Followers

Pages

Sunday, June 12, 2011

kenduri sikit je!



Assalamualaikum.


Kenduri doa selamat di rumah aku baru sahaja berakhir dua jam lepas. Mak dengan abah nak buat kenduri sebab rezeki adik dapat belajar jauh. Buat kenduri kecik-kecik je. Saudara mara, rakan terdekat dan jiran terdekat sahaja dijemput. :)







Si budak kecik yang selalu panggil aku Kak Nina ni pun hado. Tapi dah makin besar ni dah tak salah sebut dah. Kejap-kejap eh Kak Nana mana? Kejap-kejap lagi bila aku masuk bilik lama...eh Kak Nana maneee...Khaleesya nak tengok Kak Nanaaa. haha..




Kadang-kadang penat jugak nak melayan. hehe..




Ok dah. Itu je nak cerita.








Oh ya. Ini dadih i buat untuk kenduri tadi uols. 
Dadih 3 layer perisa coklat + strawberry + jagung. 



heeee~




Bye. :)



Thursday, June 9, 2011

saya nak bubble berry!


Assalamualaikum.


Kereta uols wangi tak?Siapa tak suka kereta wangi sepanjang masa kan? Kamu semua pakai wangian kereta apa?
Aku ni jenis yang cepat pening dengan bau wangian kereta. Kalau terlampau wangi sampai menusuk tu memang tak boleh blah. Haruslah aku berusaha untuk tidur sepanjang perjalanan supaya tak pening. Itu pun kalau bukan aku yang memandu lah kan.


Wangian kereta yang ada bekas khas pastu kita sangkut kat tempat keluar air-cond tu paling ramai orang pakai kan. Tapi yang tu lah buat aku cepat pening. hahaha..Jadi jangan nak gatal letak wangian tu pada Zaza. Memang tak keruan aku nanti. hee



Bubble berry & I





Wangian kereta terbaik yang pernah aku guna ialah dari little trees. Banyak gila bau wangian dia tapi yang paling aku suka ialah color pink ni bernama Bubble Berry. Dah lah comel, bau pun lembut je. Kalau aku suruh anak murid ambikkan barang dalam kereta, ada je yang tegur.....


 eh wangilah kereta cikgu..

Kereta cikgu bau biskut..

Bau kereta cikgu macam bau perfume cikgu..


Ha ambik. Bau biskut diorang kata?hehe..Bau dia sedap ok. Aku kalau pergi beli bubble berry tu memang sekali banyak terus sebab susah nak dapat. hehe..dah la asik habis je kalau kita nak beli. Tension makcik tau...









Tapi sejak cuti sekolah ni, sampai sekarang aku tak berjaya beli bubble berry. Memanjang je sold out. Merata station petronas dah aku cari. Takde je semua. Sedey tau..
Last-last aku beli Mulberry Fig ni je sebab bau dia dengan Bubble Berry seakan-akan je. Tapi yang ni tak comel. Takde ikon muka terlopong tu. Taksuke taksuke.
Tapi dalam taksuke tu aku sambar dua jugak sekali beli. hehehe...Mulberry Fig ni sedap juga bau dia cuma tak berapa lembut la.








Saya nak Bubble Berry juga! Kalau dah jumpa nanti, nak beli seploh sekaligus. Wah over tau.hehe..
Bubble Berry ni ada dijual secara online tak?






hehehe...




Wednesday, June 8, 2011

meow jahat!






Ini kucing aku bernama Baby. Memandangkan Baby dah remaja maka tak berapa sesuai nak panggil Baby. Maka sekarang kita semua panggil dia Abi.


Abi telah berada dalam zon gatal nak mengawan. Dulu masa dia baby, dia selalu duduk rumah je. Main-main dengan kitorang. Main gigit-gigit, main nyorok-nyorok, main kejar-kejar. Tapi sekarang dia dah mula nak main luar je. Cari makwe lah tu!


