Mula-mula, aku memang nak tarik diri je dari join hari keluarga sekolah ni. Sebab pertama ialah ada antara geng kitorang yang tak dapat nak join atas sebab yang tak dapat dielakkan, so bila ada kawan-kawan yang tak join maka tak best lah kan? Dah tentu-tentu ni hari keluarga, cikgu-cikgu lain sebok dah dengan keluarga masing-masing, kitorang yang bujang ni memang mengharap nak bersama dengan kawan-kawan je lah. Ye tak?
Sebab kedua ialah agenda hari keluarga ni sumpah tak best! Takde yang menyeronokkan langsung lagi-lagi bagi aku yang berjiwa muda ni. Dan sebab ketiga ialah aku sangat menghargai cuti hujung minggu aku sebab ni jelah pun masa yang ada untuk bersama keluarga sendiri. Cukuplah isnin sampai jumaat tu aku duk mengadap sekolah ni sabtu ahad pun nak kacau lagi.
Tapi akhirnya, terpaksa menyertai juga walaupun hati tak suka. Mengenangkan ada kawan-kawan yang sekepala join bersama dan stay satu bilik, terubat sikit hati.
Boleh juga nak berhuha bersama. :)
So inilah dia hari keluarga sekolah yang dibincangkan sangat tu. Tempatnya ialah di D'Nelayan Beach Resort, Pengkalan Balak, Melaka. Hari sabtu tu kena check in pukul 2 petang. Jumaat petang memang aku dah selamat berada di Seremban pun, maka sabtu tu aku drive sendiri je dari rumah ke pengkalan balak. Dekat rupanya. Perjalanan ambik masa sejam je.
Taraa! Inilah geng kite. Una je tak dapat nak join. Sedih tau Una tak join. Terasa ada kekurangan je. Yela selama ni ke mana pun bersama je kan. huhu..
Bilik chalet kat situ ok ok jer. Tak lah vogue sangat. Masa mula-mula masuk siap pintu dia rosak ok. Tak boleh nak kunci kalau kita keluar. hehe.. Lepas buat aduan dan dah direpair baru rasa selamat sikit.
Housemate yang tak lengkap. Tinggal aku dan Kay je tanpa Una.
Selesai check in dan solat asar, semua berkumpul untuk makan-makan sikit. Buat pot-luck so makanan pun sangatlah pelbagainye. Settle makan, masuk bilik balik untuk tukar baju tema. Siap ada baju tema tau. Kemain lagi. :p
Chakk! Kami yang ramai.
Kami yang lagii ramai. hehehe..
Bila semua dah berkumpul dan memakai baju tema yang sama, maka semangat menjadi begitu membara untuk bergambar.
Yeay!
Aktiviti petang itu ialah sukaneka untuk kanak-kanak.
Mereka yang terlibat pun sibuklah menyediakan kelengkapan.
Memancing botol. eh yeke? hee...
Memakan epal yang tergantung. Pun jadi.
Pastu tak apa lagi sukan kitorang pun tiada ambik kesah sebab orang lain teruja bagi semangat kat anak masing-masing kan. Yang kitorang ni nak bagi semangat kat siapa? Anak mata, anak tekak, anak rambut ada lah. Boleh? kekeke...
Maka, kitorang pun terpaksa mencari jalan penyelesaian dengan berjalan-jalan di tepi pantai sambil menggedik depan kamera. eh...
Rasa cantik je background laut macam ni. Rasa luas, rasa lapang, rasa free aje.
Ok. Dah start dah.....
hehehe....
Tukang ambik gambar pun sporting habes. :p
Layan je kegedikan kitorang. hahaha...
Bila tengok balik gambar-gambar ni mesti nak tergelak. Rasa nak lempang muka sorang-sorang tau sebab muka memasing tak boleh blah. :p
Cover cun kemain padahal lepas snap je gelak lepas snap je gelak. hehe...
Paling tak boleh blah gambar ni. Mintak tolong student (anak cikgu sebab tu dia ikut sekali) yang ambikkan gambar. Budak tu pun rasa tak sanggup je nak ambikkan gambar tapi agaknya mengenangkan cikgu yang mintak tolong, dia layankan je walaupun tak sudi. hehehe..
Amboi kan. Kemain serius muka makcik nih. Masa ni tengah discuss pasal aturcara makan-makan malam tu. Aku dan Kay kena jadi juruacara. Juruacara lah pulak. Macam-macam!
Bersihkan kaki, buang pasir-pasir segala. Masuk bilik, berebut mandi, solat maghrib, tulis skrip ringkas-ringkas je, make-up kan si cilik, siap-siap diri sendiri dan turun ke bawah lah kita untuk acara makan-makan. Nak makan pun hati tak senang bila memikirkan kena jadi emcee. Puiii!
Bersambung......
0 butterflies concerned.:
Post a Comment