Followers

Pages

Thursday, November 29, 2012

Kak Nana berlakon jadi cikgu ke?



Assalamualaikum.

Haritu acu datang rumah pastu pergi makan kat Doll Tom Yam kat taman rumah aku tu. Fuhh la sekarang ni. Anak acu dua-dua ketul tu sekarang kemain meligat lagi. Berpeluh jugak nak melayan diorang. Kalau dia meligat sendiri-sendiri je takpe lagi. Ni nak duduk dekat-dekat ngan aku. Dengan berebut airnye, berebut gula-gula, berebut makanan. Pastu kalau si adik kalah, menangis lah dia sekuat-kuat alam sampai satu restoran tu dengar. *lap peluh kat dahi


Kaleesya pun makin besar dah. Haritu dia belek-belek henfon aku pastu ternampak gambar aku dengan student-student aku.

'Kak Nana berlakon jadi cikgu ke?'

'Mana ade berlakon. Kakak kan cikgu..Kaleesya nak jadi cikgu tak?'


*Kaleesya pandang senget je kat aku*


Ciss betul. Tak percaya lah tu aku ni cikgu. Agaknya cikgu dia kat sekolah lain je dengan aku kan. Terus dia musykil agaknya. Kak Nana ni kuat menipu. kekeke...










Makin lama makin tak banyak da gambar gedik dengan si kecik ni. Seketul dua je yang ada. Rindu nak menggedik depan kamera dengan pelbagai gaya dengan dia ni.
Tunggggguuuuuu...hihi....



Friday, November 23, 2012

Fisrt Giveaway by Meuzangelo



Assalamualaikum.

Dah lama sangat tak join giveaway. Mana tahu kali ni bertuah pulak dapat menang perfume ke. eh..
Giveaway ini dianjurkan oleh blog Gulai Tempoyak Ikan Patin. Klik banner penganjur di bawah ni untuk tahu semua syarat-syarat am dan syarat-syarat wajib segala ya.







Dan sponsor-sponsor hadiah ialah seperti yang berikut :
























Pemenang akan dipilih secara rawak melalui random.org
Hadiah yang menanti ialah......


Pemenang Pertama Wanita:
The Body Shop Perfume.
(White Musk eau de toilette)

Pemenang Kedua Wanita:
Blouse Wanita.

Pemenang Pertama Lelaki:
Snapback Cap.

Pemenang Kedua Lelaki:
T-Shirt Lelaki.

Pemenang Saguhati Pertama:
1: Topup RM10
2: Topup RM10
3: Topup RM10

Pemenang Saguhati Kedua:
4: Topup RM5
5: Topup RM5
6: Topup RM5




Till then, jom join ramai-ramai. Ada masa lagi ni sebelum tarikh tutupnya 30 November 2012 jam 12 malam. Semoga berjaya! :)






Saturday, November 17, 2012

Jubah vs kenduri



Assalamualaikum.

Tadi pergi kenduri kahwin anak kawan mak kat dewan mps. Kenduri Zakri, pemain badminton tu. Sambil-sambil pergi kenduri, sambil usha suasana dewan tu sebab macam berangan nanti i kahwin nak buat di dewan juga. hee
Kebetulan pulak hujan lebat gila. Kalau bukan kat dewan tu, mau huru hara kenduri kahwin jadinya. Nak-nak sekarang memang musim hujan kan. So takde maknanya nak baling baju ke baju dalam ke seluar dalam atas bumbung rumah supaya hari tak hujan. Merepek aje. hehe..











On the way ke kenduri. Haruslah bercamwhore dulu. :p
Rasa macam lain tak kulit wajah i? Nanti i update entri 'pecah rahsia' ye? *bajet
hahaha...













