghhh x pernah try lagi

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com