Followers

Pages

Sunday, November 27, 2011

lagi lagii lagiii




Assalamualaikum.
Salam hujung minggu uols. Oh, salam maal hijrah juge. :)
Minggu ni ialah minggu cuti-cuti bahagiaa. Dapat lepak-lepak kat rumah selama 4 hari dengan semua kesayangan ada di sini. Sungguh syorga! :)








So petang tadi takde apa plan pun. Duduk rumah saje-saje pun boring jugak. Nak pergi bercinta, kekasih takde pergi kenduri kahwin kawan kat maktab dulu. So, pergi cari pasal lah nampaknya. Kat gambar atas ni, selain seketul wajah apa lagi yang korang nampak?
















Tak nampak?



















Ehem. Sekarang nampak? 
Baden Baden Bundle lagi...LAGI? Ye lagi uols. Miskin sangat nampaknya aku ni kan asik beli baju bundle aje. :p
Cuci mata je uols. Sebenarnya nak jalan-jalan tengok pantai kat Port Dickson tu, tapi orang kemain ramai lagi. Sesak. Elok-elok nak tenangkan fikiran katanyaa terus serabut di situ. Last-last pergi minum petang. :p









Eh Bangi Kopitiam lagi. LAGI? Ye lagi uols. hehehe..
Padahal kat Port Dickson tetiba sesat pulak Bangi kan. Layan aje.









Hai. Weols ialah air rupawan.









Hai. Weols ialah tak sedap.
Sumpah tak sedap ok. Mi hailam dengan Mi udang yang terpaling cincai. Harga tak setanding rasa. Segala sudut kurang. Kurang rencah, kurang sedap, kurang pekat, kurang rasa. Harga je tak kurang. Cewahh macam juri masterchef pulak kan nak komen-komen kurang rasa kurang apa segala. ekekeke...








Tapi memang kenyataan. Korang tengok telur kat atas ni. Patutnya telur setengah masak kan? Patutnya telur kuning tu cair bergoyang-goyang kan? Ni apa kes bagi telur rebus pulak ni? *Frust
Nak mintak tukar, orang ramai sangat. Confirm dapat lambat nanti.








Rezeki depan mata......









Makan aje la.......









Tapi tak habes. 
Pastu Naim carik pasal, dia tinggalkan nota atas meja makan. Tulis pakai pensel. Pastu cover dengan mangkuk. Pastu pergi bayar. Pastu laju-laju balik. hahaha.. :p






' Telur tak sedap?
Kedai banyak lalat! '







Masalahnya, kenapa soalan pula yang ditulis di situ? Nak buat iklan?
:p






* Esok balik Gemas lagi. Selasa jaga SPM lagi. Bye uols.












Bye. (Lagi)


Sunday, November 20, 2011

update minggu ini



Assalamualaikum.


Hai uols. Aku baru balik dari join perkhemahan perdana unit beruniform di Kem Asahan, Melaka. Last week aku sibuk jaga SPM dari hari selasa sampai hari khamis. Pastu hari Jumaat sekolah aku buat Hari Anugerah Kecemerlangan. Terkejar-kejar nak settlekan semua kerja nak-nak pulak dah habes persekolahan ni kan.
Tak cukup tangan rasanya siapkan semua. Hari jumaat sepatutnya pukul 12 tengah hari dah boleh pulang pun pukul 3 petang juga baru sampai rumah. Pukul 5 petang bergerak pula ke Kem Asahan tu join segala mak nenek aktiviti kem tu lah. Nanti ada masa i cerita pasal kem pula ye. 


Sekarang ni badan rasa letih sangat. Lengan i rasa macam ada otot-otot baru sebab dukung murid sakit. Mata rasa cam mengantuk lagi padahal balik petang tadi dah qada' tidur dah. heeee :p
Dah makin tak berapa nak remaja ni, rasa macam liat je nak join aktiviti lasak melibatkan fizikal. Kalau dulu tu bab panjat gunung layan aje. Sekarang ni kemain malas lagi. Seronok sebenarnya aktiviti lasak macam tu tapi persekitaran membantutkan niat di hati ewahh. I jadi pemantau aje cukup lah.


Esok paper Pendidikan Islam. Tabah je lah hati ni penat tak habes lagi pun masih kena bertugas jaga budak jawab exam. Padahal cikgu lain yang tak jaga SPM terlepas pulak tak payah pergi perkhemahan perdana pastu boleh bersenang lenang di rumah layan suami 24 jam. Eh? Alasan ada anak dah cukup kuat nak elak dari menyertai tugas outdoor seorang guru pastu lepas tangan bagi kat cikgu-cikgu baru yang hanya menurut perintah ni. Hey, i pun ada anak ok! anak mata, anak tekak, anak rambut, anak baju. Eh lagi? Laser sangat ke statement i kali ni? hehehe.....