Si birthday girl.
Mintak-mintaklah malam ni makan kat luar. Tekak ni macam teringin-ingin je nak makan western food. eh? birthday siapa sebenarnya nih? kikiki...
Semalam pergi jemput adik singgah kejap di The Summit, Subang Jaya tu. Tak pernah singgah situ pun selama aku menghantar menjemput adik. Nampak dari luar kemain vogue lagi tapi dalam dia biasa-biasa aje. 
So kitorang just makan dan jalan-jalan sikit je.













Cakkk! Omel tak omel takk?
Hasil jalan-jalan sikit tu ialah ini. Dah lama cari casing blackberry aku ni. Kalau jumpa pun tak berkenan langsung, just color aje banyak pilihan. Sekali tengok ada jual yang design kanak-kanak macam ni, terus jatuh cinta uols. Comel sangat lah hai. Rasa nak makan je. Eh...














Bahagian belakang. Pun comel juge. :)











Ahaaaaaaaaaa....
Tujuan asal entri ni just nak bagitau tadi pergi kenduri tu buat pertama kalinya i pakai jubah uols. Tak pernah pakai pun sebelum-sebelum ini. Bila dah pakai tu rasa macam perempuan mengandung pulak. Hahaha...
Okbye.




Wednesday, November 14, 2012

Camping bukan ramping. eh?



Assalamualaikum.

Minggu sebelum cuti haritu sekolah aku buat perkhemahan perdana. So macam biasa memang 'kami-kami' yang jadi ajk. Nak tak nak ko kena nak jugak sebab ko kan bujang kan? Fine.


Perkhemahan kali ni ialah di Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka. Semua aktiviti dihandle oleh pihak kem. Cikgu-cikgu hanya perlu memantau aje. Ringan sikit rasanya perkhemahan kali ni. :)
Just nak pastikan semua aktiviti berjalan lancar, pelajar semua makan, minum, tidur dalam masa yang ditetapkan dan semua hal-hal keselamatan.










Diorang tengah bertanding main rakit, cikgunya meroyan main kayak. kekeke.. :p













Lama sangat dah tak main kayak ni. Dulu time PLKN memang ni aje makanannye. Tak rakit, kayak. Tak kayak, kawad. Tak kawad, ujian kecergasan pulak. Tetiba rindu dah zaman-zaman melasak dulu. huhuhu...













Rakit kena bina sendiri mengikut kumpulan. Cikgu pun belajar juga. :)













Yang bestnya, weols jadi pemantau aje dari tepi sambil ngumpat-ngumpat apa yang patut dimengumpatkan. kekeke...
Malam pertama tu paling best! Pelajar semua kena buat night walk. Betul-betul di tengah malam. Aku pernah buat night walk ni dulu. Jalan sorang-sorang pastu ada lah diorang kacau-kacau jadi hantu lah apa lah. Tapi serius kalau betul jalan seorang diri memang seramm giler kot. Tegak semua bulu-bulu yang ada. haha..

So nak dijadikan cerita, malam tu kitorang takde kerja kan. Pihak kem dah uruskan semua. Pastu nak jugak menyebok, last-last diorang suruh kitorang kacau-kacau budak ni. Jadi hantu lah apa lah. 
Seronok gak kan. Menakutkan orang padahal sendiri pun tak berapa nak berani. Aku dengan Una tak jadi hantu pun. Kitorang just buat suara seram je. Bila dengar je tapak kaki makin hampir, kitorang pun mengilailah mintak tolong. Mula-mula nak tergelak aje tapi lama-lama sendiri yang rasa seram. Gila apa tengah-tengah hutan, tengah-tengah malam, gelap gelita, senyap sunyi, tetiba ada suara perempuan mintak tolong mendayu-dayu? Tak tertanggal jantung kau di situ? hehe..


Tapi game tu jadi tak real sangat sebab diorang lepaskan pelajar sorang-sorang tapi dalam tempoh yang singkat tau. So diorang ni tak jalan sorang pun. Dia tunggu kawan-kawan dia. Ada satu masa tu siap lapan orang jalan sekaligus. Menyampah je. Langsung tak menguji keberanian.
Maybe sebab diorang ni budak-budak lagi kot. Kalau masuk universiti nanti jangan harap. Pergi sorang balik pun pasti sorang jugak. Nak beku, beku lah kau di situ. Aku dah pernah rasa. huhuhu...



