Assalamualaikum.
Yeay album kahwin dah ambil setelah sekian lamanya. Lama dah siap tapi kitorang tak sempat nak pergi ambik. Excited sangat nak tengok semua gambar. Tapi Afzan yang pergi ambik so dia dapat tengok dulu. Tak aciii..hehe
So seperti biasa aku begitu keliru untuk update yang mana dulu bila gambar dah banyak macam ni. hehe..
Episod kahwin belah aku tak update lagi sebab menunggu gambar ni la. Ni bila gambar dah depan mata, mula lah rambang mata mana satu aku nak update dulu ni. Jadi, sila lah uols redha dengan entri ini dahulu ye.
Entri memperkenalkan adik beradik.
:p
Adik beradikku. Adik takde :'( Siapa tak sedih hari perkahwinan adik sendiri tiada? Tapi doa adik dari jauh tu aku tetap rasa. Sebulan je lagi adik akan kembali ke Malaysia. Kakakmu yang dah 'comel' ni menunggumu, adik :))
Yang ada Naim, Pami dan Pikah. Adam pun takde sebab masa ni kan sibuk kenduri, so Adam nenek dia tolong jagakan.
Abah dan emak.
Photographer suruh mak n abah bersanding, ikutkan aje. Muka pasrah je diorang. hehe..
Family aku yang tak lengkap. Kekurangan dua ahli. Takpe, next family picture akan bertambah satu lagi ahli. Inshaallah :)
Terima kasih Mak, Abah, Pami, Pikah dan Naim kerana bertungkus lumus menjayakan majlis perkahwinan saya. Jasa kalian takkan pernah dilupakan :')
Oh adik juga. Terima kasih kerana mendoakan kebahagiaan kakakmu :)
Jom kenal adik beradik baru pula! :)
Along dan Kak Siti. Dah ada dua anak.
Baby tu sebaya dengan Adam. Tahap kecomelan juga tiada tandingannya. Geram kuasa lapannn.
Angah dan Kak Ila. Bakal dapat anak ketiga tahun ini. Beza umur baby ialah sebulan sahaja dengan baby pengantin baru. Eh :p
Ateh dan Kakfai. Juga bakal menambah baby lagi tahun ini. Amboi..
Ayie dan Kak Ira. Boleh dikira pengantin baru juga ni. Masih dalam mood homeymoon gitu...
Afzan dan Lyana. Bakal mendapat baby juga pada tahun ini. Yeayy!
Eh...
Adam dan adik. Aloo cian encik suami candid sampai tak nampak muka :p
Okay dah nampak. hee
Adik jugaaa bakal menambah baby tahun ini. hahaha..
Ambik. Sekali empat orang cucu mertua aku dapat tahun ini. :p
Dan ini ialah kesemua adik beradik. Yang lain lain tu ialah belum berkahwin ye jadi tiada gambar special bersama pengantin. kekeke..
Inilah adik beradik baruku. Alhamdulillah...
Ini kesayangan yang terpaling.
Jumpa next entri!
0 butterflies concerned.:
Post a Comment