Monday, January 31, 2011
cikgu ayu
lovingly created by yana lyana at 11:29 PM 3 butterflies concerned.
Labels: video terpilih
geng enam jahanam
Ini broadband kawan lelaki. Bukan housemate punya tau. Kat Gemas, aku ada dua orang housemate dan tiga kawan lelaki yang sama-sama posting bulan november haritu. So, kitorang selalu keluar makan sama-sama secara berjemaah. Meluahkan perasaan pasal kerja, pasal anak murid dan pasal semua. :)
Ni lah kami. :)
Oh housemate aku lagi sorang takde mase ni sebab dia ada hal. So tinggallah kami berlima menghadirkan diri ke kenduri di rumah seorang Cikgu India ni. Cikgu India ni dulu SMK Gemas pastu dah bertukar ke SMK Jelai. Sebab tu dia kenal aku dan yang lain-lain tu. Dua orang lelaki dari kiri tu sewa rumah kat Gemas tapi diorang cikgu kat SMK Jelai. Terpaksa duduk kat Gemas sebab kat Jelai takde rumah sewa. Hanya ada Ladang getah je kot. :p
Kau tengok perempuan paling kanan tu. Tak boleh selekeh lagi ke makcik? hehehe...Dah kata jiwa raga aku bukan di situ kann..ggrrrrr
27 dan 28 Januari lepas ialah birthday Kay dan Zaki. So, aku dan yang lain-lain nak celebrate lah konon-konon untuk menghiburkan hati. hee
Dah kat Gemas tu fast food nya ialah semata-mata hanyalah KFC, maka kita terjah KFC je lahh.
Boring. boringg.
Ok jom aku kenalkan kawan-kawan aku kat sini. :)
Ini Rosmi. Satu sekolah dengan aku. Dia sebaya dengan abang aku kot tapi takde maknanya aku nak panggil dia Abang Rosmi ok. Kirim salam banyak-banyak. hehehe :p
Ini Fizi. Dia cikgu kat SMK Jelai. Mula-mula kenal macam malu-malu kambing sikit. Dah lama kenal ok je. Bab bahan membahan ialah lumrah perbualan. hahaha :p
Oh ya dia juga tua setahun dari aku tapi still aku tidak memanggil dia Abang Fizi ! hee
Berkat keikhlasan kitorang membeli kek ini, rasa dia sebijik macam kek chocolate indulgence kat secret recipe tu tau. Serius weh aku tak tipu. huhu..
Yang tengah berdiri ambik gambar tu ialah Una. Takde gambar dia sensorang pulak sebab dia willing to be a photographer pada malam itu. hehehe..
Alamak yang tudung pink tu. Sebok macam lah tu cake birthday dia. :p
Gambar diambil oleh pekerja kfc yang asik jeling-jeling kek weols. kekeke..
Inilah enam jahanam. Aku main reka je nama ni sebab ahli jawatankuasa ada enam orang kan. Tapi semua baik-baik belaka. Tak jahanam pun. heee
So, susah senang gembira duka aku kat Gemas ialah bersama mereka.
:)
lastly.......
HAPPY BELATED BIRTHDAY CIKGU KAMARIAH & CIKGU ZAKI !
:)
lovingly created by yana lyana at 11:16 AM 2 butterflies concerned.
Labels: viva forever.
Sunday, January 30, 2011
ehem ehemm
Untuk kedua kalinya aku merasa ada duit sendiri. Kerani sekolah aku pantas bekerja nampaknya. Bagus. hehe :) Lalu bila ditolak dan ditambah hutang atau pemiutang dalam list buku 555, maka kata putus dicapai untuk beli alat komunikasi yang baru. Memandangkan L'amour kesayangan aku telah hilang tempoh hari, dan sekarang meminjam L'amour kss, jadi gerak hati mengatakan harus beli !
Figura : Adik lelaki kusyuk berfacebook.
Taraaa.....!
Aku pakai bb dah sekarang. hohoho..Kau ada? :p
Haha belagak sangat kau ni yana padahal korang dah lama pakai dah kan?
hehehe...
Aku taknak blackberry. Aku carik pinkberry sebenarnya tapi tak jumpa pulak. heee~
:p
JOM BBM??
lovingly created by yana lyana at 6:56 PM 8 butterflies concerned.
Labels: randooom
Friday, January 28, 2011
kenderaan, cepatlah sampai !
Bye.
lovingly created by yana lyana at 12:16 AM 8 butterflies concerned.
Labels: live life cool
Tuesday, January 25, 2011
quick update!
Aku ada berkenan dengan satu tempat tisu ni. Dah lama dah usha tapi tak beli-beli sebab konon-konon tunggu design lain yang lebih ranggi lagi bergaya lah kan. Tapi..sampai lenguh mata aku memandang album car tissue holder kat HERMOSA COLLECTIONS setiap kali bukak facebook tapi tak jugak ada design baru. hee
Last-last rembat aje lah.
Taraaa. Inilah car tissue holder perisa louis vuitton yang dah berjaya sampai ke rumahku di Senawang sana. Takdenye aku nak bagi alamat kat Gemas ni. Kirim salam. Eh tiba-tiba. :p
Tapi........
tapi........
tapi.......
Beria sangat beli aksesori kereta, kereta kau mana yana??
jeng jeng jengggggg........
lovingly created by yana lyana at 11:27 PM 12 butterflies concerned.
Labels: kisah medan maya, sharing is caring
Sunday, January 23, 2011
Selamat pengantin baru Kamal dan Liyana...ehh?
lovingly created by yana lyana at 10:05 AM 4 butterflies concerned.
Labels: kisah medan maya
Saturday, January 22, 2011
alamak..takut lah!
