Assalamualaikum.
Dah hampir 6 bulan kami mendirikan rumahtangga. Dan baru kini aku nak update cerita nikah kat sini. hee
:p
Baju nikah kami ialah serba putih. Walaupun sekarang ni trend baju nikah ada color color kan tapi kami memilih putih kerana rasa lebih suci murni gitu. Baju nikah aku ni aku tak berapa berkenan tapi sebab dah tiada pilihan kat butik Qisya yang banyak masalah tu, ku gagahi jua memakai baju ni. Kalau ikutkan dah banyak kali alter dah baju ni tapi tetap juga di hari kejadian baju ni ada masalah. Geram je aku dengan butik tu. Jadi, aku nasihatkan warga Seremban yang bakal berkahwin elakkan diri dari ambil pakej di Butik Qisya tu ye. Butiknya ialah di Bangunan Mara yang ada butik tudung D'Haja tu.
Masalah yang aku lalui sepanjang menjadi customer butik tu ada aku ceritakan di SINI.
Kami bernikah selepas sembahyang jumaat di Masjid Negeri, Seremban. Aku bersiap di butik pegantin. Perasaan? Nervous tak sangat tapi risau sebab dah lambat. Sampai butik, mak andam belum ada lagi. Boleh? Pengantin yang kena tunggu mak andam sampai. Dah lah aku yang kena pergi sana. Nasib baik tak berapa lama nak kena tunggu tu. Masa bersiap tu, Pikah yang ada temankan aku. So sama sama lah kalut masa tu. Dengan salah lorong kat masjid tu lagi. Keluarga aku dan pihak pengantin lelaki dah lama sampai dah. haha..
Pengantin lelaki. Yang nervous mungkin...
Pengantin perempuan. Yang ketika ini jugaklah tekak nak batuk batuk. So sentiasalah aku makan gula-gula masa tu taknak bagi tekak kering.
Hantaran kami. Tema color hantaran dari aku ialah peach silver dan dari Afzan ialah purple green.
Macam biasa hantaran aku maksu Alin yang buatkan. Thanks maksu :)
Suasana petang tu. Orang memang tak ramai. yang memenuhi ruang dalam masjid hanyalah keluarga aku dan Afzan.
Abah sendiri yang nak menikahkan kami :)
Alhamdulillah dengan sekali lafaz, kami pun sah bergelar suami isteri. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.
Perasaan aku masa tu ialah lega dan macam eh betul ke ni? hehe..
Syukur ke hadrat Ilahi kerana menemukan kami dan membawa kami ke gerbang perkahwinan. Semua ini ialah aturanNya. Aku bersyukur sangat kerana perjalanan kami hingga sah bergelar suami isteri pada hari tersebut berjalan lancar macam dah dirancang bertahun lama padahal perancangan kami baru beberapa bulan. Alhamdulillah Allah Maha Besar. Sebaik baik perancang ialah Allah jua. Rasa nak menangis tapi ku tahan jebat. Belum menangis pun bulu mata palsu aku nak tertanggal apa tah lagi kalau menangis kan. haha..
Yanty dah pesan dah sebelum tu, baik ko jangan nangis na...bulu mata palsu ko nak tertanggal dah tu. Hahaha bertambah nervous aku kalau bulu mata tertanggal! :p
Penyerahan mas kahwin.
Upacara batal air sembahyang.
Alhamdulillah :)
Hai suamiku. Bila tengok balik gambar ni rasa macam baru semalam kami bernikah. Sekejapnya masa berlalu. Sekarang aku dah pregnant pun :) Alhamdulillah rezeki dari Allah lagi. Tu nanti aku buat entri lain eh..
Restu dari emak.
Restu dari emak juga. Eh dah ada dua emak? hehehe...
Keluarga belah Afzan.
Keluarga belah aku. Ni je yang sempat ada petang tu. Yang lain semua dah berkejar baliks sebab nak ready jamuan minum petang untuk pihak pengantin lelaki. Terima kasih semua kerana menjayakan majlis ni :)
Photoshoot sikit dalam masjid. Sempatt..
Masa ni buat video ucapan untuk adik kat US. Sedih kot adik takde masa aku nikah ni. huhuhu....
Semua dah bergerak untuk jamuan makan sikit, kitorang ada sesi photoshoot. Sekejap je katanya.
Alang alang dah bernikah kat Masjid Negeri, teruslah bergambar kahwin di Lake Garden sebelah tu je.
Cepat cepat bergambar, cepat cepat juga bergerak pulang. Semua pun dah menunggu kami. hehe..
Settle pernikahan kami pada petang itu. So masing masing balik dan bersedia untuk majlis keesokan hari pula.
Selamat Pengantin Baru buat kami. Semoga hubungan suci ini dirahmati Allah sentiasa. Doakan kebahagiaan kami hingga ke pintu syurga. Aminnn.....
2 butterflies concerned.:
eh eh bulu mate tu jatuh? hehehe..
cantik je dik baju tu...
dah name pn pantin baru, pakai ape pn cantik yunk
eh eh bulu mate tu jatuh? hehehe..
cantik je dik baju tu...
dah name pn pantin baru, pakai ape pn cantik yunk
Post a Comment