Followers

Pages

Wednesday, March 28, 2012

wordless wednesday : Oton dah besar sikit.





:)




Sunday, March 25, 2012

Beauty Review : Lipstik Tony Tint



Assalamualaikum.

Ehem.
Tak pernah aku nak berbeauty review kat blog kan. Kali ni nak ngetest lah. Mana produk yang aku cuba dan rasa berbaloi, akan direview di sini ok. Mana tahu berguna pulak untuk korang kan. :)

Bagi aku, benda wajib pakai setiap hari ialah lipbalm. Kalau tak pakai rasa tak lengkap je. Pucat lesi je keadaan wajah kan. So, latest lipstik yang aku pakai ialah lipstik yang asal usulnya dari Korea iaitu Tony Tint. Nak feeling ala-ala korea so kita test pakai lipstik korea. :p






Aku memakai lipstik Tony Tint color red apple. Kemain kan. Color tak nak kalah dengan tudung. hehe..








Inilah botol Tony Tint. Comel je kan. Sekali apply kat bibir je terus dah ada color yang pasti puas hati. Tak payah nak apply ulang kali.






Guna berus untuk pakai lipstik ni. Yang bestnya, lipstik ni tahan lama. Makan lah apa pun, color dia still ada ok. Tapi aku masih juga nak calit lipbalm supaya bibir tak kering. :)







Ini ialah cara nak pakai lipstik ni. Walaupun botol dia kecik tapi memang berbaloi. Ada dua color iaitu red apple dan cherry pink. Aku beli dengan harga rm15 sebotol. Murah kan? Tunggu apa lagi. Jom ramai-ramai pakai lipstik cantik ni. Boleh beli di VIVI'S SHOP atau dari AMOI HEAXA.



Selamat berlipstik-lipstik uols! hehe..bye :)


Tuesday, March 20, 2012

Good luck murid-murid :)



Assalamualaikum.




Dah dah. Gambar ni hanya kenangan indah. Sila sedar diri bahawa cuti-cuti segala telah pun berlalu dan akan berjumpa lagi beberapa bulan akan datang. Sekarang tiba lah masanya untuk kembali bertugas. :)
Esok dah masuk hari Rabu. Terasa cepat sangat masa berlalu. Esok juga ialah hari debaran untuk semua pelajar yang mengambil SPM tahun lepas. Paling berdebar sekarang ialah guru-guru yang mengajar pelajar tingkatan 5 tahun lepas. Fuhh neves kemain ok. Tapi aku tak neves lah kan sebab baru tahun ni mengajar tingkatan 5. Tengah nak practise untuk neves aje. haha boleh? :p


Pelajar yang sentiasa ada dalam fikiran aku sekarang ialah bekas anak-anak murid aku masa aku praktikal kat Kuantan dulu. Pernah mengajar diorang subjek Bahan Binaan masa diorang tingkatan 4. Best sangat ngajar diorang. Rindu pulak tetiba :)




Ini Aisyah. 
Pelajar favourite sebab dia skor subjek aku masa aku ngajar dia dulu. Hopefully dia beroleh kejayaan. Doa cikgu sentiasa mengiringimu :)



Semoga berjaya kepada semua SPM candidates 2011.
:)



Saturday, March 17, 2012

Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place, Port Dickson


Assalamualaikum.

Jom kita terjah Port Dickson pulak kali ni. Selain tempat peranginan, perkelahan, perkhemahan, santai-santai, shopping baju bundle..eh?,,kita ada tempat makan menarik juga tau.


Welcome to Cowboy Place.
Kedai makan ni terletak berhampiran dengan PD World Marina Resort putih yang besar amat tu. Tiada ku pasti lah ia berhadapan atau bersebelahan. Tapi kalau jumpa resort putih tu confirm jumpa juga kedai makan ni. (confirm sangat je aku kan). Dia terletak di tepi jalan aje. Senang nak cari.
Apa special sangat Cowboy Place ni?








Suasana kedai ni unik. Serba serbi ikut tema encik koboi. Dari pintu masuk bawak ke tempat makan bawak ke encik ambik order semuanya ala-ala koboi.








Gambar tak clear pulak. Terpaksa tambah arrow oren di situ. hee..
Nampak tak uols? Topi koboi, senjata koboi, baju koboi, tanduk apa tah, segala nak koboi aje.









Ehem. Tengah feeling dengar lagu koboi. :p
Ye lagu juga ialah lagu koboi.








Hambik. Sekarang dapat bayangkan betapa koboinya Cowboy Place ini? Banner-banner, gambar-gambar, menu je nasib baik tak koboi. hehe..









