Followers

Pages

Wednesday, July 2, 2014

Hahai sekolah baru!



Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah masuk minggu ketiga aku di sekolah baru. Perasaan? Nak kata gembira sangat tu tak lah sebab takde geng lagi kan. Nak pergi makan pun sampai kantin baru jumpa kawan yang boleh borak borak sekali. Maklumlah orang baru kan. Pandai pandai lah nak hidup.


Hari pertama lapor diri aku dah rasa kelainan suasana sekolah tu. Rupa rupanya sekolah aku tu majoriti cina. Dah macam SJKC pulak. Terkejutan budaya sekejap aku di situ tau. Minggu pertama dan kedua kerja aku memang merelief je lah. Dari tingkatan satu sampai ke tingkatan lima hampir setiap kelas aku dah masuk relief. Fuh! Nasib sekolah tu bangunan dia tak tinggi mana. Paling tinggi pun dua tingkat je. 


Paling lain bila masuk kelas, pelajarnya padat sangat dalam kelas. Satu kelas dalam 35+ orang pelajar ialah normal. Amboi ramai betul. Kelas 5 Zamrud aku dulu 12 ketul je. hehehe...
Yang bertambah lain bila aku makin mengenali budaya sekolah tu. First time aku masuk kelas, ketua akan cakap 'berdiri'. Bila semua dah berdiri ketua akan cakap lagi 'tunduk hormat'. Aku dah pelik tunduk hormat apa pulak ni dah macam jepun pun ada. Tapi takdelah aku menunjukkan reaksi sangat terkejut di situ kan. Pandai lah aku cover. haha.. Lepas tunduk hormat tu serentak mereka akan akan 'selamat sejahtera cikgu' tanpa arahan dari ketua tingkatan. Pelik kan. Tapi lama lama dah terbiasa dah.
'Assalamualaikum cikgu' dan doa penerang hati memang tak ada lah. Rindu pulak nak dengar itu. huhuhu...








Buat sementara waktu ini, aku duduk di Alor Gajah dulu sementara masuk rumah baru. Jauh ok Alor Gajah ke sekolah baru ni. Pagi pagi aku kena bertolak pukul 6.20 pagi dari rumah. Tak boleh lewat sebab jalan confirm jam gila, dengan traffic light yang sangattt banyak perlu ku tempuhi lagi. Fuh memang pengalaman baru. Kalau kat kuarters sekolah lama dulu, 6.20 pagi tu baru hegeh hegeh nak solat subuh. Rilek sangat.









Minggu pertama di sekolah baru ya ampunn sangatlah aku tak tahu nak buat apa. Selain relief, ko rasa apa aku mampu buat di sekolah baru itu? Takkan tiba tiba nak pergi bergosip pasal anak murid pulak kan. Anak murid pun aku tak kenal lagi. Geng pun belum jumpa lagi. Sekolah tu pelajar dia dalam 1400+ macam tu. Ramai. Bila aku masuk relief, dengar diorang borak semua concengconceng dalam bahasa cina. Kalau pelajar India berborak dengan pelajar Cina pulak, diorang akan speaking uols! Gulp! Aku pun tak mampu nak speaking macam tu hahaha.










Suasana ketika balik. Pun jam juga.










Sekolah jiran pun semua cina. Memang kawasan situ penduduknya cina.










Pasrah jelah aku. 
Oh ya. Aktiviti kokurikulum aku masih juga diberi tanggungjawab menjadi guru penasihat Persatuan Pandu Puteri tapi alamakk sekolah tu lagi lah aktif dia kemain. Ada sekali pernah aku join aktiviti koko sebelum puasa haritu, cikgu masuk hanya memantau je. Aktiviti semua pelajar yang uruskan. Amboi terkejutan budaya aku sekali lagi tau. Kalau tak sebelum ni cikgu kemain puas fikir nak buat aktiviti apa, pelajar tinggal menganga je tunggu cikgu suapkan. Di sini pelajar lebih berdikari. Alhamdulillah..











