Followers

Pages

Saturday, November 9, 2013

Yeay cek Nuffnang dah sampai yeay!



Assalamualaikum.

Ha kan. Perlu ke sampai dua kali yeay di situ? hehe..
Sejak aku berkecimpung dalam dunia blog ni, banyak jugak kelebihan yang aku dapat. Sebenarnya aku buat blog pada awalnya suka suka je. Orang ada blog, kita pun nak jugak ada kan. 

Slow slow aku belajar nak buat blog. Ayat pun aku belajar ubah sikit sikit ikut kesesuaian. Siapa yang ikut blog aku dari dulu mesti tahu ayat aku zaman awal awal kegemilangan blog ni entah apa apa. Macam budak sekolah sangat kan haha. Template blog pun dah berapa kali ubah sampai sekarang ni takde masa nak tukar tukar template dah tapi yang pasti color blog aku ni memang pink ajelah dulu kini dan selamanya. Girly sangat kan. hee

Aku ni jenis suka surfing internet.So dari situ aku mula suka blogwalking. Baca blog blog orang lain. Baca kisah hidup orang lain sebab rasa seronok tu ada. Tiba tiba kita ada kawan dalam laman sosial walaupun tak pernah berjumpa pun. Ingat lagi masa zaman universiti dulu, aku pernah komen siap hentam lagi penulis blog tu sebab dia ada tulis pasal cikgu tadika kena cabul ke apa tah aku pun lupa. Bila aku komen tu, terus aku kena hentam balik hahaha. Ramai gila singgah blog aku kutuk aku balik. Blog tu blog indi rasanya, boleh tahan famous. Terus popular aku kejap hahaha. Blog itu bernama lidah. Korang terjah SINI. Tuan blog kenal lagi ke tidak aku entah.


Dengan blog jugak aku jana pendapatan tambahan lain sejak aku join Shaklee. Ramai customer yang buat order lepas masuk blog aku ni. Alhamdulillah...








Dan cek dari Nuffnang telah pun sampai. Yeay!










Yeay boleh beli handbag baru. Eh..
Terima kasih Nuffnang. Terima kasih pembaca blog picisanku semua. Tanpa uols siapalah blog ini. Silent reader juga terima kasih sangat-sangat. Korang masuk blog aku ni, ringan ringankan lah tangan tu klik iklan kat side bar dan atas blog aku tu ye. Murah rezeki aku murah lagi rezeki korang. Amin :)










Azam tahun baru tuan blog ialah untuk lebih merajinkan diri untuk mengupdate blog ini. 
Okbye :)



Wednesday, November 6, 2013

Chewable vitamin C Shaklee : 1 tablet per day






One tablet a day, keeps the doctor away :)


Place your order  HERE or email at shaklee_lyana@yahoo.com





Monday, November 4, 2013

Check List untuk Bakal Pengantin #Preparation



Assalamualaikum.

Ehem. Checklist juga harus ada ok. Kemain semangat refer checklist ni setiap apa pun. Konon sistematik sangat kerja katanya :p
Tapi sebenarnya memang checklist ni sangatlah berguna. Nak buat majlis kan banyak kerja nak kena fikir nak kena rancang nak kena buat kan. Jadi checklist ni bagi aku sangat membantu meringankan kepala otak yang serabut fikir pasal persediaan perkahwinan.


















Aku just print out je checklist ni dari internet. Lepas settle satu kerja, sila tick, settle lagi kerja lain, tick lagi. Dan begitulah seterusnya sampai tarikh kahwin nanti. Sebab kat checklist ni dah disediakan untuk beberapa bulan sebelum. Apa perlu buat apa perlu tempah segala tu lah.



Aku printout dari sini je -----> SYOKKAHWIN.COM









Semakin menghampiri checklist checklist terakhir. Semoga semuanya berjalan lancar. Amin.....





Button Badges #Preparation



Assalamualaikum.

Last year masa Pami kahwin, aku lah paling semangat nak order button badges. Search beriya kat google kat facebook kat blog blog mana ada jual button badges ni. Tapi masa tu aku order sikit je. Untuk keluarga terdekat je.








Adik perempuan pengantin.










