Followers

Pages

Sunday, February 27, 2011

introducing you....jeng jeng jenggg




Assalamualaikum.
Cewah tajukk bukan main lagi kan kan kann. I tak tahu nak buat tajuk apa. Tu je yang mampu i hasilkan untuk tajuk entri ini. hihi







Seperti yang uols tahu, mini caldina aku dah sampai kan. Sebenarnya, berangan je nak pakai caldina padahal kerja tak sampai pun berapa bulan. haha. Tapi impian tu kena dipenuhi juga sebab takut kempunan kan. Kita cari kereta yang ala-ala caldina aje lah sebab kita pun kena sedar diri kemampuan paras mana je. Kalau betul aku beli caldina sekarang, mungkin setiap hari makanan aku ialah maggie tomyam separuh sahaja + air kosong. hee :p








Car tissue holder dengan semangatnya telah selamat disangkut di situ. Tiba-tiba jadi tak sampai hati nak ambik tisu dari situ. Berusaha lah mencari tisu dalam handbag kalau nak guna tisu semasa tengah memandu. Rasa nak lempang tak? hahaha...








Taraaa! Inilah kereta saya. Nama dia Alza. 
Selamat berkenalan. :)







Tadi, pergi hantar bekal kat adik untuk lunch break dia. Mengada tau dia siap nak kena hantarkan bekal lah bagai macam budak sekolah. Padahal kerja kan tu? Ish3...I kat sekolah time rehat takde pun yang nak hantarkan bekal at least lauk ayam goreng crispy dengan nugget tawww!







Pastu kena paksa posing juga.






Siapa nak gi jalan-jalan pasni meh cepat sms i untuk tempahan percutian ke perkelahan ke apa.
Muat seploh orang ni hehe. :p




* ALZA - Versatile As You ( cewah iklan )



Bye bye.



berjimba ke melaka jom!



Assalamualaikum.
Last week, mini caldina aku dah sampai. ehem ehemmm. Dah mula bibit-bibit senyum dah sekarang. Dah tak nak dah unsur-unsur tua dalam galeri kehidupan melainkan hal di sekolah. heee :p

Last week memang minggu yang sangat tension bagi aku. Dengan hari sabtu ada sekolah ganti lagi plus aku kena buat soalan exam untuk landskap, kemahiran hidup form 1 dan form 2. Memang rasa macam nak meletop zon kesabaran. So, bila mini caldina dah sampai, haruslah segera merancang strategi untuk jalan-jalan hilangkan hyper-tension yang ada. hehe




Melaka jom.
Dari Gemas ke Melaka lebih kurang sejam lebih. Macam perjalanan aku nak balik seremban je.




Dataran Pahlawan sudah. Takkan nak pergi zoo ke muzium pulak kan. Tu betul-betul nak release tension tu. :p






Sebahagian dari friends trip kita pada hari itu. :)

Pastu dah puas jalan sana-jalan sini, rasa macam tak lengkap kalau tak singgah di Umbai melayan kerenah perut yang teringin nak makan ikan bakar. Hahaha poyo ye. :p Tapi tak tahu jalan pulak. heee
Kebetulan, kembar Una (housemate) memang ada kat Melaka sebab dia study kat Utem. Maka haruslah menjemput pemandu pelancong ini bersama untuk menjadi pemandu arah. :)





Eh eh sama lah wajah kamu berdua. hehe
Yang pegang bendera ala-ala dah berjaya menawan puncak gunung tu ialah Una.





Dan inilah kami. Alalala sopan-sopan semuanya kecuali perempuan paling kiri tu. :p






 Ehem ehem. No gosip liar ok. Zaki ni jadi kegilaan gadis-gadis kat sekolah dia sampaikan ada yang suka sangat kat dia sampai bertanya 'cikgu tak sayangkan saya ke cikgu..'
Hahaha angau betul. Zaki hanya mampu jawab 'cikgu sayang semua anak murid cikgu'
hehehehe :p


Dah kenyang, kitorang pun pulang. Boleh pulak sesat sebab tak jumpa daerah Durian Tunggal. Dah la masa tu dah malam. Lalu kubur-kubur cina pulak tu. Aku goyang gak maklumlah penakut kan. Haha tapi cover je buat-buat cool. Terus Una cari siaran radio Ikim. Dan-dan je tengah bacaan ayat-ayat Al-Quran. Terus semua senyap. Hati tenang agaknya. Bila dah lama sangat senyap baru aku perasan diorang tidur rupanya cehh. haha



Ini sahaja cerita saya. Sekian.



