Followers

Pages

Monday, November 10, 2014

Pengalaman Bersalin Saya



Assalamualaikum.

Dari sehari ke sehari aku tunggu rasa sakit bersalin tu tiba tapi tak juga sakit sakit. Due date ialah 16 Oktober 2014. Berdebar je hati ni nak menemui tarikh tu tapi bila sampai tarikh tu rasa sakit belum ada lagi. Confuse mak encik tau.
Puas pujuk baby. Hari hari pujuk dia keluar lah sayang..mama tak sabar nak jumpa anak mama ni. Sebelum tidur selalu pesan kat baby dalam perut...Sayang keluar malam ni ye..mama tunggu. Afzan pun sama pujuk. Dia lagi merepek. Anak daddy keluar lah cepat ye sayang.. Daddy dah beli macam macam tau untuk anak. Mamy Poko banyak daddy beli untuk anak. Mama tak muat nak pakai. Anak keluar ye pakai Mamy Poko.. 
Hahaha sabar jelah. Banyak lagi contoh lain. Aku jugak jadi mangsa. Afzanku...Afzanku....
Nak tergelak kadang kadang tu kalau dengar dia bercakap dengan baby dalam perut. hehe..


Malam 16 Oktober.
Afzan kerja malam. Sebelum pergi kerja memang dia sentiasa pesan kalau ada rasa sakit ke keluar tanda ke cepat cepat call dia. Malam tu aku tidur awal. Pukul 9.30 malam dah lelap dah. Pukul 12 tengah malam aku terjaga sebab perut rasa sakit. Eh sakit contraction ke ni? Sebab orang kata sakit contraction tu sama macam sakit nak berak. Terus aku bangun pergi toilet. Tak payah teran pun laju je aku buang air besar. Laa sakit perut nak berak rupanya.

Aku sambung tidur balik. Dan terjaga pukul 3 pagi sebab sakit perut lagi. Eh selang 3 jam pulak sakit perut ni. Pergi toilet tapi just buang air kecil je. Sebelum sambung tidur dah mula fikir macam macam. Ni kalau sakit lagi perut pukul 6 pagi ni confirm lah ni contraction ni (yakin je). Aku pun sambung tidur siap mimpi aku beranak Jumaat malam dan orang first yang datang melawat aku ialah Makteh. Over kan siap mimpi siapa datang melawat.


Tengah hari 17 Oktober.
Macam biasa je rasa perut ni. Takde tanda apa apa pun. Makan tengah hari dengan Afzan lepas dia balik sembahyang jumaat. Lepas makan, tengok tengok tv pastu Afzan tertidur. Malam nanti dia kerja lagi so takpelah dia tidur. Aku pulak buat buat sibuk. Lipat kain lah, susun kain, recheck beg yang nak bawak pergi hospital lah tiba tiba, paling over siap basuh toilet ok! Tengah aku mencangkung cangkung basuh toilet tu, aku rasa macam ada cecair keluar dari vagina. Eh terkencing ke aku? Terus check dan aku tengok panty liner penuh dengan cecair berwarna kuning cair siap ada dua bulu halus pulak tu. Bulu apa ni? Adakah bulu mata, bulu kening atau rambut anakku? Gembiranya aku rasa masa tu. Terus kejut Afzan dan bagitahu dia maybe air ketuban aku dah leaking. Terus Afzan call Dr Azlina tanya pendapat. Dr Azlina kata better pergi hospital sebab kalau leaking takut nanti air ketuban berkurang dan baby akan lemas. Ok cemas. Terus kitorang bersiap. Aku mandi siap shampoo rambut lagi biar nanti masa jumpa anak aku ialah dalam keadaan wangi. Hehehe..

Perjalanan ke Mahkota Medical Centre agak lama. Sebab petang tu kebetulan hujan lebat dan kereta pulak banyak. Sampai hospital dalam pukul 7.30 malam macam tu. Afzan terus parking kereta di bahagian kecemasan. Register dan bagitahu aku dah leaking. Terus masuk wad. Yess tak lama dah boleh jumpa anak! :)








Masuk dalam wad, ada seorang nurse datang bersama segala bagai alatan. Perut aku pun dililit lilit dengan banyak wayar. Nak check degupan jantung baby rupanya. Normal je. Alhamdulillah.
Nurse tu pun bagitahu dia nak tengok pad aku. Bila aku tunjuk pad aku tu dia kata tu bukan air ketuban. Lagipun air yang keluar pun sikit je. Hampa.
Ok sekarang saya nak check bukaan ye dik. Ha part ni nervous sikit. Check punya check nurse kata belum ada bukaan. Ok hampa lagi.
Nurse siap kata kalau takde apa apa awak boleh balik malam ni ye dik sebab awak belum rasa sakit dan bukaan pun belum ada. Alahai bertambah lah hampa. Afzan kata takpelah kita baliklah mana tahu esok ada rasa sakit ke. Tapi ctg check jantung baby tu belum bukak lagi.

