Followers

Pages

Friday, July 30, 2010

kesiannn dia


Cerita last week tapi baru nak update. ;p
Last week aku pulang ke kampung.
Selalunya abang taknak ikut sebab tak muat kereta tapi kali ni dia nak pergi sebab dah lama tak jenguk nenek kat kampung. Asik nenek yang datang rumah kitorang.hehehe
So, keluarga aku pun pulang dengan dua kereta.

Disebabkan abang ikot, maka baby takde sape nak jaga.
Tak leh nak biarkan dia duk umah tapi takde orang. 2 hari pulak tu.
So terpaksa lah bawak baby sekali.

Kucing kalau kita bawak naik kereta, biasa lah.
Memang takkan duduk diam. Dengan bisingnya dengan semua bahagian dalam kereta dia pergi.
Sabar je la. Tapi perjalanan ke Johor lama kot memang akhirnya baby penat jua. ;p


tertidur di pangkuan adik. :)

Singgah di hentian rehat Machap, baby dah start lupa diri. Lari sana lari sini.
Tapi abah biarkan je sebab dia kenal orang. 
Orang tak kenal dia tak layan. hahaha..
Boleh pulak dia panjat pokok kelapa.
Dah setengah pokok kelapa tu dia panjat, abah ambik dia.
Takot tak reti nak turun kang terhempas pulak kan.

Sampai je kampung,
Baby semakin lupa diri.
Macam culture shocked jugak la.
Kat kampung banyak sangat permainan dia agaknya.
Lari sana lari sini kejar lalat ngan rama-rama.
Pastu bulu tegak je bila nampak ayam.
Tak pernah jumpa ayam rupanya nak nak pulak ayam tu lagi besar dari dia.
Lagi gembira la dia kat kampung.

Tapi, keexcitedan baby tak lama.
Kucing nenek terasa kawasan rumahnya terancam sebab ada baby.
Tah macam mana kucing nenek kejar baby dan berlaku pergelutan siap ada bunyi kucing bergaduh yang ngeri tu.
Abang cuba dapatkan baby yang dah terbaring kat bawah kereta.
Tangan dia berdarah.

Lepas kejadian tu,
Baby jadi kucing yang baik sangat.
Dia duduk diam je tapi mata berkeliaran pandang sekeliling.
Takut agaknya kena serang lagi.
Badan pun menggigil je.

Rupanya tangan baby terseliuh.
Bila berjalan jadi macam tempang sikit.
Kesian dia mesti kampung nenek tu dah jadi tempat paling ngeri.
Tidur malam dengan aku n adik atas tilam.
memang statik kat situ je.

Esoknya baby demam.

Balik Seremban,
Baby still tempang lagi.
Tapi dah makin sihat bila mak urut kaki dia setiap malam.



tengok! muka sedih je takleh main luar. tangan kanan yang terseliuh.


SEKARANG BABY JADI KUCING BAIK DUDUK RUMAH JE SEBAB TANGAN LENGUH BILA BERJALAN LAMA-LAMA.




*  Lepas baby kena serang tu, tiap kali aku nampak kucing nenek memang silap la. Aku baling dengan selipar tak pun aku pulas telinga dia kuat-kuat. jahat kan? ahhh kucing nenek lagi jahat! geram tau takk?





Monday, July 26, 2010

bukan! saya bukan bisneswoman



berada di zon cuti-cuti malaysia pertengahan tahun macam aku sekarang ni memang tak heaven langsung.
kalau cuti-cuti malaysia setiap hujung tahun dengan family ha tu betul heaven.
hihihi
jadi masa senggang jangan cakaplah betapa banyaknya dalam seminggu kan.


entah macam mana tiba-tiba teringin nak buat tart.
blueberry cheese tart kalau kita beli kat kedai mahal maca mana pun sanggup beli kan?
sebab sedap yummylicious.aumm
semua resipi nya kat internet aku kaji nak carik mana yang paling tak leceh dan sedap mata memandang.hikhik


first time buat ada ke guna loyang macam ni.
macam loyang acuan buat bahulu je. :p


