Followers

Pages

Sunday, July 17, 2011

Baden Baden Bundle lagi




Assalamualaikum.

Semalam takde aktiviti best. Konon nak pergi Floria kat Putrajaya tu tapi mood macam suam-suam kuku je sebab duit macam tak berapa nak ada. hahaha..
Terus terjah Baden Baden Bundle lagi uols.








Dah lama tak beli dress. Duit dalam purse ada RM 20 pun dah boleh dapat 4 helai dress kan. teettt!
hehe..
Tapi kali ini aku dah mampu kawal nafsu. Pilih-pilih dress pun masih dalam kawalan. Rileks je tengok dress sehelai-sehelai sampai lah rasa dah tak larat nak pilih. Tak berpeluh-peluh. Tak berdebar-debar. HAHA OVER!

:p








Selesai beli-beli, jom layan perut pulak. Adik tiba-tiba teringin nak makan sate pulak uols. Gedik tau.
Layankan jela. Ahad nak pergi masuk belajar dah. huhuhu...









Beria tau siap nak makan sate perut pulak. Macam lah dah terus pergi belajar kat luar negara. hehe..










Dia macam cuak jugak sebenarnya nak pergi sambung belajar. Yela selama ni duduk kat rumah bawah ketiak mak ngan abah je kan. Tiba-tiba kena berdikari kau di tengah bandar sana. Aku pulak yang turut sama risaukan dia. haha..
Lepas makan, terus balik rumah. Adik tak siap kemas lagi. Last packing uols.
Dan hari Ahad awal pagi dah nak gerak ke Subang Jaya sana daftar pukul 8.30 pagi.




* Adik dah selamat daftar dah uols. Sekarang ni dia dah kat Taylor's University, Subang dah.



Next entri ok? Bye. :)



Thursday, July 14, 2011

durian







Anak murid hantar tadi uols.
Dalam kelas siang tadi dia ada cakap nak hantar.
Ingatkan dia main-main.
heeeee~
Alamatnye berpeluh la tidur malam ni sebab panas.
hehehe...




nasib si hari sukan : part 2



Nasib si hari sukan : PART 1



Setelah hari sukan kitorang batal petang khamis tu disebabkan ribut, maka hari sukan ditunda pada hari sabtu. So, ke sekolahlah kami pada hari sabtu itu.






AJK hadiah yang setia menjaga medal-medal dan piala-piala. Bagus jugak jadi ajk hadiah ni sebab hanya duduk bawah khemah je tak perlu berpanas. Yeay! hehe...








Pelajar dari rumah Razak. Persediaan sebelum perbarisan bermula. Diorang buat tema ala-ala kampung. Hijau mendamaikan gitu....








Ewahh...:p


 





Ha ni encik maskot rumah Razak. Aku tetap merasakan encik maskot ini comel sebab dia menjadi seekor butterfly walaupun muka dia tak comel pun. oppps! hehe..
Rambut dia paling i suka! :D





Maskot rumah Hussein. Menjadi pari-pari para-para. Aloloo...hehe...







Sebelum perbarisan.








Musuh ketat. Si rumah Onn. hee
Tukang bawak sepanduk diorang cun!




 




Tu dia rumah Rahman. Ketua rumah Rahman yang membawa bendera tu hensem. haha sempat. :p
Rumah Rahman juara untuk perbarisan uols. Ehem.







Ni anak murid Una. Berzaman tak datang sekolah tapi tiba-tiba di Hari sukan ni kemain semangat lagi dia menonjolkan diri. Hamboiii.




 






Una busy menghias khemah. I pun busy menghias khemah juga. Nak lawan Una uols. haha...










Budak-budak landskap lah yang jadi mangsa. Diorang tolong aku potong plastik alas meja ni. Nak buat bendera kononnya. Nasib baik mood diorang tengah ok. Rajin juga lah menolong...








Potong-potong kertas, tampal-tampal, ikat-ikat apa yang patut. Aku ketua bahagian hias khemah. Serius takde idea nak hias camne. Aku hentam je ikut selera aku. hehe..