I merungut-rungut pun kerja tetap buat ok cuma hati jadi bengkak sikit aje.









Oh hampir terlupa.17 November yang lepas ialah hari jadi adik yang ke 18 tahun.
'Selamat hari lahir yang ke-18, adikku. Semoga panjang umur, murah rezeki, hati senang dan lapang nak belajar, sihat selalu, dan segala kebaikan adalah milik kamu.
Kakak sayang kamu terpaling sangat. Muah!'



Bye uols. :)





Tuesday, November 15, 2011

ha emo niii..EMO.



Assalamualaikum.


Teknologi sekarang semakin disalahguna. Orang nak kejar kemajuan tapi fikiran masing-masing makin mundur pulak. Otak letak kat lutut agaknya. Aku makin meluat nak bukak facebook sekarang ni. Setiap hari ada je benda bukan-bukan. Page jangan cakap lah, sebut je ko nak page apa..semua ada..tinggal ko nak like ke tak je. Betapa senang nya nak create page sendiri kat facebook sekarang ni kan. Paling tak boleh blah kalau page yang berunsur lucah, page nak menjatuhkan maruah orang lain, page membenci orang lain, page pecah belahkan masyarakat..bla...bla...


Aku memang buat tak reti je dengan page semua tu. Tapi yang buat aku jadi reti ni bila mana kalau kawan kita komen atau like mana-mana gambar, kan ke keluar kat home page kita? Contohnya...Ali commented on Abu's picture. Dan keluarlah gambar si Abu itu kat home page kita. Tiba-tiba kita pun jadi tahu lah pasal benda tu kan uols?


Yang jadi masalahnya kalau melibatkan gambar bogel-bogel ni..Si tukang komen ni pun satu hal...ko tak payah sebok nak komen lah kan. Tukang like pun lagi lah aku tak faham. Apa yang ko like sangat tu? 







Ni ha gambar pasangan gay. Lantak dia lah. Dosa dia urusan dia lah. Kenapa pulak tukang share nya tu nak lebih-lebih? Tak tahu lah kot kau nak tolong sebarkan dosa-dosa dia tu kan.






Ni satu lagi. Tak kisah lah kalau ni bukan gambar asli ke, gambar edit ke apa ke. Yang penting tukang sebarkan gambar ni apa masalahnya? Memang jelas lah kau salah sebab kau aibkan budak ni dengan cara kau upload gambar dia dan berjuta-juta orang tengok. Pastu pulak, aku lagi tak faham dengan yang tukang like tu, tukang share lagiii lah aku tak faham. Lepas share tu ayat tak boleh blah..insaflah wahai perempuan lah segala..tapi kau pergi sebar gambar perempuan ni kau tak reti insaf ke?







Ni pun sama. Allah je yang tahu siapa sebar gambar ni kan. Tapi bila melibatkan maruah wanita macam ni aku tak boleh blah betul la. Yang like tu ikut hati nak je aku pampang nama dia tak tolong censoredkan biar semua tahu kau gatal nak mampus!
Siap kutuk-kutuk lagi ni bohsia mana lah itu lah ini lah. Lelaki memang takde perasaan lah kan komen ikut sedap kau je macam emak kau bukan perempuan. Macam kau lahir secara tiba-tiba bukan dari rahim emak kau. Malu ok baca komen-komen lelaki durjana semua tu. Aku sebagai perempuan ni terasa malu yang teramat sangat. Nak-nak pulak kalau dia berada dalam list kawan-kawan aku. Terus block lelaki bongok macam tu walaupun aku kenal dia selama ni baikkk je. Mulut longkang betul tak reti hormat perempuan. Bagi aku perempuan yang bergambar tak senonoh macam tu memang jelas lah dia salah tapi yang konon-konon kau betul sangat tu tak payah nak aibkan lagi perempuan tu. Kau pun lebih kurang je. 




Kesimpulannya, aku benci lelaki tak reti hormat perempuan. Ptuih banyak-banyak!




Monday, November 14, 2011

Heroku Bubu



Assalamualaikum.

Korang tahu cerita tentang seekor kucing bernama Hero yang dipotong tangannya oleh manusia kejam sebab mencuri ikan? Aku ada terbaca cerita pasal kucing ni lama dah pastu dah hampir lupa-lupa. Tapi baru-baru ni bila kisah Hero keluar dalam berita di TV3, terus aku jadi touching balik. Kejam nya lah manusia sekarang ni kan. Makhluk Allah yang comel macam ni pun tak dikasihani. :'(


Jom ikuti kisah Hero ni dari hamba Allah yang sangat berjiwa mulia. Baca terus dari blog beliau DI SINI.
Aku baca kisah tu memula bergenang je air mata lama-lama dah berlinang. Dasar over kann. :p Tapi kalau kita hayati pun memang touching uols. Serius.







