Assalamualaikum.
Sejak dua menjak ni, aktiviti membeli pinggan mangkuk dan seumpama dengannya makin menjadi-jadi pulak. Dulu kemain sombong lagi mengata dalam hati buat apa beli benda alah itu semua. Baik beli di kedai biasa je. Murah-murah pulak. Tapi dalam pada aku duk mengata-ngata tu, cair juga nafsu aku ni melihatkan pinggan mangkuk yang gojes-gojes semua ni. Lagi-lagi dia color putih kan. Lagi lah alahai kenapa awak begitu vogue sehingga mencairkan sayaaa? heee
Begitu sanggup pula tu bayar secara ansuran. Aku buat kira-kira balik kan, hampir 1k jugak dihabiskan untuk pinggan mangkuk nih. Apakah? Macam tak percaya tapi itulah hakikatnya.
*menyesali diri*
Set corning ware brand corelle ni mencairkan aku sebab dia amatlah vogue. Mangkuk dia cantik sangat dengan corak bunga dia yang nampak kewanitaan tu. Pastu pulak boleh masak atas api.
Set pinggan corelle ni adik beradik la tu dengan mangkuk boleh guna atas api tu. Memang sangat cantik! Mula-mula fikir lapan kali nak beli ke tak. Lepas tengok depan mata terus tak fikir dan order laju-laju. hehe..
Cantik sangat ok. Nanti mesti sayang nak guna. hahaha..
Dan ini pulak. Double grill pan lah apa segala. Pun mampu menggoda aku. Tak paham kan? hihi...
Sebab masa jamuan hari raya kelas haritu, aku ada guna benda alah ni untuk masak-masak ayam dalam kelas. Pan ni sangatlah best dan senang digunakan. Masa aku masak ayam haritu, cepat je ayam masak. Minyak pun tak terpercik-percik sebab kita boleh tutup pan tu kan. Terus jatuh cinta dan terus order. hehehe... :p
Macam-macam lah godaan yang mendatang. Tahun depan aku syak akan bertambah lagi set pinggan mangkuk aku. Aku syak je ok. Harap-harap sampai di sini je. Harap-harap je ok. :p
Feeling datin sangat bila dah bertambah set pinggan mangkuk berjenama.
kekeke.. :p
kekeke.. :p
8 butterflies concerned.:
biasanya orang rajin beli kain baju, tapi you beli pinggan mangkuk. :)
Set periuk tu...kat langkawi murah la skit kan....tp sy dok depan tu..pikir smpi bekali kali...dri rumah dah beria nak beli.....bila dah ada depan mata....x jdi nak beli....lansung terbeli bende lain....x de rezki lgi kut nak guna set periuk tu....huhuhu....
rajinnya beli pinggn mngkuk..haha..kalau dya beli mmg xde tmpt nk simpan
takpe..beli kalo berbaloi, tak rasa rugi. :)
rara ;
kain baju pun i rajin beli juga tau? :p
asyifa mustaffa ;
memang kan..ramai kata kat langkawi murah..murah sampai seratus! tapi nak ke sana tu lah tah bila-bila tah..hee
dya bunga ;
rajinn..hehe..
ni pun dah pening mana nak simpan..hehe..
atty's ;
memang berbaloi.. :)
Post a Comment