Followers

Pages

Wednesday, May 29, 2013

wordless wednesday : Bye Baby :(







Kucing yang terpaling saya sayang kini telah tiada. Semoga aman di sana, Baby.
Sumpah saya sangat rindukan dia :(




Tuesday, May 28, 2013

I'm officially engaged!


Assalamualaikum.

Alhamdulillah saya telah pun bertunang dengan izin Allah. Segala persiapan dan cerita majlis saya tu nanti saya cerita kemudian ye. InshaAllah kalau rajin. :p
Sekian lama kan tak cerita kat blog ni. Terlalu banyak yang jadi dalam hidup saya dan kebanyakan sedih sedih dan disebabkan itu saya rasa macam nak stop berblogging. Datangnya mood berblog ni ialah sebab nak kongsi kegembiraan sepanjang kehidupan saya. Kalau boleh nak share semua yang gembira gembira je. Tapi mungkin saya lupa yang hidup kita tak selalunya indah. Dugaan Allah tu datang bila bila masa tanpa kita duga pun. Alhamdulillah kekecewaan saya Allah telah  ubati dengan kebahagiaan yang sebenar.







 Doakan saya ye :')




Cuma kadang kadang tu saya terpaksa hadapi jenis manusia yang tak sudah sudah nak ambil tahu hal orang lain. :(








Ada lagi hebat dari ni tapi tak payah lah saya masukkan di sini ye. Kita masukkan soalan yang light light aje supaya pembaca saya pun mood light light je. Biar saya panas sorang takpe :)
Kenapa saya bertunang dengan orang lain katanya. Eh? Ada ke saya buat pengumuman yang saya akan bertunang atau berkahwin dengan si polan bin si polan sebelum ini? Takde kan. Apabila dah tahu yang saya bersama orang lain, maka tugas kamu doakan aje lah yang baik baik. Tak perlu tanya yang bukan bukan lah kan. Jangan buat saya sedih lagi boleh kann :)


Takde siapa betul dan takde siapa salah pun. Semua ni aturan Allah. Dia temukan kita dengan orang yang salah pada awalnya supaya kita lebih bersyukur dengan pasangan kita yang sebenar. Jika benar pun saya ialah mangsa keadaan, biarlah. Saya tetap doakan kebahagiaan dia kerana saya juga sedang sangat bahagia sekarang. Alhamdulillah :)



Yeayy I'm officially engaged! 




Monday, May 27, 2013

Anugerah Kelas Terbersih - bulan April



Assalamualaikum.

Alhamdulillah bulan April yang lalu, kelas 'kesayangan' saya tu menang anugerah kelas terbersih lagi. Dapat duit lagi. Apa nak buat dengan duit tu? Firstly, kena beli alas meja guru yang telah hilang. Ya HILANG. Betapa sakitnya hati guru tingkatan ni bila masuk kelas tu tengok tengok alas meja guru gorgeous yang saya beli tu telah tiada. Hilang sebab kelas tu digunakan untuk pilihan raya haritu. Dah lah buat alas meja hilang, kelas pulak huru hara bersepahnya. Dengan kerusi meja dah ke mana mana. Pastu lantai bersepah pulak dengan sos kicap apa entah. Kurang ajar betul. Guna kelas orang pastu buat kotor pastu tak bersihkan pastu hilangkan alas meja pulak. Panas je hati saya ni tau. GGrrrrrrrrrr..


Siapa lagi yang bersihkan kelas tu kalau bukan guru tingkatan ni? Pelajar pelajar buat juga tapi setelah saya membebel bebel sehingga penat. Sabar je lah.







Ni ialah projek terbaru kelas 4 Zamrud. Sebenarnya dah lama tapi sebab saya jarang update kat blog ni kan, maka ia menjadi terbaru lah tu. Buat perkataan 'LANDSKAP' kat atas jejaring tu menggunakan kertas berwarna hijau.










Dan hasilnya, menyenangkan hati saya. Cantik :)
Dari jauh dah nampak tu kelas pelajar landskap saya. Sama sama lah engkorang jaga kelas tu ya anak anak murid.











Ni pelajar nak ambik hati. Punya lah beria sampai lantai kelas pun nak dimopnya. Mop satu kelas pulak tu. kelas lain hado?? Takdo kan. Saya pun jadi marah jugak time tu siap cakap eh tak payahlah kang orang lalu lalang nampak ingatkan awak kena denda. Dia degil nak jugak mop. Ikutkan ajelah. Mop lah murid, mop sampai berkilat lantai kelas kita yee :p









Anugerah Kelas Terbersih Bulan April - Tingkatan 4 Zamrud. Alhamdulillah...
Semoga di bulan Mei kita menang lagi. Aminnn...
Bye :)





Alhamdulillah :)





Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com