Semoga Hero dipanjangkan umur. Kalaulah Hero boleh bercakap, mesti tak terluah ucapan terima kasih dia buat tuan dia tu. :))







Semoga suatu hari nanti semua manusia mempunyai jiwa penyayang seperti penjaga Hero ni.








Bubu...Awak suka tak dapat tuan macam saya? eh








Bubu dah jarang ikut aku balik Gemas. Akhir tahun memang banyakk sangat kerja sekolah nak kena settlekan. Kalau bawak Bubu nanti terabai pulak dia  so aku tinggalkan aje kat Seremban. Boleh jugak bergumpal-gumpal dengan Baby. Tapi bila dah kat Gemas ni, rindu pulak kat Bubu tu. Takde dah yang nak sambut kitorang balik keje. huhuhu... Rindu!






Saturday, November 12, 2011

annual dinner yang sentap



Assalamualaikum.
 
Apa terlintas di fikiran korang kalau sebut pasal Annual Dinner? Aku rasa lebih kurang sama je apa kat fikiran korang dengan apa kat fikiran aku. Annual dinner ni ala-ala jamuan akhir tahun paling grand, ada makanan lazat-lazat yang jarang kita jumpa, ada tempat yang vogue, pakaian tetamu mesti ada tema yang meletop barulah kita berusaha nak cari baju yang gorgeous, pastu ada surprise yang mampu buat tetamu semua rasa macam...wow!,pastu sepanjang acara tu ada lagu-lagu yang merdu dan dapat buat tetamu rasa tenang je semasa menikmati makanan. Ha begitulah lebih kurang kan...


Aku bayangkan annual dinner sekolah aku macam tu lah juge. hehe... *berangan
Tugas aku untuk annual dinner sekolah aku ialah menyediakan doorgift untuk tetamu. Siap tetapkan hadiah mestilah tak lebih dari RM5 untuk seorang tetamu. So, dua hari sebelum annual dinner, aku dan Una merayau lah ke Melaka sana cari doorgift tu. Takkan nak cari kat Gemas pulak kan uols..apa yang ada. Segamat pun lebih kurang je takde apa. :p






Akhirnya berjaya jumpa doorgift comel yang berharga RM5. Alhamdulilah....
Tugas seterusnya ialah letak label 'Malam Semarak Kasih 2011'. Ewah nama nak gedik aje. Kita tengok nanti semarak ke tak semarak malam tu. heee








Sekali sediakan hadiah untuk guru yang dapat cahaya mata pada tahun ini dan hadiah hari lahir untuk guru yang lahir pada bulan November dan Disember. Tugas lain takmo bagitau kat sini lah nanti bertambah sentap terus entri ni jadi emo. heee








Dan inilah aku pada Malam Semarak Kasih itu. Tema ialah batik uolss ( Memang selera orang tua kan? ekekeke). Tak paham tau kenapa tema ialah batik. Langsung takde feeling annual dinner. Kena jadi penyambut tetamu sambil hulur doorgift pulak tu. Terus hilang feel ok.








Kay dan Una - Juga penyambut tetamu.
Korang tengok hiasan backdrop tu. Terus rasa macam eh feeling! mana kau hilang? hehehehe...
So setelah selesai tugas kami si penyambut tetamu ni, kitorang pun kembali ke meja yang telah ditetapkan. Kitorang dapat meja bernombor 12 bermaksud meja anak-anak dara. :p
Masa vip semua tu tengah berucap, kitorang meja 12 ni siap rancang strategi ok. Disebabkan makanan malam tu banyak gila antaranya sate, laksam, roti bom, yong tau fu, buah-buahan, kek, kuih muih, koktail, ais krim, nasi beriani, nasi impit kuah kacang, tah apa lagi aku hilang ingatan sudah...so masing-masing dibahagikan tugas kena ambik makanan apa. Keji ok perangai masing-masing. Bila tiba masa untuk mula ambil makanan, terus masing-masing laju je menuju tau. Penuh meja sampai tak muat nak letak makanan utama masing-masing. Tamak sungguh. :p







Sekarang bila orang lain nampak meja macam ni, malu ke tak malu nak mengaku kau semua anak dara? 
Orang lain tah berapa kali bangun nak ambik makanan baru, yang kitorang ni dari awal sampai akhir tak bangun-bangun ok. Siap tak habis pulak tu! hahaha...