Harga agak murah. Nasi kukus, ayam panggang, sos pekat sedap, sup tak berminyak jaga badan, harganya RM 5. Harga agak koboi. Pinggan mangkuk cawan sudu garfu semua koboi. Habes guna terus masuk plastik hitam, buang. Koboi kan. :p
Tak la sedap sangat pun sampai teringat-ingat bawak ke dalam mimpi. Tapi boleh la. Menu sihat uols. Kukus dan panggang kan. 




Selamat mencuba makan di sini uols :)






Thursday, March 15, 2012

Ape cer tingkatan 5 cantik tahun ni?



Assalamualaikum.

Uols...ingat lagi tak ketergurisan hati aku kepada anak-anak murid aku di tingkatan 4 Cantik yang susah sangat nak bagi kerjasama menghias kelas tahun lepas? 
Kalau tak ingat klik ini ye -----> CIKGU TOUCHING TAU
(cehh tak boleh blah ayat..ehehe..)

Tetapi, itu kisah tahun lepas. Tahun ini lain pula ceritanya. Alkisahnya, aku ni kena carry on kelas yang aku pegang tahun lepas tu. Penuh keterpaksaan nak kena hadap jugak diorang ni. Aku tak kisah sangat pun kalau diorang kelas paling akhir, tapi perangai masing-masing tu buat aku tak tahan. Perangai budak-budak remaja baru nak kenal dunia uols faham-faham lah kan. huhu...


Disebabkan aku guru tingkatan 5, maka tugas mendaftarkan pelajar-pelajar aku untuk menduduki SPM ialah tugas aku kan. Yang jadi masalahnya, jenis yang selalu sangat tak datang sekolah. Kadang-kadang tu seminggu sekali je datang sekolah ok. Sukati dia je kan. Pernah aku call ayah pelajar tu mintak datang sekolah ambik surat berhenti sekolah je senang cerita, dan jawapan ayah dia ohh nenek dia baru saja meninggal cikgu. Ehh berapa kali pulak nenek ko meninggal? Confuse jugak kan aku di situ..


Jenis yang datang sekolah dah la jarang-jarang, tapi bila datang mula lah buat perangai pemalas dia tu. Pemalas bukan saja-saja uols. Malas dia bersebab ok. Sebab tengah hanyut di dunia khayalan. Hampeh betol. Dengan muka merah-merah. Mata pun merah siap nak stim-stim lagi. Apa lagi kalau bukan kerja ko MENGHISAP GAM! Pastu nak tido aje kejenye. Kadang-kadang aku fade up dengan kerenah pelajar-pelajar macam ni tau. Langsung takde kesedaran. Dah la ko duduk kampung tak maju-maju, perangai pulak tak senonoh, belajar kemain malas, apa lah nak jadi. Tak kemana lah jawabnya. Fade up tau. :(


Disebabkan aku guru tingkatan juga, maka cikgu-cikgu lain yang mengajar kelas aku selalu je datang mengadu pasal anak murid aku. Si Rudy asik tak bawak buku la. Si Andy selalu sangat tido la. Si Alice kuat berangan la. Si Muniandy kurang ajar la. Si Rosemary selalu ta masuk kelas BM la. (nama anak murid tetiba jadi moden kan..hehe ) Macam-macam ok. Aku ni jugak la nak kena tanya sorang-sorang ape masalah ko sebenarnya ni? 
Siap cikgu-cikgu lain cakap takde kepuasan mengajar pelajar kelas aku tu. SAME TO ME OK, SAME TO ME! Tapi apa boleh aku buat. :(


Lama kelamaan, aku naik lali dah. Tak larat nak makan hati sangat.Aku mengajar je macam biasa. huhu..
Tapi perubahan positif untuk tahun ni ada juga. Diorang dah pandai nak hias kelas tanpa perlu aku touching-touching lagi. Aku kan mengajar kat bengkel. So sangat jarang masuk kelas tau. Seminggu sekali lah pun aku masuk nak tengok apa khabar la kelas aku tu. Alhamdulillah kelas aku tahun ni tak macam tahun lepas. Semangat diorang laen macam sikit nak hias kelas. :')






5 ZAMRUD 2012 tu tulisan aku lah tu. Itu je bantuan yang aku berikan. Yang lain semua usaha diorang sendiri. Itu pun perlu dibanggakan ok walaupun sebenarnya memang tugas pelajar 100% menghias kelas kan. Cikgu sepatutnya bagi arahan je. Nak-nak pulak dah tingkatan 5 dah pun memasing. Bukan darjah 5. huhu..