Jadual waktu baru dapat siang tadi. Alhamdulillah aku dapat mengajar Kemahiran Hidup :)
Ada lagi subjek lain aku kena ajar iaitu Pendidikan Moral tingkatan 3 dan Pendidikan Sivik tingkatan 5. Tapi satu kelas je. Subjek utama aku di sini ialah KH bukan lagi Landskap. Yeay! Dan siang tadi juga datang lagi seorang cikgu perempuan baru posting. Yeay lagi! Ada geng sebab sama sama baru di sekolah itu. Susah senang boleh bersama sama. Eh











Mula mula lapor diri kat sekolah ni aku dah pakai maternity dress dah. Kalau pakai maternity dress, kebulatan perut amat ketara kan. Jadi baguslah semua tahu bahawa cikgu yang baru pindah ini sedang mengandung. Memang kebetulan sangat naik je cuti sekolah perut aku ni ketara sangat pulak besarnya. Sebelum cuti dulu, kemain susah nak nampak perut. Mampu pakai baju kurung moden lagi. Sekarang jangan harap. Baju kurung semua dah bungkus. Tahun depan baru pakai balik haha. Uniform kerja aku sekarang hanyalah maternity dress dan jubah aje. Macam tak percaya :p
Okay nanti cerita lagi. Semoga sekolah baru memberi harapan baru untuk aku lebih mencintai kerjayaku. Aminn....





Monday, June 30, 2014

Bila adik balik....




Assalamualaikum.

Makanya....bila adik balik ngam ngam pulak aku pun cuti sekolah maka bermaharajalela lah kami di rumah. seminggu pertama tu Afzan tak cuti, jadi aku balik Seremban je lah. Menghabiskan masa bersama adik katanya uols. Pantang lah tiba hari baru, mesti tanya adik nak makan apa? Yang aku dengan Naim ni tumpang sekaki lah makan juga. ehehe..








Minum petang jangan cakap lah. Memang sentiasa je :p









Adik tak berapa sihat masa tu. Perubahan cuaca agaknya. Macam ada batuk batuk sikit. Tapi tetap bertahan jua demi minum petang. Kahkah apa perangai tak tahu lah..









Makanan yang diidamkan sangat tu hanyalah dimsum ni. Aku dengan Naim pulak yang makan lebih lebih tahu tak.









Sate Kajang pun sempat.
Masa ni aku mintak Naim n Adik teman aku ke Bangi sana nak tengok Abang Ngah diorang main bola. Tapi sampai sampai sana konon nak buat surprise lah tapi diri sendiri yang surprise sebabnya Afzan dah kalah awal. hehehe...
So nak menghabiskan masa petang tu, ke Kajang lah kita makan satay.









Ni di malam hari. Nak makan western pulak. Kalau western food tak lain tak bukan ke Papa Chop Mama Grill, Paroi tu lah. Situ agak terbaik.










Hambik. Masing masing taknak kalah. 









Yang ni pulak nak makan pizza. Adik sebenarnya bukan nak makan pizza pun, dia teringin nak makan bbq chicken wing tu. Orang lain tu pulak yang beria makan pizza sampai senak perut termasuklah mak buyung sorang tu. Hadoyai...











Aku sejak sejak pregnant ni, selera makan ya ampunnn. Sebelum ni kan aku berdiet sakan kan. Start je pregnant, makan tak boleh blah. Kemain besar seleramu ya anak. (salahkan anak boleh?)









Ni nak pergi minum petang lagi ni. Tapi tujuan utama masa tu bukanlah minum petang pun. Masa ni adik n Naim teman aku beli barang keperluan ibu mengandung rasanya. Ehem. Dah rasa macam mak mak sangat tau. Keluar shopping pun cari barang ibu mengandung -.-









Minum petang lah kita di Oldtown White Coffee. Part ni sedih sebab aku tak boleh order coffer favourite aku. Sob..sob...









Kenny Rogers pun sempat juga......










Masa ni makan ramai ramai kecuali Pami. Selera kemain besar lagi. Adik order je, yang aku dengan Naim tu muka bahagia dapat tumpang sekaki. 
Kesimpulannya, sejak adik balik kerja aku memang asyik meneman dia makannnnnn aje uols. Ada sekali tu pulak Naim buat kek batik biskut marie tu. Banyak jugak dia buat dalam dua set macam tu sebab ada pot luck apa entah. So bawak satu set, lagi satu set tinggal kat rumah. Elok je letak dalam fridge kat rumah tu. Tukang melantak benda alah tu tak lain tak bukan memang AKU lah. Entah kenapa aku rasa kek batik tu sedap gila. Makan seketul memang tak cukup. Pulak tu asyik nak makan je pulak tu. Bangun pagi belum sempat apa apa dah cari kek batik tu. Kang sebelum tengah hari makan lagi, tengah hari, petang, maghrib, malam, even before tidur pun aku duk mencari kek batik tu. Dahsyat! Mak kata takpelah kak dah selera ko nak ke situ..makan je lah. Hampir kesemua baki kek tu aku sorang je lah yang bedal. Gulp!
Tekak aku ni rasa kek tu sedap teramat.