SALAH ACUAN NI SALAHH.


lepastu, second time buat pastri tebal sangat pulak. :p


third time buat kalau tak jadi jugak memang rasa nak buat cekodok pisang je confirm jadi takyah tart-tart ni.
haha nasib baikkk. :p


ni baru acuan tart yang betul. pic tu dah siap letak pastri.


sesi decoration ~


 guna jem blueberry je takyah pie filling bagai.hee


taraaa!
siap sudah my BLUEBERRY CHEESE TART. :)

tart ni aku bisnes gak sikit-sikit. RM1 sebiji.
adik la tukang promote kat sekolah dia n sekarang cikgu-cikgu juga mula terjebak untuk membeli. :))




family KSS tidak dilupakan siap ada khidmat penghantaran lagi ke panchor jaya tu. :)
PANCINGGGGG. :p



Friday, July 23, 2010

go ahead



Hujung minggu datang lagi.
Minggu ni harus pulang ke rumah nenda di Johor.
Ada kenduri.


kaligrafi tangan termoden. :p


Sejak dua menjak tiga menjak ni aku rasa kosong.
Otak kosong perasaan kosong tapi perut penuh ok.

Bila dah rasa kosong, jadi jasad juga mudah terpengaruh.
Bila melayari dunia tanpa sempadan,
Lihat kawan dah berkerjaya mengikut cita-cita, hati mula rasa gelodak cemburu.
Lihat kawan tengah bertungkus lumus baca jurnal buat thesis untuk menggenggam master, hati mula cemburu lagi.
Tapi istimewanya..
Lihat kawan tengah tunggu due nak beranak,tunggu malam jumaat setiap minggu, tunggu tarikh nak kahwin, hati langsung tak terbit cemburu.

my day akan sampai nanti selepas semua cita-cita tercapai. :)


hadiah terbaik dan tersayang. <3


SERABUTNYAA JADI PENGANGGUR MACAM NI. 
hmmm.




Thursday, July 22, 2010

aussie best tak?



SAMPAI SUDAH KLIA. <3
kakanda arrived lewat petang dalam 6.30 macam tu.
kitorang pun gerak lewat petang jugak la.hee
tak sampai setengah jam, tak sempat masuk kedai perfume kedai coklat pun, dah nampak mamat tu.


okay handphone ku kini diambang kesiputan.
bila ambik gambar loading lambat gila nak mati jadi terhasillah gambar kasi gegarr ini.
*sigh
kakanda muka lebam je penat la tu dalam flight lama-lama.hehe
dengan teddy bear yang sangat besar pastu paksa-paksa adik yang bawak sampai kereta. :p


kasi interframe sikit tiga ketul gemok ni. :)

sampai rumah apa lagi sesi mendengar feed back la.haha

kat sana sejuk gila....bla...bla...bla...
dah la banyak binatang pelik pelik...bla...bla...bla...
tengok kulit aku mengelupas dah pakai losyen tau...bla..bla..bla..
ada anjing comel ingat aku suka dia...bla..bla..
barang dah la mahall...bla..bla..bla..

eleh komplen banyak padahal hati kembang  mekar mewangi hahahahaha


segala benda yang kakanda beli angkut sini.
eleh kata mahal wallet dengan belt kanggaroo tu yang buat semua jadi mahal kan.
untuk aku kakanda bagi bear wombat. wombat tu tah binatang apa tah kakanda kata tak comel tapi bear dia comel pulak. :)


pastu sekarang dah jadi kawan baby.hihi


ok dah.


kedekut oh aku mintak gambar kat sana satu ni je dia bagi.
ggrrrrrr


aku letak pic ni kat wall facebook lalu anak muridku komen :
ni anjing cikgu ke?

apakah anak murid ku ini tiada mengenali kanggaroo?


dan


cikgu liyana pun terpaksa mengajar anak muridnya di facebook........
*menangis dalam ketawa juga geram lagi. GGRRRRRRRRR!


