Followers

Pages

Thursday, May 26, 2011

.



Tak semanis yang diharapkan. :(

Tuesday, May 24, 2011

semalam yang hangat



Kelmarin.
Aku balik dari Seremban ke Gemas.
Dalam perjalanan, mata kanan aku rasa tak selesa.
Macam ada pasir-pasir gitu.
Aku syak ni mesti sebab contact lens aku pakai tak bukak-bukak dari pagi tadi.
Tapi aku biarkan aje.
Masih meneruskan perjalanan ke Gemas yang boring tahap gaban ni dengan keadaan mata kanan yang pedih-pedih.


Sampai sahaja ke rumah sewa,
Aku terus bukak contact lens aku.
Selalunya bila dah bukak, mata akan rasa lega.
Tapi ni tak.
Makin sakit pulak.
Mata kanan aku pun dah makin merah-merah.
Ah sudah.
Mata ni dah kenapa pulak nii.


Aku buat keputusan untuk tidur sahaja dengan harapan bila bangun esok mata dah ok.
Tapi malam tu aku tak boleh tidur.
Mata kanan aku tak boleh blah sakitnya.
Siap tak boleh bukak lagi.
Risau ok.
Kot la luka ke apa ke kat dalam tu kan.
Aku tidur sambil menangis malam tu ok.
Bukan menangis sedih ke apa.
Tapi mata tiba-tiba berair je.


 
Esoknya aku bangun tidur, mata dah ringan sikit.
Aku pergi sekolah macam biasa tak lupa mengenakan celak, eyeshadow dan eyeliner.
hehehehe :p
Aku berniat nak mintak keluar pergi klinik.
Tapi jadual aku pagi tu agak padat.
Aku gagahi juga masuk ke tingkatan 4 Cantik.
Aku fikir its ok lah masuk je bukan mengajar pun, budak tengah exam.
Anak murid aku concerned memang terlebih.



Cikgu...kenapa mata cikgu merah?


Cikgu menangis ke?


Ha cikgu skodeng orang mandi ehh...



Aku senyum je.
Malas nak jawab.

Habes kelas aku pagi tu, terus aku masuk bilik guru.
Terjumpa encik ketua bidang.
Aku cakap kat dia aku sakit mata nak keluar pergi klinik.
Tiba-tiba dia bagi aku relief tingkatan 1 Hensem.
Dia cakap harini ramai cikgu takde, budah tengah exam takde siapa nak jaga.
Mata aku yang merah-merah tu dia tak nampak agaknya.
Benci betul!


Aku masuk je la relief tu kan.
Mata aku masa tu dah pedih-pedih.
Berair je.
:(


Habes relief terus laju-laju aku naik pejabat nak jumpa siapa-siapa lah di bahagian pentadbiran sana.
Tapi seorang pun takde ok!
Kerani kat situ pun tegur...



" Liyana..kau sakit mato ko? kono poie klinik copek-copek tu..."


"Haah kak..saya nak pergi klinik la ni..saya cari pengetua.."


"Pengetuo takdo. Kau poie jo jumpo ketuo bidang..suruh dio buekkan relief untuk ko..sakit mato ni mano buleh tangguh-tangguh..kang berjangkit kang susah.."



Kerani tu pun tahu kesiankan aku.
huhuhu..


 
Aku jumpa ketua bidang.
Dia cakap boleh nak keluar tapi relief dah habes dibuat sebab masa tu dah pukul 11 pagi.
Kalau nak, kena cari cikgu lain yang boleh masuk kelas gantikan aku.
EEEE GERAMNYAAA!
Aku ni siapa lah kan nak arah-arah cikgu lain masuk kelas aku pulak kan.
Aku tak tahu nak buat apa.
Sedih gila masa tu tuhan je yang tahu.
Rasa macam takde siapa yang kesiankan aku.
:(


Aku terus pergi toilet.
Aku tengok kat cermin mata aku dah cukup merah dah takkan encik ketua bidang tu tak nampak??
Nak tunggu mata aku keluar darah membuak-buak baru boleh keluar ke?
Aku terus menangis ok.
Tak tertahan sangat rasa sedih aku masa tu.
Dah menangis tu, dua-dua mata la pulak jadi merah hahaha.
:p


Pukul 11.20 pagi aku masuk juga kelas.
Tiga masa aku di dalam kelas dengan keadaan mata yang sakit.
Kelas aku tiga waktu dan habes pukul 1.20 petang.
Kali ni terus je aku mendapatkan Zaza dan laju-laju keluar pergi klinik.
Doktor bagi aku mc 2 hari.
Semalam dan hari ini.
Hoi..semalam tak payah dapat mc pun takpe kot aku tetap juga masuk kelas macam tak sakit!



