Followers

Pages

Saturday, November 16, 2013

Selamat tinggal sesi persekolahan 2013 :)



Assalamualaikum.

15 November 2013 ialah hari akhir persekolahan dan semua cikgu + murid pun bercuti. Yeay!
Panjang juga rasa nak habiskan perjalanan persekolahan tahun ni. Tapi akhirnya habis juga. Banyak dugaan pahit manis sepanjang sesi persekolahan tahun ni. Alhamdulillah berjaya juga ku harungi. Sedar tak sedar nak masuk 3 tahun dah aku menjadi seorang cikgu. Tahun depan masuk tahun keempat. Eh lajunya awak ni masa. 








Tahun 2013 aku menjadi guru tingkatan 4 Zamrud yang selalu menjadi sebutan semua ni. Setiap kali pun ada je kes pelajar 4 Zamrud buat. Apa kan daya, busuk busuk diorang pun aku kena jaga juga. Walaupun diorang begitu, sebenarnya ada seronok juga jadi guru tingkatan mereka. Bila kita mula jaga hal diorang, kenapa tak datang sekolah, kenapa ponteng, kenapa suka buat hal, kenapa malas belajar...sebenarnya manusia ni berbeza latar belakang. Tak semua macam kita. Senang kita tapi bagi mereka susah. Kehidupan keluarga yang bergolak, hidup susah, duit belanja ke sekolah tiada, siapa yang ambil tahu? Kadang kadang manusia ni suka menilai orang lain dengan apa yang kita nampak je. Bila tahu hakikat sebenar kehidupan orang lain, baru timbul rasa kasihan dan sayang akan mereka ni. Aku bersyukur menjadi guru tingkatan kelas hujung ni walau hati sentiasa sakit. Tahun depan? 5 zamrud lah tuuuu. Dah boleh agak dah!
Terima kasih 4 Zamrud untuk kenangan dan pengalaman menjaga kamu semua. Semoga berjumpa lagi tahun hadapan.









Guru penasihat rumah Rahman tahun 2013. Ramai lagi guru sepatutnya tu tapi masa sesi bergambar ni guru guru pun sibuk uruskan macam macam. Tahun ni rumah Rahman menduduki tempat ketiga keseluruhan untuk hari sukan sekolah. Ke nombor dua eh? Lupa sudah haha.
Apa apa pun tahun depan semoga Rahman menjadi juara pula ya. Cayokk!











Favourite team, volleyball :)
Ni pun tak semua dapat bergambar. Team volleyball ni paling aku suka sebab aku minat volleyball. Awal tahun memang busy mengadap diorang ni je setiap petang. Dah menang peringkat daerah bawak pulak ke peringkat negeri. Berkampung pula di Paroi sana. Kenangan tu memang best!










Semoga tahun 2014 volleyball team terus mara dan johan untuk semua kategori! Berusaha!











Dan menjadi guru penasihat Kelab Landskap maha boring ini. Aku tak minat faham tak? Tapi dah dipaksa dan tidak boleh menolak maka aku terima dengan hati tak terbuka haha.
Harap harap tahun depan dapat jadi guru penasihat Kelab kecantikan ke baru semangat sikit nak buat aktiviti. kekeke
Tapi jangan haraplah. Rasanya kekal juga aku dalam kelab ni. Okbye










Bersama rakan rakan seperjuangan pahit manis bersama. Ada juga yang tak bersama tapi takpelah hehe.
Team yang seronok, gila gila, caring dan bersatu padu. Terima kasih semua untuk kenangan dan kerjasama tahun ini.










Semoga tahun depan kita dapat buat baju batik baru color pink pulak. Eh :p
Lari.........











Satu lagi ialah guru penasihat Persatuan Pandu Puteri tapi lupa nak curi gambar kat komputer dalam bilik guru haritu. Busy bebenor katanya uols. I letak gambar i sorang je pun aci kan? hehe..
Sepatutnya harini aku kena pergi kursus apa benda tah pasal pandu puteri ni kat bangunan pandu puteri Seremban tu tapi tiada dapat aku pergi. Esok kena pergi kursus CPD kat Sepang sana sampai khamis. So sila berhati perut sikit ye. 



Selamat tinggal sesi persekolahan 2013. Semoga berjumpa lagi tahun 2014 nanti dengan kerja yang lebih mencabar. Oh ya, debaran tahun ni tak habis lagi sehinggalah keputusan PMR keluar. Subjek khb pertanian aku tu hoiii. Risau sangat. Setiap hari pun tak pernah lupa mendoakan kejayaan pelajar pelajarku untuk subjek aku tu. First subjek PMR yang aku ajar kot. Last year tak ajar budak PMR sebab aku ajar kelas SPM. Tahun depan tiada PMR dah tapi yang pasti aku ajar 5 Zamrud tu untuk subjek landskap. Berdebor kite tau.



Bye sekolah. Jumpa nanti! :)






1 butterflies concerned.:

Sofea said...

selamat bercuti cikgu,

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com