Suatu petang, aku dan kawan-kawan tengah lepak-lepak kat depan tv di tingkat bawah. Bilik kitorang kat tingkat atas.
lovingly created by yana lyana at 11:37 PM 8 butterflies concerned.
Labels: live life cool
Friday, January 21, 2011
percutian ke bukit tinggi vol 3
Seriously, bangunan kat Bukit Tinggi ni semua cantik-cantik. Ni antara faktor juga yang mendorong pengunjung ke sini. Ala-ala pergi bercuti ke luar negara gitu padahal kat Pahang je pun. heee
Semua cantik! Air terjun tu pun cantik. :)
Belon-belon buih ni banyak dijual kat sini. Tapi aku tak beli pun sebab rasa macam dah tua je untuk main belon tu. hehehe
Bila belon-belon tu makin banyak, makin cantik persekitaran kat situ. Rasa macam di dunia khayalan.
Wahhh over! :p
Silalah datang pagi sebab kalau sesak pun tetap rasa segar. Sejuk!
Ayahanda saya :)
Berjalan-jalan di kota London. Ewahhh :p
Kan dah kata memang hari krismas. Mana-mana pergi pun ada bola-bola api ni. hee
Terpaksa ambik gambar family secara timing sahaja. Sebab nak suruh siapa pulak tolong ambikkan gambar kan. Kang tak pasal je hilang harta. Terus pulang dalam kehampaan pulak tetiba. Eh merepek tetiba. dush!
Feeling band pulak bila ambik gambar macam ni. Haha.. Masa ni Naim sorang je yang panjat bangunan cantik yang tinggi tu. Yang lain semua tak berapa nak larat. hehe..:p Dan bila dah panjat, harus pula ambik gambar kitorang yang kat bawah ni. :)
Dan ini ialah perigi impian. Eh yeke? Tah apa nama dia aku pun terlupa sudah tapi lebih kurang itu lah nama dia. Biasa je perigi tu sebenarnya tapi ramai gila siap berebut nak ambik gambar kat situ. Kitorang pun pelik lalu turut menjadi gayat jugak la ambik turn ambik gambar di situ. Padahal takde ape pun. hahaha...:p
Nasib baik encik fotografer layankan aje aku dan adik yang gila glamour ni. heee
To be continue....
lovingly created by yana lyana at 11:45 PM 9 butterflies concerned.
Labels: family
Sunday, January 16, 2011
oh landskap !
Subjek tu macam sangat subjektif tau. Murid-murid tak dibekalkan buku teks untuk subjek Landskap tu. So, untuk nota-nota, memang diorang harus salin di dalam buku nota masing-masing. Caranya? Sudah tentu cikgu yang tulis kat papan hitam lalu murid menyalin. Kenapa? Sebab..kelas tu ialah kelas last, di mana ada antara mereka yang tak tahu membaca.
*___*
Ni kolam kat Bengkel MPV : Landskap. Masa mula-mula masuk kelas untuk subjek ni aku ajar teori dulu. Teori ok je sebab takde aktiviti sangat pun. Guna teknik chalk and talk je pun diorang dah faham. Bila hari esoknya ada landskap lagi, aku mula gundah gulana. Apa nak ajar ni...hahaha..
Masa mula-mula aku dapat tahu aku kena ajar subjek ni, aku dah berjumpa dengan cikgu yang lebih berpengalaman dah. Dia kata subjek ni memang banyak amali. Sehari, untuk subjek landskap sahaja dah makan 3 waktu. Setiap hari ada subjek ni kecuali hari jumaat. Lagi satu, mengikut perancangan, bab-bab yang ada dalam buku panduan tu kita tak ikut seratus peratus pun. Kiranya ada bab yang dalam tingkatan lima akan diajar ketika tingkatan empat.
*Aku semakin blur*
Serius ohh. Pada pendapat aku, untuk subjek yang macam ni...kalau cikgu baru macam aku ni diberi tanggungjawab mengajar subjek ni, memang boleh. Tapi bukan terus masuk kelas dan ajar. Sebabnya, aku takde basic pun pasal landskap ni. At least, dalam masa sebulan ke..biar aku diberikan seorang mentor. So, bila mentor ni masuk kelas dan start mengajar, aku boleh tengok macam mana, apa benda semua tu pasal subjek ni. Tak la aku terpinga-pinga nak mengajar. Kalau suruh bancuh konkrit yelah aku boleh sebab kita dah pernah buat...ni landskap? celah mana pulak aku pernah belajar kan. :(
Tapi cabaran ni aku hadapi juga. Muka habes kawal dah untuk membentuk keyakinan diri di hadapan murid-murid. First amali, aku ajar diorang medium semaian. Tiba-tiba aku macam dah expert pulak benda tu sebab dia main dengan nisbah jugak. Macam bancuhan konkrit jugak lah kan ada nisbah bancuhan tertentu kan. heee
Alhamdulillah diorang buat jugak kerja dengan baik walaupun mulut asik pok pek pok pek tak berhenti bercakap. :)
durantal gold |
Inilah kerja pertama yang diorang buat. yeayyyy! :)
Seronok pulak bila nampak kerja diorang siap. Ni kerja paling mudah, masing-masing rajin lah kan...cuba bila tiba masa projek besar macam simen fero nantiiii...haa siapa yang selalu bermalas-malasan tu memang mendapat lah dia. Cewahh..hahaha :p
Ajar landskap pakai crocs sudah.
UOLS DOAKAN AKU BERJAYA HADAPI SEMUA NI K.
lovingly created by yana lyana at 3:44 PM 7 butterflies concerned.
Labels: career focus