Followers

Pages

Wednesday, December 25, 2013

Kad kahwin dan banner Lyanafzan :)



Assalamualaikum.

Kad kahwin paling penting sebelum majlis perkahwinan berlangsung. Kitorang tak survey banyak kedai pun. Dengar ceritanya kat Tampin ada kedai kad kahwin yang famous kan. Kebetulan Tampin memang lokasi perjumpaan kami. Selalunya hari jumaat lah kitorang jumpa. Aku dari Gemas, Afzan dari Alor Gajah..so jumpa di tengah-tengah. Memang selalu kat Tampin je. Sebab jumaat pun selepas sembahyang jumaat baru masing-masing gerak kan. Jumpa minum-minum je, kadang-kadang pergi karaoke.


So alang-alang selalu ke Tampin, kitorang cari terus je kedai buat kah kahwin tu. Kahwinshop.com nama kedai tu terletak di tingkat 2 or 3 kat Tampin Square. Boleh tahan kedai dia. Banyak pilihan kad yang cun sampai rambang mata nak pilih kad. Siap masa nak pilih tu sampai pening pening kepala otak rasanya hahaha *over 








Inilah kad pilihan kami. kad 3 column. Bila dilipat nampak unik gitu. Tertarik betul aku tengok kad ni terus pilih yang ni.










Color pulak memang kitorang request nak color pastel. Ada pink, purple, peach pastu tambah-tambah lah ikut kesesuaian.










Kad selepas dilipat. Tak sempat nak snap sendiri. Ni pun rakan blogger, Nanie yang post kat twitter. Nanie ada datang masa majlis kat Seremban tapi tak sempat bergambar pun. Nak cepat katanya. Thanks Nanie sudi datang wedding yana walaupun kenal di alam maya je :) Thanks so much :)










Sesi melipat kad.
Kahwinshop.com ada bagi kad extra. Bila dikira adalah dalam 300 kad extra. 












Sesi mengepos kad. Gigih betul rasanya bila tiba fasa ni. Nak kumpul alamat sorang-sorang. Masing-masing pulak bagi alamat ikut bila free kan. Kena lah check setiap masa kalau ada yang send alamat. 
Pakej yang kitorang ambil ni ada free banner. Rugi sangat rasanya tak pergi pameran pengantin sebabnya di situ selalunya ada buat promosi yang berbaloi-baloi. Biasanya bila kita tempah kad, akan dapat free banner, bunting, papa penunjuk arah, sticker dan macam-macam lagi. Banyak tuu. Rezeki aku dan Afzan just dapat banner je. Cukuplah rezeki tu kan. Alhamdulillah...










Banner kami untuk kedua dua lokasi.










Mula-mula dapat kedut macam ni. Rasa nak iron je haha. Aku just letak je bawah karpet last-last dia jadi smooth balik :)



Sekian perkongsian kisah kad kahwin kami.
Nah link ---->  Kahwinshop.com






0 butterflies concerned.:

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com