Tuesday, July 20, 2010

orang sejukk sampaii




ini bukan kanggaroo.

KALAU DAH BINATANG PELIK NI TERTEMPEK SINI, ITU TANDANYA APA?
YEAH KEKANDA DAH PULANG..
SEMALAM SELAMAT SAMPAI.

nanti i update lagi. :)



Thursday, July 15, 2010

kau kan dah ada boyfie..kenapa kau layan ramai lelaki kat fb?




wtf?
statement sengal, bodoh, ngokk juga NARROW MINDED.
layan ramai lelaki kat fb? macam pelacur layan pelanggan ke maksud kau?
tak faham la meh jelaskan bagi aku faham.
orang tak keje tak belajar dan tengah menganggur menunggu interview mungkin sedikit lembap otaknya.

bukankah facebook itu ialah laman sosial di mana ia adalah tempat kita boleh hai hai bai bai dengan kawan-kawan lama dan baru?
maksud kau facebook itu apa?
tempat untuk kita rujuk hal-hal penting juga yang berfaedah sahaja JUGA HANYA DI ANTARA SESAMA JANTINA.
macam tu kan kau faham?

atau kau memang tiada kawan lelaki juga tiada boyfie maka kau adalah jeles dengan aku?
kan?

Tak faham la kenapa ada orang macam ni.
Eh silap.
kenapa ramai perempuan perangai macam ni.
Kecoh dan heboh.
Masa jom heboh kau datang tak?mesti tak kan sebab sana ramai lelaki.
hmmm.

Tiba-tiba je minah ni serang aku tanya aku soalan-soalan hampeh termasuk statement tadi.
Pastu sebok pertikaikan aku ni setia ke tak. alah alah alahaiiii mak limahh.
Sebok sangat kenapanya.
Macam tu rupanya dia menilai cinta.
Bersosial di fb pun dah kira curang.
Ceteknya pemikiran.

Dun wory...
nanti i kawin i jemput u i suruh u jadi ketua catering lagi tau bia lama u kat majlis i dan boleh u tengok betapa bahagianya i dengan boyfie i eh husband i. upss tersilap sudah.



p/s : awakk dengan ex dulu kenapa break awakk?sebab awakk layan lelaki kat fesbuk yerrr.alololo suwitttt kapel!




ha jangan ingat kau sorang je laser.




Wednesday, July 14, 2010

jejaka kgv paling kacak




Tak sempat focus untuk study pun tangan dah gatal nak berblog-walking. :p hehehehe..

Haritu adik ada cakap sekolah dia a.k.a sekolah aku before masuk teknik dulu jadi lokasi penggambaran drama Lagenda Budak Setan.
Adik jugak cerita lebih kurang seminggu la Sekolah Menengah Kebangsaan King George V Seremban tu diserang demam Farid Kamil.hahaha
Kalau aku still belajar situ mungkin aku juga tersenarai dalam anggota demam Farid Kamil.hahaha jadahnye. :p


kredit to this.

TIE DAN LENCANA ITU SUNGGUH MENGGAMIT MEMORIKU. aww!



Tuesday, July 13, 2010

an inch i work, a miles i get



Akhirnya.
Berjaya jumpa buku insak kat mph yang lengang itu.
Popular bukan main ramai sampai pekerjanya pun tak tau kat mana letaknya rak buku-buku berkaitan interview.


buku insak.

Lepas baca introduction,,,
adeh..rasa berpeluh jugak.
Banyak yang aku tak baca lagi.
Segala isu semasa dan fakta-fakta basic pasal pendidikan yang aku belajar dulu dah tertinggal agaknya kat Batu Pahat hahahah.

