Followers

Pages

Thursday, July 7, 2011

Rindu Setengah Mati








........ikhlas dari hati






Tuesday, July 5, 2011

Kalau seorang guru berkecil hati...

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, murid belajar sambil mengantuk.
Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.


Ps : Ha sila sambung pula tajuk kepada entri ni..


Sambung jangan tak sambung. :p



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, July 4, 2011

Semangat yang hilang

Dua tiga hari ni semangat macam malu-malu je nak ada.
Pesal tah.
Tiba-tiba rasa kosong..
Ya Allah..kembalikanlah semangatku..



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, July 3, 2011

wordless weekend :: 2








2 JULAI 2011
Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia


:)





Friday, July 1, 2011

aku sumpah kau jadi bisu kangg



Assalamualaikum.


Petang tadi aku ke mahkamah untuk angkat sumpah perlantikan jawatan tetap lepas lulus interview spp tu. Aku terpaksa buat angkat sumpah kat Mahkamah Gemas ni je sebab aku tak balik ke Seremban minggu ni. Esok ialah sekolah. Terpaksa stay kat sini je.


Aku sampai kat mahkamah tu dalam pukul 2.45 petang macam tu. Mahkamah tak bukak lagi. Dalam 3.05 petang baru lah kakak pekerja tu datang dengan menaiki motor dan sekaligus membuka pintu mahkamah itu untuk sesi petang selepas diorang berehat. Ada sorang abang askar dengan sorang pakcik dah sampai lebih awal dari aku. So aku ambik turn selepas diorang lah kan.


Dah settle urusan diorang, turn aku pulak. Aku pun bagi surat tawaran, surat akuan sumpah dengan kad pengenalan aku. Aku ada tersalah tulis tarikh kat surat akuan sumpah tu. Patutnya kena letak tarikh hari ini tapi aku merapu pulak letak tarikh hari jadi aku. hahaha..tersilap kan..nak buat macam mana. So aku pun padam jelah kat situ dan tulis tarikh baru kat sebelah.


Tiba-tiba kakak tu cakap...


mana boleh padam-padam macam ni je...


 ohh..saya tersalah tulis tadi...kena buat initial ke cik?


initial ke padam ke memang tak boleh. cikgu kan tak boleh salah tanda kan? nak cakap banyak pun tak boleh..nama pun cikgu...Sekarang awak berdiri tegak, angkat tangan kanan dan lafazkan ikrar ini dengan lantang...


Amboi kakakk! Sedapnya mulut kau bercakap. Dah nama pun TERsalah bukannya MENYALAH. Ingatkan cikgu ni golongan yang tak boleh tersalah ke? Hey robot pun pasti buat salah tahu? Aku tersalah tarikh dua nombor je pun dah membebel macam dia sorang ada mulut. Meeeemmmmbebel je dia tahu tak. Meluat betul aku dengar.  Housemate aku haritu buat akuan sumpah kat tempat lain..siap salah alamat lagi..takde pape pun. Siap orang mahkamah tu takyah suruh dia ikrar apa-apa pun. Makcik kat Gemas ni je poyo lebih. Menyampah ok. Masa nak balik tu aku rasa nak pancitkan je tayar motor kakak tu. Tapi nasib baik i masih berfikiran rasional lagi. Tapi tetap sakit hati tau. gggrrrr







Ini bukan muka ketika sakit hati.heee
Ohh esok ada Larian 1 murid 1 sukan 1 Malaysia.
Selamat berlari seluruh pelajar sekolah di Malaysia!
:)



Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com