Sekarang, mata aku kian pulih.
Tapi still sedikit merah dan sedikit sakit.
Uols doakan aku cepat sembuh ye.
Doakan juga aku cepat memaafkan encik ketua bidang tu.

*___*








p/s : Jangan lupa tonton Nur Kasih tau uols. Touching gila filem ni. :')



Bye.



 


Thursday, May 19, 2011

melaka jom jom jomm




Masjid Terapung, Melaka *pic kredit to google




Assalamualaikum.

Uols pernah pergi Masjid terapung ini? Serius cantik menawan tau masjid ni. Aku pergi hari Ahad baru-baru ni. Pergi Melaka sebab teman Una cari baju untuk sambutan hari guru. Pastu takut sesat, ajaklah kembar Una sekali join jalan-jalan cari pasal kat sana. Then, singgah solat zohor kat sini. :)










Besar, cantik dan selesa.
Kitorang dari Tesco. Jalan nak ke sini pun tersesat-sesat tau sebab dia agak masuk ke dalam sikit. Masa dah tersesat tu mula lah dalam hati rasa macam 'eee ape ni jauh gila..padahal nak carik masjid je pon...' kannnnn. Tapi apabila sampai je di perkarangan masjid ni dan terlihatkan persekitaran yang indah terus sejuk je hati. Terus tak jadi nak bengang-bengang. Terus laju-laju pergi sembahyang. Terus laju-laju juga tengok-tengok kawasan masjid tu. :)









Serius cantik!










Ada juga yang panggil masjid ni dengan nama Masjid Selat sebab ia terletak di selat melaka. Begitulah agaknya. Ate teman idok ler tahu sangat. Mintak mahap lah ye orang melake kalo teman tersalah info pulak.




hehehe....





(oppps! cerita pasal masjid sekarang ni kan. ok ok i berhenti gedik sekarang)










Sempat snap gambar kapal titanic tau uols. Jangan memain. haha :p
Kat situ ada kedai jual barang-barang dari arab. Air la, makanan la, perfume la, tasbih la..semua lah. Ada kawan aku beli air gas perisa rasberry. Tapi botol dia agak memusykilkan diriku. Botol dia ala-ala air teettttt tu tau. Berdebar-debar aku nak try minum air gas dari arab tu. Fikir yang bukan-bukan je. hahaha..:p
Rasa dia boleh tahan lah sedap juga.










Weols berlima + tukang ambik gambar.










Ok cukup. Gambar tak boleh banyak sangat. Kena behave. Masjid kannn.
heeee











Pastu sambung jalan-jalan di Jusco kedua kat Melaka tu dan terjejak kasih pulak dengan Fizi dan kekasih. Ingat lagi siapa Fizi ni? Ala yang geng 6 jahanam aku kat Gemas tu laa..hehe..
Kitorang tak habes jalan pun sebab masa sungguh mencemburui. Aku dengan Una punyalah berianya nak masak bubur pulut hitam untuk potluck sambutan hari guru, siap beli barang-barang mentah kat jusco tu. Dengan daun-daun pandan sekali kitorang beli. Orang yang jaga bahagian timbang tu pandang kitorang pelik je. Tak pernah-pernah orang beli daun pandan agaknya. Kitorang buat tak reti je konon duduk kat bandar susah nak jumpa daun pandan. kekeke...:p



 






Hasilnya, donut yang tak habes ni jadi breakfast kitorang hari esoknya. Tak habes kenapa? Sebab ada si Fizi dengan kekasih dia tu. Tak pernah kenal sebelum ni so macam tak berapa mesra lah semua orang kan. Semua jadi malu-malu kuda nak makan. Lempang sorang-sorang kang baru tahu. Aku dengan Una beli suruh diorang makan tapi semua pandang je. Sudahnya, aku dengan Una jugak yang kena bawak balik habeskan. huhuhu...





Cuti sekolah ni i nak habeskan tawaf kat Jusco tu dengan kss lah. Ehemm. :p





r.i.n.d.u









sob...sob....sob....




