Followers

Pages

Monday, September 17, 2012

5 zamrud menang lagi..yay!



Assalamualaikum.

Makin dekat nak SPM ni, makin kurang pulak bilangan kehadiran pelajar ke sekolah. Pelajar kelas aku tu memang kuat  ponteng sekolah. Tah apa dia buat tah kat rumah tu. Nak kata Gemas ni banyak supermarket ke, mall ke, tidak la pulak. Maybe diorang yang ponteng tu sibuk menoreh getah agaknya. kekeke..


Esok ada paper landskap. Aku ni kemain risau lagi. Minggu lepas pun, asik buat latih tubi je nak bagi diorang senang jawab exam nanti. Tapi degil jugak yang ponteng-ponteng sekolah tu. Macam pandai sangat. Kalau fail paper aku, memang aku basuh cukup-cukup.








Kelas terbersih dan ceria untuk bulan Julai, tingkatan 5 Cantik masuk list lagi. :)
Setelah dibawak berbincang, duit tu aku belikan bendera untuk hias kelas. Masuk bulan lapan, ada pertandingan kelas paling patriotik.














Tu ha bendera-bendera kecik dengan bendera 1 Malaysia dah selamat digantung. 















Rasa meriah je kelas tu. Dah macam nak celebrate birthday gitu. hehe..














Bendera digantung secara melintang di tengah kelas. Ada 2 layer kita pasang. Lepastu dibantu lagi dengan bendera Negeri Sembilan dan jalur gemilang yang besar digantung di sudut atas kiri dan kanan kelas. Cukup.













Alhamdulillah.... :)
Tahniah tingkatan 5 Cantik.





Sunday, September 16, 2012

Memungut remis di Pantai Pengkalan Balak, Melaka



Assalamualaikum.

Cuti hujung minggu aku kali ni ialah bersama rakan-rakan guru. Diorang buat hari keluarga di Pengkalan Balak, Melaka. Mula-mula malas sangat nak join sebab i belum ada keluarga kan. Baik habiskan masa dengan keluarga sendiri di rumah. Lagi heaven. Tapi last-last terjoin juga sebab aku fikir ada geng je pun. Kalau geng takde, memang aku pun non hado nak join. hee


Diorang berkumpul di sekolah pada hari sabtu dan berkonvoi sama-sama menuju ke D'Nelayan Beach Resort. Aku tak join sebab aku dari Seremban. Alahai sejam je pun perjalanan. Ingatkan jauh sangat rupanya lagi jauh Gemas tu ha. Baik aku posting Melaka je haritu. :p


Cerita lebih detail nanti aku update ok. Cari mood rajin dulu. hee
So aktiviti pagi tadi ialah memungut remis. Uols tahu ke idok apa itu remis? Aku pun memula tak tahu jugak tau siap google lagi nak tahu camne lah rupanya si remis tu. kekeke...









Kebetulan kat pantai tempat kitorang menginap tu ada banyak remis. Cara nak pungut? Ko duduk-duduk je situ, raba-raba pasir sikit dan jumpa. Memang banyak. Pungut remis ni boleh buat kita leka tau. Sebab sambil-sambil duduk, sambil-sambil rasa dalam pasir tu, sambil-sambil juga ombak kuat hentam badan, memang sedap. hehehe...












Banyak jugak kitorang dapat tapi tak pergi hantar timbang pun. Ada pertandingan sebenarnya siapa kutip paling banyak tapi tak kuasa nak timbang sebab masa tu sibuk nak mandi kolam renang. Kolam kanak-kanak pulak tu. haha..
Tu je pun peluang yang ada sebab masa tu semua orang sibuk bersukaneka. Kalau tak tu, jangan harap lah nak merasa mandi kolam tu. Memanjanglah penuh dengan budak-budak. Eh tak kisah lah budak ke mak budak ke bukan semua orang suka mandi kolam ke? eh...







Remis





Taraaa! Dan ini hasilnya remis kitorang yang tak berapa banyak. hehe..
Aku bawak balik sikit dan dah masak dah pun untuk makan malam tadi. Sedap juga. Manis-manis lemak gitu rasanya. Macam makan kuaci. hehe...