Tengok baby bump aku yang semakin jelas kelihatan tu. hehe...
Aku pergi check up bulanan kat klinik, berat aku naik 3.5 kg uols! Nurse tu kata eh banyak sangat naik ni awak dah minum air gula? Takut nanti awak kena sawan mengandung ni. Aku pun selamba je jawab. Saya memang makan banyakkkk sangat nurse. Bukan makan macam biasa. Kalau makan macam biasa then naik mendadak tu perlu lah risau kan. hehe..
Nasib lah..macam kena minum air gula lagi je ni. Semua salah adik tauu. Eh :p





Friday, June 27, 2014

Adik balik Malaysia!




Assalamualaikum.

Adik balik ke Malaysia sebelum cuti pertengahan penggal persekolahan haritu. Adik dijangka sampai hari jumaat, maka haruslah kakak dia ni minta cuti untuk pergi menjemput adik kan. Tapi boleh tak pengetua tak bagi? Dia kata datang sekolah, masuk kelas dan boleh balik awal. Hello pengetua! Ingat Gemas tu dekat sangat dengan Seremban lepastu aku nak gerak ke KLIA pulak ingat setengah jam boleh sampai? Aku angin betul dengan benda benda macam ni tau. Masa nak hantar adik tahun lepas pun pengetua lama tak bagi cuti. Pengetua yang ni pun sama. Apa yang berkira sangat pun tak tahu lah. Last last aku mc je. Mintak elok elok tak bagi. Hampeh


Dia tak tahu ke aku ni akan berpindah sekolah. Cuba bagi kenangan manis sikit dari sekolah tu tak boleh agaknya. Ha kan dah emosi di sini. :p


Okay berbalik pada cerita adik. Excited sangat nak jumpa adik tau. 






Menjaga si budak kecik ni satu hal kat KLIA sana. Tak boleh duduk, kena dukung je dia bawak berjalan. Semua tak larat tau sebab Adam dah makin berat. Masing masing ambik turn je dukung dia hehe.
Pami n Pikah pulak tak dapat ikut jemput adik sebab masing masing kerja. Yang ada cuma Mak, Abah, Naim, Afzan, aku dan Adam. Adam first time ni nak jumpa Maksu dia. Selama ni borak kat skype je.


Sampai sampai je salam salam peluk cium semua, terus tanya adik nak makan apa. Kalau ikutkan dia siap ada list makanan apa dia nak makan bila balik Malaysia. Sabar je lah. Aku tengok list makanan dia tu. Merepek repek je. Paling tak boleh diterima ialah pau dekat rnr. Boleh? hehe...


Makan lah kami malam tu di Victory Seremban 2. Adik teringin nak makan kueytiaw kerang kat sana katanya. Pami n Pikah pun datang siap belikan kfc sebab adik kata kfc pun dia teringin sangat. Kat us sana kfc tak halal. Hahahaha tapi akhirnya kfc tak makan pun sebab penat kan.


Sampai rumah, sesi mengedarkan hadiah pula.








Adik belikan handbag Guess ni. Cantik! Kena dengan citarasa aku. Dah pandai dah adik pilih pilih handbag ni. hehe..
Untuk Abang Ngah dia, adik belikan cermin mata Oakley. Pun handsome. Abang Ngah tu sukaa sangat. 
Eh ada lagi tak ambik gambar pulak. Adik ada bagi juga baju mengandung dan keychain Iowa State yang gojes. Terima kasih adik :)









Eh untuk baby embrio pun ada. Comel! Ingat juga Maksu kat awak, anak.. *usap usap perut*
hehe...

Hadiah untuk yang lain lain ialah banyak juga tapi tiada pula aku ambik gambar. Paling meriah ialah Adam lah. Banyak betul baju Maksu beli untuk Adam. Amboii Adam...jealous Makngah tauu. :p
Thanks Adik. Banyak juga dia berhabis belikan family hadiah hadiah tu semua :')



Dan sejak adik balik, aktiviti utama kitorang ialah makan makan makannn. Effectnya ialah pada aku. Ggrrrrrr!
Nanti sambung cerita tu. Bye!