Tiba tiba aku rasa ada lagi cecair keluar dari vagina. Tapi kali ni lebih banyak. Panggil nurse dan dia suruh check pad. Penuh pad dengan cecair berwarna hijau. Nurse tu keluar dan panggil lagi seorang nurse. Nurse tu tanya bila kali terakhir awak makan? Aku masa tu blur blur je ohh dia nak bagi makan malam agaknya. Kali terakhir aku makan masa on the way ke hospital lah. Makan roti coklat dan minum air zam zam. Nurse tu kata Ohh makan roti je. Baby awak dah berak dalam perut ye dik..so kita kena keluarkan baby cepat. Sekejap lagi kita kena buat emergency operation. Gulp!


Aku pandang Afzan. Afzan pandang aku, senyum dan pujuk. Takpe Ayang. Czer ok apa..Ayang tak rasa apa apa. Tahu tahu je dah boleh jumpa anak. Ayang jangan takut ye..
Terus nurse suruh bukak contact lens, jam tangan, gelang, baju. Pantas betul situasi tu. Aku pesan kat Afzan bagitahu kat group whatsapp family yang aku nak kena operate. Sempat Afzan call Mak tapi Mak tak jawab pulak. Call Abah dan sempat aku cakap dengan Abah. Masa cakap tu, suara dah mula bergetar. Takut sangat ok.


Lepas tukar baju. Nurse tu masukkan tiub untuk buang air kecil. Adoi lah kemain ngilu masa masukkan tiub tu. Tukar katil dan aku pun ditolak keluar wad. Afzan ada follow sekali masa tu. Tangan aku mula menggigil dah. Takut sangat masa tu..pegang tangan Afzan tak lepas. Sampai depan operation theatre, salam Afzan dan minta maaf juga minta dia doakan aku dan anak dalam perut ni selamat. Sebak sangat masa tu. Afzan boleh teman sampai pintu je. Masa tu tahap menggigil aku makin meningkat. Menggigil sebab takut sangat. Ya Allah! tenangkanlah jiwaku..


Sampai je bilik bedah, semua peralatan dah tersedia. Makin menggigil aku tengok peralatan tu semua. Aku diangkat ke katil lain. Ramai jugak dalam bilik tu. Semua pakai pakaian untuk pembedahan yang color hijau tu, kepala ditutup, pakai mask, nampak mata je. Lagi hebat perasaan takut aku. Ada seorang doktor tu datang dan bagitahu dia nak masukkan ubat bius. Bius untuk separuh badan. Aku tanya bius satu badan boleh? Doktor kata tak boleh, bahaya untuk ibu dan baby. Pasrah.
Aku disuruh duduk. Aku dapat rasa ubat bius dicucuk kat tulang belakang aku. Sakit sikit. Lepas cucuk aku pun baring, tangan didepakan. Doktor tadi suruh aku angkat kaki tapi dah tak rasa dah. Ubat bius dah mula berjalan. Tangan kiri dicucuk untuk masuk air, tangan kanan letak alat untuk check tekanan darah. 


Di bahagian dada, diorang halang pandangan aku dengan kain. Aku mula rasa sejuk. Diorang dah mulakan pembedahan. Aku dapat rasa macam perut aku kena conteng conteng gitu. Buat marking agaknya. Lepastu langsung takde rasa apa. Aku boleh bau benda terbakar. Daging perut aku lah agaknya tu. Aku jeling jam dalam bilik bedah tu pukul 8.45 malam. Aku sedar dan dengar dengan jelas setiap perbualan. Semua busy buat kerja. Masa tu aku mula menggigil yang dahsyat. Kedua-dua tangan menggeletar. Dalam hati tak putus putus aku baca surah yang sempat aku ingat. Aku ulang ulang baca. Doa pun tak putus putus.
  Ya Allah..permudahkan urusanku tika ini. Kau selamatkanlah nyawaku dan bayiku. Berikanlah perlindungan yang sebaiknya kepada kami. Bantulah kami Ya Allah..
Tak putus putus aku berdoa. Masa tu wajah Afzan je yang terbayang bayang kat mata aku ni.  :')


Ok..sekarang kita nak tolak baby awak keluar ye. Dua orang doktor (atau bukan doktor) di atas bahu kiri dan kanan aku mula menolak perut aku. Aku just rasa badan aku bergoyang goyang je. One two three. Again. One...Two...Three. YES! kedengaran suara Dr Azlina. Tepat jam 9.09 malam anak keluar dari perut aku. Besar baby awak ni dik..kata yang menolak perut aku tadi. Serentak itu, aku dengar bunyi bayi menangis. Ya Allah! tu suara anak ke tu? Anak dah keluar dari perut mama ke? Kuatnya suara anak. Alhamdulillah..syukur. Terima kasih Allah. sebak sangat dengar suara anak menangis. kuat sangat dia menjerit. Rasa nak bangun nak tengok wajah anak yang selama ni dalam perut aku. Berlinang air mata aku sambil tangan yang dalam keadaan depa tu menggigil gigil. Doktor yang bius aku tadi datang dari atas. Pandang aku dan kata Congratulations..don't cry..awak dah jadi ibu... sambil dia lapkan air mata aku. Semakin laju aku menangis. Ya Allah..gembiranya.. Tak tergambar dengan kata kata rasanya perasaan masa tu.
Ada seorang doktor lain (doktor pakar kanak-kanak) datang dan tunjukkan anak pada aku. Ni baby awak. Cuba tengok boy or girl? Kali pertama aku lihat wajah anak. Ya Allah..indah sungguh ciptaanMu. Semakin laju air mata aku keluar. Sampai kabur pandangan dengan air mata. Aku jawab girl dan doktor tu terus suakan baby dekat dengan aku dan suruh aku cium. Masa tu anak penuh darah lagi. Dengan bibir bibir aku kena darah. hehehe...


