Followers

Pages

Thursday, December 15, 2011

Exchange Link



Assalamualaikum.
Ok. Harini nak join segmen tukar-tukar link blog. Macam best aje segmen ni. Simple je.
Jom terjah blog Gulai Tempoyak Ikan Patin ni untuk join ramai-ramai. :)
Dan i guna gambar di bawah...






:)



ber'ice skating lah kite



Assalamualaikum.

Last week, kami adik beradik rancang nak pergi meluncur salji di pergunungan. Tak sabar sangat taw. *haha lempang!
Ok ok. Kitorang dah lama nak pergi main ice skating kat Sunway Pyramid tu. Tunggu masa sesuai aje. Bila semua dah free, Pami pulak mengada-ngada takmo pergi. Taknak keluar duit lah tu. Dasar kedekut ok. hee
Pami tengah berjimat-jimat sebab nak belanja sakan di Australia. Malam kelmarin dia dah berlepas ke Australia sana. Melawat kekasih hati uols. Nak konvo sudah. :)






Pagi-pagi lagi dah sampai ke tempat tinggal adik kat Casa Subang sana. Ambik dia dan terus lah kite ke hala tuju sebenarnya.







Perempuan yang excited terlebih.








Lelaki yang macam lah kaya sangat siap nak draw duit segala. :p








Haruslah pergi makan dulu. Menambah tenaga katanya uolss. hehe...









Makan. Makan. Makan.









Sana sini ada pokok krismas. Kemain tau siap ada efek salji lah apa. Pastu ada persembahan sempena krismas semua tu. Meriah amat.
Oh. Ada yang perasan tak adik dah berubah? Ada tak ada tak? Aku pun tak tahu nak cerita macam mana. hehe...
Alhamdulillah... :)









Ewahh. Dua ketul ni. :p









Ni lagi kemain kann. haha.. :D









Ehem. Kau ada? hehe..
Ok cukup. Nak cerita pasal ice skating ke pasal krismas ntah yana ni.


Masa kitorang sampai kat level ice skating tu, boleh tahan ramai juga. Yang tengah meluncur ramai, yang tengah berehat selepas meluncur ramai, yang menonton lagi lah ramai. Nervous ok. hehe..Dah lama aku tinggalkan rollerblade. Masa duduk kat berek, masa zaman kanak-kanak dulu boleh tahan power jugak main rollerblade. Zup sana zup sini. Eh...
So, macam yakin je lah meluncur kat ais ni pun mesti feeling dia lebih kurang aje dengan main rollerblade kan.







Now masa untuk bersiap-siap.
Stokin dah memang bawak dari rumah. Kasut dia bagi ikut size kita macam main bowling jugak lah. Keras yang amat ok kasut dia ni. Susah jugak nak pakai. Tapi bila kaki kita dah fit masuk dalam kasut dan kita berdiri, rasa selesa je. Macam kasut tu grip kaki kita tau. Haruslah ikat sampai atas ketat-ketat supaya tak melecet kaki kita uols.









Oh. kena pakai glove juga. Tapi sebelum masuk level ice skating ni, kitorang pergi beli glove ni kat kedai 5 ringgit dulu. hehe..Beli kat luar boleh pilih glove ikut kesukaan kita kan. Dan mine haruslah pinky-pinky gitu. :)









Naim mula-mula ikat ala-ala aje. Tak ketat. Pastu tak ikat sampai atas. Degil ok.
Bila dah masuk gelanggang ais tu, dah meluncur seround, mula lah sakit kaki lah bagai. Kena keluar betulkan kasut dia tu. Lepas betulkan kasut Naim, teruslah weols zup sana zupp sini. hehehe...









Mula-mula berpaut aje kat tepi-tepi. Sebab licin gila uols. Letak kaki aje dah berjalan je macam angin tau. Kalau tak imbang badan memang sedap lah jatuh aje kejenye. hehe..Aku jatuh dua kali uols. Dah la masa jatuh tu, lantai agak banyak air. Mendapat lah aku kan seluar abes basah. Heee :p
Tapi seronok sangat! :)









Ni dah kepenatan. hahaha...:p
Serius penat ok. Kaki rasa lenguh.