Nak tunggu hari Selasa pulak sebab dah janji dengan diorang nak masak remis sesama dan kenduri hamper yang kitorang dapat untuk cabutan bilik bertuah. 


Tak sabar tak sabar...hehehe...



Friday, September 14, 2012

Guru bertugas



Assalamualaikum.

Alhamdulillah berakhir juga minggu yang aku rasa macam panjang ni. Minggu ni i bertugas uols. Masa aku jadi guru ganti dulu setiap minggu ada tiga orang guru yang bertugas. Memang tak rasa beban sangat. Tapi sekolah aku sekarang ni guru bertugas dua orang je. Dua orang nak cover murid yang lapanratus. Oh my .....!


Hari isnin pagi-pagi lagi dalam pukul 8.30 dah ada kes murid sakit. Hampir pengsan budak tu masa aku datang kelas dia. Muka dia pucat, tangan dia sedikit menggigil. Ah sudah. Lain macam je kan. Dia kata dari semalam dia tak makan. Aku suruh dua orang kawan dia papahkan dia bawa ke kantin. 
Aku belikan air milo suam dan suruh dia minum. Dia muntahkan balik ok air tu.


Haruslah bawa ke klinik. Sampai klinik bila doktor check-check, masukkan air segala tetiba murid tu sakit kat bahagian perut pulak. Masuk air lagi....


Pukul 11 pagi, doktor bagitau aku kes murid aku tu kena refer ke hospital sebab kemungkinan murid tu appendix. Darah yang diorang check pun ada sedikit jangkitan kuman. hadoi lah..macam-macam lah pulak kennnn. Aku pun call emak murid tu nak maklumkan pasal anak dia kan. Mak dia sebak terus. Dia cakap dia tak pandai memandu, suami dia pulak tengah kursus kat Cameron (askar).
Alahai kesian betul aku dengar. Aku pun laju je cakap takpe2 biar saya yang uruskan.


So, murid tu dibawa ke Hospital Segamat menaiki ambulans. Aku follow belakang menaiki zaza. Tapi semput jugak nak follow ambulans tu. Kemain laju lagi. Kecut perut aku nak pecut laju macam tu. hehe...

Sampai hospital kena tunggu pulak lagi. Last-last memang murid tu kena tahan wad. Pukul 1 tengah hari baru dia dibawa ke wad dan aku? Haruslah zas balik sekolah kan. Ada kelas dengan tingkatan 5 cantik pulak tu masa tu. Aku bagitau emak murid tu anak dia dah masuk wad dah dan aku terpaksa balik ke sekolah. 


Hari khamis, aku nampak budak tu. Eh, dah keluar dah ko? hehe..
Dia datang jumpa aku bagitau dia keluar wad, tapi tunggu turn untuk dioperate. Siap bagitau mak dia kirim salam kat aku dan ucapkan terima kasih banyak-banyak. :)


Macam-macam kan? hehe..
Kebetulan hari tu aku puasa pulak tu. Tengok murid lagi dua orang tu minum air sirap pun aku dah terliur dah tapi tabah je. :p
Penat jangan cakap lah. Nasib baik cikgu tak pengsan tau. kekeke...










Tetiba selit gambar ni. Iklan jap eh..
Ni masa pergi beraya rumah rakan sekerja. Pergi secara konvoi maka kita pinjam kejap anak dia ni. :p
Comel kan bayi ni? Geram sangat kat dia sebab tak nangis langsung. Buat macam mana pun tak nangis. Cubit pun tak nangis camne? haha..kantoi ada cubit dia kan. hee













Dan ini ketika di klinik kesihatan. Kita yang menunggu ni kena berdiri berjam-jam ok. Nak tumpang duduk kat katil tu kita malu. :p
Dan esoknya isu yang aku ketengahkan dalam perhimpunan ialah kepentingan mengambil sarapan pagi. Nak membebel panjang aku tak reti. Bebel sikit-sikit je.