Oh. Gambar ni tiada ku pasti ye. Sepatutnya dah kena tukar dah tu. Diorang cakap gambar tu cikgu BM yang kasi. Ohh cikgu BM tak takot kena saman ke? hehehe..:p








Carta organisasi dan jadual bertugas.








Ini ialah ruangan untuk subjek kat belakang kelas. Subjek landskap je yang ada maklumat. Pandai ambik hati ye...




 



Walau apa pun, aku tetap mendoakan setiap seorang anak muridku berubah untuk masa depan masing-masing. Amin ya rabbal alaminn....





Bye :)




Wednesday, March 14, 2012

All cats come and go...welcome Oton! :)



Assalamualaikum.

Kucing memang tak boleh dipisahkan dalam keluarga aku. Setiap ahli dalam rumah aku menyukai kucing. Bagi aku, membela kucing boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan. FAKTA!
Kematian Bubu dulu memang sangat berkesan dalam hati aku. :(
Bak kata kawan aku masa belajar kat universiti dulu (Awang namanya), 'cats come and go'. Dia pergi awal meninggalkan kita supaya dia boleh mendoakan kita di 'sana'. Dia tahu sejauh mana kita menyayangi dia, sejauh mana kita risaukan dia, sejauh mana kita perlukan dia. Semoga aman di 'sana', Bubu.


Masa Kejohanan Bola Tampar peringkat negeri haritu, maka dengan takdirNya berjumpalah aku dengan seekor anak kucing. Mengiau tak berhenti-henti. Bila aku dukung tetiba dia senyap. Manja sangat. :)







Aku tertarik dengan bulu dia yang lembut sangat macam kapas cotton. Sekali pandang macam anak monyet pun ada. Ekor pulak ala-ala ekor tupai kurus gitu. Comel!








Kebetulan masa tu aku nak pergi breakfast. So bawaklah dia sekali. 
Sepanjang aku duduk makan kat kedai, si meow ni diam je kat riba aku. Ya Allah jatuh cintanya lah masa tu tau.:)







Lama-lama mata dia pun layuu je then tertidur. Alolo comelnya. hehe...








Masa tu terus terdetik dalam hati aku nak bela dia. Terus bagi nama Qoten sebab bulu dia best macam kain cotton. heee~







:)







Tengok tu. Kemain manja lagi tau. Teruslah rasa sayang. :')
Kebetulan pulak lama aku dengan kawan-kawan duduk minum kat kedai tu sambil beborak, lama jugaklah si Qoten ni tertidur kat pangkuan aku.


Bila dah bawak balik rumah, terus serasi je dia dengan kucing-kucing yang ada kat rumah aku. Siap main kejar-kejar, main wrestling-wrestling lagi. hehe..
Pandai pulak tu ambik hati. Siap nak tidur di celah-celah lengan la, kat leher la, kat kaki la. :)
Lama-lama nama Qoten tu tak jadi dah. Terus bertukar jadi Oton. hehe. Tapi kadang-kadang nama dia jadi Kecik. So sekarang nama penuh dia ialah Oton Kecik. Nama panggilan Oton. hahaha mengada kan siap ada nama penuh nama panggilan segala? :p






We love you, Oton :)




Tuesday, March 13, 2012

Sate Tulang Jalan Pantai , Negeri Sembilan



Assalamualaikum.

Hai uols. Ingat lagi tak entri Sate Tulang kat Dataran Senawang yang pernah aku buat dulu tu? Masih adekah yang belum merasai kesedapan sate tulang? Rugi oh rugi... :p
Sate tulang tu ape? Ha pergi klik balik link atas tu dan baca ok supaya tak kekeliruan dirimu nak menghayati cerita aku ni nanti. hehe..

Family aku kalau nak makan sate tulang memang akan terjah Dataran Senawang je. Sebab tu je paling dekat kedai jual sate tulang yang kitorang tahu. Sedap memang boleh tahan lah. Berkali-kali jugak beli kat sana. 

Tapi uols..baru-baru ni keluar pulak dekat Jalan-Jalan Cari Makan yang ada kedai jual sate tulang kat Jalan Pantai. Dengar cerita nya sate kat sini lagiii lah ummph! Siap keluar TV3 kan mana tak ummph nye. :p


Jadi, marilah kita menerjah.....







Tu ha plat jalan-jalan cari makan. :p
Kitorang datang petang dalam pukul 6 macam tu. Ramai orang uols.