 Syukur sangat anak selamat dikeluarkan. Memang ya anak dah berak. Nasib baik tak terlewat aku ke hospital. Alhamdulillah.. 
Selesai dijahit, aku ditolak semula ke wad biasa. Aku masih menggigil gigil lagi masa tu. Dalam perjalanan ke wad aku nampak Pakteh, Makteh ada tunggu di luar wad. Memang betullah mimpi aku malam semalam. Makteh orang pertama yang datang melawat. hehe..
Aku nampak Afzan juga. Suami, kita dah ada anak. Rasa nak jerit macam tu tapi suara aku macam tak terkeluar sebab sejuk sangat. Kesan ubat bius agaknya. Afzan datang. 
Terima kasih, SayangB dah tengok anak n dah azankan dia dah. Anak comel macam ayang
Diorang tengah bersihkan anak. Nanti B bawak anak jumpa Ayang ye... Senyum.









Inilah bayiku. Alhamdulillah. First time dapat pegang anak. Bahagianya rasa :)










Berat baby masa lahir ialah 3.7 kg.








:)










Nyenyaknya anak mama tidur :)











Her first smile :)











Tiga hari di wad dan boleh balik. Alhamdulillah.
Aku terus balik Seremban dan berpantang dengan mak. Alhamdulillah anak takde jaundis. Elok je muka dia merah dan kadang kadang ada kuning sikit. Nurse datang rumah check jaundis clear. Alhamdulillah...










Alololoo omey omey :)
Urusan pendaftaran nama anak pun dah selesai. Kami namakan anugerah indah ini dengan nama Aireen Kirana.











Aireen Kirana binti Khairul Afzan.
Semoga Aireen Kirana sentiasa sihat dan membesar dengan sempurna.
 Mama and Daddy love u so much! :)







Wednesday, November 5, 2014

Baby, bila nak keluar?




Assalamualaikum.

Entri ni sepatutnya aku dah publish sebelum deliver baby haritu tapi tak sempat pulak, So harini konon nak update pengalaman bersalin terus update yang ni dulu. hee


Masa usia kandungan aku 39 weeks haritu, sebenarnya perasaan nervous, excited, dan macam macam lagi lah sentiasa je aku rasa. Nak nak pulak masa last check up dengan Dr Azlina haritu dia kata baby dalam perut ni besar. So masa check up tu aku memang minta Dr Azlina check kan bukaan sebab aku ni selalu rasa baby macam menekan nekan je ke bawah. Kadang kadang rasa macam nak terberanak dah. *over

So bila dah check bukaan tu (sangat nervous sebab first time kann), doktor kata belum ada bukaan lagi. Aku pun macam apa? belum ada bukaan? Tak tahu nak respon macam mana. Due date lagi seminggu tapi belum ada bukaan. Risau memang risau. Masa tu estimate berat baby dalam 3.3kg sudah. OMG! 


So doktor bagi pilihan sama ada nak induce atau nak tunggu sakit normal. Gila apa nak induce? Tapi kalau tak induce, nak kena tunggu lagi..berat baby akan jadi berapa pulak? Dalam dilema sangat masa tu. Tapi doktor suggest tunggu rasa sakit normal..jangan risau tentang berat baby sebab aku tinggi dan tulang punggung boleh support kelahiran normal. Bila doktor dah kata macam tu, rasa lega sikit.


Balik je rumah, mula lah aku menggoogle cara cara nak cepatkan bukaan lah, petua mudahkan kelahiran lah dan segala bagai yang berkaitan. 
Masa tu tidur malam aku pun tak berapa nak selesa dah. Sakit sangat kat celah peha. Setiap malam pun tunggu je bila lah rasa sakit tu nak datang. huhuhu...









11 Oktober, Afzan ada tournament snooker. Baru plan nak ajak dia jalan jalan kat mall. Petua cepatkan bukaan ialah banyakkan berjalan. So, aku ajak Naim dan Emak je lah datang Melaka bawak mak buyung sarat ni berjalan jalan :p










Time makan jangan cakap lah. Selera makan aku kemain dahsyat. Lepas makan ni boleh lagi hadap pretzel auntie annes tu. 












Sampai ke petang Naim dan Mak melayan aku berjalan jalan dengan harapan malam nanti ada tanda tanda nak bersalin dah sebab rasanya banyak dah aku berjalan ni.



Tapi malam tu pun tiada tanda nak bersalin pun. Juga dua tiga empat malam sampai ke due date tetap juga tiada tanda nak bersalin......



Jumpa next entri!








Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com