* Jarang update belog sekarang kan. I bz sangat uols...huhu.. Jangan rindu-rindu i taw. Bubbye!



Monday, February 21, 2011

saya makin tua



Assalamualaikum.
Makin hari aku rasa aku makin tua sebab hari-hari dibebani kerja yang sangat sangat SANGAT banyak. Teruk kan perangai sebab asik mengeluh je. heee. :p





Walaupun makin tua, tetap mahu camwhore setiap hari. Pastu check kot-kot ada tambahan kedut kat muka.
*__*







Ini ialah bahagian belakang kelas 4 Cantik yang sangat cantik. Aku terpaksa ambik tahu pasal kelas ni yang memang tak macam kelas sebab aku ialah guru tingkatan. Kelas ni masa mula-mula anak murid aku masuk dah sedia ada sebegini. Sedih kan? Memang sangat sedih + sakit hati ok. Mentang-mentang aku pegang kelas paling akhir, dia bagi bilik darjah yang asal ada ni je. Pastu bising kenapa kelas tak ceria. Aku sangat kecik hati ok sebab anak-anak murid aku dianaktirikan sebegini. :(


* (dia = pihak atasan)
  






Lalu, aku rasa lebih baik jika kelas ini dicat. Diorang sangat liat untuk bayar duit kelas sebanyak RM5 untuk beli cat dan kelengkapan lain untuk menceriakan kelas. Sangat kedekut. Lalu aku ringankan beban mereka dengan mengenakan syarat setiap orang hanya perlu bayar RM1 sahaja dan bakinya aku akan tanggung. Itu pun ada yang taknak bayar dengan alasan 'saya mangsa banjir cikgu'


OK FINE BIAR CIKGU BAYARKAN.


Aku pilih color hijau sebab langsir color hijau. Konon-konon untuk matching kan lah pastu memandangkan kelas tu ialah kelas Landskap, so ala-ala tema kehijauan alam sekitar lah kan. So, bila semua dah setuju, aku tetapkan untuk cat kelas pada hari jumaat petang. Mereka setuju.







Tapi bila hari jumaat petang telah tiba, seketul dua ketul tiga ketul empat ketul sahaja yang muncul.
*SEDIH*
Aku pun malas nak emosi sangat, terus je aku yang tolong cat sekali. Ada 4 orang sahaja anak murid aku yang datang. :( Bila dah separuh kelas dicat, ada dua orang murid ni bising nak balik. Aku cakap nanti lah dulu, tak settle lagi. Diorang betah cakap aku. Diorang kata ala cikgu cukupla tu. Takyah cat semua. Dah ok dah ni.

Aku pun terpaksa melepaskan mereka pergi dengan keadaan kelas yang separuh siap. Lepas je aku bagi air upah, terus diorang balik ok!
*NANGIS DALAM HATI MASA TU*





Last-last tinggal dua orang murid sahaja yang sudi menolong aku.


Hari Isnin (semalam), ada seorang murid ni buat aku jadi makin tua. Kita namakan dia Ariel ok. Ariel ni dah la tak datang tolong cat kelas. Pastu dengan suka hati dia je kutuk-kutuk.....


"cikgu...kenapa cat warna hijau cikgu? buruk gila lah...kan dah pilih warna purple"


Aku terus bengang masa tu.


" PURPLE KE HIJAU KE HITAM KE TAKYAH CAT KE, AWAK DATANG TOLONG CAT KE?? DAH LA SAYA YANG SPONSOR CAT, SAYA YANG SPONSOR TENAGA...AWAK NAK SPONSOR KUTUKAN?? TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK. TU MEMANG KELAS SAYA, SAYA YANG NAK BELAJAR SITU, SUKA HATI SAYA NAK CAT COLOR APA. ADA MASALAH?? "


Ha ambik kauuuuu.