Eh. Lagi? :p








Macam-macam sate ada jual kat sini tapi kitorang memang pilih sate tulang aje. Pekerja dia ramai jugak so tak payah nak tunggu lama pun tetiba eh dah siap? Tinggal nak makan je. :p
Tapi makan sate tulang memang akan kelihatan pelahap sikit sebab kita makan isi-isi kat bahagian tulang kan. Tapi apa ku heran pelahap ke tak asalkan dapat makan dengan puas. heee







Beza sate kat sini ialah rasa dia manis sikit. Nak kata sedap, kat Dataran Senawang tu pun sedap. Entahlah..haha...
Tapi isi dia agak banyak uols. Kuah kacang dia pun sedap. Walaupun secucuk harganya 80 sen, tapi memang puas sangat makan. Yakin! (eh over)







Kad pemilik kedai sate ni.
Memula aku ingatkan dia orang terengganu. Sate ayam bertukar jadi sate ayang pulak. Rupanya Ayang tu nama owner dia daa. ekeke...:p
Bolehlah sms dia nak tanya resipi sate tulang ke. Eh?



Selamat terjah Jalan Pantai uols. :)
Jangan rugi-rugi lagi. :p



Sunday, March 11, 2012

Masterchef class


Assalamualaikum.

Harini nak sambung entri jom masak-masak haritu. Memula plan nak masak burger tapi roti burger kat Tesco habes pulak. Tinggal roti hotdog je. Hentam aje. Asalkan ada. Bajet untuk masak hotdog ni berganda murahnya dari masak mi goreng. Senang, jimat dan tak pening kepala aku nak suruh diorang mengemas balik lepas memasak.

Pelajar yang terlibat dengan amali memasak aku ni ialah pelajar tingkatan 2 seramai 16 orang. Ada sorang je pelajar perempuan dan lainnya semua lelaki. Memang mendapat sangat nak melayan kerenah diorang tu kejap cikgu tu kejap cikgu ni. Fuhh~







Jom ke aras 2!







Hamboi kemain. Siap mimik muka terikut sekali nak sagat kobis tu ye dik nak. Pelajar ni aku suruh buat coleslaw. Kobis + carrot + mayonaise. Kacau-kacau aje dah siap. :p







Semangat nak masak roti bagi garing. :p








Kuali satu tu pun masih juga nak berkongsi sampai empat ketul. Tak faham betul.









Kali ni cikgu tak buat air pink. hehe..
Aku buatkan air lemon tea. No ais ok. Lemon tea panas kasi semua minum. Jaga kesihatan tau. :)









Dan ini untuk cikgu. Pelajar masakkan :')
Aku takde tunjuk cara pun. Just bagitau secara teori je sebab hidangan ni simple sangat kan. Ko goreng-goreng, sumbat coleslaw, letak sos sikit, nak tambah pepper ke whatsoever dan siap sudah.








Amali memasak untuk tahun ni settle! Tahun depan sambung lagi. heee..
Sebenarnya ajar masak-masak macam ni memang kena sangat dengan jiwa aku banding dengan kena ajar tanam-tanam pokok, buat simen fero yang kasar semua tu. Tapi nak buat macam mana kan..dah tanggungjawab macam ni. Bertabah je lah duhai hati. huhu...


Bye uols. :)




Thursday, March 8, 2012

Selamat Hari Wanita Sedunia :)






8 mac 1857. Pada tarikh ini satu mogok besar-besaran telah di adakan oleh beratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengekploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji yang amat rendah, masa kerja yang panjang serta keadaan suasana tempat kerja yang tidak berperi kemanusiaan. Lima puluh tahun kemudian di bulan Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilih tarih ini sebagai hari sambutan wanita sedunia. Pada tahun 1975 , Bangsa bangsa bersatu mula merayakan 8 mac sebagai sebagai hari wanita sedunia. 

Sumber : Encik Google





Selamat Hari Wanita buat wanita seluruh dunia. :)



Wednesday, March 7, 2012

wordless wednesday : jeles





Handsome dan cantik. Memang padan!
Pasangan macam ni selalu buat i suka jadi mamarazi stalk-stalk hal diorang.
hehehe..

Berbulan madu kat tempat salji-salji pulak tu. Sangat jeles!


heee~




Monday, March 5, 2012

Hari Peringatan Pandu Puteri Sedunia 2012



Assalamualaikum.

26 Februari haritu, aku ditugaskan untuk menghantar 5 orang pelajar Pandu Puteri ke Padang MPS Seremban. Disebabkan 26 Februari tu jatuh pada hari ahad, maka aku macam agak liat nak pergi hantar diorang ni. Sebabnya aku dah memang ada kat Seremban kan. Diorang pulak kat Gemas. Satu keje pulak aku nak ulang alik Gemas-Seremban tu naik bas. Naik bas ok uols. Tak kuasa tau. hehe...