YA HARUS SEDAR DIRI DAN MELAYARI LAMAN WEB KEMENTERIAN DAN JABATAN-JABATAN BERKAITAN MULAI SEKARANG. (-.-) BUKAN SEKADAR MELAYARI FACEBOOK SAHAJA HARI-HARI.

ye baiklah!




oh ya inilah alat bahan bantu mengajar bersenam yang pernah diwarwarkan.

upppps! (sambil tutup muka sebab malu)

untuk mengelakkan kegemukan dan penambahan lemak bertambah sepanjang saya menjadi bibik di rumah ( a.k.a maintain gituu nak gi london weight management tak mampu),

maka aerobik dilakukan setiap pagi dan petang di rumah! tapi 10 minit je buat pastu penat.
baik tak payah. hahaha..
tapi hanya level 1 je setiap hari sebab next level tah step micheal jackson ke hape susah aku nak follow.heee

:p



CONTOH SOALAN KERTAS MODEL INSAK :

Saya akan memakai baju rakan saya yang bersih bila saya tidak sempat membasuh baju sekolah saya untuk memastikan pakaian sentiasa bersih.

WAJAR ATAU TAK WAJAR?? haa jawab jawabb. hehehe.. :p




bodoh






LELAKI JANTAN INI BANGANG!




baby``


lama takde cerita pasal baby kan......

kesayangan yang menemani setiap hari. :)
















much love.




bukan kucing parsi bergred bagai.
hanya kucing biasa.
tak comel macam kucing mahal tapi tetap comel di hati saya. 
:)



Friday, July 9, 2010

sound direct.......fuh tepat!



Alkisahnya pada suatu malam...
Aku berfacebook seperti biasa dan menyebokkan diri membaca update kawan-kawan.
Melihat-lihat gambar.
Juga berwindow shopping di page-page butik online. hee
Lalu aku terbaca status yang dipost oleh kss. (kekasih saya.)
Dia suka post pasal quotes2 falsafah kehidupan kerja juga cinta segala bagai tu.
Lalu ada seorang makwe ni like post tu dan komen

apa maksudnye..bleh terangkan sikit?

Lalu aku kaji adakah makwe ni pernah komen di previous post.
Oh ada.
Pancing nampak dik?
Dengan tidak semena-mena aku pun komen  

mungkin **** ***** (nama makwe tu) boleh fikir sendiri.kan? :)

Siap ada smiley lagi okay.hehehe
Lama sikit makwe tu pun unlike dan delete komen dia.
Previous post pun same.

Pasni sure dia tak komen dah kat page kss. :p
ADAKAH SAYA TERLALU DIRECT?


pedulikkk.hikhik

*rupa-rupanya makwe tu ialah junior kss di maktab.sorii ye dik.jangan malu nak komen lagi. :)


ups! terlebih sudahh. :p





Thursday, July 8, 2010

don't worry u are still here in my heart



after a few weeks....



 mesej 1

Assalamualaikum..cikgu liyana sihat? semua murid 3 maju kirim salam kat cikgu.kitorang semua rindu dekat cikgu.kitorang anggap cikgu liyana macam mak angkat kami semua.

mesej 2

Kami ingin ucapkan terima kasih kepada cikgu sebab ajar kami dengan penuh keseronokan. Matematik sekarang dah masuk pelajaran ringgit to sen cikgu. Kalau cikgu ada mesti cikgu tunjuk duit betul-betul kan cikgu. Ini *******.saya nak gambar cikgu boleh tak?

mesej 3

cikgu! cikgu padam nombor saya sekarang jugak.jangan ingat saya lagi.saya benci cikgu!




3 Maju in memory~

haihh budak-budak ni.macam-macam.hehehe.
aku agak benda ni memang takkan berakhir. baguslah mereka sentiasa ingat aku.
abang aku pun kadang-kadang menjadi mangsa.
anak murid aku datang makmal komputer untuk berjumpa abang.
semata-mata nak tanya...

CIKGU LIYANA TENGAH BUAT APA?

abang aku kata aku cakap la ko tengah tido. takkan semata-mata aku nak call ko tanye ko tengah watpe.kan?
hahahaha..budak-budak..macam tu la. :)



* next week macam nak pergi ppd seremban la.mintak guru ganti lagi.gaji kali ni up sikit boleh guna degree. :)



Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com