Followers

Pages

Monday, November 25, 2013

Wedding Pami & Pikah (setahun yang lepas) :: sebelah perempuan




Assalamualaikum.

Kahkahkah. Gila teruk buat entri setahun yang lepas :p
Nama je setahun yang lepas tapi sebenarnya tak lama mana pun. Masa berlalu pantas tanpa sedar kan.
Lama pun lama lah asalkan ada juga cerita perkahwinan diorang dalam blog aku ni.
Cerita ijabkabul diorang ialah di SINI.











Kenduri sebelah Pikah ialah di Dewan kat Rasah Kemayan, Seremban 2. Tema keluarga ialah kelabu.












Ketika siap siap. Emak dan adik perempuan yang over. 












Qaleesya.
Dah besar dah dia sekarang. Nanti i kahwin nak suruh dia jadi flower girl lah. Eh











Acu bersama bunga telur. Bunga telur ialah buat sendiri. Sangat jimat dan comel. Guna tisu aje.
Macam biasa, saudara mara berkumpul dulu baru gerak ke Seremban 2 sana. Sampai Seremban 2, ambil pengantin kat rumah sebab diorang bersiap kat sana.













Yeay pengantin pun dah siap. White purple tema baju diorang.












Dengan pengapit yang dah langkah bendul i. Berebut rebut pulak tu tarikh kahwin. Amboiiii













Pengantin perempuan :)












Macam comel je, macam comel je :)
So dah siap siap segala, semua pun bertolak ke dewan. Family in law Pami dah tunggu kat dewan tu. 












Sepupu sepapat.












Rombongan pengantin lelaki.












Sweet color baju diorang.












Pakpak kebung kebung kebung. hehe











Pelamin pun sweet sangat. 


















Abah menepung tawar.











Emak memberi restu katanya. Eh
Aku dah mula merapu pulak ni haha










Makan berdamai.











Sebahagian kecil sepupu.













One happy family at home. Eh














Ok dah. Disebabkan entri ni cerita lama kan, maka cerita pun ala ala je sebab tak berapa nak ingat apa yang berlaku kan. Kebetulan pula penulis pun jiwa kacau masa tu :p
Jadinya banyaklah gambar daripada cerita. Biarlah gambar berbicara gitu temanya. Bolehkan aje lah ye. 
Nanti sambung entri untuk kenduri sebelah lelaki pula ye. 


Jumpa lagi :)














Friday, November 22, 2013

Telekung Pink Saya! #Preparation



Assalamualaikum

Telekung untuk hantaran saya color pink. Semangat sangat beli haha.
Percayalah telekung ini sangat cun! :)









Urusan jual beli di :

facebook BELLA AMMARA

atau

instagram BELLAAMMARA


Bye!



Saturday, November 16, 2013

Selamat tinggal sesi persekolahan 2013 :)



Assalamualaikum.

15 November 2013 ialah hari akhir persekolahan dan semua cikgu + murid pun bercuti. Yeay!
Panjang juga rasa nak habiskan perjalanan persekolahan tahun ni. Tapi akhirnya habis juga. Banyak dugaan pahit manis sepanjang sesi persekolahan tahun ni. Alhamdulillah berjaya juga ku harungi. Sedar tak sedar nak masuk 3 tahun dah aku menjadi seorang cikgu. Tahun depan masuk tahun keempat. Eh lajunya awak ni masa. 








Tahun 2013 aku menjadi guru tingkatan 4 Zamrud yang selalu menjadi sebutan semua ni. Setiap kali pun ada je kes pelajar 4 Zamrud buat. Apa kan daya, busuk busuk diorang pun aku kena jaga juga. Walaupun diorang begitu, sebenarnya ada seronok juga jadi guru tingkatan mereka. Bila kita mula jaga hal diorang, kenapa tak datang sekolah, kenapa ponteng, kenapa suka buat hal, kenapa malas belajar...sebenarnya manusia ni berbeza latar belakang. Tak semua macam kita. Senang kita tapi bagi mereka susah. Kehidupan keluarga yang bergolak, hidup susah, duit belanja ke sekolah tiada, siapa yang ambil tahu? Kadang kadang manusia ni suka menilai orang lain dengan apa yang kita nampak je. Bila tahu hakikat sebenar kehidupan orang lain, baru timbul rasa kasihan dan sayang akan mereka ni. Aku bersyukur menjadi guru tingkatan kelas hujung ni walau hati sentiasa sakit. Tahun depan? 5 zamrud lah tuuuu. Dah boleh agak dah!
Terima kasih 4 Zamrud untuk kenangan dan pengalaman menjaga kamu semua. Semoga berjumpa lagi tahun hadapan.