Adik-adik pun kepenatan. hehe..Pastu dah takmo masuk dah. Kita keluar aje lah. Puas juga dapat meluncur dalam 3 jam macam tu lah. Berbaloi-baloi. :)










.Acara wajib. Minum petang. :p








Matahari pun dah otw nak balik tu. Jom lah ikut jejak matahari. hee
Hari yang sungguh menyeronokkan! :)



Bye.




Wednesday, December 14, 2011

wordless wednesday : Ombak Rindu






Sanggup beli ok.
Demi Abang Aaron. Eh. Demi mendapat feel lebih gitu...
:p



Monday, December 12, 2011

career focus



Assalamualaikum.

Harini nak cerita pasal kerjaya sikit boleh? Sebenarnya nak post entri ni pada 22 November haritu tapi dah terdelay lama sangat pulak. Masuk bulan Disember dah pun kan. heee~
Kenapa 22 November? jeng jeng jeng.....







22 November 2010 ialah tarikh aku dipostingkan. So, sudah pun genap setahun aku bergelar cikgu. :)
Pejam celik, pergi sekolah, balik sekolah, eh dah setahun? hehehe..Rasa macam mimpi je. *nampak sangat tipu
Banyak pengalaman yang aku dapat selama setahun ni. Baik yang manis mahupun pahit. Pahit macam mana pun berjaya juga aku lalui. Alhamdulillah....

Nak share sikit lah gambar-gambar formal kat sekolah dengan uols. Asik gambar syok sendiri je aku tempek kat blog ni kan. Tak pasal je korang confuse betul ke tidak yana ni cikgu sebenarnya kan? Ke menyamar je macam si Nuren tu? ekekeke... (oh ye uols...Nuren penipu tu dah block i uols. Sungguh kurang ajar)
Ok dah jom kita lupakan dia.








Ini gambar aku bersama pelajar tingkatan 4. Hari-hari aku mengadap muka diorang ni. Hari-hari jugak lah aku kena membebel suruh diorang siram pokok, cantas dahan, merumput, menggembur, segala tu lah bila masuk bengkel Landskap. Dengan diorang ni juga lah, buat pertama kalinya aku berjaya mengajar membuat kerusi simen fero. :')
Diorang ni dalam hari-hari buat aku sakit hati, ada juga ketikanya buat aku tersenyum. Tapi buat aku sakit hati lebih banyak dari buat aku senang hati lah kan. Lagi-lagi kes cat kelas tu. Sentap sampai sekarang ok! hehehe...










Ok. Ni pula gambar aku dengan pelajar dalam Persatuan Pandu Puteri di mana aku selaku ketua guru penasihat. Banyak jugak cabaran handle persatuan yang aktif gila ni. Siapa yang ikut blog aku dari dulu mesti tau kan? Tak larat tau asik nak mengadu kat blog aje pasal pandu puteri ni. Asik meeting aje kejenya. Macam takde keje laen tau. hehehe.. :p


Oh. gambar dengan team bola tampar ialah tiada kerana ketika sesi penggambaran sukan dan permainan, aku bertugas di luar kawasan. So sedikit rugi di situ.










And lastly, gambar bersama rakan sekerja. :)
Semoga di tahun akan datang, aku lebih kuat dan kental menghadapi dugaan kerjaya yang gorgeous ini (kerjaya pun gorgeous ok! hee)
Dan semoga di hari mendatang, keikhlasan dan kesabaran hati aku ni lebih tebal dalam mendidik anak bangsa yang degil tak boleh blah. :p
Aminn...



* Esok paper Sains Pertanian. Last paper uolss. Merdeka!!! eh?
:p





Sunday, December 11, 2011

glove pink yang teruja :p






Ehemm.
Kemain kan si glove pink tu? hehe...
Main ice-skating sangat menerujakan uols!
I cerita later-later ok? :p
Bye.





Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com