
lovingly created by yana lyana at 12:21 PM 2 butterflies concerned.
Labels: pahit
Seminggu sudah hari raya berlalu. baru tadi aku jumpe cik puan-cik puan yang aku rindu sangat. :)
Kebetulan hari ini ibunda masak lebih sikit sebab family Pak Long aku nak datang beraya sekali dengan menantu-menantu dier termasuk cucu-cucu dier. Ceh. Bajet ramai padahal 3 orang je cucu. Hehehe..
Selesai sahaja diorang beraya, Yanti pun datang dengan si kekasih hatinya. Hehh dah bape kali datang beraya pun masih tak ingat jalan nak sampai rumah aku. Memang la minah tu nak kena sekeh! Aku ngan Yanti ni kalau jumpa mesti bercakap guna bahasa baku. Aku pun tak sure la kenape. Hahaa tapi besh. Si kekasih Yanti tu pun muke layan jela. Redha je awek dier ade kawan cam aku nih. Huhu.
Selepas beberapa sesi kami borak itu borak ini, mengumpat sana mengumpat sini, kitorang pun gerak pergi rumah cik puan Anis. Kitorang memang ngam tiga orang sejak kecik lagi. Cuma bila dah besar ni, berpisah lah kami sorang ke sana sorang ke sini. Tapi still contact. Aku sayang sangat cinta tiga segi ni! Heeeeeee.
lovingly created by yana lyana at 10:41 PM 1 butterflies concerned.
Labels: viva forever.
lovingly created by yana lyana at 1:13 AM 5 butterflies concerned.
Yeay yeay esok hari raya...heee sedikit kebudak-budakan di situ.
Hari ni hari last berpuasa selepas sebulan kite semua berlapar dahaga di siang hari..:)
Tahun ni aku sekeluarga sambut first day raya kat kampung di Rantau, Negeri Sembilan. Perjalanan nak balik kampung tak jauh so nak nyanyi lagu balik kampung pun takde nafsu..hehe. Ibunda and ayahanda tak dapat cuti so beraya dekat-dekat jela. Maybe balik jugak ke rumah nenda di Johor tapi entahler hari raya ke berape. Hentam jela aku adik beradik tak kisah ponn..hohoo
Malam semalam dah tawaf kat bazar Ampangan ngan family. Punyelah ramai gile orang. Sesak sesak. Siang tadi sesi membeli belah bermula antara aku, kakanda ngan adek-adek je yang keluar beli itu beli ini. Kakanda a.k.a Orang Kaya Baru dengan baek hatinye belanje sikit-sikit. Tenkiu ye Pami ko memang tak kedekut. hehe...nanti turn aku sampai jugak ko tunggu je...Ngeeee~
lovingly created by yana lyana at 1:57 AM 2 butterflies concerned.
Yess hari yang ditunggu tibe juge..Punyelah rase sangat lama sampai mood nak gi class pun hampir tiada. Even gigih jugak gi class pagi tadi tapi otak tah ke mane-mane. Haha. Sorila encik Hubungan Etnik, saye pandang encik kat depan dah macam wajah ayahanda saye kat rumah dah..heeeee.
Kelmarin aku berbuka dengan encik kamalshazni. Last minute wat plan konon nak berbuke kat kedai belakang umah sewa aku ni je tapi bile aku bersemangat nak gi book table petang tu, kedai tu tutup pulak. Lastly, kitorang berbuka kat kedai depan kampus aku tu ha. Heee tak pernah pun berbuke situ dengar cite lambat tapi hentam jela memandangkan waktu tu dah jam 6.30 lebih-lebih dah. Disebabkan berbuke di situ ialah dengan kaedah buffet, maka memang gemok la kami berdua. Haha. Tamak giler semua makanan nak ambik. Tak cukup lauk penuh kat pinggan masih ada hati nak ambik lauk asing. Memang la kitorang kuat makan. Ngheee.
lovingly created by yana lyana at 11:58 AM 8 butterflies concerned.
Labels: manis
Aku baru balik dari rumah nenda di Pontian..Sungguh terkejut dengan tindakbalas dari entri aku psl kotak katik tu..heee tak tau la nak cakap macam mane. Setelah dihentam hebat oleh penyokong-penyokong encik blog yang aku maksudkan tu,aku jadi blur...hohehohee
Erm begini....disenangkan cerita,aku pun tak mengenali dan tak memahami apa yang difikirkan oleh penyokong itu..Ada yang buat andaian entri aku yang lepas pasal awan tisu ialah berkaitan encik blog..Tapi bukan. Itu ialah tentang masalah career aku di masa akan datang. Cuma masalahnya,aku dilihat menyalahkan encik blog sebab mereka-reka cerita dalam entri aku bertajuk kotak-katik.