Perangai abi ialah pelik. Dia suka bergaduh dengan kucing lain. Aku pun tak faham kenapa. Kalau bergaduh, dia yang paling kuat menjerit. Bunyi gaduh dia tu memang satu taman boleh dengar agaknya. Betapa kuatnya sampai kitorang yang dalam rumah ni boleh dengar dia bergaduh kat hujung jalan sana. Masalahnya, dia je yang sebok menjerit. Kucing lain tak keluar suara pun. Abi memang gedik.


Kitorang selalu risau kalau dengar Abi bergaduh. Sebab selalunya dia akan kalah.
Bila dah balik rumah mula lah tempang kaki kanan, luka kat telinga, calar kat badan. Loceng kat leher dia toksah cakap lah. Berapa kali dah tukar. Hadoii. Pernah sekali dia balik, badan dia penuh dengan minyak masak. Ada lah tu jiran yang bengang dengan Abi sebab bising sangat bila bergaduh. Kitorang risau tu je. Kot lah pasni kena simbah dengan air panas pulak ke kan.


Kelmarin, macam biasa Abi main kat luar lagi. Tiba-tiba kitorang yang kat dalam rumah ni dengar suara dia tengah bergaduh. Kitorang abaikan je. Tapi makin lama makin kuat. Lama pulak tu tak berhenti-henti. Aku dah mula risau. Dia bergaduh betul-betul kat depan rumah orang tau. Tak pasal je orang tu mengamuk nanti kan. Aku dengan adik pun keluarlah konon nak sergah-sergah gitu je. Abi tengah bergaduh siap bergumpal-gumpal kot dengan musuh dia. Bulu tertanggal pulak tu. Aku pun sergah la kan. Musuh dia lari. Yang si Abi ni konon hero pergi kejar kucing tu tapi dihalang oleh aku dan adik. Macam main kejar-kejar tak bagi lari tu.



Aku tengok bulu Abi kembang semacam. Tapi nampak agak reda. Aku pun dukung lah dia. Dia ok je. Tiba-tiba dia macam kena rasuk tau. Dia mengiau kuat pastu gigit-gigit tangan aku, cakar-cakar lagi dengan kuku dia tu. AAAAAA SAKIT NAK MATI OK!
Aku terus campak Abi ke tanah. Dia sambung kejar musuh dia tadi. Ah lantak lah kau.


Aku rasa tangan aku pedih-pedih. Dan bila aku tengok tangan kanan aku penuh calar panjang siap berdarah. Di tapak tangan ada luka yang dalam kesan gigitan Abi. Sungguh-sungguh sakit. Aku berlari balik rumah. Ibunda terus memberikan rawatan kecemasan. Cewah...










Dan sekarang tangan aku dah ok. Luka dah kering but still rasa sengal-sengal. Aku tahu yang memang bahaya kita ambik kucing ketika dia bergaduh tapi tak sangka lah pulak jadi macam ni kan. Tak pasal je terus google pasal BAHAYA KENA GIGIT KUCING. HAHAHA :D
Dan aku terjumpa blog KUCING UTARA ini. Blog yang bagus untuk penggemar kucing macam aku. Walau kena gigit dan cakar teruk begini masih berasa sayang terhadap Abi. Camno tuh?hehe...





DAN BARU SEKEJAP INI ABI PULANG DENGAN KAKI YANG TERCELUP AIR LONGKANG!
GADUH LAGI LAH TU...gggrrrrrrr






harus mandikan dia sekarang...jaga kau abi!






Tuesday, June 7, 2011

cantiknyaa




Di suatu hari beberapa minggu yang lepas....



tenenett.. (bunyi bbm)



eh kss hantar gambar lah...(hati kecilku berbisik..berdebor)



Apabila gambar telah 100% received, keluarlah gambar ni....








Eh gambar apa u hantar ni?




Gambar u lah..tak sama ke?




Gambar i?? alaaaa kenapa camtu..tak cantik pun?




I lukis sendiri tau..cantik la tu...




Cantik???




*menangisss air mata darah





HAHAHAHA :D




Monday, June 6, 2011

Test powerr

I try2 je ni update guna bb uols. Ehemm. :p
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com