Haaa. Sebelum diorang lalui night walk tu, diorang dah ditaklimatkan dulu. Nanti ada suara yang akan tanya kata laluan. Maka diorang akan jawab 'jangan pandang belakang'.
Paling tak boleh blah bila ada yang sepanjang dia berjalan tu dia duk cakap jangan pandang belakang jangan pandang belakang...tak berhenti-henti. hahaha...lawak betul. :p










Apa pun, camping kali ni sungguh awesome! Banyak jugak pengalaman baru yang aku dapat. Hopefully tahun depan perkhemahan perdana lebih mencabar dari tahun ni!
:)




Sunday, November 11, 2012

tutup buku



Assalamualaikum.

Fuh~ Akhirnya sesi persekolahan untuk tahun 2012 berakhir juga. Kejapnya masa berlalu walaupun hakikatnya begitu banyak dugaan telah dilalui tanpa sedar. Begitulah lumrah alam pekerjaan. Mana ada kerja yang senang. Semua pun susah. Yang penting kita enjoy sudah lah. :)










Bila diimbas kembali dari awal tahun, kerja sentiasa ada. Dengan mengajar, dengan sukan, dengan kelas, dengan kerja pengkeranian, dengan kokurikulum, dengan mesyuarat, itu ini begitu begini...bawaklah sampai nak cuti ni pun masih juga ada kerja. Orang lain tau cakap kerja cikgu best lah, ada cuti panjang. Tapi mereka tak tahu bahawa cuti pun tetap juga kami bekerja. Contoh senang ialah jaga SPM. Contoh tak senang ialah key in markah pelajar dalam laman web yang maha siput. Fuhh..



So, i nak simpan gambar formal sepanjang penglibatan dalam tahun 2012 di blog comel ini. Gambar syok sendiri aku kat atas tu pun kira penglibatan jugak tu tau. Sila jangan muntah confuse. :p










Menjadi guru tingkatan 5 Zamrud (a.k.a 5 Cantik).
Sayang jugak sebenarnya kat diorang ni walaupunnnnn... (uols sambung sendiri)
Paper landskap aku belum settle lagi tu. Aku syak diorang ni nanti akan terlebih merdeka tanpa memikirkan masih ada paper landskap 6 disember nanti. Gap lama sangat. Risau aku...












Bersama kelab guru dan staf sekolah. Aku di situ sebagai setiausaha. Good bye jawatan tu. Tahun depan sila bagi kat cikgu lain pulak. 












Sebagai guru penasihat Persatuan Pandu Puteri.











Antara kerja kokurikulum paling stress ialah pandu puteri ni lah. Aktif dia tu kemain menggila lagi. Penat sangat nak melayan. Kejap-kejap meeting kejap-kejap nak jumpa. Yang peliknya tu cikgu-cikgu veteran yang semangatnya tu. Aku pun naik musykil tau, diorang ni kat sekolah tak mengajar ke? Sebab asiklah memikirkan nak buat aktiviti apa untuk persatuan tu. Sepanjang tahun sibuk nak bermeeting. Seriusly non paham lah mak ncik di sini. +__+












Sebagai guru penasihat Kelab Landskap & Nurseri.














Bersama team ketua-ketua panitia. Aku ialah ketua panitia subjek Landskap & Nurseri.













Dan inilah ahli keluarga alam pekerjaanku. Manis masam masin pahit semua ada. Semoga tahun depan kami lebih kuat dan saling berkerjasama. :)
Good bye sesi persekolahan 2012. Jumpa lagi di tahun 2013.
Happy holiday cikgu-cikgu semua! Time cuti sila lah cuti sesakan mungkin ya sebab kita dah penat sangat bekerja sepanjang tahun kan. Bye. :)






Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com