Guru penasihat rumah Rahman tahun 2013. Ramai lagi guru sepatutnya tu tapi masa sesi bergambar ni guru guru pun sibuk uruskan macam macam. Tahun ni rumah Rahman menduduki tempat ketiga keseluruhan untuk hari sukan sekolah. Ke nombor dua eh? Lupa sudah haha.
Apa apa pun tahun depan semoga Rahman menjadi juara pula ya. Cayokk!











Favourite team, volleyball :)
Ni pun tak semua dapat bergambar. Team volleyball ni paling aku suka sebab aku minat volleyball. Awal tahun memang busy mengadap diorang ni je setiap petang. Dah menang peringkat daerah bawak pulak ke peringkat negeri. Berkampung pula di Paroi sana. Kenangan tu memang best!










Semoga tahun 2014 volleyball team terus mara dan johan untuk semua kategori! Berusaha!











Dan menjadi guru penasihat Kelab Landskap maha boring ini. Aku tak minat faham tak? Tapi dah dipaksa dan tidak boleh menolak maka aku terima dengan hati tak terbuka haha.
Harap harap tahun depan dapat jadi guru penasihat Kelab kecantikan ke baru semangat sikit nak buat aktiviti. kekeke
Tapi jangan haraplah. Rasanya kekal juga aku dalam kelab ni. Okbye










Bersama rakan rakan seperjuangan pahit manis bersama. Ada juga yang tak bersama tapi takpelah hehe.
Team yang seronok, gila gila, caring dan bersatu padu. Terima kasih semua untuk kenangan dan kerjasama tahun ini.










Semoga tahun depan kita dapat buat baju batik baru color pink pulak. Eh :p
Lari.........











Satu lagi ialah guru penasihat Persatuan Pandu Puteri tapi lupa nak curi gambar kat komputer dalam bilik guru haritu. Busy bebenor katanya uols. I letak gambar i sorang je pun aci kan? hehe..
Sepatutnya harini aku kena pergi kursus apa benda tah pasal pandu puteri ni kat bangunan pandu puteri Seremban tu tapi tiada dapat aku pergi. Esok kena pergi kursus CPD kat Sepang sana sampai khamis. So sila berhati perut sikit ye. 



Selamat tinggal sesi persekolahan 2013. Semoga berjumpa lagi tahun 2014 nanti dengan kerja yang lebih mencabar. Oh ya, debaran tahun ni tak habis lagi sehinggalah keputusan PMR keluar. Subjek khb pertanian aku tu hoiii. Risau sangat. Setiap hari pun tak pernah lupa mendoakan kejayaan pelajar pelajarku untuk subjek aku tu. First subjek PMR yang aku ajar kot. Last year tak ajar budak PMR sebab aku ajar kelas SPM. Tahun depan tiada PMR dah tapi yang pasti aku ajar 5 Zamrud tu untuk subjek landskap. Berdebor kite tau.



Bye sekolah. Jumpa nanti! :)






Sunday, November 10, 2013

Selamat Pengantin Baru, Kupu-kupu



Assalamualaikum.


Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jama'a bainakuma fii khaiiir


Alhamdulillah. Sepupu aku telah pun selamat bernikah pada 3 November yang lalu. Amboi melangkah aku pulak yee. Hehe tak sabor sabor sepupu kite tu. Biasa dia tuu...
hehehe. Lari....








Tu dia Apis tengah nervous mengadap Tok Imam. :p
Diorang nikah selepas isyak kat Rembau sana. Memang dah plan nak berkumpul rumah aku dulu then bergerak sama sama ke rumah maklong baru lepastu ke rumah pengantin perempuan. Kebetulan rumah maklong dekat sangat dengan rumah pengantin perempuan.
Aku dari pagi agak busy. Pergi kenduri kahwin kawan sekolah dulu kat rembau (dah kenapa asyik rembau je nih? memang most wanted betul), lepastu pergi butik pengantin fitting baju, balik rumah terus ke rumah maklong. Dengan tak sempat mandinya. Hadoi 











Pengantin perempuan, Ikin :)
Cantik baju nikah Ikin ni. Makeup pun sweet aje.












Eh? Pami sesat.











Ni semua gambar ihsan Pikah je. Handphone i masa tu battery about to die dah. Harap maklum.
Masa ni dah selesai ijabkabul dah. 











Alhamdulillah.
Aku masa tengok diorang akad nikah ni, part paling touching masa mak pengantin perempuan bacakan ayat ayat tu. Yang jagalah dirimu anakku, ikut perintah suamimu, maafkan ibumu jika kekurangan mendidikmu lah apa. Gila sebak aku masa tu. Rasa nak meleleh jugak air mata masa tu tapi ku tahan je. Jangan emosi sangat bukan kau yang menikah yana. Ok.