Terus senyap si Ariel tu. Terkesima tengok muka aku yang tengah marah macam mak tiri. Diorang ingat aku tak pandai marah agaknya. gggggrrrrrrrrrr!



* Sakit hati ok menghadap budak felda kurang ajar macam ni. :(




Tuesday, February 15, 2011

cincai update


Assalamualaikum.


Harini ialah cuti.
Dan saya bersama housemate ialah patah kaki.
Kerana housemate yang ada kereta telah pulang ke kampung pada hari semalam.
Kehidupan di sini sangat boring ok.
Tiada apa.
huuuuu~





Kerja sekolah banyak sangat sampai tak tahu nak mula dari mana lepastu terus update blog. hehe




Kenal ni siapa?
Nama dia Cikgu Hensem. :p

Shahz Jaszle ni dalam drama Gemilang, dia jadi cikgu kan. Jangan hensem sangat boleh tak kamu?
kekekeke :p
Kss sekarang ni selalu buat status kat BBM dia berunsurkan Shahz Jaszle ni.


" Mood Shahz Jaszle Gemilang..."

" Bila Shahz Jaszle Gemilang nak pakai kereta sport ni..."

" Shahz Jaszle Gemilang dijamu ikan sepat bakar oleh murid2..."


Hari-hari pun dia nak perasan macam artis tau. heee


Bye.



Saturday, February 12, 2011

percutian ke bukit tinggi vol 4



Sambungan entri :







Dan sekarang volume 4. :)




Apa lagi yang boleh buat di Bukit Tinggi sana selain jalan-jalan cari makan ambik gambar. Kalau nanti nak buat wedding photoshoot kat sini pun cantik kot. Pastu terus honeymoon situ kalau kau nak save bajet taknak berhoneymoon di luar negara. Uish rugi lah save-save bajet ni. :p





Ok. Tangga ini ialah menuju ke bahagian bawah yang ada kolam-kolam. Pastu ada taman-taman dihiasi landskap-landskap yang sedap mata memandang. Cantik! Siapa yang cintakan alam sekitar juga tumbuh-tumbuhan memang sesuai datang ke sini.





Masa ni dah pukul 1 lebih tapi rasa macam 8 pagi sebab suasana dia sejuk je. Make-up pun tak berani nak cair ok.
Kekekeke :p





Dah sampai kolam!
Swan ke angsa ke apa nama binatang ni eh? hehe. Tapi kiut ohh. :) Aku nak pegang dia tapi dia malu-malu. Dia datang dekat tapi sikit lagi aku nak sentuh dia, cepat-cepat dia terkedek-kedek berenang tempat lain. gggrrrrrr.....






Jinak-jinak merpati eh swan rupanya.






Ya Allah muka aku takleh lagi cuak ke? hahaha.
Boleh pulak swan tu datang dekat pastu macam nak patuk tangan aku. Aku nak pegang aje lah tapi dia nak main patuk-patuk pulak. Huh swan nii...biasa dia tuu! Nasib baik kau kiut tauu. huhu..






Ewahh..Feeling bergambar kat salji. :p





I pun nak tapi tak nampak salji pun. 
*__*






Ok fine semua nak ada salji.







Ok fine lagi.





:)






King & Queen of my heart. <3







Pastu kita naik van membawa penumpang ni menuju next destination. Berebut-rebut nak naik van ni sebab dia guna sistem siapa cepat dia dapat. Sampai kau akan rasa nak marah la kalau tunggu sekian lama last-last orang yang baru je tunggu dapat naik tapi kau tak jugak dapat naik. huhuhu...
Nasib baik datang situ untuk bersuka ria so malas nak marah-marah sangat. Senyummmm aje sambil menunggu selama dua jam........
hahaha...:)



to be continue.......



Friday, February 11, 2011

diary sebabak yang sebak



Assalamualaikum.

Amboi lamanya tak update. Ada yang rindu kitee tak? hee
Minggu ni ialah minggu bekerja yang lek lek saja. :) Sebab jadual baru dah keluar dan aku dah tak perlu nak pening-pening kepala fikir apa nak ajar untuk subjek sains. Sekarang aku hanya mengajar subjek Landskap dan Kemahiran Hidup ( Sains Pertanian ) sahaja. Oh dan satu lagi, tiba-tiba kena ajar PJK. hee tapi takpe, subjek tu untuk main-main je kan. :p Rasa macam dah kurang beban di kepala hotak ni. hehehe...