:'(




Wednesday, May 18, 2011

part 2 ~ trip to ulu bendul




Go to Part 1.



Dah puas bermandi-manda sampai menggigil-gigil, kitorang pun terus tukar baju. Tukar baju dalam khemah je uols. Tunggang langgang jugalah aku dengan adik dalam khemah tu kan. Yela khemah kecik je, situ lah nak bukak baju basah, situ lah nak lap badan, situ lah nak pakai baju, situ lah nak perah baju. Kannn. hehehe...


 





Apa yang best, bila dah siap tukar baju semua, badan rasa fresh je. Sejuk!




 





Masa tengah sebok-sebok nak kemas-kemas barang, tiba-tiba datang encik-encik ni. Diorang nak promote supaya datang kat booth diorang pukul 2 nanti sebab ada pertunjukan ular. Diorang cakap macam-macam ada. Boleh juga bergambar dengan ular secara percuma. Tiba-tiba aku yang excited terlebih tau. Nak pergi nak pergi! hahaha....



 








Jam baru menunjukkan pukul 1 lebih. So perlu menghabiskan masa dulu sebelum sampai pukul 2. Kitorang jalan-jalan je dulu tengok orang mandi-manda. Dah takde kerja sangat kan. hehe.. Khemah tak siap kemas lagi sebab ibunda belum tukar baju.





 






Orang makin ramai. Masa ni sebenarnya dah hujan renyai-renyai tapi semua orang buat tak tahu je. Masih juga mandi. Uols tahu pasal kes budak mati lemas kat Ulu Bendul ni haritu? Aku pergi hari sabtu, dan budak mati lemas tu hari Ahad. Subhanallah.
Dah la bila tengok gambar, tempat budak lemas tu ialah port yang kitorang mandi. Memang agak dalam sebab dia dikelilingi batu-batu pastu air pun deras je. Ish seram je bila fikirkan balik. Lain kali sila beringat ye. Kalau mandi tempat-tempat macam ni, hujan je haruslah cepat-cepat balik ok. Jangan makin galak pulak macam aku dan adik-adik haritu. Sebabnya, kita memang rasa seronok berendam sambil hujan renyai-renyai kat bawah tetapi di bahagian atas sana kita tak tahu keadaannya kan. Agaknya air dah laju gila ke apa. Berhati-hati lah ye. Alhamdulillah tak terjadi yang bukan-bukan kepada keluarga aku.





 






Jalan-jalan dulu beli bebola. :p




 



 



 





Balik je port kitorang tadi, ibunda dah siap tukar baju. Kitorang pun tolong kemas-kemas semua. Lipat khemah, lipat tikar, tapi tak kemas makanan. Makanan biar je kat port kawan-kawan mak sebab diorang belum mahu pulang lagi. Mak dan abah stay dengan diorang dulu layan ikan bakar. Aku dan adik-adik je yang pergi tengok pertunjukan ular tu.





 









Inilah tempat pertunjukan ular tu. Orang tak berapa ramai mungkin sebab awal lagi masa tu. Tepat-tepat pukul 2 kot. hehehehe memang la kan..:p





 







Orang tak ramai, boleh sangat nak bergambar dengan ular. Adik takut sebenarnya tu. hehehe...
Ular sawa albino ni berat ohh. Bila pegang rasa macam kesat-kesat gitu.




 







Aummmm. Uols ada?
kekeke..:p






 





Pasrah je muka ular ni. heee






 







Diorang terpaksa buat kat booth macam ni padahal ada taman ular kat situ sebab tak berapa ramai pengunjung. Semua yang datang Ulu Bendul ni nak mandi je bukan nak tengok ular. kann? hehe...





 

 





Masa kitorang nak blah dari situ, diorang keluarkan pula ular sawa batik ni. Besar kot. Ha yang ni aku geli sikit nak pegang sebab corak dia tu macam hidup je. Takut lah! hehehe. Kita berani tengok dari jauh je. Budak kecik tu pulak berani semacam. Dan besar nanti mesti jadi raja ular kan. :p






 


 
 
 
Pastu kitorang sekeluarga pun balik.
Bye bye batu besar di Ulu Bendul. Jangan makan orang yee.
 
*___*
 
 
 
 
 
 
 
 
Bye bye uols. Jangan berhenti baca blog i yee.
hehe :)
 
 
 
 

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com