Thursday, June 26, 2014

I am pregnant! :)



Assalamualaikum.








Tajuk ialah straight to the point gitu kan..hehe..
Alhamdulillah rezeki nak dapat baby Allah bagi awal. Kitorang memang takde nak merancang rancang pun. Lagi cepat lagi baik kan. Rakan rakan yang sebaya aku pun ramai yang dah punya anak sendiri. Akhirnya Allah makbulkan jua doaku yang satu ini :')








Ni gambar masa pengantin baru lagi ni. Aku bukanlah bunting pelamin pun. Ingat lagi selepas kahwin bila datang bulan je tiba tiba je sedih sebab tak pregnant lah maksudnya tu kan. Tiap kali datang bulan pun nak sedih. Hahaha emosi sangat tau.
Sampai lah satu hari tu, datang bulan yang lain sikit dari biasa. Dia keluar sikit sikit je. Pelik. Sebab selama ni tak pernah pun datang bulan sikit sikit macam tu.

Mula lah aku ni menggoogle sana sini. Masa tu aku dah baca banyak dah. Memang ada tanda tanda mengandung ialah datang bulan tetapi sedikit sahaja macam hujung hujung gitu. Orang orang tua kata tu namanya cuci cermin. Entahlah apa. Aku berdoa jelah masa tu harapnya ada rezeki buat kami suami isteri.
Mak pun ada kata, buat tak tahu je. Kalau ada, ada lah tuu. Buat tak tahu jee.
Eh eh mak ni..nak buat tak tahu macam mana pulak kan. hehe...








Dalam pada buat tak tahu tu, aku beli jugak upt dan check sendiri kat rumah. Orang kata nak buat upt elok buat awal pagi masa baru bangun tidur tu sebab masa tu hormon mengandung lebih banyak. Tapi sebab tak sabar sangat, malam aku dah check dah. hahaha...

Dan resultnya ialah di atas tu lah. Walau agak samar samar, tapi cukup buat aku rasa tersangat gembiraa :)
Kalau samar samar double line tu sebab awal pregnant. Hormon tak cukup banyak. Dah tuuu..tak menyabar sangat kan. hehe...
Masa check ni aku kat kuarters guru sekolah lama tu. So Kay lah orang pertama yang tahu. Semangat tau ambik gambar nak tunjuk kat Afzan :)









Suami aku tu tahu je aku pregnant terus belikan air zam zam lah, kurma lah, kismis lah. Amboi excited!
Macam macam lah dipesannya. Jaga makan, jangan makan yang mentah mentah, jangan makan nenas, jangan minum gas, jangan minum teh, jangan minum kopi, jangan minum nescafe. Oh jangan minum nescafe tu paling memberi tamparan pada aku tu. Paling favourite kot tu. huhuhu..
Berkorban jua lah aku. Start tahu pregnant je dah mula berpantang nescafe :(











Teruss juga ajak beli kasut. Kasut aku ke sekolah tak lain tak bukan memang semua wedges je. Tak ada yang tak tinggi pun. 
Jom kita cari kasut flat je. Selamat dan selesa. Dan hingga kini sandal crocs pink ni lah yang menjadi peneman setia aku ke mana jua pun. Pergi sekolah ke, pergi jalan ke. Best sandal ni. Sangat sangat selesa!











Supplement shaklee tak akan pernah dilupakan. Memang laju je aku consume preggy set untuk first trimester ni. Tak pernah tinggal! Asid folik yang klinik bagi tu aku tak makan pun. B complex shaklee ni pun dah ada asid folik dah. Vitalea juga wajib ambil setiap hari. Ia memberi tenaga dan membantu memaintainkan hemoglobin dalam darah. Semua pun bagus kan. So..jangan skip!









Ni bukan mengidam okay. Ni kebetulan je orang bagi jadi aku pun makan dengan sesungguhnya. Aku takde mengidam apa apa pun setakat ni. Morning sickness pun ialah tiada. Alhamdulillah..
Afzan pulak yang loya, pening, rasa nak muntah, demam segala. Dah berpindah kepada dia ke apa tak tahu lah. Atau mungkin kebetulan je. Tapi terbaru ni, aku dah masuk 6 bulan dah..tidur malam aku beria lah tinggikan kaki alas dengan bantal taknak bagi kaki cramp kan..tapi Afzan kata dia asyik cramp kaki je lately ni bila bangun tidur. kekeke..kebetulan lagi ke? :p



Sejak mula pregnant aku melalui hari hari aku macam biasa je. Makan minum tidur mandi dan semua macam biasa. Aku tunggu jugak bila aku nak start muntah ni. Perut awal awal dulu mana nak nampak lagi kan. aku risau je masa tu betul ke aku ni pregnant? Macam takde apa apa je. Kay selalu dengar aku membebel pasal ni. Selalu jugak aku beli upt tu nak test mengandung ke tidak aku ni. hahaha...











