Followers

Pages

Saturday, February 12, 2011

percutian ke bukit tinggi vol 4



Sambungan entri :







Dan sekarang volume 4. :)




Apa lagi yang boleh buat di Bukit Tinggi sana selain jalan-jalan cari makan ambik gambar. Kalau nanti nak buat wedding photoshoot kat sini pun cantik kot. Pastu terus honeymoon situ kalau kau nak save bajet taknak berhoneymoon di luar negara. Uish rugi lah save-save bajet ni. :p





Ok. Tangga ini ialah menuju ke bahagian bawah yang ada kolam-kolam. Pastu ada taman-taman dihiasi landskap-landskap yang sedap mata memandang. Cantik! Siapa yang cintakan alam sekitar juga tumbuh-tumbuhan memang sesuai datang ke sini.





Masa ni dah pukul 1 lebih tapi rasa macam 8 pagi sebab suasana dia sejuk je. Make-up pun tak berani nak cair ok.
Kekekeke :p





Dah sampai kolam!
Swan ke angsa ke apa nama binatang ni eh? hehe. Tapi kiut ohh. :) Aku nak pegang dia tapi dia malu-malu. Dia datang dekat tapi sikit lagi aku nak sentuh dia, cepat-cepat dia terkedek-kedek berenang tempat lain. gggrrrrrr.....






Jinak-jinak merpati eh swan rupanya.






Ya Allah muka aku takleh lagi cuak ke? hahaha.
Boleh pulak swan tu datang dekat pastu macam nak patuk tangan aku. Aku nak pegang aje lah tapi dia nak main patuk-patuk pulak. Huh swan nii...biasa dia tuu! Nasib baik kau kiut tauu. huhu..






Ewahh..Feeling bergambar kat salji. :p





I pun nak tapi tak nampak salji pun. 
*__*






Ok fine semua nak ada salji.







Ok fine lagi.





:)






King & Queen of my heart. <3







Pastu kita naik van membawa penumpang ni menuju next destination. Berebut-rebut nak naik van ni sebab dia guna sistem siapa cepat dia dapat. Sampai kau akan rasa nak marah la kalau tunggu sekian lama last-last orang yang baru je tunggu dapat naik tapi kau tak jugak dapat naik. huhuhu...
Nasib baik datang situ untuk bersuka ria so malas nak marah-marah sangat. Senyummmm aje sambil menunggu selama dua jam........
hahaha...:)



to be continue.......



Friday, February 11, 2011

diary sebabak yang sebak



Assalamualaikum.

Amboi lamanya tak update. Ada yang rindu kitee tak? hee
Minggu ni ialah minggu bekerja yang lek lek saja. :) Sebab jadual baru dah keluar dan aku dah tak perlu nak pening-pening kepala fikir apa nak ajar untuk subjek sains. Sekarang aku hanya mengajar subjek Landskap dan Kemahiran Hidup ( Sains Pertanian ) sahaja. Oh dan satu lagi, tiba-tiba kena ajar PJK. hee tapi takpe, subjek tu untuk main-main je kan. :p Rasa macam dah kurang beban di kepala hotak ni. hehehe...




Lama dah tak letak gambar camwhore sendiri macam ni. hihi malu lahh. 

Sepanjang minggu ini, topik hangat di sekolah ialah banjir. Bukan sahaja anak-anak murid yang menjadi mangsa banjir, bahkan ibu-ibu murid juga bapa-bapa murid pun terlibat sama. Kesian ok. Diorang datang sekolah sehelai sepinggang je dah takde harta. Bila aku suruh masing-masing bukak buku untuk salin nota, mangsa-mangsa banjir senyap je.

"Dia mangsa banjir cikgu" kawan-kawan lain tolong menjawab.

Kesian.
Tak sampai hati nak marah sebab buku semua dah hanyut dibawa arus banjir.
*___*





Rumah sewa dah ada langsir cantik! :)
Depan rumah weols ada tanah, maka haruslah bercucuk tanam di situ untuk menambah pendapatan. Hahaha pendapatan lah sangat kann. hee :p

KERETA AKU MASIH BELUM SAMPAI.