Sempat je mengendeng bergambar kat pelamin dengan Pikah.
Pelamin nikah ialah comel. Aku pulak sangat selebet di situ. Dari pagi sampai malam kot tak mandi tak apa. Muka dah berlemuih tahap maksimum dah tu. hehe..
Nasib baik Pikah cun boleh mengcover i yang comot tu. Eh











Pami, Acu, MakTeh, Mak dan Pikah.
Tahniah MakTeh dah ada menantu :)











Eh? Pengantin lama.



Tahniah buat Apis dan Ikin. Selamat Pengantin Baru, semoga bahagia ke anak cucu. Semoga tabah melayari bahtera rumahtangga. Doa saya sentiasa mengiringi kamu berdua :)






Saturday, November 9, 2013

Yeay cek Nuffnang dah sampai yeay!



Assalamualaikum.

Ha kan. Perlu ke sampai dua kali yeay di situ? hehe..
Sejak aku berkecimpung dalam dunia blog ni, banyak jugak kelebihan yang aku dapat. Sebenarnya aku buat blog pada awalnya suka suka je. Orang ada blog, kita pun nak jugak ada kan. 

Slow slow aku belajar nak buat blog. Ayat pun aku belajar ubah sikit sikit ikut kesesuaian. Siapa yang ikut blog aku dari dulu mesti tahu ayat aku zaman awal awal kegemilangan blog ni entah apa apa. Macam budak sekolah sangat kan haha. Template blog pun dah berapa kali ubah sampai sekarang ni takde masa nak tukar tukar template dah tapi yang pasti color blog aku ni memang pink ajelah dulu kini dan selamanya. Girly sangat kan. hee

Aku ni jenis suka surfing internet.So dari situ aku mula suka blogwalking. Baca blog blog orang lain. Baca kisah hidup orang lain sebab rasa seronok tu ada. Tiba tiba kita ada kawan dalam laman sosial walaupun tak pernah berjumpa pun. Ingat lagi masa zaman universiti dulu, aku pernah komen siap hentam lagi penulis blog tu sebab dia ada tulis pasal cikgu tadika kena cabul ke apa tah aku pun lupa. Bila aku komen tu, terus aku kena hentam balik hahaha. Ramai gila singgah blog aku kutuk aku balik. Blog tu blog indi rasanya, boleh tahan famous. Terus popular aku kejap hahaha. Blog itu bernama lidah. Korang terjah SINI. Tuan blog kenal lagi ke tidak aku entah.


Dengan blog jugak aku jana pendapatan tambahan lain sejak aku join Shaklee. Ramai customer yang buat order lepas masuk blog aku ni. Alhamdulillah...








Dan cek dari Nuffnang telah pun sampai. Yeay!










Yeay boleh beli handbag baru. Eh..
Terima kasih Nuffnang. Terima kasih pembaca blog picisanku semua. Tanpa uols siapalah blog ini. Silent reader juga terima kasih sangat-sangat. Korang masuk blog aku ni, ringan ringankan lah tangan tu klik iklan kat side bar dan atas blog aku tu ye. Murah rezeki aku murah lagi rezeki korang. Amin :)










Azam tahun baru tuan blog ialah untuk lebih merajinkan diri untuk mengupdate blog ini. 
Okbye :)



Wednesday, November 6, 2013

Chewable vitamin C Shaklee : 1 tablet per day






One tablet a day, keeps the doctor away :)


Place your order  HERE or email at shaklee_lyana@yahoo.com





Monday, November 4, 2013

Check List untuk Bakal Pengantin #Preparation



Assalamualaikum.

Ehem. Checklist juga harus ada ok. Kemain semangat refer checklist ni setiap apa pun. Konon sistematik sangat kerja katanya :p
Tapi sebenarnya memang checklist ni sangatlah berguna. Nak buat majlis kan banyak kerja nak kena fikir nak kena rancang nak kena buat kan. Jadi checklist ni bagi aku sangat membantu meringankan kepala otak yang serabut fikir pasal persediaan perkahwinan.


















Aku just print out je checklist ni dari internet. Lepas settle satu kerja, sila tick, settle lagi kerja lain, tick lagi. Dan begitulah seterusnya sampai tarikh kahwin nanti. Sebab kat checklist ni dah disediakan untuk beberapa bulan sebelum. Apa perlu buat apa perlu tempah segala tu lah.



Aku printout dari sini je -----> SYOKKAHWIN.COM









Semakin menghampiri checklist checklist terakhir. Semoga semuanya berjalan lancar. Amin.....





Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com