Paling last aku beli yang ni. Terus keluar pregnant di situ. Masih tak puas lagi hati kau tu yana? hehehe..
Lepas upt clearblue ni aku takde beli yang lain dah. Sebab perut dah mula membuncit sikit sikit :)











Masuk second trimester, aku tambah pulak omegaguard, vita c plus dan ostematrix. Nak baby sihat katanya uols. Consume lah apa yang terbaik kan.











Orang kata elok minum susu kambing masa mengandung. Ku ikut juaaa. Walau aku tak boleh kot kambing kambing ni, tapi demi mu anak....
Eh tapi susu kambing hi goat ni takdelah bau kambing pun. Rasa pun sedap je pulak tu. Bancuh suam suam dan terus minum. Memang sedap. Selesa je tidur malam. Sakit pinggang pun agak berkurangan.










Ha ni baby bump masa mengandung 4 ke 5 bulan. Nampak tak baby bump ku di situ? hehe...
Doakan kesihatan aku dan baby dalam kandungan baik baik sahaja ye uols. Itu je nak cerita. Ada apa apa aku tambah kemudian. Oh ya! sekarang dah masuk 6 bulan, baby dalam perut kemain suka main tendang tendang terutama time aku nak tidur. Amboiii dia tuuu..biasaa dia tuu.
Okbye!





Wednesday, June 25, 2014

Yeay Cikgu Liana dapat pindah!



Assalamualaikum.

Alhamdulillah rezeki aku tahun ni dapat berpindah sekolah. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulilllah...
Sebenarnya hujung tahun lepas aku ada pernah mencuba nasib memohon tukar tapi masa tu bujang lagi. Saja menggedik mencuba nasib walau ku tahu sudah apa keputusannya. haha

Untuk tahun ni, memang aku nekad sangat nak berpindah mengikut suami. Susah sangat rasanya kena lalui perkahwinan jarak jauh ni. Hujung minggu je lah pun dapat berjumpa itu pun kalau Afzan tak kerja. Nak nak pulak rezeki aku mengandung awal pulak kan. Lagi lah menyulitkan keadaan. Aku check up klinik panel setiap bulan pun kat Melaka. Tambah lagi, tahun ni sekolah aku tu macam apa je dibuatnya aku ni. Banyak sangat pulak kerja aku kena buat. Lepas settle satu, ada lagi kerja baru. Dah macam kena buli pun ada. Tengoklah nanti ada mood aku cerita sini. 

Jom aku kongsi sikit rahsia kejayaan pertukaran aku. Cehhh kann. Poyo siap ada rahsia kejayaan segala. kekeke :p
Bukan apa, niat aku nak membantu cikgu cikgu lain yang masih belum berjaya berpindah kerana aku sangat memahami perasaan itu. huhuhu...








Kabel? Nak kata tak guna kabel memang tipu lah. Ada lah juga minta tolong sikit sikit. Merata aku minta tolong. Tapi tak tahu mana yang betul betul membantu. Aku anggap semua pun membantu. Kita usaha je selebihnya kita tawakkal padaNya.










Alhamdulillah ini yang paling menggembirakan aku cuti pertengahan penggal haritu. Rasa tak boleh nak berhenti senyum masa tu :)


Jom aku share apa yang aku sertakan sekali bersama borang permohonan pertukaran online tu.









1. Salinan sijil nikah.











2. Surat sokongan dari majikan tempat kerja suami.











3. Surat pengesahan mengandung dari doktor.










4. Surat beli tanah / rumah.


Itulah empat lampiran yang aku sertakan bersama borang permohonan. Rasanya lampiran macam ni juga banyak membantu. Jangan hantar borang permohonan semata-mata. Biar nampak sikit usaha kita tu kan.











Terusss dapat sekolah yang menakutkan. hahaha..
Tak apa lah asalkan dah dapat masuk Melaka. Alhamdulillah.
Doakan aku bahagia di sini. Byebye!





Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com