 




Bila dah siap hias, khemah rumah kuning dah macam tema harijadi uols. Meriah gila dengan riben-riben. haha..Jiran sebelah, rumah Onn agak cantik juga lah khemah diorang. Aku dah mula menyedari kekurangan diri dah masa tu. Pasrah jela kalau bab khemah tu dapat nombor last. :p


 





Rumah Razak dan rumah Hussein yang tak kurang hebatnya. Masih lagi aku pasrah..haha..
Tapi dengan terkejutnya diumumkan khemah rumah Rahman dapat nombor dua uols. Padahal aku hias cincai-cincai je. Bahan pun tak berapa banyak. hehe..rezeki...
:)



 






Acara tarik tali antara guru dan pelajar dibuat selepas selesai semua acara akhir untuk balapan. Kemain semangat cikgu-cikgu nak melawan anak murid. Tak bagi can punyaa..
:p

 






Tapi yang muridnya pun tak nak kalah uols. Bersungguh melawan. Sengit juga acara tarik tali ni. hehe..
Tapi akhirnya para guru tumpas juga. Anak murid semua muda-muda tenaga dalaman agaknya diorang guna. Yang cikgu-cikgu lelaki ni habes je tarik tali mula lah merungut sakit tangan lah, sakit kaki lah, lutut menggigil lah. Orang lama katanyaa kan. Haruslah semua sendi pun tak berapa nak kuat.
kekeke...:p




 




Medal yang sedia untuk dikalungkan ke leher para pemenang.



 





Panas tak boleh blah masa tu.
Pelajar semua berkumpul mengikut rumah sukan masing-masing untuk acara penutup.


 







Acara balapan akhir banyak dimenangi oleh rumah Rahman. Aku bajet dah cukup kuat dah tu untuk mengatasi mata markah rumah Onn. Yeah!

 








Semua pun tak sabar nak tahu siapa juara keseluruhan. Dah la tengah panas gila. Semua pun rasa nak cepat je. hehe...



 





Jeng jeng jengg..
Akhirnya rumah Onn juga yang menjadi juara. Rumah Rahman still tak dapat lawan diorang. Dush!
Tapi takpe naib johan pun ok juga. hee
Tahniah rumah Onn. Selamat berjuang lagi untuk tahun depan.




Lepastu semua pun bersurai. Sekian sahaja aktiviti sukan tahunan di sekolah aku. Tak berapa meriah tapi banyak memberi pengalaman baru. Jumpa lagi tahun depan!
Bye :)





 

Tuesday, July 12, 2011

ketahuilah saya hampir putus asa



Assalamualaikum.







Sekali pandang, korang rasa aku ni sesuai jadi cikgu apa?


Jauh di lubuk hati, aku mengimpikan suasana mengajar yang selesa, sejuk dan tenang. Sesuai dengan jiwa aku yang memang sangat lembut. Cepat touching dan memang tak cukup kental. Aku memang mengakui itu.
Tapi nasib memang tak menyebelahi aku. Rezeki aku mengajar subjek yang lari dari bidang aku. Aku sukakan subjek yang lebih menuju ke arah kejuruteraan awam. Tapi apa boleh buat, aku tak dipostingkan ke sekolah teknik atau sekolah vokasional pun.


Aku diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek mpv (mata pelajaran vokasional) iaitu Landskap dan Nurseri untuk tingkatan 4. Dan satu lagi subjek iaitu Kemahiran Hidup Bersepadu. Semua subjek yang aku dapat lebih kepada kemahiran. Anak murid aku majoriti ialah lelaki dan kelas hujung.


Di awal tahun haritu, aku rasa subjek landskap sangat-sangat membebankan aku. Aku boleh mengajar secara teori. Tapi bila tiba bab amali, aku jadi tak yakin. Nampak macam senang. Alaa setakat tanam-tanam je pun budak tadika boleh buat kan? Tapi ketahuilah ia tak semudah itu. Aku dah rasa. Macam mana nak handle murid yang nakal, yang malas, yang kurang ajar, yang degil...semua yang negatif. :( Seminggu ialah 12 waktu aku bersama pelajar-pelajar landskap. Bersamaan dengan 480 minit seminggu. Aku tak mampu sebab aku rasa mengajar landskap ni sangat kasar dan cikgu lelaki lebih sesuai bukan untuk cikgu perempuan seperti aku. 
Aku dah putus asa pun sebenarnya.


