Followers

Pages

Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Thursday, June 19, 2014

Honeystar. Part 1



Assalamualaikum.

Tiba tiba bukak cerita honeymoon lama. kahkah...
Kitorang pergi selepas majlis perkahwinan sebelah aku. Kenduri kitorang ada gap seminggu so antara waktu tu lah kami ke honeymoon sana. Mana? Penang je uols :p
Nak ke seberang laut tak boleh. Nama Afzan dah kena blacklist sebab tak bayar ptptn. hehe.. Pasrah je aku..







Pasangan pengantin baru. Inai masi di jari gitu...
Kitorang terjah sana pun main hentam je. Tidur satu malam kat Ipoh dan esoknya ke Pulau Pinang. Sampai sana, dah tak tahu nak ke mana. Main hentam je ikut arah kereta. Entah macam mana boleh dituju pulak ke Taman Negara, Pulau Pinang.










Paling tak boleh blah, pergi ke Monkey Beach ni. Monyet dah lah tak berapa nak ada. Pulau tu pun merepek je. Tak ada yang menarik pun. 












Tapi dah alang alang sampai sana kan, layankan je lah jugak. Bergambar sendiri sikit sikit. hehe..
Pantai sana cantik memang lah cantik tapi biasa biasa saja. Takde yang wow pun. Dapat tengok monyet mandi je. Hampeh











Hai encik suami. Awak pun nak selfie jugak? :)











Di jeti. Ada dua laluan untuk ke Taman Negara tu. Boleh naik bot dan boleh juga berjalan sendiri. Tapi kebanyakan yang jalan sendiri tu memang dah ready pakai kasut segala. Mahu basah baju kalau jalan kaki masuk hutan sana. 












Kitorang naik bot aje. Mana nak tahu boleh walking sendiri kann. Tapi kalau ku tahu boleh pun, taknak aku menapak masuk sana dehhh. Hahaha dasar pemalas :p











Dalam perjalanan menaiki bot, kita boleh nampak keunikan batu batu semulajadi di situ. Macam gambar kat atas ni, batu tu berbentuk arnab. Nampak?











Yang ni pulak batu berbentuk penyu.










Dan yang ini berbentuk kepala buaya. Aummmm. Eh

Habis di situ, Afzan teringat kawan dia ada duduk Penang sana. Memang kawan dia ada pesan, kalau datang sana boleh roger dia bawak berjalan. Dari merapu tak tentu hala, Afzan pun roger lah kawan dia tu. Kawan masa zaman belajar dulu katanya.


Akhirnya dah ada pemandu pelancong. Yeay!










Terus dibawanya makan Nasi Kandar Line Clear yang famous amos tu. hehehe...











Ni ha pemandu pelancong kami. Encik Mamu. Terima kasih banyak Mamu. Hang sanggup layan kerenah kitorang nak ke sana sini. Siap sudi jadi fotografer lagi. Terharu tau..










Ke Taman Kota Lama lah kitaa..buat lawatan sambil belajar peninggalan sejarah pulak.
Akhirnya ada gambar berdua. Tak payah selfie selfie. Masa ni belum ada monopod lagi. hehe...










Eh Francis Light.









Alololo..
Nasib baik Mamu tak muntah ambik gambar kitorang ni. Kahkah.. :p
Laut belakang tu cun kan?












Puas jalan sana. Suasana semua cantik!
Mamu cakap malam nanti nak bawak kitorang pi Pesta Penang. Aku pernah pergi dulu masa bercuti dengan family tapi dah lama sangat dah. Dah tak berapa nak ingat. hee
So perasaan ialah biasa biasa saja. tak excited mana pun tapi ikutkan aje. Dah orang nak bawak kan..











Cak!
Si Mamu layankan aje dua ketul ni tau. Bila tengok tengok balik gambar ni rasa kelakar pulak. haha..











Lagi...:p












Dan lagi. Double love pulak...haha..












Okay dah dah.











Yang ni aku sendiri yang ambik so tidak mengapa. Apa saja untukmu suami. Eh?
Habis merayau sana. Beli jersey beli pashmina beli apa apa tah..merepek je dan dah mula merasa penat. Seharian berjalan kan. Bye Pesta Penang...











Dan kita pekena pasembur dulu. Slrrppppppp!



Bersambung lah kite yee.....