Sepatutnya, akak penjual kereta tu cakap kereta aku boleh dapat bulan Januari haritu. Pastu tah hape kejadah la tangguh punya tangguh punya tangguh. Aku sabar aje walaupun hati dah agak mendidih. Pastu masuk bulan Februari. Aku pura-pura sabar lagi.
Hari Selasa haritu, ketika aku tengah menunggu masa untuk masuk kelas sambil-sambil buat rancangan pelajaran untuk esok, akak penjual kereta call.

"Yana, alhamdulillah kereta ko dah sampai dik..."

Hanya tuhan yang tahu betapa lapangnya perasaan aku ketika itu sampai tak berhenti senyum ok. Masuk kelas nak mengajar pun semangat je. :)) Aku pun rasa aku harus balik minggu ini untuk ambik kereta aku tu. Sebelum tu, ada beberapa kali jugak akak penjual kereta tu hubungi aku untuk confirmkan pasal berapa kena bayar, dia nak salinan lesen dan ic segala bagai tu. Bila aku tanya Sabtu boleh ambik ke kak, sebab aku bajet nak ambik hari Jumaat memang tak sempatlah sebab aku gerak pun dah tengah hari dari Gemas kan. Akak tu cakap boleh. So aku on je lah.

Siang tadi lepas sekolah habes pukul 12 tengah hari, aku terus nak balik. Nak naik train pergi ke Bahau dan dari Bahau, naik bas terus ke Seremban. Dah la train yang aku naik tu takde aircond. Hampeh betol. Panas gila ok. Siap berpeluh-peluh. Dengan pakai baju kurung. Hadoi. Menguji kesabaran betul. Sampai je rumah dah petang dalam 5.30 macam tu. Lalu mak aku pun call akak penjual kereta tu, nak tanya macam mana nak ambik kereta. Tiba-tiba akak tu cakap kereta tak sampai lagi. Ada kat Tanjung Malim lagi. Sungguh kambing!

Aku memang tak puas hati. Aku pulak yang call akak tu. Tanya dia bila aku boleh dapat kereta aku. Dia pun terangkan tah haram jadah apa tah malas aku nak dengar. Aku bukan nak dengar proses penjualan kereta. Aku just nak tahu bila kereta aku boleh dapat. Kenapa haritu cakap kereta dah ada tapi tiba-tiba cakap belum sampai. Ha marah ni. Marahh. Aku dah balik Seremban ni. Minggu depan nak balik tak boleh sebab ada hari ganti sekolah. Dia cakap paling lewat pun dia cuba minggu depan. Aku cakap habes tu saya nak balik Gemas camne ni kak?
Susah-susah sangat biar akak hantar ko balik Gemas!

Hamboiiiii. Dia pulak marah aku. Gggrrrrrrrr...

Aku kalau marah-marah macam ni terus menangis. Hati tisu betul lah. Benci tau.
:'(




BENCI AKAK PENJUAL KERETA!





Sunday, February 6, 2011

kak nina sayang kamu




































Friday, February 4, 2011

apa yang best kat port dickson?



Assalamualaikum.
Haritu aku tengok keywords belog aku kat nuffnang, antara keyword yang mencuri tumpuan aku ialah 'apa yang best kat gemas?' Ok memang kalau orang yang search tu tersesat masuk belog ini akan sumpah seranah aku kan sebab langsung tak membantu dalam usaha pencarian dia. Maafkan saya. huhuhu..

Ada tak yang search kat google ke yahoo ke apa ke pasal 'apa yang best kat port dickson' pastu tersesat masuk sini lepasni? 
Yeah anda memang bertuah sebab saya memang dengan sukacitanya nak bercerita ni. hehehe :p


Port Dickson memang tempat santai-santai dan tempat berkelah berkhemah yang boleh dikira ok ok la. Pantai pun cantik. Tapi bab buaya tu i tak tahu kalau tiba-tiba dia muncul ketika kau sedang bermandi manda hokey. heee~




















Aicehhhh dua orang comel ni. Jangan suka berlakon sangat boleh tak?
kekeke :p












Dan satu lagi yang besttttt.