Aku pernah menyuarakan hal ini kepada pihak atasan, tetapi mereka tetap juga mengarahkan aku mengajar subjek itu. Dan kemungkinan besar aku akan bawak sampai ke tingkatan 5. Ketika itu, aku betul-betul rasa kerjaya yang aku impikan selama ini ialah sangat tak seronok, sangat membebankan aku, sangat menekan perasaan aku. Aku rasa down dan stress. Dan hanya mampu menangis. Ya hati saya memang seperti tisu.


Aku paling rasa down apabila murid aku buat hal. Lepastu kena buat simen fero pulak padahal aku tak tahu langsung macam mana nak buat simen fero tu. Macam mana nak ajar?
Cara yang terbaik ialah aku search kat internet, aku cari video kat youtube dan aku tanya Kss sebab dia pernah buat simen fero masa di maktab dulu. Aku dah ada ilmu sikit dan rasa yakin untuk teruskan projek simen fero tu. Dalam tempoh itu juga, ada beberapa kali aku bergaduh dengan anak murid aku disebabkan kekurangajaran mereka. Aku dapat rasakan aku sudah semakin garang. Aku tak suka tapi terpaksa.


Dengan murid tingkatan 1 dan 2 jangan cakaplah. Rotan sentiasa setia bersama aku. Bukan niat aku nak rotan mereka sesuka hati. Cuma nak takutkan je. Kadang-kadang hilang sabar jugak aku. Zass kat tangan pun dah cukup menakutkan mereka.
Maaf muridku...cikgu terpaksa memilih cara ini untuk mendidikmu...



Alhamdulillah, sekarang aku dah boleh terima semuanya. :)
Aku cuba untuk tidak stress. Haritu aku buat medical check-up untuk lantikan tetap tu...doktor kata tekanan darah aku rendah. So lepasni taknak layan sangat tekanan kerja. Buat kerja macam biasa dan senyum banyak-banyak. :)




* Projek kerusi simen fero anak murid  i ada yang dah siap uols. Nanti i cerita.
Doakan aku tak stress supaya kekal awet muda dan muka tak berkedut ok? hehehe... *sempat




Bye uols.
:)






Monday, July 11, 2011

bubu vs baby



Assalamualaikum







Bubu dan Baby.
Macam tak sesuai je yang kanan tu dipanggil Baby sebab dia dah besar kan. hehe..Tapi perangai sangat manja masih lagi seperti anak kucing. alololo...
Kalau aku balik Seremban, Bubu mesti tak pernah tinggal. Mula-mula Bubu berjumpa Baby, memang agak dingin. Nak bergaduh je. Baby marah sebab ada kucing baru masuk kawasan dia. Siap dilayan baik oleh keluarga aku pulak tu. Kemain cemburu lagi dia sampai merajuk tak balik rumah tau. hehe...



Minggu lepas aku balik Seremban. Baby dah ok sikit bila nampak Bubu. Dia macam malas nak layan si Bubu ni. Bubu ni pulak beria kejar Baby. Nak ajak bergurau. Lama-lama dua-dua pun saling bergumpal. Bubu ikut je mana Baby pergi. Ke dapur, ke bilik, minum air, makan, tidur...apa pun lah Baby buat, Bubu mesti ikut. hehe...Macam abang dan adik. Comel sangat! :')



DUA-DUA PUN SELALU BUAT I GERAM RASA NAK CUBIT-CUBITTT AJEE!



hikhik.









Oh ya. Ini hadiah yang aku menang untuk giveaway Edy haritu. Thanks Edy! :)





P/s :  Bela kucing, main-main dengan kucing memang dapat hilangkan stress.
Serius! :))


Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com