Tuesday, January 21, 2014

Apiz & Ikin : Majlis di Rembau



Assalamualaikum.

Jom kita sambung kisah Apiz dan Ikin ni. Selepas balik dari majlis malam berinai tu, kitorang pun pulang dengan keletihan. Esoknya nak bangun pagi nak pergi untuk majlis utama pulak. Keluarga makteh dan acu tidur rumah Seremban Jaya. Meriah terus. Ada ke Qaleef yang tiba-tiba manja tu nak tidur dengan aku? Nak tidur dengan Kakak Nana, nak tidur dengan Kakak Nana. Tak dapek dik, suami kakak tu nak letak mana dik? Eh









Tema pakaian keluarga ialah biru. 













Pengantin baru juga :)













Sepupu sepupu. Ni semua pun adik-adik Apiz. Ruhil, Wanie dan Haziq.












Macam biasa, lepak rumah Maklong dulu. Apiz bersiap kat sini.
Uols tengok Qaleef tu...manjang lah nak berkepit dengan i tau. Sejak aku kahwin kemain manja dia. 












See?
Dia mula berminat dengan Kakak Nana dia ni lepas tengok i bersanding haritu. Tebal sangat kot makeup i masa tu terus lah Qaleef ni terpikat kot? kekeke...














Macam ni terpikat tak? Eh










:)















Tu dia pengantin kita. Color peach. Sukaaa sangat color ni. Memang plan asalnya kenduri belah aku nak pakai peach tapi sebab Butik Qisya sengal tu tak banyak pilihan baju peach, so takpelah kitorang pakai grey. Keluarga je yang pakai peach :) Cerita kahwin i bila entah nak update kan? ok lariiiiii













Pengantin sampai je terus kena dukung. Adat Negeri Sembilan ke apa ni ha? Aku tak pasti lah.
Masa tengok diorang ni kena dukung, terus Afzan bisik..


Nasib baik kita haritu takde dukung-dukung macam ni, kalau tak pengsan lah orang tukang dukung tu, kita dah lah gemokkk.


Ooohhhhh nak mengata siapa gemok sebenarnya niii? Majukk!!


Alolololo..


Eh over. Muntah tak korang? kekeke














Handsomenya si dia yang kejauhan itu. Eh? Okbye.
Jumpa di entri majlis di Kajang pula! :)



&





SELAMAT PENGANTIN BARU APIZ & IKIN! :)




Sunday, January 19, 2014

Apiz & Ikin : Malam Berinai



Assalamualaikum.

Sepupu aku yang sorang ni berebut nak kahwin sama tarikh dengan aku. hehe..
Setelah bincang-bincang, tarikh pun dah adjust, so tarikh kahwin kitorang tak lari jauh pun. 30/11/2013 majlis aku kat seremban, minggu depannya 7/12/2013 majlis belah Ikin kat Rembau, minggu depan lagi majlis Afzan belah Melaka 14/12/2013 dan esoknya 15/12/2013 majlis belah Apiz kat Kajang. Memang terkejar-kejar semua orang. hehehe...


Ni nak cerita majlis belah Ikin. Dia ada buat majlis malam sebelum majlis tu. Masa tu aku dan Afzan baru balik honeymoon. Mana nak tahu Ikin ada buat majlis malam tu. Kitorang plan nak datang majlis esoknya tu je. Dalam perjalanan balik, mak call tanya kat mana..semua orang tengah tunggu kitorang sebab nak gerak sama. Aku pun eh nak gerak ke mana pulak? hehehe..

Mana lah kitorang tahu kan. Kitorang dah sampai Senawang petang tu boleh lepak minum petang dulu kat Dataran Senawang :p
Dapat call, terus kelam kabut balik. Sampai sampai semua orang dah siap tinggal nak gerak je. Kitorang ni dengan barang baru balik honeymoon yang banyak, dengan baju tak iron lagi hahaha. So kitorang menyusul lambat sikit.



Ingatkan diorang terus menuju rumah Ikin. Rupanya stay rumah Maklong dulu.










Tu diaa pengantin kita. Full songket gituu.












Pami dan Apiz muka nak dekat sama. Ke spect je yang sama? hee













Sampai sana, pengantin berarak sikit. Aku tak tahu ni adat Negeri Sembilan ke apa. Nak kata majllis malam berinai, takde pulak pengantin pakai inai malam tu.