Jeng jeng jenggggg.......
















Jeng jengg jengggggggggg........(eh terdua kali jeng jeng pulak :p)














Inilah dia yang best juga BAGI AKU. Bagi uols tak tahu lah kan...hehehe...






Kedai bundle. hehehehe...


Ok ok. Jangan lempang aku. Meh aku terangkan kenapa aku kata kedai bundle ni best. Jarang kan kita jumpa baju bundle yang jual dress untuk perempuan. Sekarang ni semua main online je macam entri yang pernah aku buat ni dulu. Tapi...berganda-ganda kot diorang ambik untung padahal harga baju tu RM 5 saja ok. Aku masuk je kedai ni, terus lupa diri ohh. Berpeluh-peluh tengok dress yang banyak gila kat situ. hahaha. :p So, lepasni kalau ke Port Dickson, singgah-singgah la sini.
*Saya ikhlas memberitahu, saya tak dapat satu sen komisen pun*






HA TERUS 5 HELAI AKU SAPU. hehehe..
Jemputlah ke Port Dickson untuk bersuka ria bersama keluarga. Sambil-sambil tu boleh shopping dress kat Kedai Baden Baden Bundle. heee~



Bye.
:)



Tuesday, February 1, 2011

yeay! berjaya pindah


Assalamualaikum.




Siang tadi i ke kedai basikal sebab nak beli basikal. I merajuk dengan akak penjual kereta sebab dia tipu i dia cakap kereta boleh dapat bulan januari sekarang kau cakap ini ialah bulan apa sudah? Rasa nak maki tapi i masih ada budi bahasa cakap lembut je ooo takpe kak i tunggu yeeeeee.




Dan inilah basikalnya.
Pedulik lah anak murid tiba-tiba dah tak panggil i Cikgu Ayu dah lepas ni. I tak kesah pun.
*pasrah*




Berkaitan dengan tajuk entri, aku dah housemate dah berjaya pindah. Ni ialah tikar getah yang kami bertiga pasang. Betapa gigihnya memasang tikar getah yang maha berat juga mahal ini. huhuhu.
Kenapa color pink? sebab aku suka pink! Boleh?
Hehehe..tak la..sebab corak tikar ni je yang paling cantik juga muda remaja. Yang lain semua stok bunga-bunga tua. Kalau pasang tikar bunga-bunga tua tu nanti rumah weols dah macam perpustakaan lama. Omg! Taknaklah duduk rumah dengan suasana itu. hehehe :p Color pink weols pasang kat ruang tamu dan kat bahagian dapur. Memang girlish habes. Stok anak dara idaman mak mertua lah sebab rajin memasak dah lepasni sebab dapur dah berseri. kekeke :p




Orait. Kawan baik pink ialah purple kan?
Maka weols pilih purple untuk next color. Corak yang sama supaya pink tak merajuk. hahaha merepek ape ni yana?
Tikar color purple kita pasang kat bilik. Ketiga-tiga bilik. Sekarang rumah weols dah cantik cuma tak berapa complete lagi. Kita akan cuba mengcompletekannya sedikit demi sedikit bergantung kepada ekonomi masing-masing. heeee~





Ha cantik tak langsir weols? :p
Combination selimut, cadar dan kotak-kotak memang menimbukan suasana romantik kan? hahaha.. Sedih kot takde langsir. Terpaksa buat macam ni untuk sementara waktu. Kalau tak mesti orang kat luar pengsan sebab boleh nampak aktiviti tiga orang penghuni rumah ini. hehehe...



RUMAH BARU IALAH SANGAT BEST DAN I SANGAT SUKA. RUMAH BARU JUGA TAK TERJEBAK DENGAN BANJIR SEBAB BERADA DI KAWASAN TINGGI. :)






* Ok basikal tadi tu adik lelaki yang punya.



Bye.



Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com