Lama dah tak letak gambar camwhore sendiri macam ni. hihi malu lahh. 

Sepanjang minggu ini, topik hangat di sekolah ialah banjir. Bukan sahaja anak-anak murid yang menjadi mangsa banjir, bahkan ibu-ibu murid juga bapa-bapa murid pun terlibat sama. Kesian ok. Diorang datang sekolah sehelai sepinggang je dah takde harta. Bila aku suruh masing-masing bukak buku untuk salin nota, mangsa-mangsa banjir senyap je.

"Dia mangsa banjir cikgu" kawan-kawan lain tolong menjawab.

Kesian.
Tak sampai hati nak marah sebab buku semua dah hanyut dibawa arus banjir.
*___*





Rumah sewa dah ada langsir cantik! :)
Depan rumah weols ada tanah, maka haruslah bercucuk tanam di situ untuk menambah pendapatan. Hahaha pendapatan lah sangat kann. hee :p

KERETA AKU MASIH BELUM SAMPAI.

Sepatutnya, akak penjual kereta tu cakap kereta aku boleh dapat bulan Januari haritu. Pastu tah hape kejadah la tangguh punya tangguh punya tangguh. Aku sabar aje walaupun hati dah agak mendidih. Pastu masuk bulan Februari. Aku pura-pura sabar lagi.
Hari Selasa haritu, ketika aku tengah menunggu masa untuk masuk kelas sambil-sambil buat rancangan pelajaran untuk esok, akak penjual kereta call.

"Yana, alhamdulillah kereta ko dah sampai dik..."

Hanya tuhan yang tahu betapa lapangnya perasaan aku ketika itu sampai tak berhenti senyum ok. Masuk kelas nak mengajar pun semangat je. :)) Aku pun rasa aku harus balik minggu ini untuk ambik kereta aku tu. Sebelum tu, ada beberapa kali jugak akak penjual kereta tu hubungi aku untuk confirmkan pasal berapa kena bayar, dia nak salinan lesen dan ic segala bagai tu. Bila aku tanya Sabtu boleh ambik ke kak, sebab aku bajet nak ambik hari Jumaat memang tak sempatlah sebab aku gerak pun dah tengah hari dari Gemas kan. Akak tu cakap boleh. So aku on je lah.

Siang tadi lepas sekolah habes pukul 12 tengah hari, aku terus nak balik. Nak naik train pergi ke Bahau dan dari Bahau, naik bas terus ke Seremban. Dah la train yang aku naik tu takde aircond. Hampeh betol. Panas gila ok. Siap berpeluh-peluh. Dengan pakai baju kurung. Hadoi. Menguji kesabaran betul. Sampai je rumah dah petang dalam 5.30 macam tu. Lalu mak aku pun call akak penjual kereta tu, nak tanya macam mana nak ambik kereta. Tiba-tiba akak tu cakap kereta tak sampai lagi. Ada kat Tanjung Malim lagi. Sungguh kambing!

Aku memang tak puas hati. Aku pulak yang call akak tu. Tanya dia bila aku boleh dapat kereta aku. Dia pun terangkan tah haram jadah apa tah malas aku nak dengar. Aku bukan nak dengar proses penjualan kereta. Aku just nak tahu bila kereta aku boleh dapat. Kenapa haritu cakap kereta dah ada tapi tiba-tiba cakap belum sampai. Ha marah ni. Marahh. Aku dah balik Seremban ni. Minggu depan nak balik tak boleh sebab ada hari ganti sekolah. Dia cakap paling lewat pun dia cuba minggu depan. Aku cakap habes tu saya nak balik Gemas camne ni kak?
Susah-susah sangat biar akak hantar ko balik Gemas!

Hamboiiiii. Dia pulak marah aku. Gggrrrrrrrr...

Aku kalau marah-marah macam ni terus menangis. Hati tisu betul lah. Benci tau.
:'(




BENCI AKAK PENJUAL KERETA!





Sunday, February 6, 2011

kak nina sayang kamu




































Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com