So uols juga, jangan skip breakfast ya! Bye.
(Isnin depan cuti. Yes! tak payah buat laporan di perhimpunan. hehe...)







Wednesday, September 12, 2012

busy lah sangat



Assalamualaikum.


Sejak-sejak lepas raya ni, kemain liat nak update blog. Balik sekolah dah nak rehat-rehat, kang malam nak tengok tv pastu tidur. Punyalah malas nak spent sikit masa kat sini kan. Kesian uols terindu-rindukan i kan. eh....


Sekarang tumpuan kat pelajar 5 cantik. Diorang tengah menghadapi peperiksaan percubaan SPM. Tapi paper landskap belum lagi. Tu buat aku makin berdebar tu. Dapat ke diorang jawab, ada yang tidur tak masa paper aku tu, bawak pensel warna tak, macam-macam lah yang aku risaukan. Tahun pertama kan aku pegang kelas peperiksaan. Tahun lepas relaks lagi sebab tak ajar pelajar form 3 atau form 5 pun. Berbulan madu je tau. Tahun ni dah mula tak senang duduk. hehe...


Cerita-cerita lain nanti kemudian aku update ye. (harap-harap rajin lah kan..hee)


Jom layan gambar dua minggu lepas.









Akhirnya jumpa jugak dengan Yanty raya tahun ni. :)
Tapi nak bersembang sakan tak sempat sebab dia datang dengan family dia and kebetulan diorang nak berjalan raya rumah sedara diorang. Tak kisahlah. Jumpa kejap pun jadi. 
P/s : Yanty, boleh pulak terlupa ambik gambar dengan anak ko. :(













Ibunda diapit oleh si-si gojes.  :p
Tunang abang aku pun sempat singgah beraya hari yang sama yanty datang beraya. :)













Feewit. hehe...
Dan malamnya tu Nurul pulak datang. Padahal dah sarat dah aku tengok perut dia tu. Nak jugak datang beraya kan. Aku layankan je. Siap sesat-sesat husband Nurul tu nak carik rumah aku. hehe..
Tapi borak punya borak sampai terlupa nak ambik gambar. Nurul nampak berseri-seri sangat. Confirm dalam perut tu ialah baby girl yang ada rupa macam makcik yana ni sebab mak dia masa pregnant asiklah mengidam nak jumpa aku je kan. Terkenan lah nanti tu. kekeke...




Ok uols, orang busy nak tidur dah ni. Good Night.
Thanks sudi baca! :)





Sunday, September 2, 2012

Jumaat



Assalamualaikum.

Aku kan suka pergi minum petang kan. Sejak adik belajar kat Subang tu, sejak dah bulan puasa haritu, lamaa sangat tak pergi minum petang.


Kelmarin kena hantar adik balik Subang. Saje gedik singgah Bangi jumpa Naim dan pergi minum petang kat Bangi Kopitiam. 
Yes akhirnya...











Ini favourite. Roti bakar rangup memang kena sangat kalau disekalikan dengan air kopi. Yang mangkuk-mangkuk tu bukan i punya ye. Diorang ni kata minum petang, dia order macam makan tengah hari pulak. Tak pahammmm tau...














Muka puas hati. :p













Adik order kuetiaw sup untuk minum petang pastu menyesal sebab tak sedap. haha...













Ceh..sempat lagi tu main sudoku.













Ibunda order mi udang yang tak berapa nak udang. Seketul udang pun nan ado!










Ni pulak hadiah dari Naim. Mula-mula aku pergi jemput dia, dia masuk kereta terus pukul aku guna hammer comel ni. Pastu terus berbunyi lagu happy birthday. Memula aku tak perasan tau. Ingatkan bunyi henfon Naim. Pastu lama-lama baru la 'laaa lagu happy birthday keeee'.
Alolo..terasa kembali ke zaman kanak-kanak tau. hehehe...
Terima kasih, Naim. First time dapat hadiah yang comel macam ni. :)













Rasa nak lempang diri sendiri bila tengok gambar ni. kekeke..
Terima kasih semua kesayangan kerana menceriakan hari-hari saya. Sayang amat kat semua! :)





Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com