Mungkin ketika itu emosi menguasai,aku pun marah tak tentu pasal kan. Juga membaca di Berita Harian tentang isu itu tetapi encik blog baca di Harian Metro. So,encik blog..saye mintak maaf...
Juga kepada penyokong-penyokong encik blog, saye mintak maaf juge..
Entri yang berkaitan aku delete untuk tidak menyesakkan lagi keadaan.
lovingly created by yana lyana at 2:41 PM 2 butterflies concerned.
Labels: pahit
Dari malam tadi lagi awan tu dah gelap...
Gelap dan makin gelap sampai mendung gila..
Redup dah sejuk...
Tiba-tiba pagi tadi ada petir lalu awan tak larat nak tampung lagi...
Hujan asid turun dengan renyai...
Lama kelamaan hujan renyai bertukar menjadi hujan lebat...
Ada guruh...
Hujan terpaksa turun untuk menyejukkan bumi...
Hujan terpaksa turun untuk kurangkan beban awan...
Hujan terpaksa juga sebab tak larat...
Berat.
Berat sangat!
Awan sakit sebab kilat ada di sebaliknya...
Cedera lah awan...
Tak larat...
Entah bila dengan rela hujan nak turun lagi...
Parah.
*&^%$##$%%^*&^%!!!!
*aku cedera lagi weh..makin parah.
lovingly created by yana lyana at 5:14 PM 6 butterflies concerned.
Labels: emo
Korang tahu apa itu comel....?
lovingly created by yana lyana at 1:11 PM 2 butterflies concerned.
Labels: manis
lovingly created by yana lyana at 10:38 PM 2 butterflies concerned.
Labels: career focus
Rasa bersalah konon-konon menyelubungi kerana keluar waktu malam di bulan Ramadhan. Ish memang tak biasa pun keluar malam-malam. kehkehkeh...tapi entah macam mane boleh terjebak juge. heheh..pandai nak salahkan orang lain kann..
Tadi aku and dua ketul lagi housemate pergi menukar tiket untuk pulang berhari raya nanti. tah ape masalah nye sampai kene tuka tarikh kepulangan aku pun tiada pasti. aku hanyalah mengikut arahan untuk mengikut supaya unsur-unsur penjimatan kos tuang minyak boleh berlaku. haha padahal sendiri yang nak ikot..!!!!~
ok fineeeeeee.
Selepas selesai urusan tiket meniket tersebut,kitorang pun pergi berbuka puasa. tempat dirahsiakan. selepas selesai menghadapNya kitorang pun kemudian berjalan-jalan lah tanpa hala tuju.heeeee.
Dan apabila dihasut oleh nafsu sendiri (syaitan tiada untuk menghasut) maka kitorang pun bersetuju untuk menghabiskan masa pada malam itu di panggung wayang. hahae~
Cerita vampire hensem yang dinanti belum keluar jadi kitorang pun sebulat suara memilih Final Destination untuk menjamu mata. ohh sungguh terketar-ketar lah hati dah perasaan apabila menonton cerita ini..hehe.betul weh tak tipu. sampai terpaksa mengeluarkan juga jeritan maknyah yang selama ini cukup tersimpan elok di sudut tekak..haha..bukan seram pun cuma sedikit ngeri dengan cara kematian yang dipertontonkan. even tiada berapa hebat seperti FD yang lepas-lepas tapi boleh lahh kan...
Final destination kali ni menarik dan agak menghiburkan..cuma pendapat awam mengatakan cerita ni untuk kali ini sedikit nampak tiada real..entah ler. aku tengok real je sampai menggigil kepala lutut sebab sejuk..hehehe..
Okay dah. kepada korang...support lah filem tempatan ye..aku and kawan-kawan dah banyak tengok filem tempatan sebab tu saje ubah selera tengok filem bukan tempatan..hohoho~~
lovingly created by yana lyana at 2:32 AM 2 butterflies concerned.
Labels: viva forever.
adoii..tiba-tiba kesedihan dan keterharuan melanda lepas baca entri pasal aku kat blog yanti..
kau memang sengaje ye...haha.
okay okay control.
cuba sedaya upaya supaya tiada mengalirkan air mata rindu.kehkehkeh
lovingly created by yana lyana at 1:35 PM 2 butterflies concerned.
Labels: viva forever.