Assalamualaikum.
Sunday, October 30, 2011
cikgu bukan retis tau?
Assalamualaikum.
lovingly created by yana lyana at 12:56 PM 3 butterflies concerned.
Labels: career focus
Saturday, October 29, 2011
Nasi Arab Damsyik, Senawang
Di sekitar restoran ni ada pokok kurma uolss. Nampak tak kat gambar atas ni? Sekali lagi sila refer pada pokok itu bukan pada encik yang sedang berselera menikmati nasi arab itu ok?
lovingly created by yana lyana at 1:39 PM 6 butterflies concerned.
Labels: family, makan-makan
Thursday, October 27, 2011
Pengalaman Menjadi Pengawas Peperiksaan PMR
Pelajar normal pulak, dapat je kertas soalan terus laju-laju buat. Mula-mula aku macam...wahh bagus budak-budak ni semangat jawab exam. Rupa-rupanya uolsss..diorang jawab laju-laju sebab nak tidur uols! Hampeh sungguh. Aku tolong kejutkan jugak tapi kalau dah lima kali kerja aku kejut kau bangun tidur aje lah? Majoriti pulak tu berkejar nak tidur.
Wahai anak bangsaku...bangkitlah nak..Sedarlah dari tidurmu... Ni PMR nak..bukan ujian bulanan..(Nak aje aku bagi pengumuman macam tu dalam bilik peperiksaan tu tau..takut terkejut beruk pulak semua orang kang..ekekeke..)
:)
lovingly created by yana lyana at 9:49 PM 12 butterflies concerned.
Labels: career focus, pengalaman baru
Wednesday, October 26, 2011
santai-santai selasa :)
Assalamualaikum.
Hai. Saya Takoyaki
lovingly created by yana lyana at 12:21 AM 5 butterflies concerned.
Labels: family, makan-makan, manis
Monday, October 24, 2011
takpe pakcik...takpe!
Gambar sekadar contoh |
Aku berada di antara palang depan dan belakang. Tak lama lagi kereta api akan melalui landasan itu. Gulp!
Sumpah ok aku tak perasan langsung signal palang tu akan turun. Masa tu aku berserah je. :p
Tiba-tiba pakcik yang jaga bahagian palang tu (agaknya lah) datang. Taklah pakcik sangat tapi kalau nak panggil abang macam geli je..so aku panggil pakcik aje lah ok? Aku tengok muka dia bengis gila macam nak makan orang. Siap buat isyarat jari kat otak ala-ala nak cakap 'hoi takde otak ke??'. Macam tu lah.
Aku yang memang salah masa tu redha ajelah kena marah ke kena maki ke kan. :p
Pakcik tu pun angkat palang tu (la ringan rupanya :p). Masa pakcik tu dah dekat sampai ke arah Zaza, aku turunkan tingkap slow je pastu aku cakap 'Sorry pakcik...sorry...'. Lalu jawab pakcik itu 'Dah dah jalan lahh' dengan bengisnya. Masa tu Tuhan aje yang tahu betapa kesalahan bodoh itu memang kesalahan aku yang leka ini bercampur pula dengan kebengisan pakcik tu menjawab ucapan maaf aku macam aku budak-budak kecik. Tapi masa tu hati aku ni sabar di tahap teratas!
Tapi bila dah lama sikit, dah jauh dari landasan mula lah rasa eee sombongnya pakcik tuu. Macam lah kita sengaja nak berhenti kat tengah-tengah landasan kereta api. Gila ke apa?
Sampai sekarang aku rasa macam fobia je kalau lalu jalan yang menjadi laluan kereta api!
Dannn...pakcik tuuu. Mungkin dia penat bekerja sebab tu marah-marah tapii eh pakcik, ingat pakcik sorang je ke yang penat? Ada kemungkinan saya punya penat ni sebab mengadap anak pakcik yang degil kat sekolah tahu?
Kalau jumpa dia lagi pasni.........ishh taknaklah jumpa!
Mainan baru Zaza. (mainan ke tu? :p) Adik yang bagi masa konvokesyen aku tahun lepas :))
lovingly created by yana lyana at 5:13 PM 6 butterflies concerned.
Labels: about my Zaza, emo
Friday, October 21, 2011
Ini serius.
Aku paling nantikan bila tiba hujung minggu sebab boleh berkumpul satu keluarga. :)
Memang dah jadi kebiasaan adik-adik suka hantar sms mintak doakan kalau diorang ada exam ke quiz ke test ke apa ke. So noted lah kan pasal adik. Dia ada interview toefl kat Penang sana. Memang tak balik lah minggu ni. huhu...
Tak lama lepas tu, Naim pulak hantar sms....
Oh begitu pula. Baiklah.
Pastu Pami pun gedik juga nak hantar sms...
Tak boleh blah betul. Sibuk je nak jugak dia tu tau. hahaha..
So keboringan lah aku di rumah menjadi anak tunggal pada hari ini.
lovingly created by yana lyana at 9:04 PM 9 butterflies concerned.
Labels: family
jangan tipu boleh tak?
Uols bagaimana? Kagum bukan?
ekekeke...:p
lovingly created by yana lyana at 3:49 PM 0 butterflies concerned.
Labels: random picture /'s
Thursday, October 20, 2011
Bububu gebu!
Walaupun setiap hari memberikan cabaran, Bubu tetap comel di mata aku. Ewahh...
Di antara kegemaran Bubu ialah masuk dalam beg. Apa-apa beg lah, beg kertas ke beg plastik ke semua jadi. Handbag juga memang tak terkecuali!
Ini paling tercomel :)
Indahnya dikurniakan perasaan sayangkan kucing seperti ini.
Ya Allah, panjangkanlah perasaan sayang terhadap makhluk ini kepada semua manusia supaya tiada kezaliman berlaku terhadap makhluk comel ini. Aminn....
lovingly created by yana lyana at 7:35 PM 4 butterflies concerned.
Labels: kucing