Followers

Pages

Saturday, August 10, 2013

Juadah berbuka puasa si single (juga juadah konon konon diet cewah)



Assalamualaikum.

Amboi tajuk tuu kemain gedik lagi :p
Tahun ni rajin pulak ambik gambar juadah berbuka pastu tayang kat instagram. Tak semua jugak dapat tayang sana maka kita tayang sini :p
Tahun ni seperti tahun yang sudah, kebanyakan hari puasa aku ialah bersama housemate tersayang, Kay dan Una. Tahun ni je lah pun nak bertiga. Tahun depan takde dah. Una pun nak kahwin dah pun minggu depan. Sedih jugak sebenarnya nanti kalau rajin sikit aku up satu entri pasal housemate (Ingat ya 'kalau rajin' sahaja) hahaha.







Housemate sejati. :')
Okay lah sebelum merepek jadi entri sedih baik aku kembali ke tajuk asal. Aku nak cerita pasal makanan berbuka kitorang sepanjang ramadhan tahun 2013 yang baru sahaja berlalu ni. Tahun ni juadah berbuka lebih bertemakan 'nak kurus'
Tak makan banyak, tak makan nasi. Air pun minum air panas je tak minum ais ais pun. Air panas pulak gula kena jimat. Manis manis buah aje uols. Ha kemain lagi kan hahaha. Jom layan gambar...










Nasi takde maka digantikan dengan salad. Banyak makan lauk pauk aje. 
Ikan siakap masak stim, terung + bendi rebus, dan kerabu tomato.











Ikan singgang, telur dadar, bendi + terung rebus (lagi), kerabu tomato (lagi), ikan goreng, nugget, kangkung goreng belacan dan salad.











Scramble egg, kangkung goreng, ikan stim, ikan singgang (lagi), nugget + hotdog goreng, dan salad.













Ni langgar diet. Kitorang buat kek choc cheese kukus :)













Mi goreng, sup sayur, terung + bendi rebus (apesal asyik ni je baru aku perasan haha), nugget + hotdog goreng (ni makanan wajib), air asam.











Ni pertama kali berbuka di luar. Dapat kuih percuma. Murah rezeki :)













Masing masing order makanan sendiri.













Buat kek lagi. Kek choc moist pula :)
Itu je gambar yang sempat diambil. Seronok sangat dapat masak sendiri macam ni. Lagi lagi dapat housemate yang senang bertoleransi :) 


Eh harini nak berbuka apa? 
Kita masak ni nak? 
Apa kata kita masak tu. 
Eh sedap jugak kalau dapat makan ni. 
Sedapnya ni..jom masak ni harini


Ha begitu :)
Selalunya bila masak untuk berbuka, sekali lah makanan tu untuk sahur. Kalau nak masak ayam, beli drumstick enam ketul, seketul seorang untuk berbuka lepastu lagi seketul untuk sahur pula. Ikan pun macam tu. Beli ikan besar seorang seekor, bila  masak belah dua. Seketul untuk berbuka dan seketul untuk bersahur. Macam catu makanan je kan hahaha tapi seronok macam ni. tak membazir dan tak terlebih makan. Alhamdulillah :)






Solat terawih bersama :')





Terima kasih housemate untuk kasih sayang ini. Sayang sangat kat korang. Muah! eh..
Semoga ada masanya kita boleh masak bersama lagi. huhuhu..(Ingat yana jangan lari topik, ingat!)
Selamat tinggal ramadhan 2013, selamat tinggal tahun akhir single, selamat tinggal tahun akhir bertiga. *lap hingus*



Selamat Hari Raya uols! Bye :)








0 butterflies concerned.:

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com