Dan apabila majlis tamat, meja 12 ni jugak lah yang jadi tukang kemas nyee. Sentap ok yang gorgeous, vogue, meletop ni lah yang kena angkat-angkat meja, kutip sampah segala. Pastu balik lambat pulak tu. Yang lain lepas makan terus laju-laju tapau makanan pastu laju-laju balik! Kitorang tak sempat nak tapau apa pun tapi alhamdulillah masa kemas-kemas tu ada pulak roti bom 5 keping dah siap letak dalam plastik tertinggal atas meja makan tu. Yang lain licin terus. Alhamdulillah ada juga rezeki kitorang...:)




Esoknya, menu sarapan pagi aku, Una dan Kay ialah Roti Bom Semarak Kasih.
hehehe...




Kesimpulannya, annual dinner ni tak semarak pun. 
Dan lagi satu, inilah nasib guru baru. Kena buli tak habes-habes. teettttt!






Wednesday, November 9, 2011

wordless wednesday : tewas!






Mereka kalah sebelum berjuang.
:'(





Saturday, November 5, 2011

cuti banyak kerja lagii banyak



Assalamualaikum.

Sejak pergi kursus induksi haritu, rasa releks semacam je. Aku berkursus selama tiga hari bermula hari selasa, pastu rabu dan khamis. Sebab dah alang-alang sampai khamis, aku pun mintak cuti rehat khas (CRK) untuk hari jumaat. Kebetulan hari jumaat aku cuma ada kelas PJK je satu masa so tak rasa bersalah sangat lah nak mintak cuti kan.

Next week pulak, cuti sempena Deepavali. Sekolah aku yang memang satu malaysia ni haruslah cuti seminggu. Wahh syorgaa dunia di situ dapat rehat-rehat di rumah selama seminggu. :p

Naik cuti hari isnin tu, murid yang datang pun cuma beberapa ketul je uols. Ramai yang ambik cuti tambahan sendiri nampaknya. Tapi aku kena settlekan tugas sebagai guru tingkatan. Buku kedatangan, kad kesihatan pelajar, rekod kemajuan pelajar, pemulangan buku teks, uruskan pelajar yang belum bayar yuran sehingga nak ke akhir tahun ni, masukkan markah dalam sistem...bla..bla...


Lagi tiga minggu nak habis sekolah ni lah macam-macam pulak program nak dibuat. Dengan program Semarak Rukun Negara, Hari Graduasi, Perjumpaan Tiga Penjuru (perjumpaan ibubapa bersama guru), perkhemahan perdana, tak ketinggalan Annual Dinner yang melibatkan ahli-ahli kelab guru dan staf sekolah. Fuh~


Di saat genting macam tu lah, tiba-tiba aku kena hantar 5 orang pelajar untuk bengkel teknik menjawab soalan. Tak melekat kat sekolah lah kan..Dua hari pulak tu. Esoknya pulak, kena pergi bengkel penataraan Kemahiran Hidup pulak. Again takde kat sekolah. Kerja dah banyak yang tertangguh. Dengan kerja kursus pelajar tingkatan 1 dan 2 ada tak settle lagi. Kesian aku diorang. Aku datang sekolah hari jumaat haritu pun, budak dah bising mana cikgu pergi, hari-hari saya datang sekolah bawak buku teks yang berat ni tapi cikgu takde..macam mana nak pulangkan buku?


Oh anak...Jangan kau ingat cikgu kau ni tak datang sekolah pergi bersuka ria nak...


Esok pula dah nak raya haji. Isnin cuti. Sekolah aku selasa pun dia bagi cuti. Sempena nogori menang piala Malaysia ke apa tah? (HOBIN JANG HOBIN! eh...) Memang syorgaa tapi memikirkan kerja yang menimbun-nimbun tu terus takde feel cuti ok.
Selasa baru-baru ni baru aku tau nama aku naik untuk jadi pengawas SPM!
*pengsan ok!
Cuti akhir tahun lenyap begitu sahaja. sob..sob....







Itulah kisah pengorbanan saya sebagai guru baru untuk kali ke satu.
Selamat Hari Raya Korban, uols.
:)



Wednesday, November 2, 2011

wordless wednesday : nak cubit boleh?






Alolololo somel somelll!



Tuesday, November 1, 2011

Penghujung Cintaku



Assalamualaikum.
Suka dengar lagu Penghujung Cintaku tak uols?
Dah lama dengar lagu ni berkumandang di stesen radio tapi tak berapa nak menghayati pulak. Dengar macam angin lalu je. Haritu dengar balik bila Kak Adasyida post kat facebook, tiba-tiba terfeeling lebih. Suka pulak dan asik-asik nak dengar pastu nak touching tak tentu pasal. Over ok! hehehe...
Korang bagaimana? Suka tak? Jom hayati sama-sama tengok kot-kot korang terfeeling lebih over dari aku ke kan mana tau. kekeke :p









Ish suka lah! 




Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com