Tapiii, nasib baik aku tak perlu nak bersama pelajar ni sepanjang perjalanan. Aku kena berada di Padang MPS tu dengan pelajar-pelajar aku sehingga majlis tu selesai dan aku boleh balik ke rumah aku, pelajar-pelajar aku boleh pulang ke Gemas naik bus semula. Bus tu memang semua pun pelajar pandu puteri lah uols bersama juga cikgu-cikgu yang memang asal usulnya dari Gemas. Bukan bus awam tau. I tak seselfish itu. huhuhu....






Banner yang memenuhi sepanjang laluan mengelilingi Padang MPS.






Tugas aku ialah menjaga booth. Fuh nasib baik. Tak perlu nak berarak satu padang tu panas panas peluh peluh semua. :p
Baju i pakai tu ialah baju pinjam je uols. Tu lah uniform pandu puteri. Dan sekarang aku dah memiliki baju tersebut. Tinggal nak pergi tempah je. Baju pinjam tu asalnya baju kurung tapi bila aku pakai tetiba menjadi baju kurung kedah pulak uols. Singkat ok. hahaha..
Nak tak nak terpaksa jugak aku pakai sebab kalau takde baju lagilah malu. Tudung pulak tetiba kena pakai style nak pergi mengaji tu. Sadis betul.
Tudung sebenarnya ialah color biru cantik yang licin tu uols. Tapi disebabkan memang takde, so kena pakai tudung hitam plain tu je. Memang masa tu feeling Mak Jah betul tau. 
Selekeh sangat. +__+


Dah duduk di booth, so kena pantau pelajar-pelajar aku menjual barang. Kesemua barang yang dijual ialah hasil tangan aktiviti pelajar semasa perjumpaan kokurikulum. 
Jom cekidauttt....








Tin yang dah dihias dengan tanah liat. Color pink + purple macam tu nampak sweet sangat. :)







Tin yang dah dibentukkan menjadi tanglung. Bila dikumpulkan banyak-banyak, sangkut kat luar rumah. Memang nampak cantik bila dia berpusing-pusing lagi-lagi kalau ada angin.








Tempat sangkut kat pintu yang diperbuat dari barang terbuang seperti surat khabar dan kertas-kertas.









Gelang tangan yang diperbuat dari kain perca yang dimasukkan ke dalam tiub plastik. Masa kecik-kecik dulu i pernah buat. :)









Bakul yang diperbuat dari surat khabar.









Keychain manik yang paling laris. Habis dijual uols. Pelik jugak. hehe... :p










Tin yang dah dihias dan pasu besar yang dianyam menggunakan surat khabar.









Tempat letak tisu. Juga diperbuat dari surat khabar.









Dan ketika ini, tetamu vip kita dah sampai. Tengah melawat booth. Masing-masing berkebaya ok walaupun......
Dan i berasa sedikit terancam. Eh? (sangat takde motif tau)







Pelajar-pelajar sekolah rendah lah yang paling semangat nak membeli. Tak paham sangat tau. Mesti mak diorang marah sebab diorang beli benda-benda macam tu. Paling aku tak boleh terima tin yang dihias tu pun ade yang nak beli. Memang nampak betul lah sekolah rendah nye. hehe...
Asalnya tin yang dihias tu just nak dipamerkan je. Macam bukti aktiviti pelajar gitu lah kan tapi ada jugak yang nak beli. So jual ajelah. Rezeki jangan ditolak kann. hehehe....







Inilah pelajar-pelajar aku yang berjaya menjual hampir keseluruhan barang-barang. Tahniah semua. :)
Diorang ni ialah renjer puteri. So penglibatan ke peringkat kebangsaan macam ni memang diorang perlukan sangat. Markah tinggi katanya kan.








Sekarang  i dah ada tudung pandu puteri yang gojes ni. Tak sabar nak pakai di setiap hari rabu. Mesti nampak macam tetamu vip tadi tu kan? eh... :p








Dan sebagai penutup, gambar cikgu dengan pelajar-pelajarnya. Macam sebaya je kan kitorang? (perasan sangat makcik ni)
Ok uols. Tu je cerita pandu puteri i. Dulu kini selamanya, memang aktif sangat persatuan ni tau. Tak terlayan rasanya. Ikutkan, sabtu ahad baru-baru ni ada perkhemahan tau. Tapi malas nak layan, malas nak hantar budak sebab minggu ni dah start ujian bulanan satu. Orang nak ujian, dia sebok nak berkhemah-khemah segala. Tak kuasa! hehe...


Okbye uols. Thank you sudi baca :)


Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com