Followers

Pages

Saturday, September 22, 2012

Petang sabtu



Assalamualaikum.


Harini ada sekolah ganti tapi awal-awal aku dah mintak cuti rehat. Berkursus kahwin katanya uols. Awal-awal lagi aku dah pesan kat Pami kalau dia nak pergi kursus kahwin sila bagitau aku sebab aku nak join sekali. Takde kawan nak pergi nanti sebab semua pun dah pergi ok. Kss pun dah pergi. Menyesal sangat aku tak ambik masa zaman belajar kat universiti dulu. Kalau tak dah lama settle dengan harga murah pulak tu.


So, siang tadi ialah hari pertama aku pergi kursus kahwin tu. Subhanallah laa dia punya boring tu. Slot petang aku dah tak boleh blah dah. Ngantuk sangat siap nak berzikir tanpa lafaz dah aku tau. haha..


Esok ada satu hari lagi nak kena hadap. Dah lah sampai pukul 5.30 petang. Mati la nak kena rushing pulak drive balik Gemas. Dah la sensorang, agak lewat gak tu aku rasa. Memang kena laju esok nih tak boleh dah nak bercinta masa drive. huhu..ada yang nak teman kite tak? hee..



Habes je kursus petang tadi pukul 4.30 petang. Bukan reti nak rehat kat rumah ke apa. Sebok lah nak keluar pergi minum petang dengan ibunda dan adik-adik. Abah takde, Pami pulak dah selamat menidurkan diri. Ape yang penat sangat kursus kahwin tu pun tiada lah ku faham. kekeke...











Emak tengah baca doa makan. Tak menyempat tau diorang ni nak ambik gambar. hehe..
Muka aku sangat tak boleh nak blah kan? Tak boleh buat muka lebih penat dari tu? haha..serius penat ok. Tapi gagah jugak nak pergi makan roti planta. :p














Teh tarik.














Teh o ais.











Dah tetiba pergi shopping barang dapur pulak. Adik-adik ajak buat bakar-bakar malam tu. So ke Giant lah kite membeli ayam, udang, sotong, daging dan barang-barang nak buat puding koktail. Baru je selesai sesi bakar-bakar tu. Kenyang yang amat nih. Semua orang macam ular kekenyangan. Melingkar aje depan tv tengok masterchef. hahaha...



Selamat berhujung minggu uols! Bye :)




Thursday, September 20, 2012

muridku artis



Assalamualaikum.

Dalam ramai-ramai anak murid aku, boleh pulak tersesat seketul yang jadi artis. Pelajar lelaki tingkatan 2. Novin Raj namanya. Dari tahun lepas  lagi dia dah mula berlakon drama tamil dah. Masuk tahun ni tahun kedua nampaknya. Cerita tamil kanak-kanak.


Ingat lagi tahun lepas, aku tak tahu pun dia cuti untuk shooting drama dia tu. Bila aku tanya kawan-kawan dia kenapa lama sangat tak datang si Novin ni? Waktu mengajar subjek KH 3 waktu je seminggu so ketara lah kalau ada pelajar yang asik-asik takde je kan. Kawan-kawan dia cakap dia pergi shooting. Aku siap marah-marah masa tu sebab ingatkan diorang main-mainkan aku. Rupanya memang betul budak tu pergi shooting. hahaha...


Dua minggu lepas, Novin ada bagitau aku nanti dia cuti 2 bulan lebih sebab nak shooting lagi. Drama macam haritu tapi part two. Hamboii kan. Kemain lagi siap berpart two bagai.  Projek elektronik siapnya tidak. Siang tadi masa tengah beratur luar bengkel, dia pegang buku tebal apa tah. Bila ditanya, dia cakap tu buku skrip yang dia kena hafal. Aku siap perli kalau awak beria hafal nota kh macam awak hafal skrip ni kan bagus. Dia tersengih-sengih je. (cikgunya pun tak supportive langsung kan? hehe..)



Paling tak boleh blah bila Novin suruh aku tengok dia berlakon. Dia jadi saintis katanya. Aku ni layankan aje. Cerita dia berlakon tu tengah ditayangkan sekarang ni di saluran astro 201 pukul 7 petang. Aku tengok kejap-kejap je buat syarat sebab sungguh-sungguh sangat dia suruh aku tengok. Baik layan Kau Yang Terindah lagi feeling. hehe...










Siap ambik gambar sebagai bukti i support dia tau. :p












Tak heran konon tapi sebok jugak cikgu tu bergambar dengan artis kan? kekeke....




Adam dan Hawa (adaptasi novel)






Tak usah diucap, tak usah dilafaz
aku dah mengerti bahasa cintamu....






































Wednesday, September 19, 2012

happy belated birthday, saya!




Assalamualaikum.

Kesian kan tajuk entri macam ni. Paling kesian dekat 'saya' tu lah. Punya lah dah lama birthday dia baru nak update sini. Konon busy sangat. Hari-hari fikir nak update apa padahal banyak gila cerita simpan dalam draft. heee


Birthday aku haritu jatuh ketika kita semua sedang berpuasa kan. So, plan gitu-gitu je dengan geng-geng bas sekolah yang masih bujang nak berbuka puasa di luar. Habes sekolah, rehat-rehat kejap dan menuju lah kitorang ke sebuah restoran tomyam di Segamat. Punyalah ramai orang nak berbuka puasa. Nasib baik kitorang sempat booking awal-awal. :)



Sampai je kedai makan tu, tetiba dah ada kek. Magic kan? hehehe..










Sebelum berbuka. Meja penuh makanan. Semua kakak-kakak tau (termasuk Una..kekeke). I lah paling muda di situ. walaupunnnnn.....
Dari kiri Tehah, Una, Kak Su, saya, Kak As dan Kay tengah ambik gambar. (ampun Kay..hee)















So, selepas berbuka kitorang pun dengan muka tak malunya pergi pinjam lighter sebab nak hidupkan lilin. Siap nyanyi lagu happy birthday lagi. Punyalah tak malu kan. Jiran-jiran meja sebelah pandang aje. hehe...
Diorang celebratekan birthday aku sekali dengan Una sebab harijadi kitorang beza 8 hari aje. 
Zodiak kitorang sama, Leo. Patutlah rasa macam sherashi bersama je dengan Una ni. Nama pun nak dekat-dekat da.
Happy belated birthday juga, Una. :) 

 










Terima kasih semua para jelitawan (eh?) untuk ingatan ini.
Kenangan ini akan saya ingat sampai ke mati. *touching




wordless wednesday : gegar








Antara gambar yang disukai tapi kegegaran pula. :(




Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com