Tapi bila di hari kenduri macam tak best pulak bila tengok saudara mara, pakcik makcik sepupu sepapat semua tak pakai badges tu. Kitorang sekeluarga je yang syok sendiri haha.
So aku plan bila aku kahwin nanti aku nak orderkan badges biar semua dapat pakai. Gila semangat Ogos haritu dah pergi tempah :p
Bila tengok gambar ni baru teringat yang aku takde pun buat entri pasal Pami kahwin kan. Takde pun gambar kahwin dia aku tepek sini. Sebab masa tu kan aku di ambang kesedihan melampau. Kesian Pami n Pikah, masa hari bahagia diorang aku bersedih pulak. Takpe nanti nanti aku kasi up cerita kat sini juga ye. Walau dah setahun berlalu, siap dah ada baby Adam dah haha.
Maafkan adikmu...











Dan ini ialah badges family untuk hari perkahwinanku. Kenapa pink jangan ditanya :p














Aku order banyak untuk keluarga pengantin. Tak kuasa nak kira satu satu makcik pengantin, sepupu pengantin, kawan baik pengantin, jiran pengantin. Eh..
So semua pun pakai keluarga pengantin je nanti ye.
InshaAllah cukup tu.











Ini untuk keluarga terdekat. Abah, emak, adik lelaki, abang, kakak ipar, adik perempuan (tetap ada walau adik nun jauh di sana..sob..sob...).
Anak buah pengantin ialah lupa! Boleh pulak masa tu lupa orderkan untuk baby Adam. Maafkan Makngahmu yang gojes tua ini Adam.



Itulah cerita pasal button badges perkahwinan ku :)
Order ialah di :

My Cute Little BouTiquE

Okbye.




Saturday, November 2, 2013

DIY Bunga Telur #Preparation



Assalamualaikum.
November telah tibaa uols. Tarikh perkahwinan saya juga makin hampir. Sejak bertunang bulan Mei haritu, segala persediaan saya dah atur dengan baik (InshaAllah). Dari sekecil kecil perkara hingga ke sebesar besar perkara alhamdulillah berjalan dengan baik. Harapnya di majlis nanti semua pun baik aje.

Bunga telur saya buat sendiri. Dah lama siap dah harini baru nak share kat sini. Gila semangat buat sendiri haha. Jom tengok apa rupa bunga telur untuk majlis saya nanti tu... jeng jeng jeng....









Roses kecik color peach. Beli dah siap dalam bundle bundle.












Bahan utama ialah roses besar color peach juga. Nak tema peach + silver katanya. Eh













Sarung telur. Nak cari color peach juga tapi tak jumpa. Cari yang ala ala je jumpa color pink ni.
Macam kecik je sarung telur ni. Risau pulak tak muat nak masukkan telur nanti tau. Tak pasal sumbat telur burung puyuh pulak nanti tu. Hadoyai













Ada tambah jurai jurai manik color silver kat sebelah sarung telur tu tapi tak nampak pulak.













Gulung gulung riben silver dan jadilah seperti ini. Cantik tak cantik belakang kira asalkan usaha tu ada. Eh 
Mula mula tak beli bekas pahar, cucuk je kat mangkuk jaring mak tu haha.












Sampailah rasa macam tak boleh blah pulak nak cucuk cucuk macam ni. Makin lama makin banyak kan mana nak muat sumbat situ. Last last beli je pahar color silver.












Cak! Siap dah bunga telur kitee. Ni untuk letak kat kiri kanan pelamin. Bagi kat sesiapa yang datang menepung tawar pengantin.












Puas hati dengan hasil tangan sendiri. Sendiri kahwin sendiri gubah sendiri puji. Kau mampu? hehe :p
Bunga telur ni siap tiga pahar. Dah lama siap. Balik seremban sabtu ahad tu saya memang mengerjakan benda ni je. Seminggu dapat siapkan lima pun dah cukup tersenyum dah. Sikit sikit akhirnya siap :)
Bila hantar gambar kat Afzan bagitahu jangan jeles bunga telur dah siap, dia kata eh mana pulak dah siap..bunga telur untuk belah lelaki mana?? Eh ehhh. Suka dia je yee. Amboi dia tuu 











Legaa siap satu perkara :)
Preparation lain akan diupdate dan disharing sini. Tungguu.....








Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com