Pengantin bersanding dan dipersembahkan dengan upacara silat.

















Family yang datang just tinjau dari luar je sebab bahagian depan pengantin bersanding ni dah penuh orang. Dengan yang bersilatnya, dengan yang main kompang pun seramai ramai nya nak duduk situ jugak.
So takpelah, tengok dari luar pun jadi lah.











Wanie. Adik pengantin lelaki.













Acu, Pak Teh, Abah pun sama tinjau dari luar.












Eh pengantin baru. hehe..











Maafkan suamiku yang mengantuk di situ. hehe..
Dari siang drive jauh. Sampai ke destinasi ingat nak lepak-lepak dulu terus terkejut kena pergi kenduri. Laratkan aje. huhu..
Si Qaleef tu tiba-tiba menjadi manja kemain dengan Afzan. Tak pernah kenal pun mintak dukung lah, makan pun nak bersuap. Amboii











Ada sesi tepung tawar jugak.










One happy family at home! :)












Selamat Pengantin Baru to us!
Rupanya baru i tahu yang majlis malam tu ala ala rehearsal jugak sebenarnya. 
Eh betul ke?
Okay tu je cerita majlis malam berinai Apiz dan Ikin. Cerita majlis di kedua belah pihak ialah kemudian ye. 
Bye bye bye.







Wednesday, January 15, 2014

#preparation #throwback




Assalamualaikum.


Akibat tangguh tangguh, cerita lama pun baru nak update sini. 
Boleh je kan?
Boleh je kan?
:)
Persediaan perkahwinan mula buat sikit sikit selepas bertunang. Kebetulan masa tu ada cuti sekolah so masa tu je lah pun nak buat apa yang patut.








Buku ni nak jadikan hantaran. Setiap kali cari kat kedai buku manjang lah sold out. Balik Seremban sold out, pergi Segamat sold out, pergi Melaka sold out. Apa yang laris sangat pun tiada ku pasti. Bila dah berjaya beli, tiba-tiba mana mana pun aku pergi jumpa buku ni. Selalu macam tu kan. Bila kita nak kemain payah nak jumpa, bila kita taknak bersepah pulak dia tu. Amboii
Kenapa nak sangat buku ni? Sebab tajuk dia Aku Terima Nikahnya. Hehe sebab tu je pun. Bila dah kahwin, belek belek buku ni rasanya sekali je kot :p












Pergi ambik gambar untuk kahwin background putih boleh? Masa aku pergi ambil borang nikah kat pejabat agama, kerani situ kata nanti ambil gambar untuk kad nikah, ambil gambar lesen memandu. Aku pun dengan yakinnya pergi kedai gambar, bagitahu tauke tu aku nak ambil gambar lesen memandu. Bila Afzan tunjuk gambar dia aku pun eh kenapa b punya gambar background biru? Haha sila lah lempang diri sendiri masa tu hahaha












Terpaksalah pergi balik kedai gambar dan bagitahu 'Tauke, saya nak ambik gambar kahwin. Kahwin tau bukan lesen!' Tiba-tiba je nak sound tauke tu kann haha :p
Nasib baik masa tu memang dah tiba masa aku kena renew lesen memandu. So bolehlah tukar lesen memandu dengan gambar yang cun sikit. Takde lah rasa membazir sangat kann. hehehe














Cuti sekolah juga aku manfaatkan dengan pergi buat Ujian HIV. Takdelah aku kena minta cuti semata-mata nak buat ujian tu kan. Buat ujian hiv kat klinik kerajaan jadi haruslah bersyukur pergi time cuti sekolah, taklah ramai mana pun orang. Alhamdulillah..












Memang takde orang. Lengang je klinik kesihatan. Sepantas kilat pulak tu. Masuk dalam cucuk hujung jari ambik darah sikit pastu keluar pastu dah dapat result. Sila serahkan pada pejabat agama sekali dengan borang-borang nikah awak...kata pembantu klinik. Ok.













Inai buat di kedai india. Pilih design paling murah je. Aku pergi dengan Pikah 2 ke 3 hari sebelum bernikah. 
Bila whatsapp gambar ni kat Afzan dia pun alaa nak inai jugak nak inai jugak. hahaha













Lalu gambar ini pun diterima dalam whatsapp pengantin perempuan.....
Cak! orang pun ada inai laa.
hehehe..




Bye!









Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com